Friday, January 31, 2025

 

BETULKAH MELAYU MASIH MALAS BERFIKIR?

Aku petik kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dari Malaysian Insider bertarikh, 22 Disember 2013. “Instead of wailing, lamenting and demanding more Bumiputera participation in the economy, Malays should take a good look at themselves and ask why they have been left behind’.

Lebih kurang maknanya ialah beliau cuba mengingatkan orang Melayu bahawa daripada sentiasa merayu, merintih, (mengeluh) dan mendesak agar orang Melayu (Bumiputera) diberikan peranan lebih dalam ekonomi, lebih baiklah orang Melayu itu sendiri ‘cerminkan’ diri sendiri dan tanya mengapa mereka ketinggalan dalam merebut peluang ekonomi itu.

Aku setuju.

‘Penyakit’ sentiasa menyalahkan orang lain sudah lama dihidapi oleh orang Melayu. Bukan lah semua….Tetapi kebanyakannya begitulah. Bangsa lain pun ada yang bersikap begitu. Itu aku tak peduli. Yang aku ingin persoalkan ialah mengenai orang Melayu tulin seperti aku. Terlalu ghairah menyalahkan orang lain dan menyembunyikan kelemahan diri. 

Satu contoh yang amat ketara ialah apabila ada pihak yang menyalahkan orang Cina yang menyebabkan Barisan Nasional hampir-hampir tewas dalam PRU yang lepas. Dan hampir tidak ada yang mengaku bahawa punca kekalahan itu disebabkan oleh kelemahan sendiri. Dan tidak pula ada usaha bersungguh-sungguh untuk cuba mengatasi kesilapan yang telah ada. Kebanyakan kenyataan yang dibuat ke arah membetulkan kesilapan hanyalah sebagai ‘melepaskan batuk di tangga’.

Aku ingin juga menyingkap peristiwa sejarah.‘ The Malays were lazy’ kata R.O. Winstedt dan Maxwell (penjajah British yang pernah menjajah Tanah Melayu). Berasa ‘panas’ juga apabila ada bangsa lain mengatakan bahawa orang Melayu itu malas dan ‘easy-going’. Berasa marah juga apabila mereka memperkatakan  perkara yang buruk mengenai bangsa aku. Sekiranya ada orang Melayu (tulin) yang tidak terasa dan ‘terhangat’ dengan kenyataan sedemikian, maka jelaslah bahawa ‘dia’ bukan orang Melayu tulin. Bukan orang ‘Melayu’ yang emak bapaknya orang Melayu tulin. Bukan orang ‘Melayu’ yang emak bapaknya keturunan sakai dan orang darat. ‘Orang asli’ mengikut kata orang sekarang.

Mengikut pemerhatian  R.O. Winstedt, (seorang pentadbir dalam zaman penjajahan British ) itulah rupa keadaan orang Melayu ketika beliau memulakan pentadbirannya di Tanah Melayu. Dan juga semasa beliau menjalankan pentadbiran. Begitulah rupa orang Perak ketika James birch mula menjalankan pentadbirannya di sana selepas tertandatangannya Perjanjian Pangkor. Begitulah juga rupa orang Pahang ketika Dato Bahaman dan Mat Kilau menentang British. Dan begitu jugalah keadaan orang Kelanatan, Terengganu ketika Abdullah Munshi mengembara ke Kelanatan dan Terengganu. 

Aku pernah menginap di negra penjajah  yang pernah menjajah datuk nenek aku dulu. Dan rupanya dari sini lebih mudah aku ‘meneropong’ melihat kembali tentang keadaan anak cucu datuk nenek aku dulu. Masyarakat Melayu di Malaysia sekarang. Kini. Apakah telah ada perubahan daripada keadaan sebagaimana yang digambarkan oleh R.O.Winstedt itu. Atau apakah orang Melayu masih berada di takuk lama sebagaimana yang digambarkan oleh Winstedt dan Maxwell itu. Malas, suka berpoya-poya, ‘relax’, selalu mengucapkan ‘tidak apa’…….

Sambutan yang diberikan oleh orang Melayu terhadap kenyataan R.O. Winstedt dan Maxwell itu ialah dengan ‘marah-marah’. Rata-rata orang Melayu marah dan ‘melenting’ dengan kenyataan sedemikian. Jarang sangat aku bertemu dengan keadaan dimana para pemimpin Melayu menyeru rakyat agar menerima kenyataan berkenaan. Terima walaupun pahit bunyinya. Itu merupakan pandangan mereka yang dilihat dari persepsi mereka. Mungkin juga betul. 

