“TANGAN
GHAIB” MEMECAHKAN-BELAHKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Aku
nampak semacam ada ‘tangan ghaib’ yang cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat
di Negara ini. Lepas satu timbul pula satu lagi yang berunsur memecah-belahkan
perpaduan rakyat. Dan yang agak pelik juga pada pandangan mata aku ialah
seolah-olah kerajaan semacam tidak peduli tentang perkembangan yang berlaku di
hadapan mata itu. Hendak aku katakan yang kerajaan tidak sedar tentang wujud
keadaan sedemikian, tidak pula ada bukti kukuh yang boleh menyokong
kenyataan itu. Tetapi nampak
semacam begitu. Mungkinlah akau tersilap membuat anggapan sedemikian.
Mungkin
‘tangan ghaib’ itu menggunakan ‘orang suruhan’ agar mengadu-domba satu kaum
dengan kaum lain di Negara ini. Kini isu bangsa dan agama telah menjadi isu
hangat diperkatakan yang mana isu ini tidak begitu ketara dibangkitkan sebelum
ini. Ada semacam ‘arahan ‘ dari pihak-pihak tertentu agar isu-isu ini diperhangatkan supaya
jangan wujud keadaan ‘damai’ antara kaum-kaum di Negara ini.
Keadaan
tidak menjadi ‘tegang’ sebagaimana yang diharapkan mungkin disebabkan rakyat
Malayisa sudah matang dan boleh berfikir dengan secara rasional. Apa saja yang
berbentuk provokasi dari pihak tertentu dilayan dan ditangani dengan tenang,
memberikan gambaran bahawa usaha demikian tidak akan berkesan. Malah rakyat
mentertawakan usaha-usaha yang cuba memecah-belahkan perpaduan ini.
Tentulah
peranan media sosial bukan kepalang kesannya dalam membentuk pemikiran rakyat
Malaysia kini. Media sosial telah menjadi pengimbang maklumat yang disalurkan
melalui media arus perdana. Kadang-kadang ternampak jelas yang media arus
perdana seolah-olah sengaja mahu menimbulkan keresahan dikalangan rakyat.
Misalnya apakah perlunya persitiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969 diungkit-ungkit
kembali. Untuk apa dibesar-besarkan sekiranya ikhlas hasrat kita untuk memupuk
perpaduan kaum. Mujurlah ramai rakyat Malayisa kini yang sudah menamatkan
mendapatkan sumber berita daripada media arus perdana.
Isu
perpaduan kaum adalah merupakan isu sensitive. Di Amerika Syarikat sendiri yang
kononnya mengamalkan demokrasi tulin masih lagi menghadapi masalah dalam
menangani isu perpaduan kaum antara kulit hitam dan kulit putih. Kita agak
bernasib baik keadaan tidak terjadi seperti di Amerika disebabkan majoriti
rakyat di Negara ini mahukan perdamaian dan perpaduan kaum. Dan hanya
segelintir, sebahagian kecil yang nampaknya begitu gembira sekiranya wujud
perbalahan kaum.
Kadang-kadang
aku terfikir juga ia itu apakah pihak kerajaan kini sememangnya mahu mewujudkan
dasar pecah dan perintah sebagaimana yang pernah dijalankan oleh penjajah
British dulu. Mungkin tidak begitu.
Sejarah
telah menunjukkan bahawa British sengaja membahagikan penduduk Negara ini
supaya tidak wujud perpaduan erat antara tiga kaum terbesar. Melayu di kampung,
Cina di Bandar dan India diestet. British merasakan bahawa itulah cara yang
terbaik bagi mereka mengekalkan dasar penjajahan di Negara ini. Dan diletakkan
syarat oleh British bahawa sekiranya tidak wujud perpaduan sebenar antara ketiga-tiga
kaum ini, maka British tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
British
tidak terfikir yang pemimpin kita pada ketika itu mampu menyatukan kaum-kaum di
Tanah Melayu dan lantas memberikan kemerdekaan di Negara ini. Dalam kesibukan
menguruskan Negara ini dari segi pembangunan, kerajaan seolah-olah terlupa
tentang soal perpaduan kaum dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Ketiga-tiga
kaum masih berada dalam ‘kawasan’ masing-masing. Tidak ada interaksi secara
telus dan benar antara kaum-kaum di Malayisa. Dan tidak ternampak usaha yang
betul-betul gigih untuk menyatukan kaum-kaum di Malaysia.
Dan
apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969, maka kerajaan telah mengenalpasti punca
sebenar yang menyebabkan berlaku perbalahan itu. Perpaduan kaum tidak diambil
perhatian. Dan bermulalah usaha kearah memantapkan perpaduan kaum di Negara ini
dengan memperkenalkan berbagai dasar. Pihak kerajaan boleh dikatakan berjaya
dalam usaha sedemikian, walaupun terdapat cacat celanya. Namun berbanding
dengan keadaan sebelum 1969, maka keadaan perpaduan kaum selepas itu dapat juga
dibanggakan.
Kini
seolah-olah perpaduan yang telah wujud itu seolah-olah mahu ‘diruntuhkan’.
Seolah-olah ada ‘tangan ghaib’ yang cuba memecah-belahkan semula perpaduan
antara Melayu, Cina,India ia itu tiga kaum terbesar di Negara ini. Dan yang
malangnya ialah ada pihak-pihak tertentu yang digunakan untuk menimbulkan
keresahan antara kaum itu. ‘Tentera upahan’ ini akan melakukan apa saja yang
disuruh arah demi untuk mendapatkan ‘sesuap nasi’.
Aku
rasa sudah sampai masanya ‘tentera upahan’ ini memikirkan secara mendalam akan
peranan mereka yang boleh diperkotak-katikan oleh ‘tangan ghaib’ ini yang
sengaja mahu menimbulkan keresahan dan perbalahan di Negara ini. Satu hakikat
yang perlu disedari oleh pihak-pihak yang mengadu-dombakan kaum-kaum di Negara
ini ialah bahawa sebahagian besar rakyat Malayisa ( 53%) adalah terdiri
daripada rakyat yang berfikiran rasional dan mahukan perpaduan yang harmoni
antara tiga kaum terbesar di Negara ini. Mungkin sebahgian kecil sahaja yang
mahukan keadaan sebaliknya.
Majoriti
rakyat Malayisa kini mahu menneruskan kehidupan sepertimana yang dilalui oleh
rakyat di Negara-negara maju seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, dan bukan lagi kehidupan zaman Feudal
seperti mana yang pernah dilalui oleh datuk nenek kita dahulu.
Sedarlah…….
Abuhassanadam
London
28
November 2014
Plse allow me to write in English. You made some very pertinent and relevant observations.If as ordinary citizens we can see the harm of that poisonous actions of creating hatred by their party members, I dont believe that the leaders are ignorant. They are merely propagating their master's divide and rule policy.All these are for their selfish interest.
ReplyDeleteSalim,
ReplyDeleteThanks for the enlightenment.
Pak Abu