PELAJAR DITAHAN – APA SALAH MEREKA?
Disebabkan terdapat peristiwa-peristiwa ‘pelik’
yang berlaku kini di university-university di Malaysia telah menyebabkan aku
terpanggil untuk meninjau pandangan bijak pandai luar tentang peranan dan tugas
university. Paling menakutkan ialah keghairahan pihak berkusa menahan
pelajar-pelajar yang pada pengamatan ramai tidak melakukan kesalahan. Namun
mereka telah ditahan dengan dakwaan yang akan dikemukakan kepada mereka pada
suatu waktu yang tekemudian.
Kebimbangan aku ialah takut-takut semakin ramai
rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan pandangan dan pendapat setengah pihak
yang mengatakan bahawa univeristy hanya sebagai tempat menuntut ilmu
semata-mata. University hanya untuk mendapatkan ijazah semata-mata dengan tidak
mengambil tahu hal-hal lain yang berlaku di persekitaran. Ringkasnya supaya
anak-anak pelajar di pusat pengajian tinggi di Malaysia tidak mencampuri
hal-hal yang berkaitan dengan sosial dan politik tanah ahir. Hal demikian harus
diserahkan saja kepada para pemimpin politik dan pelajar hanya dikehendaki
supaya belajar dan belajar. Itu saja.
Apakah relevan pandangan sedemikian dalam dunia
yang penuh dengan pancaroba ini?
Philip G
Altbach, research professor and director of the Center for International Higher
Education at Boston College in the United States, kata, “universities in low- and middle-income countries have crucial roles to
play in developing differentiated and effective academic systems, and in making
it possible for their countries to join the global knowledge society and
compete in sophisticated knowledge economies” dalam artikelnya berjodol, article
titled “Advancing the National and Global Knowledge Economy: The role of
research universities in developing countries”.
published in a special issue of the journalStudies in Higher Education .
published in a special issue of the journalStudies in Higher Education .
Dari segi
perkembangan pusat pengajian tinggi di negara ini kita merasakan begitu bangga
kerana begitu banyak pusat pengajian tinggi awam dan swasta telah didirikan oleh
kerajaan. Menampakan bahawa kerajaan amat sedar tentang perkembangan ilmu yang
merupakan elemen yang paling penting untuk menembusi abad ke 21. Kolej-kolej
swasta tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan begitu juga pusat pengajian
tinggi awam. Persoalan yang perlu difkirkan oleh pihak pemerintah ialah apakah
cukup untuk para pelajar kita disuapkan dengan ilmu yang terhad dan terkawal
tanpa memberikan kebebasan kepada mereka untuk menyatakan pandangan dan
pendapat mereka tentang sesuatu isu.
Harus
difahami bahahwa penerimaan maklumat dan ilmu bukan proses satu hala. Ledakan ilmu perlu dirangsang dan
hazam agar dapat melahirkan sesuatu hasil yang jitu disamping dapat memantap
dan mematangkan pemikiran para pelajar.
Drew Gilpin Faust dalam
artikelnya berjodol, ‘The Role of the University in a Changing World’
menyatakan,’ Economic growth and scientific and technological
advances are necessary but not sufficient purposes for a university. And within
the domain of science, universities have a distinctive obligation to nurture
and fulfill the deep human desire to understand ourselves and the world we
inhabit and inherit…..”
Maknanya
para pelajar kita tidak seharusnya meletakkan diri mereka seperti ‘katak di
bawah tempurung’. Mereka seharusnya tahu apa yang berlaku di dunia sekeliling
mereka. Lantas adalah amat penting mereka mengetahui dan didedahkan dengan
berbagai bahan ilmu yang boleh mengangkat kedudukan mereka sebagai pelajar yang
kompeten dan mahir dalam kepelbagaian bidang ilmu.
Michael crow, Presiden sebuah
university di Amerika Syarikat menyatakan, “Universities are institutions
intended to be durable and enduring. When wisely designed, governed and
financed, they are unique entities in our American democracy and in our global
society. Universities are neutral conveners, assemblers of talent, and
unmatched idea factories where the passion, creativity and idealisme of great
minds young and old alike, can be
applied to problem-solving and advancing our societal and economic well-being’
Telah
didedahkan pandangan beberapa orang bijak pandai mengenai peranan university.
Dan amatlah tidak kena di negara ini sekiranya university kita berperanan lain
daripada apa yang biasa dilakukan oleh negara lain. Amat tidak kena sekiranya
pelajar-pelajar kita masih dikongkong dilarang mereka menyuarakan pandangan dan
pendapat mereka.
Kebanyakan
ibu bapa, khususnya orang Melayu dari luar bandar tidak tahu dan tidak peka
dengan hakikat mengenai sesebuah university itu. Ibu bapa Melayu khsusnya, amat
berpuas hati sekiranya anak-anak mereka dapat menjejakkan kaki mereka di menara
gading. Mereka akan bergembira sekiranya anak mereka membawa pulang segulung
ijazah, walaupun kadang-kadang ijazah yang mereka perolehi itu tidak mempunyai
‘nilai’ yang sebenar apabila diketengahkan untuk mendapatkan sesuatu jawatan
dalam syaraikat-syarikat.
Tempat dan
medan yang paling sesuai untuk menyedarkan orang Melayu tentang peranan
university ialah melalui Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama
lagi. Para ‘pejuang’ UMNO seharusnya mengkaji hakikat ini sedalam-dalammya agar
peranan university itu difahami betul-betul oleh masyarakat Melayu luar bandar
agar anak Melayu yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang
menerima pendidikan yang sesuai dengan zamannya.
abuhassanadam
10
Novemner 2014
No comments:
Post a Comment