Dan sepatutnya ada pemimpin Melayu yang berusaha menggerakkan orang Melayu supaya ‘menafikan’ kenyataan sedemikian. Kenyataan Winstedt yang mengatakan orang Melayu malas itu sepatutnya dijadikan ‘slogan ransangan’ untuk merangsang anak Melayu supaya bergerak menuju kemajuan dan berusaha ‘menafikan’ kenyataan demikian. Letakkan satu target dimana orang Melayu boleh ‘melihat’ tahun berapakah target itu boleh dicapai semacam kita berhasrat untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Namun dalam usaha kita untuk maju telah timbul pula satu lagi ‘wabak’ yang dihidapi oleh orang Melayu ia itu kebanyakannya malas berfikir. Tidaklah semuanya begitu. Tetapi aku masih merasakan ‘penyakit’ ini terbawa-bawa sampai kini. Apa tidaknya? Masih ramai lagi orang Melayu khususnya yang tidak langsung mahu memikirkan secara kritikal tentang sesuatu isu mengenai keadaan negara kini. Masih ramai lagi orang Melayu yang menerima sesuatu kenyataan yang dibuat oleh seseorang pemimpin itu sebagai betul belaka. Tidak nampak langsung usaha mereka memikirkan sesuatu isu yang diperkatakan secara kritikal.

Dalam masa kempen pilihan raya misalnya, aku dapat rasakan bahawa masyarakat Melayulah yang paling senang untuk dipengaruhi kerana amat mudah menerima apa saja yang diperkatakan oleh pihak yang menyampaikan sesuatu. Orang Melayu amat malas untuk berfikir secara rasional. Mereka seolah-olah tidak mahu langsung merunsingkan fikiran mereka. Lantas mereka hanya menerima sesuatu keadaan itu seadanya. ‘Easy-going’…..’lantaknya lah..’ kata orang Perak.

Dari segi hiburan memang amat disukai oleh orang Melayu. Termasuklah aku juga. Namun begitu sudah ada kumpulan Melayu yang sudah bergerak meninggalkan amalan lama orang Melayu yang agak lapuk.

Suka sangat menyalahkan orang lain…..


abuhassanadam

31 Januari 2025



Thursday, January 30, 2025

 

HALLOWEEN 

Aku tiba di Palo Alto pada penghujung bulan September 1986. Menyambung pelajaran di Stanford University dimana terletaknya university yang terkemuka ini. Ini merupakan “Rezeki’ budak kampung (yang bertuah ) ini dapat melanjutkan pelajaran di sebuah university terkenal di dunia. Ada orang kata Stanford University ini sebagai “Harvard of the West’. Terlalu sukar untuk memasuki university ini dan terlalu mahal perbelanjaannya. Aku tentunya terhutangg budi kepada Kerajaan Malaysia yang membiayai keseluruhan perbelanjaan aku (serta keluarga) di sini.

Sememangnya dalam hidup aku sentiasa mengalami ‘culture shock’. Dalam blog aku yang lepas telah aku ceritakan pengalaman aku ketika mula-mula menjejakkan kaki di London tahun 1978. Kali ini aku akan ceritakan berbagai pengalaman aku ketika mula-mula berada di California ( Palo Alto). Sebelum ini aku hanya mengetahui mengenai California melalui pelajaran Geografi yang pernah diajar oleh guru aku, Mr. Michael de Silva yang mengatakan antara lain bahawa hasil eksport California ialah buah-buahan kerana cuacanya yang sesuai untuk tanaman buah-buahan seperti limau

Sememangnya betul apa yang dikatakan oleh guru Geografi aku tu. Sesampai saja aku dan keluarga di rumah ‘ibu angkat’ (yang disediakan oleh Stanford University untuk menyambut kedatangan pelajar baru), sudah kelihatan pokok limau di hadapan rumahnya menghasilkan buah kekuningan yang masak ranum. Hendak rasanya aku memetiknya. Teringat pula ‘ajaran’ ibu semenjak kecil bahawa jangan diambil sembarangan buah-buahan orang sekiranya tidak mendapat kebenaran. Aku tahu anak-anak aku juga amat teringin untuk memetik limau berkenaan tetapi mereka juga telah ‘diajar’ jangan berbuat demikian.

Selepas tiga minggu berada di Escondido Village (rumah university yang disediakan untuk pelajar yang berkeluarga dengan sewaan sebanyak RM 1900.00 ( USD 620.00) sebulan) aku berhasrat untuk ‘meneroka’ kawasan yang agak jauh dari Palo Alto. Sementelahan pula aku baru saja membeli sebuah kereta “Pontiac” yang sudah berusia tiga tahun. Jadi dapatlah aku membawa isteri dan anak-anak aku bersiar-siar sambil melihat keindahan kawasan San Francisco yang sentiasa di bawah alunan ombak lautan Pasifik pada hari-hari cuti.

