KEMELUT POLITIK DI
SELANGOR DIKELIRUKAN LAGI OLEH RIDHUAN TEE
Rakyat Selangor khususnya menunggu dengan penuh
debaran tentang keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor mengenai
Menteri Besar Selangor. Sebenarnya jika diteliti prinsip pemerintahan Raja
Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini tidak akan timbul sebarang
kekecuhan walau sedikit pun. DYMN Sultan Selangor hanya perlu mengesahkan
sahaja pelantikan Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan TS
Khalid Ibrahim, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat yang
menjadi parti pemerintah di negeri Selangor.
Yang menjadi rakyat Selangor agak keliru ialah
tentang keengganan dan penangguhan peletakan jawatan TS Khalid Ibrahim sebagai
Menteri Besar. Dan ada pula pasukan NGO yang akan ‘berjuang’ dan mempertahankan
kedudukan TS Khalid sebagai Menteri Besar. Ini yang menyebabkan ramai rakyat
Selangor ( yang kurang arif tentang selok belok pemerintahan negeri) keliru.
Dan yang paling keliru tentulah golongan yang mempertahankan TS Khalid itu.
Atas dasar apakah maka TS Khalid perlu kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Apakah golongan ini tidak terfikir bahawa
sekiranyalah (sekiranya) tuntutan mereka itu dipenuhi dan TS khalid kekal
sebagai Menteri Besar, maka segala tindakan mereka itu akan menjadi rujukan
kepada peristiwa politik akan datang. Dan pemerintahan negara dan negeri akan
menjadi kelamkabut. Dan yang paling malang sekali ialah perlembagaan dan
peraturan negara dan negeri seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Dan seolah-olah
kita akan kembali kepada keadaan pemerintahan negeri ketika James Birch
mula-mula datang ke negeri Perak pada awal tahun 1870an dulu.
Ada pula ‘teori’ baru yang dikemukakan oleh
sebuah akhbar harian yang meramalkan kemungkinan ADUN dari PAS akan dilantik menjadi MB. Tambah
mengelirukan lagi. Sepatutnya akhbar ini
telah ‘faham’ bahawa seseorang yang hendak dilantik sebagai MB oleh DYMM Sultan
perlu mendapat sokongang majoriti ADUN. Dan dalam hal ini Dr. Wan Azizah telah
pun mendapat sokongan 30 ADUN dan tentulah Dr Wan Azizah mempunyai kedudukan yang
kuat sebagai MB Selangor. Dan nama Dr Wan Aziah dicadangkan oleh ketiga-tiga
pari yang menganggotai Pakatan Rakyat termasuk PAS. Dan mengikut prinsip
pemerintahan Raja Berperlembagaan, hanya calon yang dipersetujui rakyat sahaja
yang boleh menjadi menteri besar di sesebuah negeri. Berdasarkan kepada keadaan
itu tentulah timbul kekeliruan lagi.
Disamping berbagai kekusustan politik yang
dihadapi dan cuba diselesaikan di Selangor muncul pula satu lagi bentuk
kesusutan yang dicetuskan oleh Saudara Ridhuan Tee Abdullah yang menganggap
bahawa negeri selangor akan menjadi negeri ‘Selangor Darul Babi’ sekiranya TS
Khalid Ibrahim tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor. dan sekiranya pandangan
Saudara Ridhuan Tee ini dipandang secara serious oleh DYMM maka telah
meletakkan DYMM Sultan betul-betul dalam dilemma. Apa tidaknya.
DYMM Sultan Selangor betul-betul berada di
persimpangan. Mengikut prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan maka TS Khalid
Ibrahim mesti meletakkan jawatannya dan DYMM Sultan melantik Menteri Besar baru
yang mendapat persetujuan rakyat. Dan sekiranya TS Khalid digugurkan maka
Selangor akan menjadi “Selangor Darul babi’ mengikut pandangan Saudara Ridhuan
Tee Abdullah. Dan kenyataan beliau itu tentunya bukan sahaja menyentuh
sensitiviti baginda Sultan tetapi rakyat Selangor umumnya ( Islam dan bukan
Islam)
Persoalannya ialah mengapakah Saudara Ridhuan Tee
mahu mengaitkan isu politik di Selangor dengan isu sensitif yang berkaitan
dengan agama. Dan apakah hasrat sebenarnya beliau mengutarakan pandangan
sedemikian rupa yang boleh menimbulkan kekeruhan dan kekusutan antara kaum
bukan sahaja di Selangor tetapi juga diseluruh Malaysia.
Aku petik kenyataan Saudara Ridhuan Tee
(Malaysiakini 18 August 2014), "I am worried, if this project is approved, Selangor will be
known as ‘darul babi’. Too many pig farms in Selangor, and this has caused
discomfort among the people, especially the Muslims,"
Memanglah akan menimbulkan
perasaan tidak selesa dikalangan rakyat yang beragama Islam sekiranya keadaan
ladang babi tidak terkawal. Tetapi yang aku persoalkan ialah seolah-olah
pentadbiran yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat nanti akan mempopularkan
kandang babi, budaya kuning yang tidak senonoh dan lain-lain. Seolah-olah bagi
Saudara Ridhuan Tee apa yang akan dilaksanakan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat
tidak sesuai dilaksanakan di negara ini. Sekiranya ‘ladang babi’ menjadi ukuran
baik buruk sebuah pentadbiran kerajaan negeri, maka apakah beliau tidak sedar
tentang wujudnya jumlah ladang babi yang terbesar disebuah negeri yang
ditadbirkan oleh Barisan Nasional dan yang telah menimbulkan kontroversi yang
bukan kecil pada suatu ketika dulu.
Beliau juga mengsyorkan
agar memberhentikan amalan yang suka menyalahkan orang lain. katannya,’ "Is Umno so bad? Stop the blaming culture. If Umno does good,
praise. If Umno does bad, please reprimand. But the real enemy is not Umno, but
the ultra kiasu,".
Kalau begitu caranya beliau
berhujah mengapa pula dalam kenyataannya dipenuhi dengan kata-kata yang
menuduh,’mencerca’ dan lain. Apakah tidak ada bahasa yang sesuai untuk
menggantikan perkataan, “ Darul Babi’ untuk negeri Selangor? . Apakah kerajaan
negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional begitu sempurna pentadbirannya
sehingga terkawal ladang babinya. Saudara Ridhuan Tee eloklah berpandangan
kiri-kanan sebelum memperkatakan sesuatu yang buruk mengenai orang lain.
Biarlah pandangan yang kita utarakan itu ‘balanced’ supaya kita dilihat sebagai
benar-benar seorang intelek dan tidak sebaga ‘Profesor kangkung’.
Peribahasa Melayu juga ada
mengatakan bahawa, ‘ berkata dulang paku serpih……………..”
abuhassanadam
21 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment