TUMPUKAN SAJA
KEPADA PENCARIAN MH 370 DAN JANGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN
Sudah hampir dua minggu usaha
mencari pesawat MH 370 yang hilang entah ke mana. Rakyat Malaysia dan
masyarakat dunia terus menerus mendoakan agar pesawat segera dijumpai, memandangkan
penderitaan menunggu yang dideritai oleh kaum keluarga yang terlibat dalam
nahas berkenaan. Tidak ada seorang pun yang tidak simpati dengan kaum keluarga
yang malang. Malah setiap orang dapat merasakan sengsara yang dideritai ketika
menunggu berita yang mungkin mengembirakan atau sebaliknya. Kuasa Tuhan dapat
mengubah segala-galanya. Kita berdoa dan terus berdoa.
Juga tidak siapa yang boleh menafikan
usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam usaha untuk
mencari pesawat berkenaan. Namun dalam setiap usaha yang dilakukan pasti
menampakkan sedikit kecacatan di sana sini. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
dan laut mana yang tidak bergelora.
Pihak kerajaan seharusnya sedar tentang hakikat ini. Walaupun terdapat
kritikan tentang penyelenggaraan usaha pencarian ini sepatutunya pihak kerajaan
ini menerima dengan hati yang terbuka dan bukan cuba menyembunyikan fakta.
Kerajaan pastinya mendapat
simpati rakyat sekiranya penjelasan dalam menyampaikan maklumat disampaikan
dengan telus dan tidak cuba berselindung disebalik kenyataan yang menimbulkan
sangsi rakyat. Pada peringkat awal penerangan yang disampaikan oleh pihak
tertentu terdapat banyak kesilapan dan percanggahan dari segi fakta yang
disampaikan. Rakyat kini sudah terlampau celik dan cerdik sehinggakan mereka
tahu ‘sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya’ Mereka tahu apa
yang tersirat dari apa yang tersurat. Mereka sudah boleh ‘membaca’ apa yang
sebenarnya berlaku dan fakta apa yang sedang disembunyikan oleh kerajaan.
Mereka boleh membuat berbagai-bagai tekaan.
Akhir-akhir ini sudah timbul
pula ‘penyakit baru’ ia itu seolah-olah cuba mencari ‘kambing hitam’ yang boleh
dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH 370 itu. Walaupun tidak dinyatakan
dengan jelas namun rakyat tahu bahawa pihak tertentu cuba mengaitkan peristiwa
ini dengan tokoh-tokoh tertentu. Sebagaimana yang telah aku tegaskan tadi
bahawa rakyat Malaysia sudah ‘diasuh’ untuk berfikiran sedemikian. Semenjak
tahun 1998 lagi rakyat Malaysia sudah diasuh bahawa setiap perkara buruk yang
berlaku di Malaysia pastinya dikaitkan dengan tokoh pembangkang, DS Anwar
Ibrahim. Ternampak semacam begitu keadaannya.
Sudah sekian lama kita ‘diasuh’
begitu. Pada peringkat awal mungkin rakyat agak yakin dengan kenyataan
sedemikian tetapi lama kelamaan, rakyat sudah agak ‘mangli’ dengan tuduhan yang
berbagai-bagai. Dari tuduhan meliwat sehinggalah dituduh sebagai pengkhianat
bangsa yang sanggup menjadi agent asing untuk merampas negara. Dituduh juga
sebagai agent Israel (bukan APCO!), agent Amerika syarikat dan berbagai-bagai
tuduhan lain. Dan akhir-akir ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana
dituduh meliwat juga.
Apakah rakyat Malaysia akan
percaya dan yakin dengan tuduhan sebegini pada tahun 2014? Sebagaimana yang aku
tegaskan tadi hanya segelintir rakyat Malaysia sahaja yang tidak sedar dan
tidak mahu berfikir langsung tentang sesuatu perkara. Masih menjadi pengikut
yang membuta tuli. Langsung tidak mahu berfikir secara rasional. Dan tidak ubah
seperti masyarakat yang belum bertamadun….
