Tuesday, March 4, 2014

ILTIZAM LIM KIT SIANG

Aku melihat kenyataan YB Lim Kit Siang berkaitan dengan PRK kajang sebagai sesuatu yang luar biasa. Maksud aku bukan saja kenyataan dari seorang rakan seperjuangan dalam parti tetapi lebih dari itu. Jelas memperlihatkan ‘comradeship’ YB Lim Kit Siang yang betul-betul mahu melihat DS Anwar Ibrahim menang dengan bergaya pada PRK Kajang ini. Akan menghnatr satu isyarat juga kepada rakan-rakan yang  belum faham tentang erti perjuangan sebenar, erti setiakawan dalam parti yang memperjuangkan sesuatu matlamat dan agenda yang besar.

YB Lim Kit Siang telah menyeru agar parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat, PKR, PAS dan DAP memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon dengan majoriti yang lebih besar. Aku agak hairan juga mengapa YB Lim ‘terpaksa’ membuat seruan begini. Apakah sudah ternampak agaknya bibit-bibit yang kurang menyenangkan berlaku dalam Pakatan Rakyat?  Sebagaimana biasa ‘orang tua’ pantas dapat melihat perkara yang tersirat. Bak kata pepatah Melayu,’ sekilas ikan di air sudah ditahu jantan betinanya’. Dan dalam hal ini mungkin dilihat oleh YB Lim sesuatu yang tidak berapa kena yang memungkinkan menjejaskan kememangan dalam PRK Kajang nanti.

Nampaknya YB Lim juga tidak berapa senang hati dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR sendiri apabila TS Khalid Ibrahim lebih awal mengumumkan hasratnya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR menentang YB Azmin.Walaupun beliau tidak menudingkan jari ke arah TS Khalid Ibrahim, namun kenyataannya sudah cukup mebayangkan kerisauannya tentang perkembangan yang sebegini. “A House divided cannot stand, and that Anwar’s real enemies in Kajang by-election are not independents, MCA or even UMNO, but PR/PKR internal feuds and infighting’.

Kenyataan dari seorang ‘veteran’ yang sudah ‘berhempas-pulas’, bertahun-tahun ‘bergelumang’ dalam kancah politik tanah air tidak harus dipandang ringan. Apatah lagi oleh anak-anak muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan ‘sepak-terajang’ politik tanah air. Banyak yang tersirat daripada yang tersurat yang perlu diperhati dan dipelajari oleh anak-anak muda samada dari PKR atau PAS ataupun DAP.Nasihat YB Lim tepat pada masanya, ia itu ketika jentera parti Pakatan Rakyat sedang dalam proses mempersiapkan diri untuk ‘bertempur’. Sekiranya terdapat kesilapan di sana sini masih ada masa untuk diperbetulkan. Jangan ditunggu sehingga ‘ nasi sudah menjadi bubur’. Dan ‘do not cry over the spilt milk….’

Awal-awal lagi YB Lim telah mengemukakan ‘note of caution’nya mengenai hal yang dibincangkan ini. Seolah-olah beliau amat bimbang dengan pengumuman TS Khalid yang hendak bertanding menentang YB Azmin itu, yang pada pandangannya akan menjejaskan keputusan PRK Kajang. Mungkin beliau bimbang akan perpecahan yang akan berlaku dalam PKR itu sendiri apabila akan muncul dua kumpulan. Yang satu memihak kepada TS Khalid dan yang satu lagi akan memihak kepada YB Azmin. Ada kemungkinan berlaku dan ada berkemungkinan tidak. Akan berlaku perpecahan sekiranya ahli PKR masih berfikiran di ‘takuk lama’. Tidak akan berlaku perpecahan sekiranya ahli PKR sudah betul-betul faham tentang prinsip demokrasi dan ketelusan yang cuba diketengahkan oleh DS Anwar Ibrahim.

