APAKAH KRITIKAN TUN MAHATHIR ITU MASIH ‘LAKU’?
Ramai yang mempersoalkan tentang apakah kritikan
yang disuarakan oleh Tun Mahathir masih boleh diterima oleh ahli UMNO khususnya
dan rakyat Malaysia umumnya. Ringkasnya apakah apa yang dilakatakan oleh Tun itu
masih ‘laku’ seperti dulu ataupun hanya seperti ‘mencurahkan air di daun
keladi’ sahaja. Bagi aku apa yang disuarakan
oleh Tun itu bukan soal ‘laku’ atau pun tidak tetapi apakah yang penting
bagi aku dan juga rakyat Malaysia umumnya ialah tentang betul atau tidak
tentang apa yang disuarakan oleh Tun itu.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia berfikiran rasional dan terbuka. Janganlah
disebabkan ‘marah’ atau ‘benci’ kepada seseorang maka kita terus tidak mengakui
dan mengiktiraf apa sahaja yang disuarakannya. Itu tidak betul. Aku perhatikan
itu merupakan suatu trend kini dikalangan rakyat Malaysia. Kecondongan kepada
sesuatu aliran pemikiran telah menyebabkan seseorang itu terlampau ‘taksub’
sehinggakan terlalu sukar baginya untuk mengalihkan paradigmanya.
Sekali imbas merenung kenyataan dan krkitikan Tun
terhadap pentadbiran DS Najib
menyebabkan bukan sahaja aku yang tertanya-tanya, tetapi ramai lagi rakyat di
Malaysia yang mungkin juga tertanya-tanya. Apakah semua Perdana Menteri tidak
betul dalam menjalankan pentadbiran di negara kecuali dia (Tun)? Apakah semua
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri ‘dibawahnya’ bodoh-bodoh belaka.
Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba, DS Anwar Ibrahim adalah bekas Timbalan
Perdana Menteri di bawah beliau. Hanya Tun Ghaffa Bara yang boleh ‘bertahan’.
Tun Musa Hitam dan DS Anwar Ibrahim telah ‘dibuang’ oleh Tun Mahathir.
Tun Abdullah Ahamd Badawi dan DS Mohd. Najib
boleh dikatakan sebagai ‘anak didik’ beliau. Lantas apabila Tun merasakan yang
dia sudah tidak diperlukan lagi sebagai Perdana Menteri ( pengakuan beliau
sendiri) beliau telah melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Lama kelamaan,
Pak Lah ‘tak kena’ juga kepada Tun Mahathir. Lantas Pak Lah juga mengundur dari
menerajui pentadbiran negara. Kini giliran DS Mohd Najib pula. Kenaikan DS
Najib ke ‘takhta’ Perdana Menteri ada kaitannya juga dengan peranan yang
dimainkan oleh Tun Mahathir. Mungkin atas mengenangkan jasa Tun Razak yang
‘menyelamatkan’ beliau dari terus menerus berada di ‘wilderness’, dan kemudian ‘mencampakkan’
beliau semula di arena politik negara, maka Tun Mahathir agak ‘terhutang budi’
kepada Tun Razak dan tentunya akan mebalas budi bail Tun Razak itu. Kini Tun
Mahathir sudah mula merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh DS Naib ‘tidak
kena’ juga.
Tetapi apakah semuanya salah tentang apa yang
disuarakan oleh Tun Mahathri itu kepada pentadbiran DS Najib sekarang. Aku rasa
ada juga betulnya kritikan yang disuarakan oleh Tun itu walaupun bagi setengah
peihak tentunya amat tidak setuju dengan kritikan Tun itu.
Tun Mahathir ada menyebut tentang BRIM yang
merupakan salah satu dasar yang diperkenalkan oleh DS Najib kepada rakyat
Malaysia. Kata Tun,’ Wang Kerajaan diguna untuk
mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan
rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang
betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat
yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja
menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka.
Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara”
Tentulah
agakanya ramai yang sependapat dengan Tun mengenai BRIM ini. Jikal ditinjau
dari sudut prinsip ekonomi pun, pemberian yang tidak mendatangkan pulangan ini
tidak digalakan. Lagi pun kerajaan telah sekian lama mengingatkan rakyat supaya
jangan bergantung kepada subsidi dan bantuan kerajaan semata-mata. Rakyat
Malaysia tidak menolak kenyataan yang menggalakan supaya rakyat berusaha sendiri
untuk mencapai kemajuan. Pemberian BRIM bukan permintaan daripada rakyat tetapi
merupakan ‘ikhsan’ dari kerajaan. Dan jikalau mengikut Tun, ‘Wang Kerajaan
diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum
diadakan’
Tun
Mahathir juga menegur tentang sifat DS Najib yang, ‘"He is too soft and
many other things... Sometimes he does not respond, he just stays quiet. When
there are problems he also does not take action," (Malaysiakini: 18 August
2014) Ini merupakan satu hakikat yang juga sentiasa dipercakapkan oleh rakyat
Malaysia. Tentang mengapa DS bersikap sedemikian bukanlah tugas aku untuk
membincangkannya. Tetapi sememangnya itulah yang diperhati dan perkatakan oleh
rakyat Malaysia. Kadang-kadang rakyat memerlukan panduan dan bimbingan tentang
sesuatu isu yang muncul dalam negara. Tetapi malangnya kepimpinan negara,
terutamanya Perdana Menteri terus diam membisu sebagaimana yang diperhatikan
juga oleh Tun Mahathir.
Dalam hal-hal tertentu
tentulah tidak salah kita ‘mengiakan’ apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir.
Lagi pun sekiranya Tun Mahathir tidak bersuara, siapa lagi yang ‘berani’
menyuarakan sesuatu yang menyentuk kelemahan pentadbiran Malaysia sekarang.
Justeru apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu perlu mendapat perhatian
semua pihak. Eloklah ‘dihazamkan’ apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir itu.
Teguran dari ‘orang tua’
seharusnya dihormati.Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan
sempadan.
abuhassanadam
19 Ogos 2014
Memang confirm yang Madey anak Kutty ni mempunyai satu kompleks yang dia tidak suka siapa saja jadi PM melainkan dia atau Mukriz. Sejak dulu lagi dia dah lancarkan penyisihan Tengku AR, Abdul Razak, Hussein Onn, Musa Hitam, Tengku Razaleigh, AD Badawi dan terkini Najib dengan licik dan jayanya. Jika kita halusi dia buat kerja ini atas nama nak mempertahankan Melayu dan Islam walhal semasa 22 tahun dia mentadir, cuma membawa majoriti Melayu ke dalam kategori Melayu miskin bandar dan kroni UMNO Islamlah yang menjadi golongan kaya raya.Pada usia menjangkau 9 dekad Madey masih bernafsu besar nak sibuk dalam politik kononnya dialah yang boleh memberi haluan dan matlamat yang sejahtera bagi orang Melayu tanpa disedari banyak projek sosioekonomi emasnya mengalami kegagalan. Madey tak sedar yang projek ‘ memberi sabsidi/bantuan’ dalam banyak hal kepada orang Melayu memamg tak boleh memajukan orang Melayu menjadi berdikari/berkeyakian dan berdigniti. Orang Melayu harus diajar mengharungi hidup ini jika mahu berjaya dengan berdigniti. Madey lupa yang dia dah cantas pemimpin seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anuar Ibrahim yang mempunyai bakat kepimpinan ( kebolehan mengurus tadbir negara) yang mungkin lebih baik dari Madey jika diberi peluang dan kini tiada lagi nampak bakat atau potensi dari kalangan UMNO yang ada ciri-ciri “ PM material”, semuanya nampak kelabu asap dan macam tahi angau aje. Tapi Madey tetap selagi dia masih belum 100% nyanyuk akan buat kerja nak buang siapa PM kecuali anaknya Mukriz.
ReplyDeletePerancangan tersusun oleh TDM untuk memberi laluan kepada Mukhriz. Kesempatan diambil tanpa berlengah. TDM kecewa apabila Mukhriz tewas dalam pemilihan VP UMNO.
ReplyDelete