CERITA SANG KANCIL DENGAN GAJAH
Cikgu Samad (guru darjah ketika aku berada dalam
Darjah 3 sekolah rendah dulu ) pernah bercerita pada kami tentang kisah Sang
Kancil, ‘watak’ yang digambarkan sebagai binatang cerdik dan pintar. Cara Cikgu
Samad bercerita sememangnya ‘hidup’ seolah-olah beliau berada menyaksikan
peristiwa antara Sang Kancil dengan Gajah itu. Hebat betul Cikgu dulu-dulu. Dia
mula bercerita.
Pada suatu hari ketika sedang berjalan-jalan di
sebuah hutan, Sang Kancil telah terjatuh ke dalam sebuah lubang yang agak
besar. Puas dia berusaha untuk keluar dari lubang berkenaan, namun tidak
berdaya.
Secara kebetulan pada ketika itu lalu seekor
gajah dan menghampiri lubang di mana Sang Kancil berada. Bagi Sang Kancil
kehadiran Sang Gajah di tepi lubang berkenaan akan memberikan peluang keemasan
kepadanya untuk keluar dari lubang berkenaan. Sang Gajah agak hairan melihatkan
Sang Kancil berada dalam lubang berkenaan lalu Sang Gajah bertanya kepada Sang
Kancil.
“Mengapa kamu berada dalam lubang ini?’ tanya
Sang Gajah.
“Apakah kamu tidak tahu yang langit akan runtuh
sebentar lagi?” Jawab Sang Kancil.
Sang Gajah menggeleng-gelengkan kepalanya,
menandakan yang dia tidak mendengar khabar sedemikian.
“Jikalau anda mahu selamat dari langit yang
hendak runtuh itu, lebih baik anda masuk ke dalam lubang ini bersama aku untuk
menyelamatkan diri’ Sambung Sang Kancil.
“Baiklah…” kata Sang Gajah tanpa berfikir panjang.
Dan Sang Gajah pun memasuki lubang untuk bersama-sama dengan Sang Kancil
mengelakkan dari ‘langit yang hendak runtuh’.
Strategi seterusnya Sang Kancil ialah bagaimana
ia akan mengeksploitasi Sang Gajah untuk membolehkan dia keluar dari lubang
demikian. Dia mendapat ‘satu akal’.
Ketika Sang Gajah sedang tidur, menggunakan
‘tektik’ menjentik ‘anu’ gajah berkenaan (gajah jantan). Sang Gajah terjaga,
lalu marah dengan perbuatan Sang Kancil menjentik ‘anu’nya. Sang Kancil mohon
maaf di atas perbuatannya itu dengan alasan ‘tidak sengaja’. Sang Gajah agak
berpuas hati dengan alasan Sang Kancil berkenaan.
Sang Gajah menyambung tidurnya. Sekali lagi Sang
Kancil menjentik ‘anu’ gajah berkenaan. Kali ini Sang Gajah mula marah akan
perbuatan Sang Kancil, seraya berkata, ‘ jikalau kamu jentik sekali lagi ‘anu’
aku, kamu akan aku campakkan keluar dari lubang ini. Dan kamu akan mati
dihempap langit nanti…”
“Janganlah begitu. Aku takut ” kata Sang Kancil
berpura-pura. Sebenarnya tindakan itulah yang amat dikehendakinya supaya dia
boleh keluar dari lubang berkenaan.
Dan Sang Gajah terus cuba melelapkan matanya.
Sekali lagi Sang Kancil bertindak menjentik ‘anu’ si gajah. Sang Gajah begitu
marah. Sudah beberapa kali dia beri amaran supaya jangan bertindak begitu,
tetapi Sang Kancil terus tidak peduli. Sang Gajah terus menangkap Sang Kancil
dengan menggunakan belalainya dan mencampakkan Sang Kancil keluar dari lubang
berkenaan.
Apabila berada di luar lubang Sang Kancil terus
ketawa berdekah-dekah seraya berkata,
“ Memanglah aku nak keluar dari lubang ini” kata
Sang Kancil. “Mana ada langit nak runtuh…aku tipu sahaja….” Kata Sang Kancil
lagi.
Sang Gajah begitu marah.
Apakah begitu suasana yang wujud di negeri
Selangor kini? Mungkin ya atau mungkin tidak.
abuhassanadam
8 Ogos 2014
Perumpamaan yg menarik untuk difikirkan.
ReplyDelete