Aku rasa tidak ada lain yang paling berharga selain dari nasihat yang dikemukakan oleh YB Lim apabila beliau mengatakan, ‘I appreciate better than anyone else that infighting is normal part of political parties, but in the face of a major test for the entire cause in the service of the people and country, such internal feuds should be kept to a minimum or even put aside until after the major test is won and over’

Nampaknya suasana ‘biduk lalu kiambang bertaut’ sudah mula kelihatan dalam PKR sendiri. Demi untuk memberi kemenangan yang  lebih besar kepada DS Anwar Ibrahim kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR sudah mula mengenepikan isu untuk persiapan bertanding jawatan berkenaan,Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali membuat konsensus tidak akan membuat sebarang kenyataan berkenaan isu pemilihan parti sehingga pilihan raya kecil Kajang berakhir.
YB Azmin telah pun bersetuju untuk tidak bercakap mengenai hal ini dan fokus untuk kemenangan  PKR di Kajang.
"Hal lain boleh ditanya, hal pemilihan parti jangan ditanya," kata beliau dalam sidang media di pusat gerakan pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Kedua-duanya akan bertungkus lumus menghadapi PRK Kajang. Itu yang amat penting dari segala-galanya.

“ …….the people of Kajang must speak up for the 30 million Malaysians, regardless of race, religion or region that they are solidly behind Anwar and Pakatan Rakyat for change in Malaysia to ensure that there is peace, harmony, justice, freedom, good governance, progress and prosperity for every Malaysian!’ kata YB Lim Kit Siang lagi.

Seruan sebegini adalah menjadi pasak kepada perjuangan Pakatan Rakyat ketika berkempen di Kajang ia itu hasrat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malasyia yang bersatu padu dan kuat bagi menembusi era globalisasi Kurun ke 21. Pakatan Rakyat mesti mempamerkan bahawa perjuangannya adalah lain dari yang lain. Dan matlamat akhirnya tentulah menawan Puterajaya dan ‘rallying cry’nya masih lagi REFORMASI……

abuhassanadam
4 Mac 2014


Monday, March 3, 2014

17,000  MENOLAK BR1M – APA YANG TAK KENA?

Di England ada juga bantuan wang untuk rakyat seperti BRIM di Malaysia. Di California USA juga ada. CalWORKs ( California Work Opportunity to Kids) namanya yang bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan asas mereka. Disamping itu ada juga program-program bantuan seperti ‘ Child Care Help”, Electronic Benefit Transfer (EBT), The Cash Assistance Program for Immigrants dll. Maknanya setiap kerajaan yang perihatin akan memberikan perhatian dan bantuan yang sepatutnya untuk rakyat mereka.

