UNGKAPAN ‘MELAYU AKAN SEPERTI RED INDIAN’
ADALAH UNGKAPAN LAPUK
Seingat
aku, kenyataan dan ingatan yang mengatakan bahawa ‘orang Melayu akan menjadi
Red Indian’ adalah kenyataan ‘lapuk’ dan amat tidak sesuai digunakan lagi pada
Kurun ke21. Ingatan sedemikian telah berkali-kali dilaung-laungkan semenjak
tahun 1960an untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya terus menerus
bergantung kepada UMNO yang dikira satu-satunya ‘penyelemat’ yang menyelamatkan
orang Melayu dari terus tenggelam di bumi bertuah ini.
Dan
realitinya orang Melayu masih belum maju berbanding dengan kaum lain di Negara
ini. Dan kita masih meletakkan kesalahan kepada orang Cina dan lain-lain yang
menyebabkan orang Melayu mundur. Kita masih memekik dan terlolong menuding jari
kearah orang lain yang menjadi punca kelemahan orang Melayu itu.
Apakah
‘puas’ hati setengah NGO yang
kononnya memperjuangkan orang Melayu itu apabila dapat ‘menempelak’ kaum lain
yang menyebabkan keadaan orang Melayu jadi begini. Apakah mereka tidak sedar
bahawa tindakan sedemikian sedikit sebanyak melukakan hati kaum lain yang juga
merupakan rakyat Malaysia yang sah tinggal di Negara ini. Apakah golongan NGO
sedemikian tidak terfikir bahawa tindakan mereka itu telah ‘meruntuhkan’ hasrat
pemimpin lampau yang mahu mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu di mana
semua kaum dapat hidup dengan aman dan damai. Apakah sememangnya hasrat mereka
supaya wujud perbalahan antara kaum di Negara ini sepertimana yang pernah
berlaku dulu. Apakah begitu hasrat mereka?
Dan
ingatan ‘jangan orang Melayu seperti Red Indian’ masih lagi kedengaran diulang dan kali ini oleh ‘tokoh’ yang
bukan ‘kepalang’ ialaitu bekas Ketua Hakim Negara. Apabila ‘orang besar’
berkata demikian bermakna ternampak dengan jelas ada yang tidak kenanya
mengenai pemerintahan BN yang ada sekarang. Bermakna bahawa orang Melayu masih
mundur seperti zaman sebelum merdeka. Bermakna bahawa orang Melayu masih
ketinggalan dalam lapangan pelajaran. Bermakna bahawa orang Melayu masih duduk
di ceruk-ceruk kampung yang tidak langsung mengikuti perkembangan yang ada di
bandar. Bermakna orang Melayu masih bodoh, tongong, bahlul dan boleh
diperkotak-katik oleh kaum lain di Negara sendiri. Bermakna juga bahawa orang
Melayu masih berada di bawah sistem feudal.
Jikalau
ditanyakan, apakah yang menyebabkan orang Melayu akan terpinggir? Pihak
kerajaan harus juga dipersalahkan. Misalnya dalam hal yang berkaitan dengan
‘tanah rizab Melayu’, maka dengan jelas bahawa pihak berkenaanlah yang ‘melonggarkan’ syarat yang termaktub
dalam soal ‘Malay Reservation’. Pihak British sekurang-kurangnya ‘berhati
perut’ juga untuk menjaga kepentingan orang Melayu dengan mengenakan syarat
agar tanah kepunyaan orang Melayu tidak dengan senang terjual kepada bangsa
asing. Sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan tanah orang Melayu.
Sekurang-kurangnya orang Melayu tidak menjadi kaum Red Indian yang terpaksa
lari ke pinggir hutan.
Aku
tidak ada statistik yang boleh menunjukkan berapa banyak tanah yang terlindung
dibawah syarat ‘Malay Reservation’ yang telah ‘dilonggarkan’ syarat itu demi
kepentingan pembangunan. Hakikat ini yang sebenarnya yang boleh dijadikan
faktor yang boleh ‘menghambat’ orang Melayu ‘berhijrah’ ke hutan belantara
seperti Red Indian. Aku tidak pasti samada projek mega Iskandar di Johor itu
merupakan tanah ‘Malay Reservation’ asalnya. Jikalau betul begitu, maka rakyat
Johor yang terpinggir itu merupakan antara kumpulan yang boleh dianggap sebagai
Red Indian sebagaimana yang didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara itu. Dan
tentunya bukan rakyat Johore sahaja. Di negeri-negeri lain pun ada wujud
keadaan sedemikian. Mungkin….
Aku
juga tidak pasti samada kenyataan bekas Ketua Hakim Negara itu sebagai
kenyataan ikhlas yang betul-betul mahu melihat orang Melayu maju ataupun hanya
kenyataan politik yang kebiasaanya dibuat terutama menjelangnya Perhimpunan
Agung UMNO. Walau bagaimanapun disebabkan oleh jawatan yang disandangnya
sebelum ini maka kenyataanya perlu juga diambil perhatian.
Beliau mengatakan, “Malays are in danger of becoming "Red Indians" in their own
land if PAS and Umno do not cooperate to defend the government from DAP and
PKR, former chief justice Tun Abdul Hamid Mohamad warned today.He said that
should Pakatan Rakyat take over Putrajaya, PKR and PAS would not be able to
"control" DAP the way Umno "controlled MCA and Gerakan's
ambitions"."Malays will become Red Indians in their own land. Trust
me, the threat towards Malays now has never been this serious in the history of
the race”petikan dari artikel,’Malays will be like Red Indians if PAS and UMNO
don’t cooperate, warns ex-Chief Justice” 23 November 2014.
Kenyataannya yang mengatakan,
‘Trust me, the threat towards Malays now has never been this serious in the
history of the race’ adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Sekiranya betul apa yang
dikatakan oleh bekas ketua hakim Negara ini, maka dengan jelas apa yang telah
dilakukan oleh pihak kerajaan selama ini adalah sia-sia belaka. Bermakna apa
yang diperjuangkan oleh UMNO adalah sebagai usaha ‘menghabiskan bogheh (beras)’
semata-mata.
Oleh itu maka apakah agaknya
penyelesaiannya? Apakah motif sebenarnya bekas ketua hakim Negara ini melontarkan
pandangan sedemikian. Apakah saranannya supaya UMNO dan PAS bekerjasama itu
akan dapat mengubati ‘penyakit’ yang dihadapi oleh orang Melayu? Sekiranya itu sahaja
‘ramuan’ yang dicadangkan, maka UMNO dan PAS sudah pun bekerjasama sebelum ini.
Malah ada pun pelantikan jawatan menteri dari PAS. Dan orang Melayu masih belum
maju juga……
Aku merasakan ‘the crux of
the issue’ ( maaf, cakap orang putih sikit! ) ialah para pemimpin Melayu harus
ikhlas dalam melaksanakan apa juga agenda untuk memajukan orang Melayu.
IKHLAS….Jangan hanya pandai berkata-kata dan melakukan sesuatu tindakan seperti
hanya ‘melepaskan batuk di tangga’. Jangan diharapkan para perwakilan UMNO
untuk membuat keputusan. Semenjak zaman berzaman mereka hanya sebagai pak turut
yang akan mengikuti apa yang diputuskan kepimpinan.
Mungkinlah Persidangan UMNO
kali ini akan kelihatan perubahan yang drastik yang akan dicetuskan oleh anak
muda yang progresif. Mungkin….
Abuhassanadam
London
24 November 2014
No comments:
Post a Comment