Friday, August 2, 2019

KEPUTUSAN YANG TELAH DIMUKTAMADKAN


KEPUTUSAN YANG TELAH DIMUKTAMATKAN

            Terlalu ‘menjadi-jadi’ sikap yang ditunjukkan sebilangan kecil pemimpin ‘kerdil’ yang ‘terpekik’ dan ‘terlolong’ mencanangkan yang mereka mahu agar Tun M meneruskan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh penggal.

            Bermula dengan pemimpin besar pembangkang (kononnya!) yang mahu terang-terang agar Tun Mahathir jangan berundur selepas dua tahun, maka kini telah diikuti oleh pemimpin-pemimpin kerdil di setengah negeri. Mereka lupa bahawa yang kesan daripada tindakan mereka itu tidak menjejaskan ‘status-quo’ yakni yang boleh mengubah pendidiran kerajaan.

            Apakah salah  pemimpin tertentu menyuarakan pandangan mereka tentang perlanjutan khidmat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri itu. Memang tidak salah. Tetapi ‘tidak kena’.

            Tentulah janggal nampaknya pemimpin parti pembangkang ‘masuk campur’ dalam hal parti yang memerintah apatah lagi isu yang disuarakan ialah mengenai kepimpinan Perdana Menteri. Apakah prinsip perjuangan parti berkenaan begitu ‘goyang’ dan ‘longgar’ sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan demi menyokong kepimpinan parti lawan.

            Rakyat tahu dan faham apakah motif sebenarnya para pemimpin pembangkang yang menyuarakan hasrat sedemikian. Bak kata peribahasa Melayu, ‘ sekilas ikan dia ir sudah diketahui jantan betinannya’.Saranan dan pandangan mereka semacam tidak ikhlas dan sebaliknya ‘ada udang disebalik batu’. Rakyat pada umumnya dapat ‘membaca’ tentang hasrat dan tujuan mereka  itu yang tidak lain daripada hanya sekadarkan untuk memecah-belah dan memporak perandakan Pakatan Harapan.

            Mungkin kenyataan sedemikian dinafikan oleh mereka dan menafikan sesuatu kenyataan adalah merupakan ‘mainan’ orang politik yang tidak berperinsip.

            Penentuan usia kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia telah ditentu dan dipersetujui oleh majlis kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan sebelum PRU 14 yang lalu. Semua ahli parti komponan Pakatan Harapan telah bersetuju sebagaimana mereka telah bersetuju menggunakan logo Parti Pakatan Rakyat untuk digunakan dalam PRU 14 berkenaan. Dan sekiranya ada pula cadangan agar kepimpinan Tun Mahathir dilanjutkan tentulah mesti diputuskan dalam majlis berkenaan juga.

            Begitu jugalah dengan pengganti Tun Mahathir yang ditelah dipersetujui akan dipikul oleh YB DS Anwar Ibrahim. Telah diputuskan sedemikian rupa. Dengan demikian maka rakyat telah memberikan sokongan padu kepada Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU 14 berkenaan. Rakyat memberikan sokongan kerana majlis tertinggi kepimpinan Pakatan Harapan bersetuju agar DS Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang ke lapan.

            Dalam bahasa  yang ‘longgar’nya pihak-pihak tertentu jangan ‘pandai-pandai’ mengubah persetujuan yang telah dicapai dan yang telah mendapat sokongan padu oleh rakyat. Dengan sebab itulah kelihatan Tun Mahathir dan DS Anwar terus begitu yakin dengan apa yang telah diputuskan. Dan entah berapa kali ditegaskan oleh Tun Mahathir bahawa DS Anwarlah yang akan menggantikan beliau setelah tiba masanya nanti.
           
            Disamping itu harus disedari oleh pemimpin Pakatan Harapan bahawa kuasa rakyat jangan diperkotak-katikan. Telah terbukti tentang kekuatan rakyat setelah dipamerkan dalam PRU14  dulu.  Kemenangan Pakatan Harapan dan terlantiknya Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah diatas sokongan rakyat. Dan rakyat juga mahu dan dipersetujui bahawa pengganti Tun Mahathir adalah DS Anwar Ibrahim. Insyallah.

abuhassanadam
2 Ogos 2019

1 comment:

  1. Berasaskan keadilan sejati, sesuatu perjanjian harus ditunaikan sapertimana perjanjian asal, takira ia berupa tulisan atau lisan. Yang Kedua, sekiranya ada perubahan nyata haruslah pihak pihak asal yang bersekutu buat perjanjian itu semestinya berkenan keatas perubahan perjanjian itu.Jadi pihak lain atau kumpulan lain tidak patut mencampuri dalam hal sedimikian itu.Olih itu dalam hal ini TUN sendiripun tidak melayakkan diri untuk membuat keputusan selain daripada perjanjian asal, -sekiranya ia seorang bertakwa.

    ReplyDelete