Yang nampak perbezaan antara bantuan yang diberikan di California dengan BRIM di Malaysia ialah syarat-syarat golongan yang menerima bantuan itu. Di California penerimanya kebayakannya terdiri dari golongan miskin yang kurang upaya yang termasuk jugalah warga emas yang memerlukan penjagaan yang rapi. Berbanding dengan BRIM di Malaysia, syarat-syarat yang dikenakan adalah terlalu longgar. Bermakna bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang amat ‘pemurah’ yang meletakkan syarat yang paling minima untuk penerima BRIM.
Syarat Kelayakan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia  2014) adalah Warganegara Malaysia, berumur 21 Tahun Keatas , Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah, Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000, Individu Bujang yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah. Itu saja. Dan sesiapa yang tergolong dalam kategori demikian adalah layak untuk menerima BRIM.
Namun ada juga golongan yang menolak BRIM 2014. Mengikut kenyataan seorang Menteri ada terdapat 17,000 penerima di Ipoh yang menolak pemberian BRIM. Itu merupakan satu angka yang besar. Mengikut pandangan peihak-pihak tertentu, penolakan itu merupakan ‘ a sign of maturity’ dikalangan rakyat Malaysia dan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah mula terkeluar dari garis kemiskinan yang membolehkan mereka menerima BRIM.
Aku agak sangsi dengan alasan yang demikian, tetapi aku tidak mempunyai bukti untuk menjelaskan sebaliknya. Yang aku dapat rasakan bahawa ramai juga rakyat yang merasakan bahwa pemberian BRIM ini adalah seperti memberikan sogokan kepada mereka untuk menyokong parti BN (UMNO). Ini juga merupakan persepsi kebanyakan yang menolak pemberian BRIM. Mereka juga mempunyai alasan tertentu untuk mereka berkata begitu dan salah satu alasan yang diketengahkan oleh mereka ialah tentang penglibatan ahli UMNO yang merupakan penyampai wang BRIM itu. Sekiranya wang itu adalah pemberian kerajaan persekutuan mengapa pula ada di tempat-tempat tertentu, wang itu disampaikan oleh orang politik (UMNO).
Hasrat kerajaan membantu rakyat itu adalah sesuatu yang patut dipuji. Yang aku persoalkan ialah tentang bentuk bantuan yang diberikan. Agak ‘primitif’. Tidak banyak beza dengan cara si ayah memberikan ‘duit raya’ kepada anak pada musim hari raya. Kerajaan menyediakan wang untuk disampaikan kepada rakyat melalui BRIM. Dan wang berkenaan diperolehi oleh kerajaan melalui pendapatan yang diperolehi dari sumber negara. Terutamanya dari hasil minyak. Dan ‘tugas’ kerajaan hanyalah membahagi-bahagikan wang berkenaan. Tidak nampak jerih payah pihak pemerintah untuk menyediakan wang sebanyak itu.
Aku terfikir juga. Mengapakah kerajaan tidak memikirkan sesuatu yang kreatif untuk membantu rakyat selain daripada memberikan BRIM. Tentu banyak cara lain lagi yang boleh menyukakan hati rakyat dan boleh dimanfaatkan dengan cara berkesan. Aku teringat bagaimana pihak kerajaan Brtiish dan negara-negara maju lain menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada rakyatnya. Di England misalnya, pelajar-pelajar sekolah tidak perlu membayar tambang jika menaiki bas di London. Percuma. Warga emas mendapat berbagai kemudahan dari kerajaan, termasuklah potongan harga apabila menaiki teksi berwarna hitam. Dan banyak lagi kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Dulu ada diurakan oleh kerajaan bahawa harga minyak dinaikkan untuk membolehkan kerajaan membina sistem pengangkutan moden di Kuala Lumpur. Untuk mengatasi kesesakan lalu lintas kata yang ‘empunya cerita’. Rakyat di Kuala Lumpur tentunya amat gembira. Ia pasti boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Kerajaan dapat menyediakan 3.5 billion ringgit untuk memberi BRIM kepada 7 juta orang. Dan sekiranya wang BRIM dinaikkan kepada RM 1200, maka kosnya akan meningkat kepada 8.4 billion ringgit ( kata Tun Mahathir). Mungkin merupakan langkah ke arah memajukan sistem pengangkutan negara.
Sudah dua penggal DS Najib menerajui kerajaan Malaysia. Rakyat tentunya mahu melihat kejayaan-kejayaan yang boleh dicapai oleh negara selain daripada pemberian BRIM kepada rakyat.Apabila Park Chung Hee menjadi Presiden Korea Selatan pada tahun 1961, pendapatan per-capita hanya US 100 dan pastinya Korea Utara lebih kuat daripada Korea Selatan pada ketika itu yang memiliki sumber asli  yang lumayan. Hanya selepas ‘menaiki takhta’ dalam masa tidak sampai satu bulan beliau telah menubuhkan badan penasihat ekonomi untuk membantu pentadbiran beliau. Menyedari betapa pentingnya kemasukan modal asing beliau dengan tidak segan silu mengadakan hubungan diplomatik dengan Jepun.
Kejayaan Park Chung Hee mendapat pengiktirafan banyak pihak sehingga Presiden Kim Dae Jung sendiri memberikan pujian tentang peranannya mengubah Korea dari sebuah negara yang mundur kepada sebuah negara maju. Dan antara tindakan yang dilakukannya ialah mendakwa pemimpin perniagaan yang mendapat keuntungan dari kegiatan yang tidak halal – rasuah. Ramai yang ditangkap termasuklah, orang kuat Samsung. Lee Byung Chull terlepas kerana pada ketika itu beliau  berada di luar negara.

