BAJU KUNING – GOLONGAN YANG BERADAB
Aku
terpanggil untuk menyentuh isu ‘Baju Kuning’ selepas mendengar ulasan dari BBC
World yang menyentuh mengenai Bersih5 yang berlangsung semalam. Antara
kenyataan yang amat menarik perhatian aku ialah apabila pengulas mengatakan
bahawa kumpulan ‘Baju Kuning’ adalah terdiri dari anak muda Malaysia yang
terpelajar. Golongan intelek.
Aku setuju.
Kemunculan ‘Baju Kuning’ dalam Bersih5 seolah-olah
telah mencetuskan satu bentuk budaya baru di Malaysia yang dicetuskan oleh anak
muda Malaysia dari berbagai keturunan dengan tidak mengira bangsa, agama dan
warna kulit. Pendek kata ‘Baju Kuning’ melambangkan satu kumpulan anak muda Malaysia
yang berperadaban tinggi, berakhlak mulia yang tahu menghormati dan menghargai
antara satu sama lain.
Jangan
tanya mengapa aku kata begitu. Jangan juga tanya dari mana aku dapat fakta dan
maklumat untuk aku membuat kesimpulan yang sedemikian.
Melalu
persepsi, aku dapat merasakan (dan aku amat bangga dengan anak muda dari
berbilang kaum itu) bahawa itulah penjelasan yang patut aku berikan kepada
kumpulan ‘Baju Kuning’. Dan apa yang mereka lakukan dalam gerakan Bersih5 sudah
dapat mengatasi apa yang dilakukan oleh para penunjuk perasaan menentang Donald
Trump di Amerika dan demonstrasi-demonstrasi di tempat lain. Maksud aku,
Bersih5 berjalan dalam suasana yang cukup aman, yang betul-betul mengikut kehendak negara yang mengamalkan prinsip
demokrasi.
Kehebatan
‘Baju Kuning’ terserlah kerana adanya kumpulan lain yang seolah-olah bersaing
untuk memenangi hati rakyat. Jelas dan nyata rakyat memuji dan memuja kehebatan
‘Baju Kuning’ yang bersopan santun sesuai dengan budaya orang Malaysia.
Semenjak zaman berzaman, masyarakat Malaysia telah hidup di negara ini dengan
penuh harmoni dan tidak suka kepada pergaduhan. Orang Melayu amat benci kepada
pergaduhan. Dan sekiranya ada sifat permusuhan dan pergaduhan dikalangan orang
Melayu, maka itu hanya merupakan satu keadaan yang terpencil. Hanya segelintir
kecil manusia Melayu yang sukakan
pergaduhan kerana sikap sedemikian bukannya milik orang Melayu sebenar.
Diharapkan
para pemimpin, terutamanya pemimpin muda harus terus menerus mengembelingkan
tenaga muda ini demi menyelamatkan negara dan seterusnya menjadikan negara
tercinta ini sebuah negara yang dibanggakan pada masa akan datang.
Hendaknya
anak muda terus memandang kehadapan dan jangan sekali-kali toleh ke belakang…
abuhassanadam
20 November 2016
orang China dah tolak MCA,
ReplyDeleteorang India dah tolak MIC,.
Bila ka orang MELAYU( kampong) nak tolak Umno?
Bila ka orang Iban,Kadazan and Dusun nak BN ?
Mari kita sama sama tolak BN !