JANGAN HENDAKNYA
SEJARAH ‘FITNAH’ KERJAAN MELAYU MELAKA BERULANG
Perbicaraan kes DS Anwar Ibrahim berlangsung lagi. Kes liwat. Zaman aku kecil-kecil dulu tidak pernah pun aku terdengar perkataan 'liwat'. Sehinggalah tahun 1998, baru kerap mendengar perkataan 'liwat'. Kini anak-anak dalam Darjah 1 pun sudah biasa dengan perkataan itu. 'Tahniah!!' pada pihak yang 'memperkenalkan ' perkataan itu.
Dan dikatakan oleh ramai orang bahawa kes yang dilalui oleh DS Anwar Ibrahim itu adalah merupakan kes fitnah terhadapnya. Kes yang diada-adakan sengaja untuk mengainaya beliau. Kes dengki dan khianat terhadapnya. Ternampak semacam begitu. Dulu sudah dibicarakan dan didapati DS Anwar tidak bersalah. Kemudian 'dikorek' semula. Semacam pihak tertentu tidak berpuas hati dengan keputusan yang lepas. Yang hairanya banyak kes-kes yang lebih besar dan yang melibatkan jutaan wang rakyat tidak pula dilakukan sedemikian. Rakyat Malaysia agak hairan juga...
Entah macam mana terlintas di kepala aku untuk mendedahkan sebuah kisah yang berkaitan dengan fitnah-memfitnah yang berlaku dalam zaman kerajaan Melayu Melaka berdasarkan buku ‘Sejarah Melayu’ – Sulalat al- Salatin yakni Perteturun Segala Raja-Raja – karangan Tun Seri Lanang. Begini kisahnya.

“ Maka tersebutlah ada seorang Keling diam di
Melaka jadi syahbandar, Raja Mendeliar gelarnya, terlalu kaya pada zaman itu,
tiadalah ada taranya dalam negeri Melaka itu. Sekali persetua Raja Mendeliar
duduk mengadap Bendahara Seri Maharaja. Maka kata bendahara pada Raja
Mendeliar,’ Hai Raja Mendeliar, hendaklah tuan hamba berkata benar, berapa ada
emas tuan hamba?”
Maka kata Raja Mendeliar,” Tuanku emas sahaya
tiada banyak, ada lima bahara.”
Maka kata Bendahara Seri Maharaja,’ Lebih hanya
(se) bahara emas kita daripada emas Raja Mendeliar.”
Begitulah kisah Raja Mendeliar (saudagar dari
India) dan Bendahara Seri Maharaja ( Bendahara Melaka).
Maka ada seorang Keling……Kitul namanya. Akan
Kitul itu berhutang pada Raja Mendeliar sekati emas…..(suatu hari) …pada waktu
tengah malam, Kitul pergi ke rumah Raja Mendeliar.
Maka kata Kitul,” Hamba Raja Mendeliar, baik
sekali tuan hamba bersuka-suka pada malam ini, tiada tuan hamba tahu kerama
(nasib malang) akan datang kepada tuan hamba?”
Maka kata Kitul (memfitnah seseorang ),” Malam
tadi Nina Su(a)r(a) Dewana datang kepada Bendahara, dipersembahkan emas
sebahara, hendak membunuh tuan hamba. Akan sekarang bendahara se(bi)caralah
dengan Nina Su(a)r(a) tuan hamba hendak dikerjakannya.” Demi Raja Mendeliar
mendengar kata Kitul itu maka Raja Mendeliar mengambil surat hutang Kitul,
dicari-cariknya. (MS 204).
Maka kata Raja Mendeliar kepada Kitul,’ Adapun
utang tuan hamba seketi itu halallah dunia akhirat. Tuan hambalah saudara
hamba”
Pada malam itu juga diambil Raja Mendeliar emas
sebahara dan permata indah-indah dan pakaian yang baik-baik, dibawanya kepada
Laksamana: Laksamana terlalu karib pada Sultan Mahmud Syah…..Maka sembah Raja
Mendeliar pada Laksamana,”Saya mengadap orang kaya ini berlepas taksir.
Hendaklah orang kaya persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan supaya sahaya
jangan dikatakan sebicara dengan penghulu saya kerana telah sahaya ketahuilah
bahawa Bendahara Seri Maharaja hendak derhaka, sedia berebut takhta kerajaan,
kasadnya hendak naik raja di dalam Melaka ini. Maka kata Laksamana kepada Raja
Mendeliar,” Hambalah, berpersembahkan dia ke bawah Duli Yang Dipertuan.”(ms
205)
Maka Laksamana pun masuk mengadap Sultan Mahmud
Syah. Maka kata Raja Mendeliar itu semuanya dipersembahkannya ke bawah duli
Sultan Mahmud Syah. (Setelah Sultan mahmud Syah) mendengar sembah Laksamana itu
kabul pada hati baginda kerana baginda sedia berdendam akan Bendahara Seri
Maharaja sebab anaknya. ( Tun Fatimah dikahwinkan dengan orang lain sedangkan
Sultan menaruh hati kepada Tun Fatimah, anak Bendahara Seri Maharaja)
Maka dibunuhlah Bendahara Seri Maharaja dan Seri
Nara al-Diraja dan segala anak buahnya yang mau mati sama-sama dengan dia.
Setelah Bendahara Seri Maharaja sudah mati segala
pusaka Bendahara Seri Maharaja semuanya dibawa masuk ke dalam. Maka dilihat
oleh Sultan Mahmud Syah yang seperti berita orang itu tiada sungguh. Maka
baginda terlalu amat masyghul dan menyesal oleh membunuh Bendahara Seri
Maharaja tiada dengan periksa.
Maka Raja Mendeliar disuruh oleh Sultan Mahmud
Syah bunuh pula oleh ia mengadakan fitnah. Syahadan Kitul disuruh baginda
sulakan melintang. Maka Laksamana disuruh mengasi oleh baginda.
Sekian.
abuhassanadam
7 Februari 2014
No comments:
Post a Comment