Begitu juga keadaanya apabila Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura pada tahun 1959, pendapatan per-capita Singapura hanya US 400 dan kini sudah meningkat kepada US60,000. Satu perubahan yang cukup besar. Dan mengikut katanya, “ governance distinguished Singapore from its neighbors. They are not clean systems; we run clean systems. Their rule of law is wonky; we stick to it. We become reliable and credible to investors."

Bagi Lee Kuan Yew kejayaannya adalah berpunca "The quality of a nation's manpower resources is the single most important factor determining national competitiveness. It is the people's innovativeness, entrepreneurship, team work, and their work ethic that gives them that sharp keen edge in competitiveness."

Aku yakin penerima BRIM yang berjumlah 17000 orang itu ( yang menolak pemberian kerajaan itu )  sebenarnya mengharapkan kerajaan berbuat sesuatu yang konstruktif yang boleh betul-betul memberikan manfaat kepada rakyat. Mereka tidak mengharapkan kerajaan akan terus memberi ‘ikan’ kepada mereka tetapi mereka mengharapkan supaya kerajaan berusaha memberi ‘pancing’ kepada mereka dan rakyat Malaysia lain supaya mereka dapat menggunakan pancing untuk memancing lebih banyak ‘ikan’.

Itu sebenarnya harapan mereka.

abuhassanadam
3 Mac 2014


Sunday, March 2, 2014

PERTANDINGAN KHALID-AZMIN MENGUKUHKAN KEYAKINAN PENGUNDI KAJANG

Walaupun ada yang merasakan bahawa pertarungan merebut jawatan Timbalan Presiden antara TS Khalid Ibrahim dan YB Azmin ini akan merumitkan suasana PRK Kajang, namun bagi aku ia tetap akan mengukuhkan keyakinan pengundi Kajang bahawa PKR adalah subuah parti ‘lain dari yang lain’. Sekiranya pertandingan ini dilihat melalui kacamata perkembangan poltiik biasa yang diamalkan oleh parti-parti politik di Malaysia, maka pasti kita akan merasakan bahwa pertandingan ini akan ‘mencacatkan’ PRK Kajang dan berkemungkinan menurunnya sokongan terhadap DS Anwar Ibrahim.

Kita meramalkan keadaan terjadi sedemikian rupa sekiranya kita menggunakan kayu ukur yang selalu digunakan oleh UMNO dan parti-parti lain misalnya. Sekiranya diukur dan dilihat melalui perspektif yang lain daripada yang biasa diamalkan, maka natijahnya tentulah berlainan.

UMNO misalnya terpaksa menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan sekiranya menghadapi pilihanraya umum. Ini telah berlaku beberapa kali. Menunjukkan bahawa kepimpinan tidak begitu yakin kepada kepimpinan mereka. Mereka takut akan perpecahan dalam parti apabila diadakan pemilihan sedemikian. Para ahli akan memihak kepada calon-calon tertentu. Justeru akan timbul perpecahan dalam parti yang berkemungkinan menggugat calon BN dalam pilihanraya yang diadakan.

YB Lim Kit Siang dari DAP juga mengemukakan ‘note of caution’nya mengenai hal yang dibincangkan ini. Beliau bimbang akan menjejaskan keputusan PRK Kajang. Mungkin beliau bimbang akan perpecahan yang akan berlaku dalam PKR itu sendiri apabila akan muncul dua kumpulan. Yang satu memihak kepada TS Khalid dan yang satu lagi akan memihak kepada YB Azmin. Ada kemungkinan berlaku dan berkemungkinan tidak. Akan berlaku perpecahan sekiranya ahli PKR masih berfikiran di ‘takuk lama’. Tidak akan berlaku perpecahan sekiranya ahli PKR sudah betul-betul faham tentang prinsip demokrasi dan ketelusan yang cuba diketengahkan oleh DS Anwar Ibrahim.

