Tuesday, July 29, 2014

PAS DI PERSIMPANGAN

Peribahasa Inggeris ada mengatakan,' a slip of the foot you may recover, but a slip of the tounge you may never recover". Peribahasa Melayu pula kata," terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'

Walaupun DS Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Pakatan Rakyat masih kukuh, namun sikap yang ditunjukkan setengah pemimpin PAS menggambarkan bahawa mereka tidak melihat senario politik secara keseluruhan (the big picture) dan berkemungkinan besar akan membawa perpecahan dalam PKR sebagaimana yang dilihat oleh setengah penganalisis. Dan sekiranya keadaan demikian berlaku, maka harapan rakyat untuk melahirkan Malaysia yang maju dan sejahtera akan berkecai. Akan hancur luluhlah perasaan rakyat yang meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 yang lalu.

Dalam kemelut politik di Selangor yang berlaku kini, menampakkan bahawa ada pemimpin yang sependapat bahawa TS Khalid Ibrahim tidak perlu ditukar berdasarkan perkhidmatannya yang cemerlang. Sekiranya dilihat dari satu sudut, apa yang diperkatakan oleh mereka itu ada betulnya. Namun sekiranya dilihat dari berbagai sudut lain mungkin pihak parti PKR, PAS dan DAP telah ternampak kecacatannya lantas berpandangan bahawa Selangor perlu mendapat Menteri Besar yang baru. Pertukaran tidak bermakna bahawa TS Khalid gagal dalam menjalankan tugasnya, tetapi lebih merupakan untuk memperelokkan lagi pentadbiran negeri Selangor disamping ‘mempertahankan kubu yang sentiasa diserang beberapa kali’. Jikalau adapun kecacatannya pentadbiran TS Khalid  tentulah tidak sebagaimana dan seteruk yang berlaku kepada pentadbiran setengah negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional. Negeri-negeri itu agak ‘selamat’ disebabkan mendapat perlindungan pusat.

Apa yang dikatakan oleh setengah pemimpin tentang TS Khalid Ibrahim itu ada yang betulnya. Tetapi apakah pandangan sebahgian besar kepimpinan PAS pusat mengenai TS Khalid Ibrahim itu salah belaka? Mengikut apa yang disuarakan oleh Dato Saifuddin Nasution, Setiausaha PKR bahawa dalam satu mesyuarat yang diadakan, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menggantikan TS Khalid dengan seorang tokoh baru. Malah mengikut DS Anwar Ibrahim bahawa TS Khalid juga sedar bahawa perkhidmatannya akan diganti dengan tokoh lain. Dan menggambarkan bahawa TS Khalid bersetuju dengan perancangan itu. Malah dalam ‘Langkah Kajang’ TS Khalid sendiri selaku pengarah PRK berkenaan.

Kepimpinan PAS tentunya dalam dilemma untuk membuat keputusan dalam soal kemelut politik di Selangor ini. Perasaan ‘malu alah’ tetap timbul di hati setengah pemimpin berkenaan terhadap kedua-dua pandangan pemimpin atasan mereka. Namun sekiranya diteliti dan diperhalusi bahawa apa yang disuarakan itu hanyalah merupakan pandangan masing-masing.

Dalam parti Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) sememangnya menggalakkan percambahan fikiran. Dengan demikian apa yang disuarakan itu hanyalah merupakan pandangan peribadi mereka dan bukanlah merupakan keputusan kepimpinan tertinggi PAS. Semua orang berhak untuk menyatakan pendapat walaupun pendapat yang bertentangan dengan pemikiran ramai. Dan sepatutnya begitulah ‘treatment’ kepimpinan PAS pusat dalam menangani pandangan pihak yang bertentangan pendapat. Sekiranya dirasakan wajar dipatuhi, maka sewajarnyalah PAS mengambil keputusan sedemikian. Sekiranga dilihat secara keseluruhan dan merasakan bahawa pendapat sedemikian tidak wajar diambil kira maka  seharusnya ditolak dan diterima keputusan majoriy.

Tidak semestinya apa yang disuarakan oleh pemimpin atasan itu benar belaka. Lihat apa yang telah terjadi kepada Terengganu selepas PRU 12 yang lalu. Kepimpinan PAS perlu memikir dan merenung semula tentang mengapa PAS hanya dapat menguasai Terengganu dalam masa sepenggal sahaja. Dan begitu juga dengan negeri Kedah yang hanya berjaya ditadbir oleh PAS hanya untuk sepenggal sahaja selepas sahaja PRU 12. Dan dalam hal Kedah, PKR tidak nampak campurtangan dalam urusan pentadbiran PAS dalam menentukan urusan PAS di sana. Walaupun ada terdengar saranan yang mengatakan bahawa perlunya menukar Menteri Besar, namun kepimpinan PAS seolah-olah yakin dengan keputusan yang telah mereka buat dengan terus mengekalkan Menteri Besar yang mereka pilih. Dan akhirnya selepas PRU 13, Kedah terlepas dari tangan PAS.

Kepimpinan PAS harus sedar juga bahawa mentadbir sebuah kerajaan perlu memikirkan berbagai faktor dan sudut. Dan yang  perlu dilihat oleh pemimpin ialah sebarang tindakan haruslah menyeluruh dan dilihat dari berbagai-bagai aspek. Tindakan pihak lawan yang sentiasa mencarai peluang untuk mengambil kesempatan menjatuhkan, merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan. Jikalau tidak takkanlah Daniel P. Moynihan mengatakan bahawa, “politics as the art of the impossible’

Dan telah tersebar juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa PAS akan bekerjasama dengan UMNO untuk menerajui semula Selangor. Mungkin cadangan yang sedemikian datangnya dari golongan muda yang tidak tahu dan tidak pernah tahu bagaimana PAS telah dikecewakan oleh UMNO dalam kemelut Kelantan pada akhir tahun 1970an. Hanya TG Nik Aziz yang dapat memberikan penjelasan dalam hal ini. Mungkin pemimpin muda dari PAS tidak tahu tentang ‘sepak terajang’ dalam politik UMNO. Mungkin golongan muda dalam PAS mudah lupa tentang bagaimana UMNO ‘menghina dan mengherdik’ kepimpinan PAS. Mungkin juga golongan muda ini hanya memikirkan tentang ‘habuan’ yang akan diperolehi sekiranya mereka menyertai UMNO. Mungkin….