Aku sampai di sebuah tempat bernama Half-Moon Bay. Tidak jauh dari pantai lautan Pasifik. Begitu cantik sekali. Malah dapat aku katakan sepanjang perjalanan aku dari Palo Alto merentasi beberapa kawasan ‘kampung’ menuju ke Half-Moon Bay adalah amat cantik sekali mata memandang. Apatah lagi apabila aku menyusuri pantai akan dapat dirasakan kenikmatan yang tidak terhingga yang dikurniakan Allah.

Kami mengalami ‘culture shock’ pertama apabila sampai sahaja di suatu perkampungan di Half-Moon Bay. Ketika itu hari petang musim Autumn. Tidak dapat dibayangkan suasana yang nyaman dan cantik pada ketika itu. Aku ternampak sekumpulan manusia sedang membeli buah labu. Luar biasa pandangannya disebabkan belum pernah aku lihat suasana yang sedemikian di negara kita Malaysia. Tidak pernah aku lihat di Malaysia juga manusia berpusu-pusu datang untuk membeli buah labu. 

Dan yang tambah menghairankan aku lagi ialah tentang keadaan buah labu yang bukan kepalang besarnya. Ada buah labu terdapat di situ yang sepemeluk besarnya walaupun kebanyakannya sebesar labu yang terdapat di negara kita. Warna buah labu di Half Moon Bay adalah kekuningan yang luar biasa. Melihatkan pemandangan yang sedemikian kami mengambil gambar kenangan di situ. Bagi ‘orang putih’ di situ tentulah mereka agak pelik melihatkan gelagat anak-anak aku yang semacam ‘gila’ melihatkan pemandangan yang luar biasa itu.

Buah labu tentulah tidak asing bagi aku. Di belakang rumah aku ( dikampung) emak menanam labu di tepi pagar dan membiarkan pohon labu itu menjalar menyusuri pagar dawai yang mengelilingi rumah. Apabila sampai masanya untuk menghasilkan buah, maka akan kelihatanlah buah-buah labu bergayutan di tepi-tepi pagar rumah. Dan tentulah buah labu yang ada di kampung aku tidak sebesar labu yang terdapat di Half Moon Bay ini. Dan emak menggunakan buah labu untuk dibuat gulai atau dibuat pengat (bubur) labu atau dibuat kuih Bengkang (Bingka) atau direbus dan dicicah dengan kelapa parut bercampur gula. Dan pucuk labu boleh juga dibuat gulai atau direbus sahaja dan dicolek dengan sambal belacan. Amat menyelerakan……..

Aku mencadangkan kepada isteri aku untuk membeli labu berkenaan ( di Half Moon Bay) untuk dibuat gulai atau dibuat pengat labu. Untuk dibuat Bengkang tentulah mustahil kerana tidak ada sabut kelapa untuk digunakan untuk memasaknya. Sementara itu aku memikirkan juga apakah ‘orang putih’ ini membeli labu-labu itu untuk dibuat gulai sepertimana yang aku rancang dengan isteri aku. Tak mungkin, kata hati kecil aku. Dan mereka membeli labu-labu itu bukannya sebiji tetapi beberapa biji. Tidak terfikir pula aku bahawa orang putih juga suka makan labu!!... Di Malaysia tidak pernah pula aku lihat orang putih membeli labu di pasaraya-pasaraya di Malaysia.

Sudah agak lama juga kami tidak makan gulai-gulai seperti gulai labu. Maklumlah sudah tinggal di negara orang putih. Namun sambal belacan tidak akan dilupakan. Hampir satu kilo belacan ( dari Pasar Minggu Cangkat Jering, Taiping)  aku bawa bersama aku. Jikalau mahu dikatakan bahawa orang Melayu tidak boleh ‘berenggang’ dengan belacan dan petai, katalah. Aku tak malu…..

Dalam perjalanan pulang dari Half Moon Bay ke Palo Alto (Stanford), aku masih memikirkan tentang orang putih yang ‘suka makan gulai labu’. Itu hanya anggapan aku. Tetapi betulkah orang putih suka makan gulai labu. Apakah betul buah labu yang dibeli oleh mereka itu untuk dibuat gulai atau dibuat Pengat Labu seperti dilakukan oleh isteri aku? Tidak ada jawapan….

Hanya pada malam 31 Oktober 1986 barulah terjawab segala persoalan yang sentiasa menyerang kepala aku selama itu. Rupanya orang putih menggunakan buah labu itu sebagai syarat mereka merayakan perayaan Halloween (perayaan agama Kristian) dan bukanlah untuk dijadikan gulai atau Pengat Labu atau Bengkang Labu seperti yang dilakukan oleh arwah ibu ku.

Betul kata orang tua-tua, ‘ jauh perjalanan luas pandangan’.


abuhassnadam

30 Januari 2025





Wednesday, January 29, 2025

 SEKOLAH MENENGAH BUKIT MERCU 

Hanya tujuh bulan aku berada di Sekolah Menengah Bukit Mercu Kuala Kangsar setelah ditukarkan dari Sekolah Menengah Serdang Kedah ( akan aku coretkan suatu ketika kisah ketika aku berada di sekolah berkenaan selama tiga tahun). Di Sekolah Bukit Mercu aku ditempatkan di situ selama tujuh bulan sahaja. Bukan kehendak aku untuk berada hanya seketika di Sekolah Bukit Mercu ini. Arahan pertukaran.