Pertandingan menguji ‘popularity’ adalah perkara biasa dalam sesutau organisasi. Dan tidak merupakan perkara anih atau luar biasa sekiranya berlaku cabar mencabar antara pemimpin dalam sesuatu organisasi. Yang tidak berapa ‘kena’ ialah apabila ada pemimpin yang ‘takut’ untuk bertanding bagi menguji kebolehan dan kemampuannya. Pemimpin yang sebegini belum boleh ditarifkan sebagai pemimpin sebenar dalam ertikata mengikut prinsip demokrasi sebenar. Pemimpin sebenar adalah juga seorang pahlawan dan hulubalang yang berani menentang siapa saja untuk membuktikan kepahlwanannya. Berani bersepak-terajang dalam apa juga gelanggang.

UMNO mengamalkan keadaan sedemikian. Itu dulu. Namun kini UMNO sudah tidak begitu. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Tun Mahathir selaku Presiden UMNO pernah ditentang oleh Tengku Razali Hamzah pada awal tahun 1980an dan Tun Mahathir hanya menang dengan kelebihan undi sebanyak 44 undi sahaja. Jawatan Timbalan Presiden UMNO pernah juga ada pertandingan antara Tun Musa Hitam dengan Tengku Razali Hamzah. Kemenangan memihak kepada Tun Musa Hitam. DS Anwar Ibrahim pernah mencabar Tun Gaffar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO yang menyebabkan Tun Gaffar terpaksa menarik diri dari mempertahankan jawatan berkenaan disebabkan pencalonan yang amat berkurangan diterimanya dari ahli-ahli.

Perpecahan tidak berlaku dalam UMNO disebabkan adanya pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam parti. Tetapi perpecahan yang amat ketara dalam UMNO ialah apabila DS Anwar dipecat dari UMNO dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Walaupun ada yang mengatakan bahawa tidak berlaku perpecahan ekoran daripada peristiwa itu, namun keputusan PRU 1999 memberikan gambaran yang jelas bahawa orang Melayu mula ‘lari’ dari UMNO. Sehingga kini ‘pelarian’ itu masih berterusan.

Sudah jelas terbukti bahawa perpecahan dalam parti atau organisasi bukan disebabkan adanya pertandingan untuk merebut sesuatu jawatan tertinggi. Sekianya perebutan jawatan itu dilaksanakan secara telus dan ikhlas berlandaskan prinsip demokrasi sebenar, maka pastinya tidak akan wujudnya permusuhan atau perpecahan dalam parti. Perlu disedari bahawa pertandingan dalam parti bukan permusuhan pribadi. Tujuan seseorang calon bertanding adalah untuk mendapat pengesahan daripada ahli bahawa seseorang itu masih relevan kepada parti dan rakyat yang dipimpin. Itu saja. Yang mendapat kepercayaan daripada ahli perlu meneruskan ‘perjuangan’ dan yang tidak mendapat mandat dari ahli perlu juga memberikan sokongan demi untuk keutuhan parti.

Presiden Barrack Obama telah memberikan isyarat yang cukup jelas kepada dunia bahawa tidak semestinya calon yang tewas dalam sesuatu pertandingan itu diabaikan begitu sahaja. Masih segar dalam ingatan kita bahawa telah berlaku pertandingan yang cukup sengit antara Obama dan Hillary Clinton untuk merebuat jawatan Presiden Amerika Syarikat. Akhirnya kemenangan memihak kepada Obama. Namun Obama tidak mengenepikan Hillary Clinton. Malah beliau dilantik sebagai Setiusaha Negara Amerika Syarikat.

