LANGKAH KAJANG
SEBENARNYA SATU REFERENDUM
Ramai yang mengatakan bahawa PRK Kajang yang akan
diadakan pada 23 Mac yang akan datang adalah merupakan satu referendum (a general vote by the
electorate on a single political question which has been referred to them for a
direct decision ) seperti
mana yang pernah dijalankan oleh Encik Lee Kuan Yew pada 2 September 1962,
dimana beliau memerlukan keputusan rakyat samada mahu Singapura menyertai
Malaysia ataupun tidak. Keputusannya ialah rakyat Singapura bersetuju menyertai
Malaysia. Semalam, 16 Mac 2013 diadakan juga satu rerferendum di Crimea meminta
rakyat membuat keputusan samada bersetuju bergabung dengan Russia atau tidak. Dan
keputusannya rakyat Crimea bersetuju menyertai Russia.
Referendum di PRK Kajang agak lain daripada apa
yang dipaparkan di dua negara di atas. Lain.
Oleh kerana terdapat berbagai-bagai kepincangan yang berlaku dalam
negara kini, maka ramai yang berpendapat bahawa seolah-olah kepimpinan negara
di bawah Barisan Nasional sudah tidak berkemampuan untuk mentadbirkan negara.
Itu pendapat sebahagian besar rakyat. Kita tidak tahu seramai mana yang
berpandangan sedemikian. Tidak ada statistik yang boleh menunjukkan keadaan
sedemikian. Hanya persepsi dan keputusan undi dalam PRU 13 yang lalu.
Dan tidak
pula boleh diubah pemerintahan yang ada sekarang kerana kerajaan yang ada
sekarang adalah merupakan kerajaan yang sah. Namun persepsi rakyat kini ialah
bahwa seolah-olah kerajaan kini tidak mampu menguruskan hal ehwal negara yang
telah mendatangkan begitu banyak kepincangan dan sedikit sebanyak telah
mencalarkan imej negara Malaysia di mata dunia. Sebagaimana yang ditegaskan
oleh DS Anwar Ibrahim bahawa, ‘…Najib’s weak leadership in
handling the missing flight crisis has caused Malaysia’s image to be tarnished
in the international circle….He does not know how to handle the matter...A
nation in crisis needs strong leadership. The leadership failure here is what
the whole world is watching now.” Free Malaysia Today.
Lantas ramai yang memikirkan bahawa PRK Kajang
adalah benar-benar menguji sejauh mana keberkesanan pentadbiran kerajaan
Malayisa kini. Rakyat Kajang seolah-olah telah diwakilkan oleh rakyat Malaysia
untuk membuat penentuan, membuat pemilihan dan keputusan samada perjalanan dan
pentadbiran kerajaan kini berkesan dan effektif ataupun tidak.
Walaupun keputusan yang dibuat oleh rakyat Kajang
ini akhirnya bukan merupakan keputusan rakyat Malaysia (sememangnya begitu)
namun sekurang-kurangnya boleh memberikan sedikit petunjuk kepada rakyat
Malaysia keseluruhannya tentang status kerajaan Barisan Nasional yang
memerintah sekarang. Juga dapat memberikan ‘wake-up call’ kepada sebahagian pemimpin
kerjaaan Barisan Nasional kini yang dilihat seolah-olah sedang ‘tidur’ lena.
Rakyat sudah nampak berbagai-bagai kelemahan
mengenai pentadbiran kerajaan BN walaupun ada dikalangan rakyat yang tetap
bersyukur tentang pemberian BRIM oleh kerajaan itu. Tetapi sekiranya
diperhalusi dan dimenungkan bahawa pemberian BRIM sebanyak RM650.00 itu hanya
seperti mencurahkan garam ke laut sahaja. ‘Tenggelam dan meresap’ begitu sahaja
berbanding dengan tindakan kerajaan menghapuskan subsidi minyak dan gula yang
membawa kepada kenaikan harga berbagai barangan yang lain. Rakyat sebenarnya
dalam ‘kesakitan’ akibat kenaikan harga barangan ini.
Rakyat merasakan keperitannya. Namun sebagai
rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, segala ‘penderitaan dan kesengsaraan’
yang dideritai oleh mereka itu dialami dengan penuh kesabaran. Itulah sikap
rakyat Malaysia. Mereka hanya merintih dan mengeluh tetapi tidak lebih dari
itu.
