ULAMA MALAYSIA SEOLAH-OLAH ‘MEMBISU’……..
Mungkin aku yang ‘pekak’ atau tidak membaca
komen-komen yang telah diberikan oleh para cerdik pandai Islam di negara ini mengenai perbicaraan DSAI. Tetapi setakat
pembacaan aku yang cetek ini amat kurang kedengaran komen dari golonagn ini
berbanding dengan komen-komen mereka yang berkaitan dengan isu lain seperti isu
memeluk anjing ataupun isu yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah
ataupun mengenai tentangan pihak tertentu terhadap usaha mendirikan gereja di
Petaling Jaya. Mungkin agaknya isu yang
berkaitan dengan perbicaraan DSAI tidak perlu diambil perhatian oleh golongan
ini kerana bagi mereka itu merupakan perkara ‘kecil’ dan remeh. Namun yang
menghairankan aku juga ialah isu perbicaraan DSAI ini mendapat perhatian dunia.
Antara tokoh Islam dunia yang begitu mengambil
berat tentang kes perbicaraan DSAI ialah Dr. Yusufal-Qardawi, Presiden Kesatuan
Antarabangsa Ulama Islam pada 26 Oktober 2014. Beliau menyatakan, ‘Adalah tidak
patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan
politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes.
Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi
tujuan mencari kebenaran’
“Anwar Ibrahim terdiri daripada
pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan
kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar
sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya
menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas…..Mahkamah sebelum ini
telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak
yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa
depan rakyatnya.
“Kami
beriman dengan apa yang difirmankan Allah swt tentang peristiwa Hadithat al
Ifk:-…Sepatutnya semasa kamu mendengar
tuduhan itu, orang- orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik
sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: “Ini ialah
tuduhan dusta yang nyata”.Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang
saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat
orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang
dusta.(Surah An Nur 12-13).
Mungkin agaknya
kes perbicaraan DSAI ini tidak perlu mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana
itu hanya merupakan kes terpencil yang melibatkan peribadi seseorang dan bukan
melibatkan negara. Mungkin golongan agama ini merasakan bahawa biarlah
perbicaraan itu diputuskan oleh hakim-hakim yang bijaksana tanpa dicampuri oleh
urusan mereka. Tetapi yang agak pelik juga (bagi aku yang agak ‘pekak’) ialah
golongan cendekiawan Islam di Malaysia langsung tidak memberikan komen terhadap
pandangan Dr. Yusufal-Qardawi samada bersetuju atau tidak dengan pandangan
sedemikian. Mereka menyepi. Dan begitu jugalah sikap NGO yang sentiasa
‘terpekik’ dan ‘terlolong’ memperjuangkan sesuatu yang berkaitan dengan Islam,
tetapi terus senyap dan sunyi apabila berhadapan dengan kenyataan Dr. Yusufal-Qardawi.
Amat
berbeza dengan ‘sambutan’ yang diberikan oleh golongan ini apabila
memperkatakan isu yang berkaitan dengan ‘memeluk
anjing’ atau isu penggunaan nama Allah. Dan kini sudah muncul pula isu baru ia
itu tentang ura-ura pembinaann gereja Emmanuel Assembly PJS8 (Petaling jaya).
Golongan ini merasakan bahawa, “…it would be an insult if they ( the local
council) build a four-storey church in a Malay-Muslim area”. Olehkerana gereja
yang akan didirkan itu di kawsan pilihanraya YB Nik Nazmi, beliau telah
memberkan komennya dengan mengatakan,"Islam does not teach us to prevent the construction of
places of worship of other religions," katanya kepada Malaysiakini.
Tidaklah pula aku mahu
menyebelahi mana-mana pihak. Cuma
Kadang-kadang aku terfikir juga tentang
keikhlasan penunjuk-penunjuk perasaan itu tentang sesuatu isu itu. Apakah
benar-benar ‘perjuangan’ mereka itu berlandaskan agama ataupun hanya mendapat
‘arahan’ dari pihak-pihak tertentu supaya menjalanlan demonstrasi berkenaan,
semata-mata untuk mengeruhkan keadaan. Aku khuatir juga apakah para peserta
demonstrasi itu benar-benar faham tentang apa yang diperjuangkan oleh mereka.
Aku perhatikan juga bahawa golongan penunjuk
perasaan ini ‘memilih’ isu untuk ‘didemonstrasikan’. Ada isu yang lebih besar
yang perlu didedahkan tetapi tidak diketengahkan. Mungkin ada sebab-sebab
tertentu yang menyebabkan mereka tidak mengenengahkan. Tidak perlulah aku
menyenaraikan isu-isu besar (pada pandangan aku) dalam negara yang perlu
diambil perhatian dan tindakan oleh NGO-NGO berkenaan.
Mungkin aku saja yang merasakan yang isu itu
‘besar’ tetapi bagi NGO-NGO berkenaan merasakan itu isu-isu itu hanya ‘kecil’.
Mungkin….
abuhassanadam
3 November 2014
No comments:
Post a Comment