Thursday, July 3, 2014

 IMEJ DIPLOMAT YANG TERCALAR

Usaha membaiki imej Malaysia yang tercalar di mata dunia tidak mudah ekoran daripada beberapa peristiwa malang yang menimpa negara ekoran daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu. Apalah malangnya nasib bangsa dan negara tercinta ini. Belum selesai kisah kehilangan  pesawat MH 370, kisah pegawai Malaysia yang  mendera anak di Stockholm dan kini telah timbul pula kisah seorang diplomat yang bertugas di New Zealand melakukan perkara yang tidak  sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar diplomat yang pastinya mencemarkan namanya dan nama Malaysia ( sekiranya betul pertuduhan terhadap diplomat berkenaan)

Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Dikatakan sedemikian kerana, ‘ diplomat is a person appointed by a state to conduct diplomacy with another state or international organization. The main functions of diplomats revolve around the representation and protection of the interests and nationals of the sending state, as well as the promotion of information and friendly relations’, Maknanya seseorang Diplomat itu adalah merupakan wakil negara yang akan membawa imej yang baik-baik agar sesebuah negara itu dipandang mulia dan dipandang tinggi  oleh negara lain.

Dan sekiranya ‘pembawa’ imej negara itu melakukan sesuatu yang amat bertentangan dengan norma-norma hidup masyarakat, maka pastinya negara luar akan memendah rendah kepada negara yang diwakili oleh Diplomat berkenaan. Ringkasnya bahawa imej negara kita tercalar disebabkan tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak merasa bertanggungjawab itu. Ini yang dikatakan bahawa, ‘seekor kerbau (lembu) yang membawa lumpur hampir semuanya terpalit’.

Teringat pula aku tentang lagu ‘Anak Dagang’ nyanyian Sudirman. Antara senikatanya ialah,’ anak dagang di rantau orang, pandai-pandailah mengambil hati’ ataupun ada juga yang menyanyikan begini, ‘ anak dagang di negara orang, pandai-pandai membawa diri…”

Amat jelas makna dan ‘pesanan’ tu.

Pada tanggapan aku, kes seperti yang berlaku ke atas En Muhammad bin Ismail bukan merupakan kes pertama yang pernah berlaku ke atas para diplomat kita yang berkhidmat di luar negara. Aku yakin banyak lagi kes yang sedemikian rupa tetapi tidak dilaporkan. Dan pihak tertentu hanya mendiamkan sahaja kes seperti itu dan lama kelamaan akan ‘tenggelam’ begitu sahaja di telan zaman. Mungkin juga salah anggapan aku itu.

Sayup-sayup terdengar juga kisah para diplomat kita yang bertugas di luar negara. Rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada ‘golongan’ ini yang dianggap agak bertuah dapat bertugas di luar negara dan menikmati berbagai kemudahan dan ‘kemewahan’ ketika berada di luar negara, kerana bukan mudah untuk dilantik sebagai seorang diplomat berkhidmat di luar negara. Agak ‘bertuah badan’ sekiranya terpilih untuk menggalas tugas berkenaan.

Tetapi soalnya apakah para diplomat kita dapat menggalas tugas berat berkenaan bertepatan dengan hasrat pihak kerajaan. “Diplomats have generally been considered members of an exclusive and prestigious profession. The public image of diplomats has been described as "a caricature of pinstriped men gliding their way around a never-ending global cocktail party"[3] J. W. Burton has noted that "despite the absence of any specific professional training, diplomacy has a high professional status, due perhaps to a degree of secrecy and mystery that its practitioners self-consciously promote."[4] The state supports the high status, privileges and self-esteem of its diplomats in order to support its own international status and position” Wikipedia.

Sememangnya tugas seorang diplomat adalah merupakan profession yang sangat mulia. Dan sudah semestinya tugas dan harapan yang diletakkan ke bahu seorang diplomat bukan hanya sekadar untuk menunggu ketibaan para menteri dan orang kenamaan di lapangan terbang sahaja malah tugas seorang Diplomat itu lebih penting dari itu. Dan tidak juga diharapkan bahawa tugas isteri seorang diplomat itu untuk menemani isteri menteri  dan  isteri orang kenamaan lain untuk pergi membeli-belah.

Sebagai seorang Diplomat yang bertanggungjawab menaikkan imej negara Malaysia yang tercinta tentulah para Diplomat di luar negara faham akan kehendak kepimpinan negara dan tentulah mereka tidak akan menghabiskan masa di padang-padang golf (disamping menghirup udara nyaman Musim Autumn) ataupun berseronok sambil berkaraoke pada tiap-tiap malam minggu. Imej Malaysia agak tercalar disebabkan beberapa tindakan kita yang mencalarkan imej negara. Oleh itu ke atas bahu diplomat diluar negara juga diletakkan harapan untuk membaiki imej ini.

Banyak pihak merasakan bahawa tindakan Malaysia menghantar Encik Muhammad Ismail  ke New Zealand untuk diadili itu sebagai tindakan yang wajar yang dilihat sebagai menghayati semangat Vienna Convention berhubung dengan hubungan diplomatik antara negara. Diplomat berkenaan belum lagi dianggap bersalah sehingga terbukti beliau bersalah. Sekurang-kurangnya negara kita mematuhi dan menghormati semangat Vienna Convention berkenaan.

Mungkin dengan tindakan sedemikian akan dapat sedikit sebanyak membaiki imej Malaysia yang tercalar itu.

abuhassanadam
3 Julai 2014

No comments:

Post a Comment