MH 370 DAN ANWAR
IBRAHIM: ANTARA UJIAN DAN PEMBALASAN
Aku merenung jauh memikirkan sesuatu. Mengapalah
rakyat Malaysia diuji sebegini berat oleh yang maha berkuasa. Pada 7 Mac 2014,
hari Jumaat, dalam keadaan yang
tergesa-gesa DS Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara. Dan tidak
sampai pun dua belas jam selepas itu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan
kehilangan kapalterbang MH 370 kepunyaan MAS. Kedua-dua peristiwa itu
menyebabkan ramai rakyat Malaysia menangis dan sedih (walaupun dalam kes yang
menimpa DS Anwar Ibrahim itu, ada juga sebilangan kecil rakyat Malaysia yang
ketawa!!).
Dilihat dari mata kasar sememangnya tidak ada
hubungan langsung antara peristiwa DS Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun
dengan peristiwa kapalterbang MH 370 terhempas. Memanglah tidak ada kaitan
langsung. Tetapi tentunya ramai rakyat Malaysa masih memikirkan mengapa terjadi
demikian.Dan soalan ini tidak terjawab dan terlalu sukar untuk mencarikan
jawapannya melainkan kita terus merujukkan kepada ketentuan Allah. Dan mengapa
pula Allah yang maha besar memilih untuk ‘melaksanakan’ hukumannnya ke atas
rakyat Malaysia begitu serentak, dalam masa yang tidak sampai pun dua belas
jam?
Walau apa pun, kedua-dua peristiwa telah terjadi
dan tidak boleh ‘diundur’ ke belakang lagi.
Tidak dapat aku bayangkan kesedihan yang dirasai
oleh rakyat Malaysia kini mengenangkan kedua-dua peristiwa itu. Terutama bagi
keluarga yang menunggu ‘jawapan’ kepada peristiwa kehilangan kapalterbang. Aku
dapat rasakan kesedihan yang menyayat itu. Mungkin ada diantara yang terlibat
dalam kemalangan itu adalah merupakan rakan taulan anak aku yang sama-sama
sejawatan. Justru merupakan anak-anak aku juga yang merentas warna kulit,
bangsa dan agama. Lantas yang boleh dilakukan hanyalah berdoa dan mengharapkan
agar keluarga yang terlibat dalam kemalangan ini agar terus bersabar walaupun
aku amat faham bahawa , ‘ betapa berat mata memandang, lagi berat bahu memikul’
Seingat aku, setiap kemalangan yang membabit
kapal terbang biasanya melibatkan ‘terrorist’. Maknanya terlalu jarang kiita
dengar yang setiap kemalangan itu berpunca daripada ‘engine failure’ atau hal
yang seumpamannya. Maknanya yang biasanya jadi ‘pembunuh’ bukannya kapal
terbang itu tetapi manusia yang bersama-sama berada dalam kapal terbang itu
sendiri.
Diberitakan bahawa terdapat dua orang penumpang
yang berada dalam kapal terbang MH 370 itu adalah ‘penumpang haram’ yang
menggunakan pasport curi. Jadi andaian yang sedang dibuat oleh kebanyakan
penganalisis ialah baahawa kedua-dua ‘penumpang haram’ itu adalah pengganas
yang berkemungkinan mencetuskan angkara kepada MH 370 itu.
Dan timbul pula persoalan yang lebih besar lagi.
Bagaimana kedua-dua ‘penumpang haram’ itu boleh terlepas dan dapat memboloskan
diri melepasi saringan imigrasi negara kita. Apakah saringan imigrasi kita yang dianggap begitu
cangih itu amat mudah untuk dilepasi oleh sesiapa pun. Dan sekiranya dua orang
penumpang ini dapat melepasinya, maka tentulah telah berlaku keadaan yang
serupa, yang telah berjaya ‘melepaskan’ ribuan ‘penumpang haram’ melalui
saringan negara kita. Tetapi yang anihnya bagi setengah pegawai imigrasi di
Sabah dan Sarawak, mereka begitu efisyen
untuk menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke negeri mereka sehinggakan
sanggup menghantar pulang pemimpin yang tidak diizinkan masuk ke negeri mereka.
Itu pula ‘kehebatan’ mereka….
Yang kerap aku perhatikan di pintu-pintu imigrasi
di pintu masuk ke negara kita ialah tentang berbudi bahasanya para pegawai
imigrasi kita berbanding dengan pegawai imigrasi di pintu masuk ke negara lain.
Apakah ‘kebaikan’ dan ‘berbudi bahasa’ yang ditunjukkan oleh pegawai kita itu disalah-tafsirkan
oleh orang luar yang mengambil kesempatan.
Sekiranya betul sebagaimana yang aku katakan
mengengenai tafsiran orang luar itu maka sudah sampailah masanya pegawai imigrasi
di pintu masuk ke negara kita mengamalkan pemeriksaan yang lebih ketat
sebagaimana yang dilakukan oleh pegawai imigrasi di London atau New York atau
di Melbourne dan negara-negara lain yang tidak akan bertolak ansur walau
sedikit pun. Seseorang pelawat yang ingin memasuki negara-negara berkenaan
terpaksa berada beberapa minit dan kadang-kadang beberapa jam untuk melepasi
imigrasi mereka. Berbagai-bagai soalan dilimparkan kepada kita yang
kadang-kadang seolah-olah sengaja mahu menyusahkan para pelawat ke negara
mereka. Tetapi hakikat yang sebenarnya
ialah mereka sangat berwaspada agar
peristiwa sepertimana yang berlaku kepada pesawat MH 370 itu tidak
berlaku.
Biasanya ‘sudah terantuk baru tengadah’. Setelah
berlaku peristiwa yang menyedihkan ini barulah pihak kerajaan terasa bersalah
kerana tidak menjalankan pengawasan yang betul terhadap ‘penumpang-penumpang haram’
yang seolah-olah begitu senang membolos masuk ke dalam kapal terbang kita. Kebiasaannya
setelah berlaku sesuatu peristiwa malang dan sedih barulah semua pihak akan
sedar tentang akibat dan kesan ekoran kecuaian pihak-pihak tertentu.
Nasib Kapal terbang MH 370 tidak diketahui untung
nasibnya. Kita masih berdoa dan terus berdoa agar sesuatu ‘miracle’ berlaku.
Namun peristiwa ini juga boleh dijadikan ‘wake call’ kepada pihak kerajaan dan
pihak-pihak yang berkaitan untuk terus mengetat dan mengawal pintu masuk ke
negara ini dengan berkesan. Kita kadang-kadang agak hairan bagaimana terdapat
begitu ramai orang luar yang berada di negara kita. Kadang-kadang kita merasakan
bahawa terlalu sedkit bilangan orang Malaysia yang berada di sesuatu tempat
berbanding dengan orang luar. Kita hairan….
Agaknya disebabkan keadaan yang begitu mudah
untuk masuk ke negara ini yang menyebabkan begitu ramai pendatang haram di
negara ini.
Mungkin juga kita terlalu baik dan berbudi bahasa
agaknya….
abuhassanadam
11 Mac 2014
No comments:
Post a Comment