SUKAN KOMANWEL : MALAYSIA DI
BELAKANG SINGAPURA?
Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah Sukan
Komanwel kedudukan pingat bagi negara Malaysia berada di belakang Singapura. Di
Sukan Komanwel yang baru sahaja selesai telah menunjukkan hakikat ini. Ini
menunjukkan samada kita semakin lemah dalam lapangan sukan ataupun Singapura
semakin kuat dalam lapangan ini.
Tidak pula aku berhasrat untuk menganalisis
tentang siapa kuat dan siapa lemah dan tentang mengapa Singapura dapat
mengalahkan kita dalam pungutan pingat ini. Cuma aku ingin mengenangkan nasib
bangsa Malaysia yang sentiasa berada ‘di belakang’ dalam banyak lapangan
sehinggakan ‘confidence level’ bangsaku semakin menurun dan menguncup. Apa lagi
yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia sekiranya dalam lapangan sukan pun
kita tewas dengan Singapura. Janganlah disentuh tentang aspek ekonomi,
pendidikan yang sememangnya kedudukan negara kita amat jauh ketinggalannya.
Semacam tidak ada alasan yang boleh diketengahkan
untuk membantu meyakinkan rakyat bahawa ada sebab-sebab tertentu yang
menyebabkan kita semacam gagal mendapatkan pingat sebagaimana yang diharapkan.
Kita harus mengakui bebebrapa kelemahan yang menyebabkan keadaan berlaku
sedemikian. Mungkin latihan yang tidak mencukupi yang menyebabkan keadaan
sedemikian berlaku, ataupun mungkin juga boleh ‘dipersalahkan’ bulan Ramadan
yang menyebabkan kita gagal memperolehi pingat sebagaimana sepatutnya.
Malaysia seharusnya ‘membuka mata’ apabila
pasukan Badminton kita tewas di tangan Jepun baru-baru ini dalam pertandingan
Thomas Cup. Rakyat Malaysia tentunya tidak merasa terkilan sekiranya Malaysia
ditewaskan oleh China atau Indonesia. Tetapi rakyat Malaysia agak terkejut
kerana tewas di tangan Jepun, yang merupakan negara yang tidak langsung
terkenal dalam lapangan badminton sebelum ini. Lagi sekali kita mempersoalkan
samada Jepun sudah begitu maju dalam lapangan ini ataupun Malaysia sudah
semakin lemah dalam sukan yang sentiasa dikuasainya sebelum ini.
Begitu jugalah dengan kedudukan kita yang berada
di belakang Singapura dalam Sukan Komanwel ini.
Nampak jelas bahawa Singapura sedang bergerak untuk memajukan bidang
sukan pula. Dalam arena bola sepak misalnya Singapura telah mengambil daya
usaha untuk melatih tenaga muda untuk mengharunkan nama Singapura pada masa
akan datang. Anak Fandi Ahmad, ia itu Irfan dan Ikhsan diberitakan telah
ditawarkan bermain untuk Kelab Liga kedua di Sepanyol, Hercules FC. Membayangkan
satu keadaan ‘masa hadapan’ yang agak cerah bagi Singapura dalam lapangan sukan
bola sepak.
Malaysia bukanlah tidak pernah menempuh zaman
emasnya dalam bidang sukan tertentu. Semenjak tahun 1948 lagi Malaysia unggul
dalam lapangan badminton di mana pemain-pemainnya seperti Wong Peng Soon, Eddy
Choong, Tan Aik Huang yang pernah menjadi juara All-England beberapa tahun. Nama
Malaya atau Malaysia pernah menjadi harum dalam lapangan itu.
Di bawah ‘naungan’ Raja (Sultan) Azlan Shah,
pasukan hoki Malaysia pernah juga mengalahkan jaguh hoki dunia seperti India
dan Pakistan satu ketika dulu. Dan jelas menampakkan bahawa Malaysia juga antara
negara yang disegani dalam lapangan ini. Dan dalam sukan bola sepak pula,
Malaysia sememangnya unggul dalam tahun-tahun 1970an dan 1980an. Seeingat aku
Malaysia pernah menewaskan Jepun dan Korea Selatan dalam pertandingan Pesta
Merdeka. Dan pernah menyertai Sukan Olympik di Muncih pada suatu ketika dulu.
Hebat…..
Ini bermakna bahawa bangsa Malaysia pernah
cemerlang dalam bidang sukan seperti yang dinyatakan di atas. Persoalannya
ialah mengapakah keadaan ini menjadi malap dan suram. Apakah kekurangan dana
dari kerajaan yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian ataupun masalah
pengurusan yang merudumkan lapangan sukan di negara ini?
Kini kita hanya boleh ‘berpegang’ kepada Dato
Nicole David yang terus menerus mengharumkan nama negara dalam lapangan sukan
Squash. Apakah kemungkinan sukan Squah juga akan terlepas dari tangan kita
dalam masa yang terdekat. Ada kemungkinannya terjadi demikian memandangkan
bahawa Dato’ Nicole David tentunya tidak dapat mempertahankan kedudukannya buat
selama-lamanya disebabkan umur yang semakin meningkat.
Kadang-kadang aku terfikir juga bahawa Malaysia
terkenal dalam bidang dan lapangan yang tidak diidamkan. Apakah malangnya nasib
bangsa Malaysia. Kita menjadi terkenal di seluruh dunia kerana MH 370 dan MH
17. Walaupun bukan itu yang kita pinta namun malapetaka sedemikian yang datang.
Bangsa Malaysia perlu mengorak langkah untuk
membaiki diri dan meletakkan bangsa Malaysia setanding dengan bangsa lain
didunia dalam lapangan-lapangan yang menjadi kebanggan dunia. Kita boleh maju
dalam lapangan yang kita kehendakki kerana kita pernah menduduki tempat yang
sedemikian pada suatu ketika dulu.
Moga-moga semua pihak harus menyedari hakikat
ini.
abuhassanadam
4 Ogos 2014
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk
ReplyDeleteSeri Zolkples Embong sebagai pegawai birokrat kanan overseeing kemajuan sukan negara dan beberapa jurulatih seperti di bidang hoki mahupun badminton bahagian perseorang harus berundur dengan hormat kerana kepimpinan mereka tidak merealisasikan pungutan pingat bermakna, 4 tahun lalu dapat 12 emas kini hanya menggondol 6 aje yakni prestasi merosot dan mereka mesti dipertanggungjawabkan. Mereka harus letak jawatan tanpa menunggu polemik banggang/benggong yang akan memihak mereka. Di negara maju jika orang bertanggungjawab gagal membawa prestasi gemilang mereka undur atau dipecat hampir sebaik selesai pesta sukan kompetitif. Berilah orang baharu untuk memberi angin segar agar kita boleh melaungkan mantra magis "Malaysia BOLEH!' dengan berdigniti.