Saturday, August 16, 2014

PAS MENGEMUKAKAN ALASAN DEMI ALASAN

Ketika kemelut politik di Selangor sedang berada di kemuncaknya tidak berapa lama dulu, dan ketika kepimpinan PKR dan DAP memerlukan sokongan PAS untuk menyokong Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid, TG Haji Hadi mengeluarkan kenyataan ‘seperti halalintar membelah bumi’. Tuan Guru mempersoalkan mengapa TS Khalid Ibrahim perlu ditukar dan lantas beliau terus menyatakan pendiriannya (walaupun secara peribadi) menyokong TS Khalid Ibrahim. Sokongan seterusnya datangnya dari TG Dato’ Nik Aziz dan Majlis Syura. Bermakna bahawa PAS tidak menyokong tindakan Pakatan (DAP,PKR) untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim. Bermakna juga bahawa seolah-olah PAS tidak bersama Pakatan Rakyat lagi, walaupun sentiasa dilaungkan bahawa PAS adalah rakan Pakatan Rakyat yang setia.

Ketika Dr. Wan Azizah sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan majoriti ADUN Selangor, PAS masih ‘menjauhkan diri’ dengan alasan bahawa PAS sentiasa patuh kepada arahan kepimpinan tertinggi, yang mana keputusan itu akan muncul hanya selepas mesyurat pada 17 Ogos 2014. PAS nampaknya melengah-lengahkan keputusan dan pendirian mereka. Rakyat mempersoalkan muslihat PAS ini.

Sementara itu PAS Selangor mengemukakan alasan yang tersendiri mengapa mereka perlu menyokong TS Khalid Ibrahim dan meneruskan ‘tugas’ sebagai Exco. Alasan mereka sebagaimana yang diutarakan oleh YB Sallehen Mukhyi dari PAS ialah untuk ‘menyelamatkan Pakatan Rakyat”. Katanya lagi,’ "If four PAS excos boycott, four Umno excos will be appointed by the palace. Even though, this is only until the coming state assembly sitting (in November)…If the assembly is dissolved, then Umno would be the last government (in power)," Dan katanya lagi sekiranya keadaan ini terjadi maka lesaplah rizaf RM 3.2 billion yang ada dalam simpanan negeri Selangor itu.

Kenyataan beliau ini terus disangkal oleh pakar uundang-undang
Encik Abdul Aziz Bari. Katanya,"I don't know what minority government PAS is talking about…..What we have under Khalid now is an illegal government which under the constitution merits a sack by the sultan," Malaysiakini. Katanya lagi, "What is the basis for Khalid to remain given the hard evidence at the hands of Wan Azizah?"

Tindakan PAS melambat-lambatkan membuat keputusan telah mendapat kritikan dari berbagai pihak. Dan jelas menampakan kelemahan peimipin tertinggi PAS menangani krisis, ataupun ada kemungkinan ‘menunggu udang disebalik batu’. TS Muhammad bin Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor tanpa segan dan silu terus membuat kenyataan yang berupa sindiran kepada PAS yang bertindak lambat menangani keadaan. Katanya,

"They're late, the party is over, the bride and groom have left….Making decisions so late. What does it mean? We have to look at today's reality… don't have to wait till August 17… we have to focus on what happens today," katanya kepada The Malaysian Insider.

Melihat keadaan yang ‘bergolak’ dalam PAS kini, jelas telah menunjukkan sudah ada dua kumpulan yang bertelagah antara golongan conservatif ( berfikiran lama) dan golongan liberal yang berfikiran bersesuaian mengikut zaman. Jikalau dirujukkan kepada zaman tahun-tahun 1920an dan 1930an dulu, pertelagahan sebegini adalah seperti perbalahan antara Kaum Tua ( yang masih ‘berpaut’ dengan cara-cara lama dan kolot)  dan Kaum Muda yang ingin melakukan pembaharuan mengikut peredaran zaman.

Dalam PAS kini sudah ternampak keadaan yang sedemikian. Walaupun dinafikan namun keengganan kepimpinan  tertinggi PAS untuk mengiktiraf Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar adalah merupakan peninggalan warisan saki baki Kaum Tua yang menganggap bahawa ‘tempat wanita adalah didapur’.

