PARLIMEN MALAYSIA MACAM CIRCUS – KATA SEORANG KAWAN
Seorang
kawan ku baru saja pulang dari luar negara setelah beberapa tahun tinggal di
London. Setelah dua minggu berada di Malaysia, dalam satu perbualan santai di
sebuah warong aku bertanya dia apa pandangannya mengenai negara Malaysia kini.
Jawabnya ringkas, ‘Parlimen Malaysia macam circus’. Kami sama-sama tertawa
terbahak-bahak. Berair mata. Bukanlah semua ahli parlimen yang berlagak seperti
itu, katanya mengendurkan sedikit kenyataannya yang agak keras itu.
Melihat
gelagat setengah ahli parlimen samada
dari pihak kerajaan atau pembangkang, aku semacam nak bersetuju dengan
kenyataan kawanku itu apatah lagi jikalau dibandingkan perwatakan ahli parlimen
di Parlimen Britain dengan ahli parlimen kita di Malaysia. Terlalu jauh
bezanya. Sekiranya untuk dilemparkan keritikan terhadap ahli parlimen kita,
tentulah terlalu banyak contoh untuk diketengahkan dan terlalu banyak juga
hal-hal untuk diperkatakan.
Yang
agak menghairankan aku ialah tentang ketidak-pedulian setengah ahli parlimen
tentang kehadiran anak-anak sekolah yang menyaksikan persidangan di Parlimen
kita. Apakah mereka tidak merasa malu terhadap anak-anak yang memerhatikan
gelagat mereka ketika berada di dewan yang mulia ini. Dan kadang-kadang kelihatan
seola-olah mereka berbangga dengan sikap yang cuba ditunjukkan oleh mereka
ketika membahaskan sesuatu. Terpekik dan terlolong bagaikan kera di hutan
belantara Afrika.
Apakah
mereka lupa diri bahawa apa yang dilihat oleh anak-anak sekolah ini akan
‘dibawa pulang’ dan akan ‘disebarkan’ kepada orang kampung tentang sikap dan
perangai mereka ketika berada di parlimen. Ada juga segelintir wakil rakyat
yang cuba ‘menunjuk-nunjuk’ akan ‘perangai’ mereka ketika berada di Lobby
parlimen seolah-olah memberitahu kepada anak-anak, ‘ lihatlah..inilah keadaan
wakil rakyat di sini’.
Tentulah
rencana ini tidak dapat memuatkan berbagai kritikan yang boleh dilemparkan
terhadap wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat itu. Aku merasa sungguh
jelek apabila melihatkan gelagat ahli parlimen yang semacam langsung tidak
mempedulikan arahan Speaker Dewan rakyat apatah lagi menghormati kedudukannya
sebagai Speaker. Ada terdapat wakil parlimen yang langsung tidak mempedulikan
arahan Speaker apabila diperintahkan duduk. Mereka terus menerus bersikap degil
seolah-olah hati kecil mereka berkata,’ persetankan arahan speaker..’
Sekali
lagi mereka lupa bahawa tindakan dan kelakuan mereka membelakngkan arahan
speaker itu diperhatikan oleh rakyat Malaysia dan bukan sahaja anak-anak
sekolah yang mengikuti rombongan melawat parlimen. Sebenarnya seolah-olah ahli
parlimen berkenaan ‘mengajar’ anak-anak sekolah supaya bersikap biadap kepada
pengerusi mesyuarat. Dan tidak hairanlah kalau akan muncul dan ada anak-anak di
sekolah yang bersikap berani menentang pengerusi pertubuhan/ persatuan
disekolah dalam satu mesyuarat yang mereka adakan nanti. Jangan salahkan mereka
disebabkan ada ‘cikgu’ di parlimen yang mengajar mereka berbuat demikian.
Agak
keterlaluan jika dikatakan bahawa ada diantara ahli parlimen samada dari pihak
kerajaan ataupun dari pihak pembangkang datang ke parlimen semata-mata untuk
‘memanaskan’ kerusi. Apa tidaknya. Dapat diperhatikan bahawa isi persoalan dan
perbincangan di parlimen itu agak dangkal dan ramai ahli parlimen yang amat
berminat untuk ‘menjerit dan melolong’. Dan diperhatikan juga masa yang berguna
seharusnya membincangkan sesuatu yang bermakna kepada negara dihabiskan hanya
untuk menyelesaikan ‘pertelagahan’ yang tidak bermakna antara waklil kerajaan
dan pembangkang. Seolah-olah wakil parlimen kita berbangga menunjukkan aksi
sedemikian.
Jelas
menunjukkan bahawa ada diantara mereka yang menghadirkan diri di parlimen hanya
semata-mata untuk ‘memanaskan’ kerusi dan menuntut ‘habuan-habuan’ yang
disediakan dan langsung tidak membuat persediaan tentang isu yang sepatutnya
dibangkitkan. Lantas apabila diadakan perbahasan, jelas menampakkan kedangkalan
ilmu ketika berhujah. Mereka lupa bahawa
di parlimen bukanlah tempat pertandingan dimana siapa yang mempunyai suara yang
kuat dan petah untuk ‘mencarut’ mendapat pujian rakyat. Tidak begitu.
Tentulah
ramai rakyat Malaysia kini merindui zaman emas Parlimen Malaysia dimana
wakil-wakil rakyat seperti Tunku Abdul Rahman, Zulkifli Muhammad, Dr Ismail
Abdul Rahman, Tan Chee Khoon berdebat dan mempamerkan kecemerlangan mereka
sebagai wakil rakyat yang benar-benar menepati ertikata yang sebenarnya.
abuhassanadam
29 Mac 2019
Yg membuatkn parlimen jadi mcm sarkas adalah MP Jelutong
ReplyDelete