Walau berada di sekolah mana sekali pun di negara ini aku tetap berasa gembira sebagai seorang guru. Namun ada sedikit kelaianan apabila aku diarahkan bertukar ke Sekolah Menengah Bukit Mercu. Kelaianannya ialah aku dapat mengajar anak murid aku menggunakan loghat Perak. Sememangnya aku amat dikenali oleh kawan-kawan kerana ‘kepekatan’ loghat Perak yang aku gunakan. Walau dimana aku berada, berbagai usaha aku lakukan untuk ‘menghilangkan’ loghat Perak dalam perbualan aku, namun tetap gagal juga. Cuma ketika aku berbahasa Inggeris sahaja aku tidak menggunakan loghat Perak!......

Hari pertama aku berada di sekolah berkenaan, aku sudah merasakan bahawa aku sudah kembali semula ke ‘kampung’ku. Tambah mengembirakan aku apabila aku dapati rakan ‘darjah 1’ aku juga bertukar ke sekolah berkenaan dari Sekolah Menengah Dato’ Ahmad, Lenggong. Aku panggil Mat Ha (Dato Khairuddin Arshad dan pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Perak sebagai jawatan terakhirnya sebelum bersara). Disamping Mat Ha sudah menunggu di sekolah berkenaan Halim Aziz ( sama-sama menyewa rumah di Jalan Limau Manis, Bangsar Park ) ketika menuntut di University Malaya dulu). Cikgu-cikgu lain yang aku kenal termasuklah Cikgu Ayat Nordin, Yunus, Nasaruddin, Zainal Badri dan ramai lagi. 

Hampir semua guru di sekolah berkenaan aku kenali, kecualilah beberapa orang guru yang bukan berasal dari Kuala Kangsar. Hari pertama bilik guru sudah ‘riuh-rendah’ dek gelak ketawa  ( waktu rehat) dan aku dapat rasakan kemesraan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan guru dengan kehadiran kami (aku dan Mat Ha) di sekolah berkenaan. Terlalu sukar aku melupakan keriangan dan kemesraan suasana yang ada pada ketika itu.

Pengetuanya Cikgu Yusuf. Orang tua. Maksud aku jauh lebih tua daripada kami dan amat dihormati oleh guru-guru di situ. Ada satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan mengenai Cikgu Yusuf. Setelah seminggu aku berada di sekolah berkenaan, aku dipanggil oleh Cikgu Yusuf ke biliknya. Takut juga aku. Seingat aku tidak ada kesalahan yang aku lakukan. Dia mnyuruh aku duduk.

“Semalam saya tak boleh tidur mengenangkan cikgu…’ katanya memulakan perbincangan. Aku tak tanya pula mengapa. Aku diam. Aku biarkan dia menyambung perbualan….’ Begini…’ katanya, ‘ Cikgu sebenarnya mengajar 16 period seminggu tetapi saya telah beri cikgu 22 period. Cikgu mengajar Tingkatan Enam sepatutnya 16 period saja seminggu…saya minta maaf banyak-banyak…” Kata cikgu Yusuf mengakhiri penjelasannya.

“ Tidak ada masalah bagi saya cikgu…” kata ku

“ Mulai hari ini cikgu akan dapat jadual baru. 16 period saja seminggu” katanya.

Baik betul Pengetua ni, kata hati kecilku. Bagi aku bukan merupakan satu masalah besar pun kerana sememangnya aku bersedia untuk mengajar pelajar sedaya upaya  untuk lulus dengan cemerlang. Apatah lagi anak-anak dari kampung aku juga.

Sememangnya amat sukar untuk aku melupakan sekolah ini. Disamping mengajar kelas-kelas yang ditugaskan, namun pada waktu yang terluang aku mengajar kelas bimbingan. Keseronokannya ialah apabila pelajar-pelajarnya faham dan mengerti bagaimana cara untuk menghormati guru yang mengajar mereka. Tidak terasa kepenatannya aku mengajar di Bukit Mercu. Namun begitu, sebagai kebiasaan kehidupan sesuatu yang menyeronokan tidak akan kekal lama.

Aku diarahkan bertukar dari sekolah ini ke Jemaah Nazir Persekutuan. Bermulalah tamatnya kerjaya ku sebagai seorang guru. Dan aku telah dipindahkan ke Kuala Terengganu sebagai pegawai Nazir sekolah di Pantai Timur.

