APA
GUNANYA PARLIMEN JIKA TIDAK BERFUNGSI SEBENARNYA?
Dari
jauh aku terbaca artikel dalam
Malaysiakini berjodol,’ MPs fume as TPPA queries go unanswered’ bertarikh 17
November 2014.Sebagai rakyat yang perihatin, walau dari mana sekali pun hati
ini tetap ‘berada’ di Malaysia dan pastinya mengikuti dengan teliti apa saja
perkembangan yang berlaku dalam Negara, terutama yang berkaitan dengan
kesejahteraan bangsa dan Negara.
Biark aku petik kenyataan Malaysiakini yang menyebabkan aku
merasa tersentak. “Several Pakatan Rakyat MPs today were once again left
frustrated after Deputy International Trade and Industries Minister Hamim
Samuri refused to answer questions on the Trans Pacific Partnership Agreement
(TPPA) in the Dewan Rakyat.”
Membaca kenyataan di atas teringat pula aku tentang istilah
“COP’ yang sering digunakan dalam permainan ketika kanak-kanak dulu.
Rupa-rupanya di Parlimen Malaysia juga boleh digunpakai konsep ‘COP”
sedemikian. Rupanya ‘dibenarkan’ sekiranya seseorang Menteri atau Timbalan
Menteri tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil parlimen.
Dan Timbalan Speaker pula membenarkan Timbalan Menteri berkenaan meneruskan
tanpa menjawab soalan yang dikemukakan Ttidak hairanlah jikalau ramai yang
menyesuaikan tindakan Timbalan Menteri berkenaan dan tindakan Speaker sebagai
“Malaysia Boleh”!!
Nampaknya ‘fenomena’ tidak menjawab soalan di parlimen sudah
merupakan ‘penyakit’ yang berjangkit. Dan ‘wabak’ ini sekiranya tidak dibendung
dengan segera akan menjadikan Parlimen kita tidak berfungsi menepati erti kata
sebenarnya. Di laporkan sebelum ini tentang Timbalan Menteri Kewangan YB Chua
Tee Yong yang enggan menjawab soalan yang berkaitan dengan 1 Malaysia
Development Berhad (MDB). “COP” lagi.
Rakyat pastinya memerhatikan keadaan ini dengan penuh
hairan.Tentu rakyat tertanya-tanya tentang ‘perubahan’ yang drastik yang
berlaku dalam parlimen Malaysia khsuusnya dan di Negara kita amnya ia itu tugas
dan peranan seorang Menteri dan Timbalan Menteri. Apakah tugas dan peranan
seorang Menteri itu hanya untuk melawat kawasan banjir atau melawat rumah
terbakar atau membuka rasmi sesuatu pesta sahaja? Atau apakah tugas seorang
Menteri atau Timbalan Menteri itu hanya untuk pergi bercuti ke luar Negara
apabila tiba bila bulan Disember atau waktu cuti sekolah.
Aku merasakan bahawa keengganan Timbalan Menteri untuk tidak
menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat adalah sesuatu yang amat
malang bagi negara Malaysia yang tercinta. Tindakan sedemikian adalah amat
tidak bertanggung jawab dalam suasana apa sekalipun. Tidak ada jawapan yang
boleh diketengahkan bagi mewajarkan tindakan sedemikian rupa. Dan rakyat
seharusnya bertindak agar perbuatan sedmemikian dikutuk sekeras-kerasnya. Dan
apakah perwakilan UMNO yang besidang tidak lama lagi akan merestui tindakan
Timbalan Menteri ( dari UMNO) yang bersikap sedemikian rupa. Ahli UMNO turut
mendapat malu dengan tindakan sebegitu.
Pada kebiasaannya
tindakan untuk mengelak dan tidak menjawab sesuatu soalan adalah disebabkan
kebodohan atau kejahilan seseorang mengenai sesuatu isu. Apakah betul anggapan
rakyat begitu terhadap Timbalan Menteri yang bersikap demikian? Maka jawapan
yang patut dicadangkan kepada Timbalan Menteri sedemikian adalah untuk
mengemukakan surat peletakan jawatan kepada YAB Perdana Menteri.
Rakyat amat kecewa tentunya dengan sikap Timbalan Menteri
sedemikian. Memalukan. Bukan sahaja memalukan Parlimen Malaysia tetapi Negara
Malaysia sendiri. Terlantiknya mereka sebagai Menteri atau Timbalan Menteri
adalah untuk berkhidmat kepada Negara sepertimana yang ditugaskan kepada
mereka. Dan salah satu tanggungjawab yang diseerahan tentuya menjawab
soalan-soalan yang berkaitan dengan masalah negara. Sekiranya mereka tidak
dapat memberikan penjelasan mengenai sesuatu isu berkaitan dengan Negara demi kepentingan rakyat, maka
tentulah kehadiran mereka di parlimen tidak memberikan apa-apa makna lagi.
Dan yang anihnya pula ialah tentang sikap yang ditunjukkan
oleh pihak Timbalan Speaker pula yang seolah-olah semacam ‘lepas tangan’ dalam
menangani keadaan sedemikian.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini,’ Ismail also said that he had no
powers to demand answers from the deputy minister” Sepatutnya Timbalan Speaker
mendesak agar Timbalan Menteri memberikan jawapan sebagaimana yang dikatakan
oleh YB Charles Santiago, wakil Klang, “…who stood up demanding that the
speaker instruct the deputy minister to answer the questions” Malaysiakini 17 November 2014.
Melihatkan keadaan yang sebegini yang berlaku di parlimen
Negara kita, tentulah amat jauh lagi ‘perjalanan’ kita untuk menggelarkan
Negara sebagai negara maju yang bertaraf dunia. Apa yang kita lakukan ‘masih
tak serupa orang…’ maknanya amat berbeza dengan keadaan di Negara maju seperti
Amerika Syarikat atau United Kingdom atau Negara-negara maju yang lain. Tak
usahlah hendaknya kita mendabik dada mengatakan yang kita telah maju bertaraf
dunia. Malu….
Rakyat Malaysia malu adalah disebabkan tindakan setengah pemimpinnya………
Abuhassanadam
18 November 2014
London
No comments:
Post a Comment