Sunday, August 3, 2014

SALAHKAH DR WAN AZIZAH JADI MB?

Kini DS Dr. Wan Azizah telah ‘tercampak’ semula ke kancah politik tanah air. Mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima keputusan rakyat, khususnya PKR. Dan sudah dijelaskan oleh Dr. Syed Hussein Ali bahawa keputusan untuk meletakkan beliau menjadi MB Selangor bukan ‘mahu’nya. Dan tidak juga kehendak YB DS Anwar Ibrahim sebagaimana yang dituduh dan difitnah oleh berbagai pihak yang datang dari kumpulan penentang Pakatan Rakyat. Kini sudah jelas bahawa pelantikan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor (sekiranya terjadi demikian) bukanlah atas dasar ‘cronisme’ yang diamalkan oleh DS Anwar Ibrahim.

Jikalau aku tidak silap, YB Lim Kit Siang telah menyebut dan ‘meramalkan’ yang Dr. Wan Azizah berkemungkinan menjadi Perdama Menteri wanita pertama. Dan kenyataan YB Lim Kit Siang ini telah disanggah oleh YB DS Zahid Hamidi yang merasakan bahawa YB Lim Kit Siang sedang bermimpi di siang hari. Maknanya bagi DS Zahid apa  yang disebut oleh YB Lim Kit Siang itu tidak akan berlaku. Hanya sebagai bermimpi di siang hari!!..Mustahil..

Ini pandangan masing-masing. Yang penting kuasa Allah akan menentukan segala-galanya. Ada dua faktor yang menyebabkan aku terdorong untuk menyentuh  isu ini.

·      Kenyataan ini terkeluar dari mulut YB Lim Kit Siang dan Dr Syed Hussein Ali, dua orang tokoh veteran yang amat dihormati di Malaysia kerana ketegasan dan tidak ada langsung terlibat dalam kes-kes penyelewengan. Jatuh bangun mereka adalah semata-mata memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

·      Liku-liku kehidupan yang dilalui oleh YB Dr. Wan Azizah adalah penuh dengan keperitan dan kegetiran,terutama apabila ‘keseorangan’ menangani keluarga dan rakyat di kawasan Permatang Pauh. Mungkin ada yang ‘tak kena’ ketika beliau menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan Permatang Pauh, namun umumnya mengatakan bahawa beliau berada pada tahap ‘cemerlang’ mengendalikan tugas sebagai wakil rakyat.

Aku yakin bahawa Dr Wan Azizah tidak ‘terkinja-kinja’ untuk dilantik menjadi MB Selangor ini. Bukan Dr Wan Azizah namanya, sekiranya mahu memperagakan diri serta menonjolkan diri supaya dihormati oleh rakyat. Yang aku kenal dan yang aku tahu bahawa keluarga DS Anwar Ibrahim adalah sebuah keluarga yang sentiasa mementing dan ‘membakar’ diri untuk rakyat. Amatlah salah sekiranya tanggapan seseorang sekiranya mengatakan bahawa terlantiknya Dr Wan Azizah ke jawatan MB nanti sedikti sebanyak akan menyelamatakan kedudukan DS Anwar Ibrahim.
Ramai juga yang merasa ragu-ragu dengan kemampuan seorang wanita menerajui sebuah negeri seperti Dr. Wan Azizah. Dan yang beranggapan demikian adalah golongan wanita yang bertaraf wakli rakyat dan CEO. Apakah mereka beranggapan bahawa hanya mereka saja wanita di muka bumi  ini yang layak untuk menerajui sesebuah organisasi dan wanita lain semuanya tidak layak.

Elok aku perturukan tokoh-tokoh wanita dunia yang telah berjaya menerajui sesbuah negara atau negeri.

·      Begum Khaleda Zia, Bangladesh. Isteri kepada President Zia-ur Rahman. Khaleda pernah dipenjarakan sebanyak tujuh kali. Menjadi Perdama Menteri dari 20.3.1991 sehingga 30.3.1996

·      Sirimavo Bandaranaike telah menjadi Perdana Menteri Sri Lanka sebanyak tiga kali: dari 21 Julai 1960 hingga 27 Mac 1965, dari 29 Mei 1970 hingga 23 Julai 1977 dan dari 14 November 1994 hingga 10 Ogos 2000.

·      Indira Gandhir (1917-1984). Menjadi Perdana Menteri India. Dari 19 Januari 1966 hingga 24 Mac 1977 dan dari 14 Januari 1980 hingga 31 Oktober 1984.

·      Savka Dabcevic-Kucar. Perdana Menteri SR Croatia dari May 1967 hingga May 1969.

·      Golda Meir. Perdana Menteri Israel dari 17 Mac 1969 hingga 3 Jun 1974.

·      Elisabeth Domitien . Perdana Menteri Central African Republic dari 3 Januari 1975 hingga 7 April 1976.

·      Margaret Thatcher. Perdana Menteri United Kingdom dari 4 Mei 1979 hingga 28 November 1990. Juga merupakan wanita pertama menerajui sebuah negara di benua Eropah.

·      Maria de Lourde Pintasilgo. Perdana Menteri Portugal dari 1 Ogos 1979 hingga 3 Januari 1980.

·      Mary Eugenia Charles. Perdana Menteri Dominica dari 21 Julai 1980 hingga 14 Jun 1995.

·      Harlem Brundtland. Perdana Menteri Norway selama tiga penggal.Dari 4 Februari hingga 14 Oktober 1981, dari 9 Mei 1986 hingga 16 Oktober 1989 dan dari 3 November 1990 hingga 25 Oktober 1996.

Cukup agaknya sekadar itu aku paparkan Perdana Menteri wanita yang mentadbirakn negara masing-masing. Masih banyak lagi Perdana Menteri dan pemimpin wanita dunia yang tidak dicatatkan di sini. Dengan paparan ini mungkin dapat ‘mencelikkan’ sedikit mata golongan yang masih berada ‘di bawah tempurung’ yang tidak tahu dan sedar tentang perkembangan dan kemajuan wanita di dunia kini.

Maknanya Dr Wan Azizah adalah setaraf dan setanding dengan wanita-wanita yang menjadi pemimpin di negara masing-masing.

Apa tidaknya. Dari segi kelayakan, boleh dikatakan Dr Wan Azizah lebih layak dari kebanayakan Menteri Besar di negara ini. Malah lebih layak dari kebanyakan menteri kabinet. Beliau merupakan pelajar perubatan terbaik (Gold Medal) dari Royal College of Surgeon, Ireland pada tahun 1977 dan nama beliau tercatat sebagai Wan Azizah Ismai di dinding university berkenaan disamping nama-nama pelajar (orang putih)  lain. Apakah kelayakan sedemikian belum cukup untuk menduduki kerusi MB Selangor?

Aku yakin rakyat Selangor yang rasional cara berfikirnya tidak akan ragu-ragu menerima Dr. Wan Azizah ( kak Wan) sebagai ketua negeri mereka.

abuhassanadam
3 Ogos 2014


No comments:

Post a Comment