MH 370: IMEJ MALAYSIA TURUT ‘TERHEMPAS DAN BERKECAI’
Aku cuba menyembunyikan perasaan aku mengenai
banyak perkara berkaitan dengan misi penyelamat MH 370 ini. Aku cuba
menyembunyikan juga apa yang aku dengar tentang ‘cakap-cakap’ orang mengenai
pemimpin dan pegawai tinggi di negara aku. Setakat yang aku termampu aku cuba
mencari helah dan dalih untuk mempertahankan pemimpin dan pegawai tinggi dari
Malaysia yang menjadi bahan cemuhan dan kritikan umum seluruh dunia kini. Cuma
yang aku dapati tidak ada kritikan hanya
dari negara Eskimo sahaja disebabkan tidak ada rakan dan taulan aku dari sana.
Selain dari itu hampir seluruh dunia menyampaikan ke telinga aku ‘cerita’
tentang misi penyelamat MH 370.
Terakhir aku baca mengenai kritikan terhadap
negara kita adalah dari Bloomberg melalui artikel, Malaysia Finds Managing
Crisis Exposes Leadership Limits’ bertarikh 12 Mac 2014. Antara yang dipaparkan
ialah tentang,‘ Malaysia, aspiring to become a
developed nation in six years, is finding that more than 50 years under one
coalition and tight control over information is a mismatch for handling a
rapidly growing crisis followed across the world’
Memang kewajipan aku untuk cuba mempertahankan sedaya
upaya pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan di negara aku dari segenap segi.
Namun disebabkan bertubi-tubi ‘asakan dan hentaman’ yang ditujukan maka
akhirnya aku seolah-olah mengaku kalah juga. Setiap hujah yang aku kemukakan
untuk ‘menegakkan benang basah’ aku, maka sepantas kilat mereka menafikan
dengan hujah-hujah yang cukup konkrit sehingga aku tidak dapat ‘bernafas’.
“They’re
handling a huge global issue as if it was domestic politics,” said Clive
Kessler, Emeritus Professor of Sociology and Anthropology at the
University of New South Wales in Sydney, who has analyzed the nation’s politics
for half a century. “With the cause of the disappearance still unknown you can
understand the need for discretion and caution but it’s being perceived in Malaysia and elsewhere in the region as a bid
to hide the truth.”
Malaysia Finds
Managing Crisis Exposes Leadership Limits’ bertarikh 12 Mac 2014
Terus terang aku katakan bahawa peristiwa MH 370
bukan sahaja membawa malang kepada penumpang dan anak kapal terbang MH 370,
tetapi juga telah meletakkan negara kita Malaysia di peringkat yang agak buruk
di mata dunia. Dunia telah dapat melihat sendiri dengan ‘mata dan kepala’ mereka
bahawa sebenarya negara kita masih berada dalam kelompok negara yang tidak
maju, walaupun sudah ‘berbuih’ mulut pemimpin mendabik dada mengatakan bahawa
negara Malaysia ada tergolong dalam kumpulan ‘the five tigers of Asia’.
Belum lagi rupanya. Jauh…….
Kritkan terhadap kepimpinan negara juga sudah
melimpah ruah di ruang akhbar dan majalah antarabangasa. Dan memuncak pula
kritikan itu di kaca TV antarabangasa seperti CNN, BBC, Aljazeera, Bloomberg.
Ada yang menyampaikannya secara sindiran dan ‘beralas’, namun ramai juga
penganalisis yang terus terang ‘menghentam’ negara kita dan kepimpinannya.
Misalnya,
‘Najib’s administration is sending the message that people
should let the “government tell them what they need to know, when they need to
know it, and not before,” Kessler said. “That’s the way they’ve acted for
generations and they are startin.g to find out it doesn’t work anymore.”
Malaysia Finds Managing Crisis Exposes Leadership Limits’ bertarikh 12 Mac 2014
Aku agak hairan
juga mengapa sehingga hari ini, kerajaan Malaysia belum lagi menubuhkan
jawatankuasa kabinet untuk menangani dan menyelaraskan pencarian kapal terbang
MH 370 yang terhempas. Apakah pada pandanngan pihak kerajaan atau Perdana
Menteri khsuusnya, bahawa peristiwa malang ini belum ‘layak’ lagi untuk
dipertimbangkan penubuhan jawatankuasa kabinet? Apakah peristiwa yang menimpa
kapal terbang MH 370 itu belum boleh dikategorikan sebagai ‘national disaster’?
Melihatkan kepada perjalanan dan beberapa
perkembangan yang berkaitan dengan peristiwa malang ini maka adalah dirasakan
bahawa Jawatankuasa kabinet perlu ditubuhkan. Semacam tidak ada keselarasan
dalam menyampaikan maklumat kepada umum apatah lagi isu ini buan lagi hanya
melibatkan negara Malayais atetapi sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Dan
media yang terlibat dalam memberikan laoran berkaitan dengan peristiwa malang
ini juga bukan lagi terhad kepada media di Malaysia tetapi sudah mendapat
liputan meluas dari CNN, BBC, Alajazeera dll. Maka adalah amat tidak kena
sekiranya penyampaian maklumat kepada penyebar berita ini tidak menepati
piawaian antarabangsa.
Dan apabila
dikemukakan di parliament yang sedang bersidang tentang pentingnya kehilangan
Kapal terbang MH 370 ini, maka telah ditolak oleh Speaker dengan alasan
tertentu. Juga menimbulkan persoalan kepada rakyat umum di Malaysia. Apakah isu
MH 370 ini belum boleh lagi disifatkan sebagai isu nasional atau antarabangsa.
Jikalau isu ini tidak begitu penting kepada parlimen Malaysia, maka apakah pula
isu yang dianggap penting yang boleh dipertimbangkan untuk diperbahaskan.
Aku bertambah
bingung……
Abuhassanadam
13 Mac 2014
No comments:
Post a Comment