SEMACAM ADA PERSAMAAN ANTARA
KISAH DR.WAN AZIZAH DENGAN CORAZON AQUINO
DARI FILIPINA
Keputusan ‘pungutan suara’ di Kajang memberikan
isyarat jelas kepada kerajaan BN bahawa rakyat jelas menolak sebarang bentuk
penyelewengan dan pengamalan rasuah dan kronisme yang dilakukan oleh setengah
pemimpin kerajaan. Ringkasnya mereka menolak parti Barisan Nasional. Walaupun
pungutan suara itu berlaku di Kajang, namun ditinjau dari segi representatif
penduduk telah memberikan gambaran sebagai keseluruhan penduduk Malaysia yang
mempunyai 48% Melayu, 41% Cina dan 10% India.
Kini DS Dr. Wan Azizah telah ‘tercampak’ semula
ke kancah politik tanah air. Mahu tidak mahu beliau terpaksa bergelumang semula
secara aktif dengan rakyat Kajang khususnya dan mungkin terlibat secara langsung
dengan masyarakat lebih besar ia itu masyarakat Malaysia. Jikalau aku tidak
silap, YB Lim Kit Siang telah menyebut dan ‘meramalkan’ yang Dr. Wan Azizah
berkemungkinan menjadi Perdama Menteri wanita pertama. Dan disanggah oleh YB DS
Zahid Hamidi yang merasakan bahawa YB Lim Kit Siang sedang bermimpi di siang
hari. Maknanya bagi DS Zahid yang perkara yang disebut oleh YB Lim Kit Siang itu
tidak akan berlaku. Hanya sebagai bermimpi di siang hari!!..
Ini pandangan masing-masing. Yang penting kuasa
Allah akan menentukan segala-galanya. Ada dua faktor yang menyebabkan aku
terdorong untuk menyentuh isu ini.
·
Kenyataan
ini terkeluar dari mulut YB Lim Kit Siang.
·
Liku-liku
kehidupan yang dilalui oleh YB Dr. Wan Azizah adalah lebih kurang sama dengan
liku-liku hidup yang dilalui oleh Corazón
"Cory" Aquino, Presiden wanita pertama bagi Filipina.
Aku berada di majlis pelancaran Reformasi 2 yang
diadakan di Stadium Kajang pada malam 22 Mac 2014 dan aku lihat dan dengar YB
Lim Kit Siang menyatakan ‘ramalan’ itu. Sebelum ini belum pernah lagi aku
dengar kenyataan yang sedemikian oleh seorang yang setaraf dengan YB Lim Kit
Siang. Pernah juga aku dengar ‘usikan-usikan’ yang meramalkan bahawa YB Nurul
Izzah akan menjadi Perdama Menteri wanita Malaysia yang pertama. Kenyataan itu
banyak kali aku dengar.
Kenyataan yang DS Dr Wan Azizah berkemungkinan
menjadi Perdana Menteri Wanita pertama baru pertama kali aku dengar. Dari mulut
YB Lim Kit Siang. Bagi aku tidak mudah seorang pemimpin yang berkeliber seperti
YB Lim untuk ‘saja-saja’ mengeluarkan kenyataan sedemikian. Beliau adalah
merupakan ahli politik ‘veteran’ yang sudah lama bergelumang dan
‘bersepak-terajang’ dalam perjuangan politik tanah air. Tentulah ada
‘kebenaran’ tentang apa yang ‘dilihatnya’. Ini bukan ‘cakap kosong’ setelah
difikirkan secara serious. Dan pastinya ramai juga rakyat di Malaysia mula
memikirkan tentang kenyataan YB Lim Kit Siang itu.
Dan sekiranya dilihat tentang sejarah kemunculan Corazón Cory Aquino di Filipina maka sejarah politik DS Dr.