Penulis ingin memetik kata-kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengingatkan PAS hari ini bahawa Islam tidak melihat pada jantina, tetapi sama ada seseorang itu dapat melaksanakan tugasnya atau tidak.Katanya, jika benar PAS menolak Wan Azizah kerana jantinanya dan
parti itu mendasarkannya kepada Islam, maka tegasnya, PAS perlu sedar bahawa Islam tidak melihat pada jantina.Sebaliknya, kata beliau, Islam melihat kepada aspek amanah dan sama ada seseorang itu dapat menjalankan tugasnya atau tidak.Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau yakin Wan Azizah dapat menunaikan tugasnya dengan berkesan jika beliau menjadi menteri besar.

Yang anihnya alasan yang dikemukakan oleh PAS ini sentiasa berubah-ubah. Dulu dikatakan bahawa mereka merasakan tidak perlu ada perubahan Menteri Besar disebabkan ‘tidak terdapat kesalahan yang besar’ kepada TS Khalid Ibrahim. Kini dikatakan pula bahawa Dr. Wan Azizah tidak sesuai dijadikan Menteri Besar Selangor tanpa memberikan alasan yang konkrit.

Rakyat terutamanya ahli PAS pastinya ‘bingong’ melihat gelagat yang ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi parti PAS. Mujurlah muncul peimpin-pemimpin yang dianggap rasional yang mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang boleh meyakinkan rakyat. Tindakan YB Saari Sungib dan ADUN Morib YB Hasnul Baharuddin adalah tepat dan bersesuaian. Dan tindakan mereka itu mendapat sokongan dan pujian daripada Dr. Zulkifly Ahmad, salah seorang dari kepimpinan tertinggi PAS Pusat.

Yang amat memberangsangkan tentulah kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Husam Musa mengenai kedudukan TS Khalid. Melalui kenyataan yang agak keras beliau menasihatkan TS Khalid agar berundur kerana dengan cara itu sajalah yang boleh memelihara maruah yang masih tertinggal. "Resigning is the most respectable thing to do and is not the end of a political career," katanya seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.

Mungkin golongan prgressif dalam PAS sudah tidak sabar menunggu 17 Ogos 2014, lantas mereka bersuara untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya perihatin dan bersama rakyat menangani kemelut yang sedang berlaku kini. Dan mereka tidak mahu menjadi ‘bystander’ sambil melihat ‘si Luncai terjun dengan labu-labunya’ sambil berteriak, “ biarkan-biarkan……”

abuhassanadam
16 Ogos 2014


6 comments:

  1. PAS cannot be trusted before, cannot be trusted now or in the future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Ileekh,

      Kita mengharapkan pemimpin muda dan progresif dalam PAS akan berusaha untuk membetulkan keadaan itu demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia.

      Pak Abu

      Delete
  2. PAS harap durian jatuh .........jangan jangan di TIMPA tangga .... daccing

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pada 17 Ogos (esok) kepimpinan tinggi PAS akan memutuskan pendirian politik sama mendukung Dr. Wan Azizah atau menolaknya yang akan membawa pelbagai implikasi. Tampaknya besar kemungkinan yang keputusan akan berpihak mendukung Dr. Wan Azizah jika ahli-ahli dalam JK itu yang bersikap cerdik, terbuka, rasional dan merupakan golongan 'muda' tidak berubah sikapnya pada saat menghitung sokongan dan bantahan. Mereka yang terdiri drp Hj. Nizar, Mujahid Yusof Rawa, Dr. Dzulkifli, Kamaruddin, Khalid Samad, Dr. Hatta, Syed Azman, Mat Sabu, Salahuddin, dan Husam adalah 10 ahli daripada 15 ahli JK Pusat PAS. Ini merupakan 66%.Golongan ini tak mudah di'klentong' dek Hadi Awang dan rakan-rakan lain yang sealiran berfikiran konservatif dan tiada sikap berwaspada/terumbang-ambing vis-a-vis komitmen terhadap perjuangan bersama dengan PKR dan DAP yang sangat anti anutan "Ketuanan Melayu' atau kroni kapitalisme ala UMNO. Sungguh liat dan sulit nak tendang si serabut/kalut Khalid Ibrahim kerana adanya tangan ghaib dari UMNO dan raja dan juga dari Hadi Awang yang mengelirukan keadaan

    ReplyDelete
  5. Saudara Matahari Bulan,

    Sumbangan anda dalam memberikan input yang berguna kepada blog ini amat saya hargai. Teruskan usaha murni anda itu utnuk manfaat semua.

    Pak Abu

    ReplyDelete