Aku yakin pertandingan Khalid-Azmin akan mengukuhkan lagi keyakinan ahli PKR bahawa pertandingan ini tidak sekali-kali akan membawa perpecahan kepada parti sebagaimana yang didakwa oleh banyak pihak.Kewujudan PKR adalah berpaksikan konsep ‘REFORMASI’ yang merupakan slogan perjuangan PKR semenjak dari mula penubuhannya. Dengan demikian PKR sentiasa melakukan anjakan paradigma dalam apa juga tindakan yang dilakukannya dengan mengambil kira bahawa masyarakat Malaysia kini adalah masyarakat yang hidup dalam Kurun ke 21.

Marilah kita sama-sama memerhatikan kesan pertandingan Khalid-Azmin ini. Aku yakin, dan pengundi Kajang juga yakin bahawa pertandingan ini akan menelurkan sesuatu yang memberikan manfaat kepada Selangor.Yang pastinya kedudukan DS Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang tidak akan terjejas walau sedikit pun, malah akan terus mantap dengan meraih kelebihan undi yang lebih besar. Insyallah.

abuhassanadam
2 Mac 2014


Saturday, March 1, 2014

‘LANGKAH KAJANG’ – RAKYAT MENUNGGU  DESTINASINYA

‘Langkah kajang’ yang mencetuskan PRK kajang adalah merupakan titik mula sejarah pembentukan negara ‘Malaysia moden’. Itu merupakan suara hati kecilku. Hati kecil seorang insan yang amat dahaga untuk melihat satu bangsa Malaysia yang maju seperti negara lain di dunia. Hati ini sentiasa mencemburui apa yang dicapai oleh negara-negara yang berada di sekeliling kita.

Kita tahu bahawa negara-negara yang telah pun maju ini adalah pada asalnya sebuah negara yang lebih lemah pencapaiannya berbanding dengan negara kita. Kita tahu bahawa negara-negara ini tidak mempunyai sumber ekonomi yang lumayan sebagaimana yang dimiliki oleh negara kita. Tetapi mengapa kita masih lemah dan tidak berdaya. Mengapa penduduk pribumi (orang Melayu) masih lemah dan tidak bermaya. Mengapa orang Melayu masih mempersoal dan menitikberatkan perkara yang remeh dan tidak seperti bangsa lain yang telah maju. Hati kecil ini sentiasa bertanya.

Terus terang aku katakan bahawa perasaan ramai rakyat Malaysia agak mula terubat pada awal 1980an apabila Saudara Anwar Ibrahim tergerak hati untuk bersama-sama dengan Dr.Mahathir memimpin rakyat Malaysia. Ramai yang agak lega dengan perkembangan itu,walaupun ada yang kurang senang dengan tindakan Saudara Anwar ‘bersekongkol’ dengan UMNO. Mereka merasakan bahawa UMNO akan mempergunakan Saudara Anwar demi untuk mencapai cita-cita mereka yang ‘tersembunyi’ itu.

Namun telah terbukti bahawa negara Malaysia telah mengalami ‘zaman emasnya’ pada tahun-tahun 1990an (sebelum 1998) dimana bukan sahaja Malaysia menjadi sebuah negara yang dihormati oleh negara-negara jiran tetapi juga telah juga dihormati oleh negara-negara dunia yang lain. Kita telah sampai  ke tahap itu. Malangnya kini ngara kita adalah dalam keadaan yang amat menurun terutama dari segi pencapaian pendidikannya.

Apabila Park Chung Hee menjadi Presiden Korea Selatan pada tahun 1961, pendapatan per-capita hanya US 100 dan pastinya Korea Utara lebih kuat daripada Korea Selatan pada ketika itu yang memiliki sumber asli  yang lumayan. Hanya selepas ‘menaiki takhta’ dalam masa tidak sampai satu bulan beliau telah menubuhkan badan penasihat ekonomi untuk membantu pentadbiran beliau. Menyedari betapa pentingnya kemasukan modal asing beliau dengan tidak segan silu mengadakan hubungan diplomatik dengan Jepun.