Peristiwa kehilangan MH 379 adalah merupakan
pemangkin (catalyst) yang telah betul-betul menyedarkan rakyat Malaysia tentang
kelemahan kepimpinan dalam menguruskan krisis ini. Rakyat amat simpati dengan
penderitaan yang dialami oleh kaum keluarga penumpang yang hilang. Ini dapat
dilihat dengan berbagai-bagai kegiatan yang dilakukan oleh mereka bagi
melahirkan simpati mereka. Masyarakat Islam menunaikan Solat Hajat dan sentiasa
berdoa agar peristiwa malang ini berakhir dengan keadaan selamat. Rakyat juga
menghargai usaha kerajaan Malaysia untuk mencari dan menyelamatkan MH 370 itu.
Yang merunsingkan rakyat ialah tentang cara
pengurusan yang dijalankan oleh pemimpin kita. Imej negara telah amat tercalar
dengan keadaan ini. Komen ini bukan sengaja dibuat-buat semata-mata untuk
memalukan pemimpin negara. Bukan. Ini merupakan pandangan berbagai pihak dari
dalam dan luar negara. Dan rasanya perlu diambil kira pandangan mereka juga
untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin kita yang sentiasa merasakan dirinya hebat
tetapi kadang-kadang lebih merupakan hanya sebagai jaguh kampung.
CNN bertarikh 17 Mac 2014 ada mengatakan bahawa.”The
disappearance of Malaysia Airlines Flight 370 has thrust the government into
the dazzling glare of worldwide attention. And it hasn't emerged with very good
grades….I think on a stress test, they're failing," kata Ernest Bower, senior
adviser for Southeast Asia studies at the Center for Strategic and
International Studies.’
Dan yang agak
menyedihkan dan yang terus mencalar nama baik Malaysia ialah kenyataan dari
sumber berita rasmi China Xinhua yang mempersoalkan,"The
new information means the intensive search in the South China Sea for the whole
past week was worthless and would never bear fruit……Even worse, the golden time
for saving possible survivors, if any, was generously wasted…….It is widely
asked why the Malaysian government failed to provide such crucial information
as early as possible to avoid futile search by around a dozen countries," CNN
17 Mac 2014.
Atas dasar
itulah pengundi Kajang harus membuat keputusan yang bijak dalam PRK Kajang
nanti untuk memberi isyarat jelas kepada rakyat Malaysia umumnya mengenai
keadaan negara kini. Rakyat Malasyia seolah-olah telah memberi mandat penuh
kepada pengundi Kajang menentukan kedudukan ini.
Sila buat
penentuan dengan bijak demi menyelamatkan negara tercinta.
abuhassanadam
18 Mac
2014
Terkait dengan isu pengurusan malapetaka MAS 370 ialah banyak negara 'kapir' telah menyelar kerajaan Malaysia sebagai tidak profesional langsung dan memberi banyak fakta yang kontra yang tidak membantu membuka jalan kearah melerai isu pesawat yang hilang. Tak nampak pula badan seperti Perkasa, Perkida dan banyak lagi badan NGO yang mesra UMNO tidak berani bersuara terhadap yang kritikan dari negara luar itu telah menghina kepimpinan Melayu/Islam dan Agung. Jika kritikan itu datang dari DAP dah lama dah kena pukul dek NGO yang pro UMNO. Kita turut rasa malu kenapa radar TUDM bernilai RM 10 juta gagal mengesan pesawat selepas 10 hari namun beberapa sumbangan air mani dalam jubur seorang insan yang telah reput selepas empat hari dapat dikesan oleh pegawai kimia. Lucu sungguh dan kepimpinan UMNO terus buat pekak badak akan prestasinya di khalayak dunia.
ReplyDeleteMohon Tuan abuhassanadam menyampaikan analisa ini kepada rafizi
ReplyDeletekemudian mohon delete posting ini TQVM
Penjara 5 tahun, PRK Kajang saling berkait dgn MH370.