Wan Azizah adalah lebih kurang sama. Malah aku difahamkan ketika itu mereka
sering berhubungan antara satu sama lain pada ketika DS Dr. Wan Azizah
mula-mula menerima ‘malapetaka’ ketika DS Anwar Ibrahim difitnah pada tahun
1998. Mereka seolah-olah menerima nasib yang sama. Dan tidak mustahil jejak
langkah Corazón Cory Aquino itu juga akan merupakan langkah-langkah yang akan
diatur oleh DS Wan Azizah ekoran daripada Langkah Kajang.
Anak-anak muda kini mungkin masih di
sekolah rendah apabila peristiwa yang menyayat hati ini berlaku di Filipina
pada tahun 1983. Tiga puluh tahun yang lampau. Corazon Aquino ‘terpaksa terjun’
dalam kancah politik setelah suaminya Benigno Aquino, seorang senator di
Filipina ditembak mati di Lapangan Antarabangsa Manila pada 21 Ogos 1983 setibanya beliau dari Amerika
Syarikat setelah berada dalam buangan selama tiga tahun di sana. Beliau telah
ditembak ketika dalam perjalanan menuju ke kereta yang sedang menunggunya.
Lebih kurang sama seperti DS Anwar Ibrahim di
Malaysia, Aquino sentiasa menentang dan menyerang pemerintahan kuku besi yang dijalankan
oleh Presiden Marcos. Isterinya Imelda Marcos turut bersama-sama membelanjakan
wang rakyat, terutama dalam hal memenuhi kehendak hati dan perasaan dengan
membeli ratusan pasang kasut dan beg tangan berjenama dari luar negara.
Benigno Aquino telah dipenjarakan atas dasar
tuduhan yang direka-reka ( sama seperti yang dialami oleh DS Anwar Ibrahim). In 1980, he suffered a heart attack in prison and was
allowed to leave the country two months later by Marcos's wife, Imelda (Wikipedia). Setelah tiga tahun berada
dalam buangan, beliau berhasrat untuk pulang ke Filipina di mana beliau
ditembak selepas sahaja sampai di Lapangan Terbang Manila.
Keadaan sedemikianlah yang ‘memaksa’
Corazon Aquino untuk tampil berkecimpung dalam arena politik tanah airnya.
Beliau menwarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden dalam pilihanraya
pada tahun 1986. Marcos telah diisytiharkan sebagai menang dalam pilihan raya
berkenaan. Namun rakyat Filipina merasakan bahawa kemenangannya itu adalah
melalui penipuan dan penyelewengan.
Rakyat bangun menentang penyelewengan
berkenaan. Keadaan sedemikian telah mencetuskan People Power Revolution.
Maknanya rakyat sudah tidak tahan lagi dengan penipuan dan kezaliman yang
dilakukan oleh Marcos. Rakyat turun beramai-ramai ke jalan raya dan kesannya
ialah Marcos terpaksa melarikan diri kelaur dari Filipina. Dan Corazon Aquino
telah dilantik sebagai Presiden Filipina.
abuhassanadam
24 Mac 2014
Wan Azizah akan menghadapi cabaran yang lebih hebat lagi sepertimana AI yang telah dimomokan dengan pelbagai fitnah seperti peliwat, anti -agama Islam, penderhaka negara, agen AS, Yahudi dan bermacam-macam lagi. UMNO akan mula mempersiapkan segala strategi bagi mencemarkan kredibiliti Wan Azizah, kalu menyela AI boleh dilakukan inikan pula kepada Wan Azizah. UMNO sanggup membuat apa saja termasuk yang mungkin tak masuk akal sihat asalkan penampilan Wan Azizah akan dilondehkan dan menukar perseptif positif Wan Azizah menjadi negatif, mainkan jika Wan Azizah akan digilap untuk menjadi bakal PM! UMNO dan kaum mamak dari puak Madey tak boleh terima cadangan itu dan Zaid Hamidi dah mulakan perang psikologi terhadap Wan Azizah. Kak Wan kena bersedia rapi mulai sekarang.
ReplyDelete