TIDAK SEMUA MELAYU MENGUNDI UMNO DAN PAS
Ekoran
kemenangan di Semenyeh menyebabkan keyakinan kedua-dua pemimpin UMNO dan PAS
begitu yakin untuk bergabung. Terlalu senang nampaknya bagi kedua-dua pemimpin
itu untuk mengadakan pergabungan. Tak perlu teliti dan tak perlu fikir panjang.
Tup tup terus bergabung. Terus ‘kahwin’ kata
pemimpin UMNO dan PAS. Macam ‘main pondok-pondok’ pula.
Mereka
merasakan bahawa mereka cukup yakin yang gabungan itu nanti akan dapat menawan
hati orang Melayu. Orang Melayu pastinya akan memberikan sokongan padu kepada
UMNO dan PAS kerana orang Melayu akan hanya membuat perkiraan atas dasar kaum
dan bangsa sahaja. Asalkan calon itu dari parti PAS dan UMNO pasti akan
diberikan sokongan. Itulah tanggapan mereka dari kumpulan yang agak sempit
pandangannya.
Para
pemimpin PAS dan UMNO akan mengetahui ‘tinggi rendahnya langit’ apabila
menghadapi PRK di Rantau yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Mungin BN
akan menang. Mungkin. Dan mungkin juga akan kecundang. Mereka tidak harus
begitu yakin dengan kemenangan yang akan dicapai. Walau apa pun keputusan yang
menanti pastinya PRK Rantau adalah sesuatu yang menarik. Mungkin perpahwinan
ini hanya sebagai ‘marriage of convenience’.
Tuan
Guru Haji Hadi pernah melafazkan, walau dalam keadaan apa sekalipun PAS tetap
akan tetap menentang UMNO terutamanya akan tetap menyuarakan kritikan berkaitan
dengan isu IMDB. Kini mereka ( UMNO dan PAS ) telah ‘diijab-kabulkan’ dan akan
tinggal serumah.
Lagi
pun apakah para pemimpin dan ahli PAS telah lupa tentang isu ‘kafir-mengkafir’
yang pernah ‘didendangkan’ oleh pemimpin PAS tidak berapa lama dahulu. Apakah
para pengikut PAS sudah lupa akan keadaan sedemikian sehinggakan sanggup dengan
‘membabi-buta’ mengikut sahaja telunjuk para pemimpin PAS. Dan pastinya masih
diragukan juga tentang kesetiaan ahli PAS terhadap gabungan baru ini. Dan bukan
semua ahli PAS yang boleh ‘dicucuk hidung’ dan melupakan prinsip perjuangan
sebagaimana yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu. Sebagaimana yang dkatakan
oleh Tun Mahathir dalam blognya, ‘PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS
Islamkan UMNO?
Para pemimpin PAS, UMNO merasakan bahawa asal namanya
‘Melayu’ maka akan terus menyokong UMNO atau PAS. Tidak begitu. Kemenangan UMNO
di Cameron Highlands bukanlah disebabkan atas dasar perkauman tetapi berpunca
dari banyak faktor. Begitu juga kemenangan di Semenyeh bersumberkan banyak
faktor juga dan bukan di atas dasar undi Melayu menyokong UMNO.
Sekiranya PAS-UMNO menggunakan asas ini untuk ‘bertempur’
di Rantau nanti besar kemungkinannya mereka akan kecundang. Orang Melayu bukan
semuanya bodoh dan tidak boleh berfikir. Hanya segelinitr sahaja pengundi
Melayu yang agak fanatik terhadap fahaman mereka. Pemimpin UMNO harus sedar dan
ingat semula bagaimana BN kecundang
dalam PRU 14 yang lepas. Bukankah mereka begitu yakin bahawa sekiranya diadakan
pertandingan tiga penjuru maka BN pasti akan berjaya kerana berjaya memecahkan
undi kepada Pakatan Harapan. Akhirnya strategi sedemikianlah yang ‘makan diri’
sendiri yang menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk.
Begitu jugalah keadaan yang wujud kini mengenai
penggabungan PAS-UMNO. Walaupun kedua-dua parti yakin bahawa mereka akan dapat
menawan dan ‘merampas’ undi Melayu, namun bukan semua Melayu boleh dibeli dan
dipengaruhi, apatah Melayu yang berada di Rantau Negeri Sembilan yang terkenal
sebagai Melayu yang bukan sebarang Melayu.
abuhassanadam
6 Mac 2019
No comments:
Post a Comment