Mungkin pengalaman yang dilalui oleh Kelantan itulah agaknya yang menyebabkan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah segera untuk menggantikan Menteri Besar Selangor dengan yang baru. Mungkin dari satu sudut kelihatan TS Khalid tidak banyak cacat celanya, namun dari sudut lain boleh membawa kepada terjatuhnya negeri Selangor ke tangan BN semula seperti yang berlaku di Terengganu dan Kedah. Ini tidak mungkin tidak akan berlaku. Tambahan pula, pada akhir-akhir ini sudah nampak ‘belang’ TS Khalid Ibrahim yang bertindak di luar batas-batas rasional. TS Khalid seolah-olah mahu mempertahankan jawatannya, walaupun parti PKR sudah menyatakan hasrat untuk menggantikan dengan calon lain. Dalam hal ini ternampak semacam TS Khalid sudah ‘terbuai’ dan terpengaruh dengan faktor-faktor luaran yang mungkin ‘membisikkan’ ke telinganya agar  terus mempertahankan jawatan Menteri Besar itu.

Aku kurang arif tentang mengapa TS Khalid mahu berterusan mempertahankan jawatan Menteri Besar itu. Atas dasar apakah TS Khalid mahu berpegang kepada jawatan berkenaan. Mungkin aku tidak arif dalam urusan undang-undang pentadbiran Selangor. Tetapi setahu aku, jawatan Menteri Besar yang dipegangnya itu adalah milik Pakatan Rakyat. Kerana persetujuan Pakatan Rakyat, khsuusnya PKR yang membolehkan TS Khalid berada di jawatan berkenaan. Benar bahawa TS Khalid adalah ADUN kawasan Kelang tetapi bukan rakyat Selangor yang memilih beliau ke jawatan Menteri Besar itu.

Mungkin apa yang berlaku di Selangor merupakan  ‘retak menunggu belah’. Mungkin keterlaluan jikalau dikatakan begitu kerana pintu rundingan masih tebuka. Semua perkara yang rumit dan kompleks ( walau serumit mana sekalipun) dapat diselesaikan melalui perbincangan terbuka dan ikhlas. Rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk terus menerus menerajui negeri Selangor dan sekiranya diizinkan Allah untuk terus menerus menerajui Puterajaya.

Rakyat hanya mampu berdoa.

abuhassanadam
29 Julai 2014



2 comments:

  1. Ini satu manifestasi satu strategi betapa UMNO mungkin akhirnya berjaya mengklentong PAS masuk dalam perangkapnya bagaikan PAS lupa bahawa UMNO pada jangka panjang mahu membunuh PAS, kini mengumpan dengan alasan 'perpaduan umat Melayu/Islamlah, PAS percaya jatidirinya akan menjadi tawar jika ia terus dalam PR yang ideologinya mempunyai ciri-ciri demokratik liberalisme. Sudah tentunya UMNO dah pasang habuan seperti dan menjanjikan PAS habuan yang lebih baik semasa PAS bergabung dengan UMNO dulu. PAS tergiur dengan umpanan duit/jawatan dari yang sangat korap tu UMNO. Semboyan PAS yang tak akan lupa luka/kudis/kurapnya semasa bergabung dengan UMNO dulu akan menjadi retorik aje kerana ideologi pucuk pimpinan PAS khasnya Nik Aziz dan Hadi Awang sangat bersifat teologi atau keagamaan. PAS pun lupa yang banyak kerusi yang dimenangi di Selangor adalah dari bukan Melayu Islam.Pada dasarnyanya Hadi Awang memang tak suka Anuar apatah lagi Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Kalu PAS exit PR ia akan jadi parti seperti UMNO kuat di kawasan yang majoriti Melayu Islam di Kelante dan Terengganu aje, parti kampung yang konservatif dan terus meng'highlight'kan isu HUDUD.Khalid Ibrahim meskipun cerdik mengurus Selangor tapi dia mempunyai hutang jutaan ringgit dan mungkin dapat melangsaikannya melalui projek KIDEX.Khalid Ibrahim juga digunakan oleh UMNO dan sebab itu liat untuk mengundur diri walaupun signal sangat ketara telah diberikan kepadanya.Nik Aziz pemimpin maksum PAS dulu paling-paling lantang membantah idea kerjasama UMNO-PAS kini nampak dapat di'butakan' oleh UMNO. Kini kita tunggu bagaimana reaksi dari pemimpin seperti Mahfus, Dr Hatta, Mat Sabu, Husam dan lain-lainnya yang masih berfikiran terbuka terhadap projek licik UMNO ini. UMNO akan kenduri besar dan Najib akan senyum sungging jika projek klentong terhadap PAS yang dikawal atas personaliti Hadi Awang, Khalid Ibrahim dan juga Nik Aziz direalisasikan.Jika berjaya maknanya PAS masih daif dan naif atas percaturan politik UMNO terhadapnya.

    ReplyDelete
  2. Semua salah umno...hampa dok bereebut jawatan...umno yang salah...lawak bodo aihhh...

    ReplyDelete