Kejayaan Park Chung Hee mendapat pengiktirafan banyak pihak sehingga Presiden Kim Dae Jung sendiri memberikan pujian tentang peranannya mengubah Korea dari sebuah negara yang mundur kepada sebuah negara maju. Dan antara tindakan yang dilakukannya ialah mendakwa pemimpin perniagaan yang mendapat keuntungan dari kegiatan yang tidak halal – rasuah. Ramai yang ditangkap termasuklah, orang kuat Samsung. Lee Byung Chull terlepas kerana pada ketika itu beliau  berada di luar negara.

Mungkin semangat ‘Reformasi’ yang merupakan ‘rallying cry’ DS Anwar Ibrahim yang tidak pernah padam itu akan terus dinyalakan di Kajang yang kemudiannya ‘bercahaya’ di Selangor dan berkemungkinan juga ‘menerangi’ Puterajaya dalam masa terdekat. DS Anwar pasti ingat kata-kata Al Gore , Vice President Amerika pada persidangan APEC 1998 di Kuala Lumpur dimana belia mengatakan,"Democracy confers a stamp of legitimacy that reforms must have in order to be effective.And so, among  nations suffering economic crises, we continue to hear calls for democracy, calls for reform, in many languages - People Power, doi moi, reformasi. We hear them today - right here, right now - among the brave people of Malaysia."

Apabila Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura pada tahun 1959, pendapatan per-capita Singapura hanya US 400 dan kini sudah meningkat kepada US60,000. Satu perubahan yang cukup besar. Dan mengikut katanya, “ governance distinguished Singapore from its neighbors. They are not clean systems; we run clean systems. Their rule of law is wonky; we stick to it. We become reliable and credible to investors."

Bagi Lee Kuan Yew kejayaannya adalah berpunca "The quality of a nation's manpower resources is the single most important factor determining national competitiveness. It is the people's innovativeness, entrepreneurship, team work, and their work ethic that gives them that sharp keen edge in competitiveness."

Lee Kuan Yew terus menekankan tentang pentingnya pendidikan sebagai langkah ke arah kemajuan negara.Begitu juga dengan langkah-langkah yang diambil oleh negara Korea. Aku amat mengharapkan ‘Langkah Kajang ‘ akan berjaya menelurkan sesuatu untuk kemajuan bangsa Malaysia. Aku mengimpikan kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang menjadi kebanggaan kita bersama. Dalam hal ini aku yakin bidang pendidikanlah yang akan ditekankan oleh DS Amwar Ibrahim sekiranya beliau berjaya bersama-sama menerajui Selangor. Dan walaupun ada usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Selangor kini dalam bidang pendidikan, namun masih banyak yang perlu dilakukan demi untuk memajukan bidang ini.

Langkah memperkasakan bidang pendidikan ini amat tepat pada masanya dalam keadaan sistem pendidikan negara yang berada dalam keadaan flip flop. Rakyat sememangnya amat runsing mengenangkan tentang hal pendidikan negara kini. Rakyat seolah-olah tidak tahu arah tuju kerajaan dalam menangani isu pendidikan negara. Seolah-olah mereka kehilangan arah. Dan dalam hal yang sebegini rakyat akan melihat apa yang akan dilakukan oleh Selangor di bawah kepimpinan baru yang diterajui oleh DS Anwar Ibarhim untuk dijadikan bahan rujukan mereka.

“Langkah Kajang’ adalah merupakan ‘garis pemisah’ antara dua zaman. Zaman sebelum dan zaman selepas. Rakyat akan sentiasa memerhatikan apa yang akan berlaku di Selangor di bawah kepimpinan baru. Dan rakyat akan mula sedar tentang betapa pentingnya mereka mengubah paradigma. Rakyat akan sedar dan faham tentang betapa pentingnya mereka menentukan arah tuju negara sebelum PRU 14.

Langkah Kajang akan menentukan segala-galanya, Insyallah….

Abuhassanadam
1 Mac 2014