SEGELINTIR MELAYU MELANGGAR SIFAT ORANG MELAYU
SEBENAR
Sebagai
orang Melayu tulin ( bukan celup-celup, bukan pendatang dari negara lain dan
yang berwarna kulit sawo matang) aku amat kecewa dengan perangai dan sikap yang
ditunjukkan oleh segelintir (sebahgian kecil ) orang Melayu di Malaysia kini
yang berperangai amat bertentangan dengan perangai orang Melayu sebenar.
Tanyalah
siapa pun. Tanyalah golongan bukan Melayu. Orang Putih ke, orang Cina ke, orang
India ke, orang Arab ke pasti mereka akan bersetuju mengatakan bahawa orang
Melayulah antara bangsa di dunia ini yang bersopan santun dan lemah lembut
dalam apa juga tindakan mereka. Jikalau ada yang berpendapat sebaliknya maka
jelas menunjukkan bahawa individu berkenaan tidak mengikuti perkembangan sejarah,
khususnya sejarah orang Melayu.
Dengan
berbagai perkembangan akhir-akhir ini, samada dari segi perkembangan politik,
sosial dan ekonomi, ramai rakan-rakan dari kalangan bukan Melayu khususnya yang
sudah tidak segan silu lagi bertanya, ‘ apa sudah jadi dengan orang Melayu?’
Bukan saja rakan bukan Melayu yang musyhkil tentang beberapa isu, malah aku
sendiri juga ingin bertanyakan soalan yang sama. Cuma aku perhalusi soalan aku
dengan menyoal‘Apa sudah jadi dengan segelintir orang Melayu kini ?’. Ataupun
mungkin lebih jelas lagi soalan itu berbunyi, ‘ apa nak jadinya dengan para
pemimpin Melayu yang sudah amat jauh menyimpangnya dari sikap dan tindakan
orang Melayu sebenar?’
Suatu
ketika dulu, sekiranya soalan seperti yang dikemukakan oleh rakan bukan Melayu
itu boleh menimbulkan ketegangan sebab dirasakan bahawa soalan itu menyentuh
maruah diri sebagai orang Melayu. Kini soalan sedemikian walaupun masih terasa
‘tikamannya’ tetapi disebabkan oleh semacam sudah tidak ada ‘bahasa’,
‘kata-kata’ dan ‘hujah’ untuk menepisnya, maka jawapan yang boleh diberikan
hanyalah dengan ‘senyuman sinis’. Mungkin itu saja yang masih dapat dipusakai
oleh orang Melayu untuk menepis segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan
terhadap orang Melayu kini, khususnya para pemimpin negara.
Agak
tidak keterlaluan sekiranya aku mengatakan bahawa orang Melayu telah melepaskan
satu peluang keemasan terutama ditinjau dari segi hubungan antara kaum di
negara ini. Dengan beberapa tindakan oleh pihak-pihak tertentu, dengan jelas
menampakkan bahawa golongan sedemikian seolah-olah mahu terus merenggangkan
hubungan antara kaum-kaum di negara ini. Tindakan golongan ini jelas
membelakangkan hasrat pemimpin-pemimpin negara terdahulu yang bmerusha sedaya
upaya untuk mewujudkan perdamaian dan muhibbah antara kaum di negara ini.
Satu
kemujuran ialah bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak ‘termakan’ dengan
hasutan golongan segelintir Melayu ini. Malah sebahagian besar orang Melayu
memandang begitu jijik sekali sifat dan perangai yang ditunjukkan oleh
segelintir orang Melayu demikian. Dan golongan bukan Melayu juga faham bahawa
perangai dan tindakan sedemikian bukanlah perangai yang dimiliki oleh orang
Melayu tulin. Perkembangan pemikiran yang sebegini merupakan perkembangan yang amat
sihat kini. Walaupun dibimbangi, namun ‘hikmah terselindungnya’ ialah rakyat
Malaysia yang waras cara berfikirnya sudah mula menyedari tentang pentingnya
perpaduan rakyat. Yang amat membanggakan ialah anak-anak muda terpelajar dari
semua kaum sudah mula ‘memperlekehkan’ tindakan yang ‘tidak bertamadun’
golongan-golongan tertentu yang cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat
Malaysia.
Para
pemimpin Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai pembela bangsa Melayu
harus sedar dan melihat diri tentang apakah tugas dan peranan yang telah
dilakukan oleh mereka itu benar-benar mencerminkan hasrat mereka untuk
memajukan bangsa Melayu. Ataupun mungkin hanya sebagai ‘melepaskan batuk
ditangga’. Ataupun hanya sekadar ‘menanam tebu dibir mulut’ sahaja.
Para
pemimpin agama Islam khususnya harus juga bertindak sebagai mana yang
diamanahkan oleh agama kita, harus meneladani apa yang telah dilakukan oleh
Nabi Muhammad dan bukan hanya sekadar menambah bilangan isteri atau hanya
menyimpan janggut sejemput di dagu. Para pendakwah harus lantang bersuara
memerangi rasuah yang bermaharaja lela dalam negara kini dan berbagai tindakan
pemimpin negara yang jauh menyimpang daripada landasan sebenar.
Orang
Melayu hanya boleh merintih dan merintih dan terus merintih sedangkan para
pemimpin Melayu terus menerus dengan tindakan yang membelakangkan sifat dan
peribadi orang Melayu sebenarnya. Bilakah agaknya ‘perkembangan’ sebeginiakan
berakhir.
Dimanakah
titik noktahnya….
abuhassanadam
27 Disember 2015
No comments:
Post a Comment