Kisah ini tak ubah seperti zaman Kesultanan Melaka...sewaktu datangnya " mamak" Raja Mandeliar....kini ada lagi " Raja Mandeliar baru = MH Mahathir , 3 mean March, 7 mean Seven" betul2 tarikh kejadian MH hilang...biasanya dalam mencipta sejarah baru..seseorang2 cenderung utk menggunakan singkatan bercorak sentimental value by the history creator.
Implikasi 1:
Dendam MH=mahathir keatas anwar takkan berkesudahan.
Hilangkan MH370 agar fokus rakyat disebarkan (disperse) kepada yg lain,
Ini mungkin bertujuan utk meredakan akses internet berkaitan anwar 5 tahun penjara.
Implikasi 2.
Untuk hilangkan MH370 perlu melibatkan kuasa besar seperti sekutu Britain (yg merupakan pusat arahan Zionist), sekutu Amerika (yg merupakan pelaksana agenda Zionist) & sekutu Russia (yg merupakan pusat ahli pemikiran Zionist)...natijahnya Pertelingkahan 3 puak besar ini hanyalah lakonan semata2 bg mengaburi dunia Islam.
Implikasi 3.
Utk melemahkan sesuatu kaum kita perlu belajar sejarah kaum itu sendiri. cth Dinasti China runtuh akibat dari dalam sendiri...begitu juga keagungan Islam..juga runtuh akibat propaganda dalaman sendiri.
Maka utk melumpukkan Malaysia abad ini...tak ubah seperti roda sebagaimana kejadian Raja Mandeliar.
Implikasi4
Akibat kerakusan BN untuk menutup segala tindakan "lanun" mereka, Mh370 dan banyak lagi perlu di " X-file" kan dengan apa cara sekalipun biar pun terpaksa bersekongkol dgn Zionist tadi. yg penting diri sendiri selamat.
Maka Amerika lah yg menangguk di air keroh. kesannya...malaysia adalah sarang pengganas...maka tidak mustahil pihak zionist ini akan mendapat " pelabuhan di Malaysia tidak lama lagi atas alasan " pengganas".
Sejarah telah membuktikan Sem. Malaysia amat strategik dari segi geografin dan pelbagai utk tujuan peperangan.
Implikasi 5
Kejadian Mh370 merupakan batu loncatan utk menunjukkan Najib lemah dimata rakyat mahupun dunia.
Maka Mahathir yg kini dari segi umur sangat tua...perlu menaikkan Mukhriz secepat mungkin...mungkinkah dalam masa tak sampai 5 tahun ini. Sebabnya banyak bait2 Mahathir dalam forum , blog dan sebagainya..menampakkan kelemahan Najib secara sinis oleh kata2 mahathir.
Implikasi 6.
Rakyat mungkinkah? menjadi pelarian sebagaimana dahulu rakyat China lari akibat kekejaman dinasti mereka mahupun kekejaman Jepun. Kini mungkinkah rakyat malaysia
pula yg terpaksa lari ke China...( China merupakan antara penganut Islam terbesar dunia... mungkinkah sebab itu Nabi berpesan belajarlah hingga ke China)
Pembohongan 1
Cara perlakuan jurucakap white house sewaktu kehilangan MH370...menampakan perlakuan body signs gesture bahawa mereka berbohong.
MH370 tak mungkin terlepas radar kecuali jika ada 3 buah pesawat Stealth yg menghampirinya.
Tidak pernah didedahkan oleh sebarang media berkaitan 20 pekerja Freescale Semiconductor. Mungkinkah 20 org ini merupakan pakar teknologi utk menghilang kesan radar ( technique noise dalam electronics digunakan).
Jika dilihat peristiwa Tan sri Yahya menggal dunia Agusta beliau juga baru sahaj diseleggarakan...begitu juga dgn MH370...inilah waktu terbaik utk membuat sebarang modifikasi terhadap MH370 serta utk memasukkan sebarang TOOLs berkaiatn utuk mengambil alih pesawat oleh 20 Freescale workers ( Freescale involve dalam semikonductor ketenteraan).
Takpernah kita dengar n lihat sebarang penyiasatan penuh terhadap kaitangan penyelengara Agusta mahupun MH370.
Perlakuan sewaktu Press conference MH370 menampakan Najib n menteri lain berbohong dari segi signs gesture