‘No Anwar no DAP: ‘DASAR’ YANG AGAK PELIK
Ada beberapa kekeliruan dalam politik di negara kini yang menyebabkan rakyat betul-betul keliru untuk memilih para pemimpin atau parti politik yang mana yang sesuai untuk mentadbir negara ini.
• Dasar “No Anwar no DAP’ yang cuba dipopularkan oleh kumpulan teretentu dengan harapan untuk menawan hati rakyat memenangi PRU akan datang.Apakah ia merupakan satu ‘dasar’ atau slogan tidak siapa yang boleh menentukan.
• ‘Berkecamuk’nya dasar-dasar parti yang bergabung dalam satu gabungan. Misalnya gabungan antara PAS dan UMNO yang mempunyai hala tuju yang sungguh berlainan, jika dilihat perjuangan yang mereka lakukan. Sorot sahaja kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS ketika tidak berada bersama UMNO. Jelas menunjukkan bahawa tidak akan ada persefahaman dari segi dasar dan hala tuju. Tetapi kini mereka dalam satu wadah perjuangan. Ramai yang meragui kejayaannya.
- Penjelasan oleh YBM Tengku Razaleigh mengenai ’persahabatan’ UMNO-PAS amat jelas sebagaimana yang dirungkaikannya dalam satu temuramah di sebuah rancangan TV. Beliau mengatakan bahawa tidak mudah ahli-ahli UMNO peringkat grassroots menerima PAS yang sudah sekian lama ’mencerca’ dan menempelak para pejuang UMNO dengan berbagai celaan walaupun kelihatan adanya kerjasama di peringkat atasan dalam parti masing-masing. Dan keadaan begini juga hanya menunggu ’retak menjadi belah’. Hanya masa yang menetukan.
- Keadaan dalam BERSATU lagi agak ’sesat’ dan ’menyesatkan’. Ke manakah arah tujunya. Yang jelasnya ialah parti ini ditubuhkan demi untuk mennewaskan Barisan Nasional dan khususnya ’menenggelamkan’ kepimpinan DS Najib dan rakan-rakannya yang begitu ghairah memperalatkan IMDB.
Memang agak pelik tentang ‘dasar’ ‘No Anwar no DAP’ yang dikemukakan setengah pihak dalam usaha mereka untuk memenangi PRU 15 dengan jayanya. Golongan ini lupa bahawa dengan melakukan sedemikian mereka telah mendedahkan diri mereka ke arah satu keadaan yang tidak cerdik mengenai langkah dan strategi untuk memenangi PRU15 yang akan datang.
Keadaan politik di negara ini menjadi bertambah pelik lagi dan memalukan ialah apabila Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang kadang-kadang tidak sepatutnya dihamburkan oleh seorang negarawan yang kononnya disegani tetapi jelas menampakkan kecetekan apabila menyatakan sesuatu yang tidak kena. Misalnya beliau tidak ‘habis-habis’ mengeluarkan kenyataan yang agak kurang sesuai mengenai DS Anwar Ibrahim seolah-olah beliau seorang sajalah pemimpin yang dalam keadaan semuanya betul belaka.
Dikatakannya bahawa seolah-olah beliaulah yang boleh menarik undi orang Melayu yang menyebabkan kemenangan sesuatu pilihan raya. Seolah-olah kenyataan yang dikeluarkannya tidak berfikir panjang dan tidak berpijak di bumi nyata. Seolah-olah beliau sajalah yang boleh mendapatkan undi orang Melayu. Hakikat ini dinafikan oleh Saudara Anwar dengan mengemukakan contoh pilihanraya pada tahun 2013 ketika beliau menerajui dan mengemudi PRU pada tahun berkenaan.
Sebagai contoh, "Even we (PKR) in 2013, when Mahathir and our friends in Pejuang were on the other side with BN, we won 52 percent of the people's support," kata Saudara Anwar. Banyak lagi contoh-contoh dan ‘dalil’ yang dikemukakan menunjukkan bahawa tidak kukuhnya dasar yang diperjuangkan oleh ahli-ahli parti politik di Malaysia kini. Dan jika ada perkara-perkara yang diperjuangkan menampakkan ketidak-cukupan bukti untuk meyakinkan.
Tidak dilupakan juga tentang tuduhan yang sentiasa dilemparkan oleh Tun Mahathir yang sentiasa mengatakan bahawa terdapat individu yang begitu ghairah untuk menjadi Perdana Menteri. Walaupun tidak dinyatakan terus terang, namun jelas ia ditujukan kepada DS Anwar Ibrahim. Dan tindakkan beliau merasa agak malu membuat tuduhan sedemikian, sedangkan jelasnya tuduhan sedemikian ditujukan kepada dirinya yang jelas menampakkan keghairahan untuk memimpin negara ini buat kali ketiga sedangkan DS Anwar Ibrahim belum pun mencuba untuk melakukannya.
Mungkin Tun Mahathir lupa atau masih ada rakyat Malaysia yang tidak faham bahawa rakyat Malaysia masih menunggu kehadiran DS Anwar Ibrahim untuk memimpin negara ini. Yang menjadi penghalang ke arah merealisasikan hasrat tersebut ialah adanya batu penghalang yang bukan kecil halangan yang masih tidak mahu melihat DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Golongan ini amat takut akan ’penangan’nya sekiranya impian itu menjadi kenyataan yang akan terbongkar banyak rahsia mereka yang tersimpan dan seterusnya akan mendatangkan bencana kepada anak cucu mereka. Itulah hakikat sebenarnya mengapa sebarang usaha ke arah menjadikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri terpaksa ditentang dan dihalang.
Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan. Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia.
Abuhassanadam
5 Januari 2021
Saya sentiasa bersetuju dengan penulisan Pak Abu...
ReplyDelete