Hanya tujuh bulan aku berada di Sekolah Menengah Bukit Mercu, Kuala Kangsar.


abuhassanadam

29 Januari 2025






Tuesday, January 28, 2025

 “CANGGUNG’ 

Pertama kali aku naik kapal terbang ialah pada tahun 1978. Dari Kuala Lumpur ke New York. Mengikuti kursus yang dibayar oleh kerajaan. Perbelanjaan lain juga ditanggung oleh kerajaan. Harapkan duit poket aku nak keluar, tak merasalah naik kapal terbang.

Sebelum tahun 1978, tak pernah merasa naik kapal terbang. Tengok dari jauh saja. Tak berani dekat. Aku masih ingat pada satu ketika dimana aku mengikuti rombongan sekolah ke Ipoh. Antara acara yang termasuk dalam lawatan itu ialah melawat lapangan terbang Ipoh disamping melawat Tanah Tinggi Cameron Highlands. Bukan main seronok rasanya apabila Cikgu mengatakan yang kami akan berpeluang melawat lapangan terbang Ipoh. Pada ketika itu dapat melihat kapal terbang sudah cukup seronok dan membanggakan. Tiga minggu akan bercerita dengan rakan-rakan lain tentang pengalaman ‘ melihat ‘ kapal terbang.

Dalam kampung aku tak ramai yang pernah menaiki kapal terbang. Emak kata, Pak Haji Kassim ( orang kaya di kampung aku ) pernah naik kapal terbang. Dari Ipoh ke Pulau Pinang. Lamanya masa yang diambil penerbangan dari Ipoh ke Pulau Pinang hanya ‘ sebatang rokok’ kata Pak Haji Kassim. Di kampung kami Pak Haji Kassim dikira sebagai orang kaya le. Ada bendang, ada kebun durian, ada kebun getah. Itu sudah dkira kaya. Dia sudah pergi ke Makkah. Naik kapal. Bukan naik kapal terbang. Jadi untuk menunjukkan pada orang kampung yang dia lebih hebat dari orang lain di kampung aku, maka dia merupakan orang yang mula-mula naik kapal terbang dari kampung aku. Mungkin!.....

Di kampung, masa aku kecil-kecil dulu tiap-tiap hari melihat kapal terbang lalu yang melalui kampung kami. Tiap-tiap pukul 10.00 pagi. Agaknya dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Aku dan kawan-kawan aku akan melambai-lambai kapal terbang yang terbang di udara. Puas rasanya berbuat begitu.Satu lagi cara bagi kami untuk ‘ merasai ‘ menaiki kapal terbang ialah dengan menaiki ‘CANGGUNG’. Ini merupakan aktiviti yang kami cipta sendiri. ‘CANGGUNG’ ialah batang pokok kayu yang tumbang yang melintang sebuah sungai. Untuk mendapatkan keadaan dimana sebatang pokok yang tumbuh ditebing sungai dan kemudian rebah melintangi sungai adalah satu keadaan yang jarang-jarang dapat dijumpai. Namun begitu sekiranya terdapat keadaan sedemikian boleh dianggap sebagai ‘ sebuah kapal terbang’.

Kami akan berpaut kepada dahan-dahan pokok yang tumbang itu sambil menghenjut-henjutkannya. Semacam naik papan jongkang-jongkit. Sedang kami berbuai-buai, berpaut pada dahan pokok yang tumbang itu, kami akan melaungkan perkataan seperti, “ London, Paris dan New York’. Menggambarkan yang kami sedang ‘ terbang ‘ menujuk ke tempat-tempat ini. Seronok betul. Dan yang peliknya ketika kami berbuai-buai berpaut pada dahan itu dalam keadaan telanjang bulat. Sebab. Setelah penat berbuai-buai, kami akan menjatuhkan badan kami ke dalam sungai yang mengalir di bawah.

Aku tidak pernah terfikir yang aku akan betul-betul menaiki kapal terbang ke New York. Semasa berada dalam pesawat, aku sentiasa ‘ bertanya ‘ pada diriku dengan mencubit lengan aku. “ Betulkah aku yang menaiki pesawat ke New York ini” Aku masih tak percaya. Itulah perasaan budak kampung yang sentiasa dibelenggu oleh perasaan rendah diri. Tidak yakin yang diri sudah sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain juga. Budak kampung akan sentiasa merendah diri.

Aku baru merasa menaiki kapal terbang setelah umurku 30 tahun. Berbanding dengan anak-anakku yang sudah berjinak dengan kapal terbang ketika berumur tiga tahun. Sudah biasa dengan lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia. Tidak hairan dan ‘jakun’ seperti aku apabila mula-mula menaiki kapal terbang.

