PRN JOHOR – SEMACAM PUSAT MENCARI PEKERJAAN
Tidak pula dikatakan seratus peritus begitu - sebagai ‘medan cari makan’ namun melihat kepada keadaan sepintas lalu dapat memberikkan gambaran kepada kita bahwa semacam para calon berebut-rebut untuk menambat hati pengundi agar mereka dicalonkan dan menjadi wakil rakyat. Dan apabila menjadi wakil rakyat mereka akan ‘berkhidmat’ (kononnya!) untuk memajukan kehidupan rakyat yang diwakili. Begitulah keadaannya saban tahun semenjak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Seribu janji diberikan kepada rakyat Melayu (khususnya) dan amat sukar ditepati walaupun tidak dinafikan ada juga janji yang ditepati.
Ada wakil yang betul-betul komitted untuk berkhidmat memajukan rakyat dan negara. Tetapi soalnya ‘berapa kerat?’ Telah terbukti bahawa apa yang diperhatikan ialah apabila sudah mendapat tempat dan ‘dipilih’ oleh rakyat, mereka akan menggunakan kedudukan mereka untuk ‘mewajarkan’ kedudukan mereka sebagai wakil rakyat. Maksudnya mereka akan menggunakan segala kesempatan yang ada demi untuk memberikan kesenangan kepada diri dan sanak saudara. Buatlah bancian dari segi apa sekali pun akan tetap memperlihatkan bahawa hampir semua wakil rakyat di Malaysia berada dalam keadaan yang senang lenang. Bukan sahaja wakil yang dipilih ke Parlimen atau DUN, malah para pengikut mereka juga hidup dalam keadaan senang lenang.
Keadaan ini merupakan satu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Bagaimana keadaan boleh jadi begini tidaklah dapat dipastikan. Terpulanglah kepada pihak wajib dalam kerajaan untuk menjawab persoalan sedemikian, samada wang yang diperolehi mereka itu melalui cara yang dibenarkan oleh kerajaan dan undang-undang atau sebaliknya.
Rakyat tahu dan rakyat nampak keadaan yang sedemikian, tetapi rakyat terus menerus memberikan sokongan dan terus memberikan undi kepada mereka. Lihat sahaja keadaan yang dilalui oleh UMNO dalamParti PERIKATAN dan kemudiannya UMNO dalam BARISAN NASIONAL. Bermula dari zaman selepas MERDEKA sehinggalah kini, paara pemimpin UMNO masih memberikan janji hampir serupa kepada rakyat. Dan yang peliknya rakyat yang bernama ‘Melayu’ it uterus percaya dan percaya dan terus memberikan undi kepada mereka.
Para pemimpin UMNO dan pemimpin lain yang ‘sewaktu dengannya’ kadang-kadang menggunakan ‘Fear Paradigm’ untuk menakutkan orang Melayu agar terus menerus memberikan sokongan terhadap mereka. Yang menjadi ‘mangsa’ tentunya parti DAP yang sentiasa digembar-gemburkan sebagai parti yang merbahaya kepada orang Melayu. Itulah ‘slogan’ yan digunakan oleh mereka hampir setiap kali menghadapi pilihanraya. Kita tidak tahu sampai bila agaknya orang Melayu boleh ‘termakan’ dan ditakutkan dengan ‘slogan’ sedemikian. Hanya masa yang akan menentukan. Mungkin PRN Johor akan mengubah segalanya. Kita sama-sama berdoa.
Malangnya ( atau yang menguntungkan golongan berkenaan!) ialah orang Melayu yakin dan percaya dengan kata-kata yang ‘ditaburkan’ oleh mereka. Keadaan sebegini berlaku semenjak sebelum merdeka lagi, ia itu semenjak orang Melayu belum mendapat Pendidikan yang sempurna, ia itu sebelum ramai orang Melayu yang lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dan selepas ramai orang Melayu yang lulus peperiksaan berkenaan (yang memberikan petunjuk bahawa orang Melayu sudah mula agak cerdik) keadaan dan sikap mereka tidak banyak berubah.
Orang Melayu ( bukan sahaja di kampung tetapi di bandar-bandar juga) tidak banyak berubah. Mereka masih lagi memberikan sokongan kepada para pemimpin UMNO (BARISAN NASIONAL) yang memberikan kata-kata manis kepada mereka yang lantas terus menerus memberikan kemenangan Barisan Nasional untuk memerintah negara ini. Apakah ‘kain batik’ atau ‘kain pelikat’ masih berperanan dalam menentukan menang kalah seseorang calon itu.
Apakah pengundi di PRN Johor masih berada ‘ditakuk’ lama yang boleh diperkotak-katikan oleh calon-calon yang menabur janji dan akhirnya hanya janji yang tidak ditepati. Rakyat Johor dianggap sebagai pengundi modern yang amat faham selok belok ‘tipu-helah’ dalam sesuatu Pilihanraya’. Diharapkan kali ini mereka membuat pilihan yang tepat.
Kita berdoa sama-sama.
Abuuhassanadam
26 Februari 2022
No comments:
Post a Comment