KES LIWAT DSAI - MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT
TERHADAP JUDISIARI
Walaupun pihak kerajaan khususnya yang bertanggungjawab
tentang hal kehakiman di Malaysia mengatakan bahawa urusan kehakiman di negara
ini adalah di atas landasan yang betul dan telus tetapi masih ramai yang
merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena mengenai bidang kehakiman di
negara kita terutama yang mengadilkan pihak-pihak tertentu. Ini adalah
persoalan persepsi dan tanggapan. Walau bagaimana kuat sekali pun ‘suara’
kerajaan menyatakan tentang keadilan bidang kehakiman di negara ini, namun
rakyat masih merasakan sebaliknya.
Ini merupakan persoalan yang sungguh rumit untuk
diselesaikan oleh pihak kerajaan. Masalah persepsi. Hendak di ‘tidak pedulikan’
sahaja isu berkenaan, pastinya akan mendatangkan kemudaratan kepada pihak
kerajaan juga dalam PRU 14 nanti. Yang pentingnya kerajaan dan kehakiman perlu
bertindak segera untuk meyakinkan rakyat terbanyak bahawa sememangnya wujud
keradaan pembahagian kuasa yang jelas antara Legislatif, Eksekutif dan judisiari.
Pihak kerajaan menghadapi keadaan yang agak rumit
kini adalah disebabkan kita berada berdepan dengan masyarkat Kurun ke 21 yang terdedah
dengan berbagai maklumat, disamping aliran pandangan dan pendapat yang begitu
bebas. Sementelahan pula masyarakat di Malaysia kini adalah terdiri dari
golongan bijak pandai walaupun tidak kurang ramainya yang masih tidak tahu apa
yang sebenarnya berlaku.
Perbicaraan kes Liwat yag melibatkan DS Anwar
Ibrahim ini boleh dijadikan ‘landmark’ untuk meyakinkan rakyat bahawa
sebenarnya bidang kehakiman di negara kita masih telus dan adil. Rakyat
Malaysia kini bukan sahaja simpati dengan DSAI tetapi menunggu dengan penuh
minat memerhatikan apakah pihak kehkaiman kita di Malaysia ini telus dan adil.
Dunia melihat juga tentang perkembangan kehakiman
di Malaysia kini. Misalnya, The International Federation for Human Rights
(FIDH) telah memberikan perhatian khusus mengenai perbicaraan Kes Liwat DSAI
ini. Malah dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya pada 27 Oktober 2014 telah
menegaskan,“The Federal Court’s
judgment is a decisive test for Malaysia’s judiciary. Politics must be kept out
of the courtroom if Malaysia wants to help restore the battered reputation of
its justice system….It’s imperative that Malaysia respects international
standards for fair trials, including the right to be heard by a competent,
independent, and impartial tribunal.”
Apabila
badan dunia seperti FIDH ini mengeluarkan kenyataannya maka sedikit sebanyak
akan mempengaruhi juga pemikiran rakyat Malaysia yang juga merasakan terdapat
juga keadaan yang tidak berapa kena yang diamlkan oleh kerajaan di negara kita
berhubung dengan kes yang membabitkan DSAI. Ditambah pula dengan kenyataan Dr.
Yusufa-Qardawi seorang ulama bertaraf dunia dan pemikir Islam yang tersohor
yang menyatakan,
“Anwar Ibrahim terdiri daripada
pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan
kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar
sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya
menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas…..Mahkamah sebelum ini
telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak
yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa
depan rakyatnya.
Rakyat Malaysia sedikit sebanyak
tetap ‘termakan’ dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh individu dan
badan-badan yang bertaraf dunia ini. Berbagai sumber yang dibaca oleh
masyarakat Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap DSAI yang dengan
sendirinya menyatakan seolah-olah DSAI tidak bersalah dan tidak perlu
disabitkan kesalahannya. Dan tambah meyakinkan rakyat Malaysia lagi ialah
apabila melihatkan hujah-hujah peguam DSAI yang begitu meyakinkan berbanding
dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh pihak pendakwa. Rakyat Malaysia kini
sudah bijak menilai yang mana yang betul dan yang mana yang tidak. Dan ramai
juga yang memberikan komen-komen melalui media sosial terdiri daripada pengamal
undang-undang yang tahu selok belok mengenai proses undang-undang kehakiman di
negara ini.
Terus terang aku katakan bahawa
sebahgian besar rakyat di negara ini mengharapkan sangat dan berdoa agar
suasana kehakiman di negara ini kembali kepada zaman keemasannya ketika berada
dibawah pimpinan Tun Sufian Hashim. Jikalau pun tidak dapat menyamai kehebatan
beliau sekurang-kurangnya bidang kehkaiman menunjukkan usaha ke arah pemulihan
supaya peranannya sebagai badan bebas itu dapat dipenuhi. Tun Sufian pernah
pada suatu ketika menyatakan,
“It is not enough for
Government to have confidence in the judiciary if the public does not. It is
not enough for the courts only to go through the motion of a trial. It is not
enough if justice seems to be done if in fact justice has not been done.”
Rakyat amat mengharapkan
kemunculan tokoh-tokoh seperti Tan Sri Harun Mahmud Hashim yang terkenal dengan
ketegasannya dalam menjalankan tugasnya sebagai hakim. Pernah juga beliau
menyatakan bahawa,"The duty of a judge is to administer justice ...justice
for the accused as well as justice for the victim. This is very important.
Parliament makes the law and the job of judges is to interpret the law.
Sometimes this may result in an injustice, and you have to do something when
injustice is staring you in the face…..The most difficult part of a
magistrate's or judge's job is to impose an appropriate sentence in each case.
That is why it is important that a judge be given wide discretion on this
matter."
Walaupun aku sedar bahawa
siapalah ‘aku’ untuk menyatakan sesuatu tetapi aku tetap ingin merayu agar
dikembalikan semula keyakinan rakyat di negara terhadap sistem kehakiman di
negara ini dan pihak-pihak lain diharapkan tidak mencampuri urusan kehakiman di
negara kita supaya negara Malaysia yang tercinta ini dipandang tinggi oleh
masyarkat dunia.
abuhassanadam
5 November 2014
No comments:
Post a Comment