Kapal terbang yang aku naiki itu singgah berhenti di Hong Kong. Transit. Aku dan penumpang-penumpang lain di tempatkan di sebuah hotel mewah. Tak tahu aku berapa bintangnya. Aku sentiasa dalam ‘ ketakutan’, serba tak kena. Kekok dalam apa tindakan yang aku lakukan. Maklumlah bagi aku semuanya ‘ pertama kali’. Naik kapal terbang ‘ pertama kali’. Turun dari pesawat dan menuju ke immigration check point juga ‘pertama kali’. Menjejakkan kaki di Hong Kong juga ‘ pertama kali. Pendek kata semuanya pengalaman baru.

Sampai di JF Kennedy Airport waktu pagi. Sejuk. Tak pernah aku rasa sejuk begitu. Air sungai disebelah rumah aku biasanya sejuk pada waktu pagi. Ini sejuk lagi. Nasib baik aku bawa baju panas. Tak le serupa baju panas orang lain. Berjenama. Baju panas aku jauh lebih murah beranding dengan baju panas yang dipakai oleh orang di sini. Baju panas aku dibeli di kedai Jalan Tuanku Abdul Rahman saja.

Sementara menunggu di Airport, menunggu dijemput oleh seseorang yang berjanji akan menjemput aku, sempat juga aku berbual dengan seorang mem di situ. Orang kampung kalau tak bertegur sapa, tak beradab namanya, kata Opah aku. Jadi aku memberanikan diri aku dengan melemparkan senyuman pada dia. Mungkin bukan itu cara mereka.Taka pa le. Cara aku apabila berjumpa seseorang senyum dulu. Senyum itu sedekah….

         “ Where are you from?’ Dia bertanya

‘Malaysia’ kataku pendek. Mujurlah aku boleh juga berbahasa orang putih

“ Vietnam?” katanya lagi. Mengapa pula ke Vietnam perginya.

“ Kuala Lumpur”  kata ku

“ Oh Singapore…..” Jawabnya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Barulah aku sedar bahawa pada tahun 1978, tidak ramai lagi warga dunia yang tahu dimana letaknya negara Malaysia. Mereka lebih mengenali Vietnam ( disebabkan berlakunya Vietnam War agaknya) atau lebih mengenali Singapore.

Dengan izin Allah, kini menaiki pesawat adalah merupakan kegiatan yang biasa bagi aku. Bukan untuk bermegah-megah apabila aku menceritakan hal yang sebgini tetapi  hanya untuk menyedarkan diri bahawa apa saja yang dilakukan selalu kenikmatannya akan hilang. Dulu amat menyeronokkan apabila berpeluang menaiki pesawat buat pertama kali dalam sejarah hidup ku.

Tetapi apabila dilakukan secara berulang-ulang, keseronokan itu akan hilang dan telah hilang. Kadang-kadang aku terfikir berbanding dengan keadaan aku menaiki pesawat ke London misalnya lebih menyeronokkan aku bermain ‘CANGGUNG’ bersama dengan Hamid, Isa, Ngah , Bahari di Sungai Sauk berhampiran dengan rumah  ku waktu kecil-kecil dulu.

Namun begitu aku tetap bersyukur kepada Allah kerana memberikan kebahagiaan yang tidak dapat dirasai oleh rakan-rakan ku yang sama-sama bermain ‘CANGGUNG’ seperti Hamid, Isa, Bahari dan Ngah.

Abuhassanadam

28 Januari 2025



Monday, January 27, 2025

 CUTI SEKOLAH 

Apabila sudah tua begini tentulah berbagai peristiwa menerpa benak ketika masih muda ataupun pada zaman kanak-kanak. Cara yangg paling baik bagi ku ialah melakarkan semula kisah-kisah lama zaman kanak-kanak atau zaman muda. Aku teringat masa cuti sekolah ketika aku masih kanak-kanak. Ketika berada di sekolah rendah. Antara ‘bercuti’ dengan ‘bersekolah’ tidak banyak beza bagi aku pada ketika itu. Dan bagi kawan-kawan aku juga. Maklumlah keluarga kami miskin. Orang kampung. Jangankan nak pergi bercuti ke luar negara, nak ‘bercuti’ ke Kuala kangsar  ( hanya 10 km jauhnya dari kampung aku ) pun keluarga tak mampu. Yang mampu hanya ke pekan Padang Rengas. Boleh berjalan kaki saja. Tak payah naik bas.

Dan untuk apa pula ‘bercuti’ di pekan Padang Rengas. Bukan ada apa yang menariknya, melainkan untuk beli ‘ais kepal’ ( ice ball) yang berharga 5 sen atau ais kacang ( ABC) di kedai Majid yang terletak di bawah pokok Sena berhadapan dengan sekolah Cina. Itu pun kalau ada duit lebih. Walaupun ais kacang itu harganya 10 sen namun disebabkan tekanan kemiskinan, kebanyakan keluarga kami tidak mampu membelanjakan wang sebanyak itu untuk kanak-kanak membeli ais kacang. Mungkin wang 10 sen itu digunakan untuk keperluan lain.

