Thursday, August 21, 2014

PPlns:o="urn:schemas-microsoft-com:office:office" xmlns:w="urn:schemas-microsoft-com:office:word" xmlns:m="http://schemas.microsoft.com/office/2004/12/omml" xmlns="http://www.w3.org/TR/REC-html40">
RAKYAT MASIH KELIRU DENGAN KEMELUT POLITIK DI SELANGOR

Rakyat Selangor khususnya menunggu dengan penuh debaran tentang keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor mengenai Menteri Besar Selangor. Sebenarnya jika diteliti prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini tidak akan timbul sebarang kekecuhan walau sedikit pun. DYMN Sultan Selangor hanya perlu mengesahkan sahaja pelantikan Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat yang menjadi parti pemerintah di negeri Selangor.

Yang menjadi rakyat Selangor agak keliru ialah tentang keengganan dan penangguhan peletakan jawatan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Dan ada pula pasukan NGO yang akan ‘berjuang’ dan mempertahankan kedudukan TS Khalid sebagai Menteri Besar. Ini yang menyebabkan ramai rakyat Selangor ( yang kurang arif tentang selok belok pemerintahan negeri) keliru. Dan yang paling keliru tentulah golongan yang mempertahankan TS Khalid itu. Atas dasar apakah maka TS Khalid perlu kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Apakah golongan ini tidak terfikir bahawa sekiranyalah (sekiranya) tuntutan mereka itu dipenuhi dan TS khalid kekal sebagai Menteri Besar, maka segala tindakan mereka itu akan menjadi rujukan kepada peristiwa politik akan datang. Dan pemerintahan negara dan negeri akan menjadi kelamkabut. Dan yang paling malang sekali ialah perlembagaan dan peraturan negara dan negeri seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Dan seolah-olah kita akan kembali kepada keadaan pemerintahan negeri ketika James Birch mula-mula datang ke negeri Perak pada awal tahun 1870an dulu.

Ada pula ‘teori’ baru yang dikemukakan oleh sebuah akhbar harian yang meramalkan kemungkinan  ADUN  dari PAS akan dilantik menjadi MB. Tambah mengelirukan lagi.  Sepatutnya akhbar ini telah ‘faham’ bahawa seseorang yang hendak dilantik sebagai MB oleh DYMM Sultan perlu mendapat sokongang majoriti ADUN. Dan dalam hal ini Dr. Wan Azizah telah pun mendapat sokongan 30 ADUN dan tentulah Dr Wan Azizah mempunyai kedudukan yang kuat sebagai MB Selangor. Dan nama Dr Wan Aziah dicadangkan oleh ketiga-tiga pari yang menganggotai Pakatan Rakyat termasuk PAS. Dan mengikut prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan, hanya calon yang dipersetujui rakyat sahaja yang boleh menjadi menteri besar di sesebuah negeri. Berdasarkan kepada keadaan itu tentulah timbul kekeliruan lagi.

Disamping berbagai kekusustan politik yang dihadapi dan cuba diselesaikan di Selangor muncul pula satu lagi bentuk kesusutan yang dicetuskan oleh Saudara Ridhuan Tee Abdullah yang menganggap bahawa negeri selangor akan menjadi negeri ‘Selangor Darul Babi’ sekiranya TS Khalid Ibrahim tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor. dan sekiranya pandangan Saudara Ridhuan Tee ini dipandang secara serious oleh DYMM maka telah meletakkan DYMM Sultan betul-betul dalam dilemma. Apa tidaknya.

DYMM Sultan Selangor betul-betul berada di persimpangan. Mengikut prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan maka TS Khalid Ibrahim mesti meletakkan jawatannya dan DYMM Sultan melantik Menteri Besar baru yang mendapat persetujuan rakyat. Dan sekiranya TS Khalid digugurkan maka Selangor akan menjadi “Selangor Darul babi’ mengikut pandangan Saudara Ridhuan Tee Abdullah. Dan kenyataan beliau itu tentunya bukan sahaja menyentuh sensitiviti baginda Sultan tetapi rakyat Selangor umumnya ( Islam dan bukan Islam)

Persoalannya ialah mengapakah Saudara Ridhuan Tee mahu mengaitkan isu politik di Selangor dengan isu sensitif yang berkaitan dengan agama. Dan apakah hasrat sebenarnya beliau mengutarakan pandangan sedemikian rupa yang boleh menimbulkan kekeruhan dan kekusutan antara kaum bukan sahaja di Selangor tetapi juga diseluruh Malaysia.

Aku petik kenyataan Saudara Ridhuan Tee (Malaysiakini 18 August 2014), "I am worried, if this project is approved, Selangor will be known as ‘darul babi’. Too many pig farms in Selangor, and this has caused discomfort among the people, especially the Muslims,"

Memanglah akan menimbulkan perasaan tidak selesa dikalangan rakyat yang beragama Islam sekiranya keadaan ladang babi tidak terkawal. Tetapi yang aku persoalkan ialah seolah-olah pentadbiran yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat nanti akan mempopularkan kandang babi, budaya kuning yang tidak senonoh dan lain-lain. Seolah-olah bagi Saudara Ridhuan Tee apa yang akan dilaksanakan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat tidak sesuai dilaksanakan di negara ini. Sekiranya ‘ladang babi’ menjadi ukuran baik buruk sebuah pentadbiran kerajaan negeri, maka apakah beliau tidak sedar tentang wujudnya jumlah ladang babi yang terbesar disebuah negeri yang ditadbirkan oleh Barisan Nasional dan yang telah menimbulkan kontroversi yang bukan kecil pada suatu ketika dulu.

Beliau juga mengsyorkan agar memberhentikan  amalan yang suka  menyalahkan orang lain. katannya,’ "Is Umno so bad? Stop the blaming culture. If Umno does good, praise. If Umno does bad, please reprimand. But the real enemy is not Umno, but the ultra kiasu,".

Kalau begitu caranya beliau berhujah mengapa pula dalam kenyataannya dipenuhi dengan kata-kata yang menuduh,’mencerca’ dan lain. Apakah tidak ada bahasa yang sesuai untuk menggantikan perkataan, “ Darul Babi’ untuk negeri Selangor? . Apakah kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional begitu sempurna pentadbirannya sehingga terkawal ladang babinya. Saudara Ridhuan Tee eloklah berpandangan kiri-kanan sebelum memperkatakan sesuatu yang buruk mengenai orang lain. Biarlah pandangan yang kita utarakan itu ‘balanced’ supaya kita dilihat sebagai benar-benar seorang intelek dan tidak sebaga ‘Profesor kangkung’.

Peribahasa Melayu juga ada mengatakan bahawa, ‘ berkata dulang paku serpih……………..”

abuhassanadam
21 Ogos 2014


2 comments:

  1. Setuju dengan Pak Abu. Seorang professor tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti itu.

    ReplyDelete
  2. Adakah Assoc Prof Ultra Kniasu Ridhuan Tee masih bekerja dengan Universiti Pertahanan? Siapa boleh sahkan?

    ReplyDelete