Isu kehilangan pesawat MH 370
seolah-olah masih mahu dikaitkan juga dengan DS Anwar Ibrahim. Walaupun tidak
secara langsung, nama beliau telah dikaitkan juga dengan Kapten Pesawat MH 370
itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Beliau dikatakan mempunyai pertalian keluarga
dengan DS Anwar Ibrahim. Lantas atas dasar itulah sebuah akhbar di United
Kingdom telah cuba menggambarkan bahawa ada kemungkinan wujud perasaan kecewa
di hati Kapten Zaharie ekoran daripada hukuman penjara lima tahun yang
dikenakan kepada DS Anwar Ibrahim.
“He
supports our multi-racial coalition. He supports democratic reform. He is
against any form of extremism,” Anwar said of Zaharie, whom he said he has met
“on a number of occasions.” “And we take a very strong position in clamoring for
change through constitutional and democratic means.”
Ada
yang mengatakan bahawa Kapten Zaharie berada dalam mahkamah ketika DS Anwar
dijatuhkan hukuman penjara lima tahun itu. “He was not in the court,” Kata DS
Anwar ketika ditemuramah oleh Christiane Amanpour dari CNN pada 20 March 2014.
“He may have been outside in the premises of the court, because the court has a
limited capacity. But from what I gather, from many of our colleagues, nobody
actually saw him in the premises of the court.”
Apabila
pihak polis telah mengambil Flight Simulator kepunyaan Kapten Zaharie dari
rumahnya untuk penyiasatan lanjut seolah-olah menggambarkan bahawa sedikit
sebanyak beliau terlibat dalam isu kehilangan pesawat MH 370 ini. Ekoran
daripada keadaan itu menyebabkan CEO Precision Manuals Development Group (PMDG)
Robert Randazzo membuat kenyataan bahawa, ‘pilot’s avid interest in flight
simulation does not mean he was involved in altering the aircraft’s course’ Dan
beliau menyambung lagi dengan mengatakan bahawa,’"As is always
the case when something cannot be explained, there are many folks attempting to
explain the event to the public using theories, guesswork and good,
old-fashioned imagination,”
Namun
kenyataan dari DS Hishamuddin Tun Hussein agak melegakkan juga perasaan
keluarga Kapten Zaharie dan rakyat Malaysia apabila beliau menyatakan. “I would like to take this opportunity to state that the
passengers, the pilot, and the crew remain innocent until proven
otherwise…..For the sake of their families, I ask that we refrain from
unnecessary speculation that make an already difficult time even harder,”
Aku rasa itulah langkah yang sebaik-baiknya
untuk dilakukan pihak yang bertanggungjawab mencari pesawat berkenaan. Mencari
Pesawat MH 370. Yang ditunggu oleh rakyat, terutamanya pihak keluarga yang
hilang sanak saudara ialah berita gembira (Insyallah) tentang pesawat MH 370
dan bukan mencari ‘kambing hitam’ untuk ‘disembelih’. Dan bukan pula
menyalahkan orang lain supaya dapat mengabui mata rakyat tentang kesalahan
sendiri. Bukan begitu caranya..
abuhassanadam
22 Mac 2014
Besar kemungkinan status mendapat bukti konkrit penemuan bukan saja serpihan badan pesawat MAS 370 atau kotak hitamnya adalah sama seperti menanti buah yang tak mungkin gugur atau menanti kucing bertanduk kerana tempat yang disangka pesawat itu meletup atau jatuh adalah satu kawasan yang luas dan saiz pesawat itu sama seperti sebatang jarum terselit di rimbunan rumput yang amat tebal. Mungkin jua nasib penemuan bukti pesawat akan kekal menjadi rekod satu misteri aviation yang tak terlerai dalam sejarah penerbangan dunia moden, meskipun teori usaha mengesannya terus dilaksanakan oleh bomoh dan teknologi moden.
ReplyDelete