Cuti memang seronok lah. Tidak perlu pergi sekolah. Boleh main sepanjang hari. ‘Jadual harian’ pada musim cuti agak sama saja. Bangun pagi. Kadang-kadang mandi dan kadang-kadang tidak terus pergi bermain guli atau main gasing. ‘ Breakfast’ macam mana? Kadang-kadang makan dan kadang-kadang tidak. Tidak pernah kelaparan kerana ‘rezeki’ berada di mana-mana ‘dikurniakan Allah’.

Yang aku maksudkan ‘rezeki’ itu ialah  hasil buah-buahan yang datang dari kebun Pandak Leman. Dalam kebun itu terdapat banyak pokok buah-buahan terutamanya buah mempelam ( orang sekarang panggil mangga). Dan yang anihnya, pokok mempelam di kebun Pandak Leman itu sentiasa menghasilkan buah. Sepanjang tahun. Jadi dari sinilah kami mendapat ‘rezeki’ untuk ‘ breakfast’ dan kadang-kadang ‘lunch’ pun dengan mempelam juga. 

Sebenarnya yang kami ( aku dan kawan-kawan) makan itu adalah hasil ‘curi’. Kami tidak pernah minta dihalalkan oleh Pandak Leman, tuan punya kebun itu. Kami hanya mengandaikan bahawa oleh kerana Pandak Leman tidak tinggal di kampung itu dan hanya membiarkan saja buah-buahan itu bergelimpangan jatuh ke tanah, adalah lebih baik kami yang ‘tolong’ makan. Andaian kami begitulah….

Biasanya pada waktu cuti begini kami tak balik makan di rumah. Sepanjang hari akan berada ‘diluar’. Kami akan pulang pada waktu hampir senja nanti. Hampir waktu Maghrib. Jadual seterusnya ialah pergi mengaji  di rumah Pak Haji ( Pak Haji Sulaiman). Di kampung kami jikalau di sebut ‘Pak Haji’ sudah memadai. Semua orang tahu bahawa yang dimaksudkan ialah Pak Haji Sulaiman. Semua anak-anak ( lelaki ) di kampung itu belajar mengaji dengan Pak Haji Sulaiman. Kanak-kanak perempuan pulak pergi mengaji dengan Wah Beaah ( emak saudara aku- arwah)

Yang hairannya emak bapak kami tak hairan pun dimana kami berada. Dia tak tanya pun kami bermain di mana. Main apa. Di rumah siapa. Main dengan siapa. Makan apa. Sudah mandi ke belum. Tak tanya Kadang-kadang aku menyoal diri aku. Bagaimana ibu bapak pada zaman dulu-dulu boleh memelihara anak mereka sehingga menjadi manusia yang berguna sedangkan mereka tidak begitu ‘menjaga’ anak-anak mereka seperti ibu bapak zaman kini. Kadang-kadang aku tak dapat menjawab persoalan ini dengan tepat. Aku sendiri dapat merasakan bahawa jawapan yang aku berikan itu tidak betul dan tidak tepat. 

Cuma yang aku boleh rasa dan aku boleh agak ialah dari segi keadaan dan suasana yang berbeza antara zaman dulu dan zaman sekarang. Fenomena ‘ tak mandi pagi’, ‘tak breakfast’ ‘ tak balik rumah untuk makan tengah hari’ adalah satu kebiasaan bagi anak-anak di kampung kami. Dan yang menghairankan aku juga ialah kami sentiasa dalam keadaan sihat. Tidak pernah demam. Sentiasa ‘fit’. Mungkin disebabkan makan bahan makanan yang ‘berkhasiat’ agaknya.

Namun begitu sesuatu yang unik dan ‘murni’ dalam masyarakat kampung kami ialah ‘ the sense of belonging’. Aku kenal semua orang di kampung aku. Samada orang tuanya, orang mudanya, kanak-kanaknya semua aku kenal. Sampai sekarang. Begitu juga sebaliknya. Semua orang kampung tahu aku anak siapa. Duduk di mana. Rumah aku berhampiran dengan rumah siapa. Pendek kata kami adalah satu keluarga besar. Apa yang terjadi pada salah seorang anggota keluarga akan turut dirasai oleh semua anggota masyarakat di kampung kami. ‘Cubit pehak kiri peha kanan sakit’. Dan kalau timbul pergaduhan pula antara kami, permusuhan itu tidak akan kekal lama. ‘Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga’.

Berlatarbelakang keadaan sebeginilah agaknya ibu bapa kami tidak bimbang akan keselamatan anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa anak-anak mereka akan selamat kerana setiap orang akan memberikan perhatian. Kata orang putih, ‘ in ggod hands’ . Sekiranya berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini maka semua orang kampung akan bertanggungjawab. Begitu jugalah sekiranya ada di antara kami yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya kami lakukan, maka akan adalah orang yang akan memberikan teguran. 

