Tuesday, March 4, 2014

ILTIZAM LIM KIT SIANG

Aku melihat kenyataan YB Lim Kit Siang berkaitan dengan PRK kajang sebagai sesuatu yang luar biasa. Maksud aku bukan saja kenyataan dari seorang rakan seperjuangan dalam parti tetapi lebih dari itu. Jelas memperlihatkan ‘comradeship’ YB Lim Kit Siang yang betul-betul mahu melihat DS Anwar Ibrahim menang dengan bergaya pada PRK Kajang ini. Akan menghnatr satu isyarat juga kepada rakan-rakan yang  belum faham tentang erti perjuangan sebenar, erti setiakawan dalam parti yang memperjuangkan sesuatu matlamat dan agenda yang besar.

YB Lim Kit Siang telah menyeru agar parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat, PKR, PAS dan DAP memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon dengan majoriti yang lebih besar. Aku agak hairan juga mengapa YB Lim ‘terpaksa’ membuat seruan begini. Apakah sudah ternampak agaknya bibit-bibit yang kurang menyenangkan berlaku dalam Pakatan Rakyat?  Sebagaimana biasa ‘orang tua’ pantas dapat melihat perkara yang tersirat. Bak kata pepatah Melayu,’ sekilas ikan di air sudah ditahu jantan betinanya’. Dan dalam hal ini mungkin dilihat oleh YB Lim sesuatu yang tidak berapa kena yang memungkinkan menjejaskan kememangan dalam PRK Kajang nanti.

Nampaknya YB Lim juga tidak berapa senang hati dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR sendiri apabila TS Khalid Ibrahim lebih awal mengumumkan hasratnya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR menentang YB Azmin.Walaupun beliau tidak menudingkan jari ke arah TS Khalid Ibrahim, namun kenyataannya sudah cukup mebayangkan kerisauannya tentang perkembangan yang sebegini. “A House divided cannot stand, and that Anwar’s real enemies in Kajang by-election are not independents, MCA or even UMNO, but PR/PKR internal feuds and infighting’.

Kenyataan dari seorang ‘veteran’ yang sudah ‘berhempas-pulas’, bertahun-tahun ‘bergelumang’ dalam kancah politik tanah air tidak harus dipandang ringan. Apatah lagi oleh anak-anak muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan ‘sepak-terajang’ politik tanah air. Banyak yang tersirat daripada yang tersurat yang perlu diperhati dan dipelajari oleh anak-anak muda samada dari PKR atau PAS ataupun DAP.Nasihat YB Lim tepat pada masanya, ia itu ketika jentera parti Pakatan Rakyat sedang dalam proses mempersiapkan diri untuk ‘bertempur’. Sekiranya terdapat kesilapan di sana sini masih ada masa untuk diperbetulkan. Jangan ditunggu sehingga ‘ nasi sudah menjadi bubur’. Dan ‘do not cry over the spilt milk….’

Awal-awal lagi YB Lim telah mengemukakan ‘note of caution’nya mengenai hal yang dibincangkan ini. Seolah-olah beliau amat bimbang dengan pengumuman TS Khalid yang hendak bertanding menentang YB Azmin itu, yang pada pandangannya akan menjejaskan keputusan PRK Kajang. Mungkin beliau bimbang akan perpecahan yang akan berlaku dalam PKR itu sendiri apabila akan muncul dua kumpulan. Yang satu memihak kepada TS Khalid dan yang satu lagi akan memihak kepada YB Azmin. Ada kemungkinan berlaku dan ada berkemungkinan tidak. Akan berlaku perpecahan sekiranya ahli PKR masih berfikiran di ‘takuk lama’. Tidak akan berlaku perpecahan sekiranya ahli PKR sudah betul-betul faham tentang prinsip demokrasi dan ketelusan yang cuba diketengahkan oleh DS Anwar Ibrahim.

Aku rasa tidak ada lain yang paling berharga selain dari nasihat yang dikemukakan oleh YB Lim apabila beliau mengatakan, ‘I appreciate better than anyone else that infighting is normal part of political parties, but in the face of a major test for the entire cause in the service of the people and country, such internal feuds should be kept to a minimum or even put aside until after the major test is won and over’

Nampaknya suasana ‘biduk lalu kiambang bertaut’ sudah mula kelihatan dalam PKR sendiri. Demi untuk memberi kemenangan yang  lebih besar kepada DS Anwar Ibrahim kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR sudah mula mengenepikan isu untuk persiapan bertanding jawatan berkenaan,Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali membuat konsensus tidak akan membuat sebarang kenyataan berkenaan isu pemilihan parti sehingga pilihan raya kecil Kajang berakhir.
YB Azmin telah pun bersetuju untuk tidak bercakap mengenai hal ini dan fokus untuk kemenangan  PKR di Kajang.
"Hal lain boleh ditanya, hal pemilihan parti jangan ditanya," kata beliau dalam sidang media di pusat gerakan pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Kedua-duanya akan bertungkus lumus menghadapi PRK Kajang. Itu yang amat penting dari segala-galanya.

“ …….the people of Kajang must speak up for the 30 million Malaysians, regardless of race, religion or region that they are solidly behind Anwar and Pakatan Rakyat for change in Malaysia to ensure that there is peace, harmony, justice, freedom, good governance, progress and prosperity for every Malaysian!’ kata YB Lim Kit Siang lagi.

Seruan sebegini adalah menjadi pasak kepada perjuangan Pakatan Rakyat ketika berkempen di Kajang ia itu hasrat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malasyia yang bersatu padu dan kuat bagi menembusi era globalisasi Kurun ke 21. Pakatan Rakyat mesti mempamerkan bahawa perjuangannya adalah lain dari yang lain. Dan matlamat akhirnya tentulah menawan Puterajaya dan ‘rallying cry’nya masih lagi REFORMASI……

abuhassanadam
4 Mac 2014


No comments:

Post a Comment