Tetapi mengapa pula mereka tidak memarahi kami apabila kami ‘ mencuri’ mempelam Pandak Leman. Mungkin mereka tidak tahu agaknya ‘ kegiatan’ yang kami lakukan. Mungkin….Aku pun tak pernah bagi tahu emak yang aku sama-sama dalam ‘operasi’ di kebun Pandak Leman itu!...Begitulah akrabnya hubungan kami di kampung itu. Aku amat merindui keadaan sedemikian. Keadaan sebegitu tidak dapat aku nikmati lagi. Mungkin ramai lagi di luar sana yang juga seperti aku ……inginkan suasana dan keadaan demikian.

Mandi sungai Sauk

Bermain gasing di halaman rumah Pan Anjang Judah

‘Mencuri’ mempelam Pandak Leman

Bermain ‘ Hantar-Menghantar’ pada malam bulan Ramadhan

Bermain kejar-kejaran pada malam khenduri

Bermain layang-layang ketika selepas menuai


Aku tetap merinduinya………….


Abuhassanadam

27 Januari 2025



Sunday, January 26, 2025

 TUAN PUTERI BAJU HANGUS

Yang aku nak cerita kali ini bukan cerita Raja-raja dan Puteri Raja pada zaman dulu kala tetapi hendak menceritakan tentang kreatifnya orang Melayu mencipta kuih dan memberikan nama kuih yang diciptakan mereka. Biasanya rakan-rakan bukan Melayu hanya mengenali kuih-kuih sedemikian sebagai  kuih Melayu, sedangkan ada berbagai-bagai nama yang sedap bunyinya diberikan kepada kuih Melayu.

Jikalau hendak aku senaraikan nama kuih-kuih Melayu yang terdapat di negara ini tentunya akan memakan halaman yang banyak. Cukup sekadar aku ceritakan mengenai kuih-kuih yang pernah dibuat oleh Opah dan emak aku, terutama pada bulan Ramadhan, bulan puasa. Hanya pada bulan Ramadhan sahaja, Opah dan emak dan orang kampung yang lain akan membuat bermacam-macam jenis kuih untuk juadah berbuka puasa. Pada  tahun-tahun awal 50an, mana ada Pasar Ramadhan seperti sekarang. Untuk juadah berbuka puasa terpaksalah buat kuih dan makanan sendiri. Namun begitu dapat juga menikmati berbagai jenis juadah ketika berbuka puasa. Itu disebabkan adanya pertukaran juadah berbuka puasa menjelangnya waktu berbuka puasa antara jiran-jiran terdekat.

Opah dan emak selalu membuat kuih ‘Dokok-Dokok’ untuk juadah berbuka puasa. Emak tahu yang aku amat suka kepada kuih ‘Dokok-Dokok’. Kadang-kadang Opah membuat kuih ‘Dokok-Dokok’ hanya semata-mata untuk ‘menyogok’ dan merasuah aku dengan harapan aku akan berbuat apa saja yang disuruhnya selepas itu. Opah  tahu kesukaan aku. Jikalau dituliskan mengikut priority maka kuih ‘Dokok-Dokok’ di tempat teratas sekali dan diikuti dengan kuih ‘Koci’, ‘Badak Berendam’, ‘Puteri Mandi’, ‘Ketayap’, dan seterusnya….

Itu kuih-kuih yang aku minati pada bulan Ramadhan. Pada hari-hari biasa, lain pula kuih yang aku minati. Sehingga kini, kuih ‘Tuan Puteri Baju Hangus’ masih ‘bertakhta’ di hati aku. Hampir setiap dua minggu, isteri aku akan menghidangkan ‘Tuan Puteri Baju Hangus’. Kuih ‘Tuan Puteri Baju Hangus’ (TPBH)  ini juga sentiasa digunakan sebagai senjata oleh ‘isteri’ aku untuk memujuk aku ketika aku dalam ‘suasana yang tidak tenteram’. Pastinya aku akan gembira melihatkan TPBH dihidangkan dengan secawan Kopi O.

Konon ceritanya……..nama Tuan Puteri Baju Hangus ini adalah nama yang diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sultan yang mana tidak pula aku ketahui. Tetapi pastinya Sultan sebelum Sultan Nazrin Syah yang ada sekarang, kata yang empunya cerita. Bagindalah yang memberikan gelaran demikian. Yang dapat aku pastikan bahawa kuih Tuan Puteri Baju Hangus ini amat popular di negeri Perak. Di sekitar Kuala Kangsar sampai ke Parit dan terus ke Teluk Anson ( Teluk Intan). Namun begitu tidak pula terdapat kuih Tuan Puteri Baju Hangus di jual di pekan Kuala Kangsar. Mungkin sekarang sudah ada. Itu aku tak tahu ler…

Kuih Tuan Puteri Baju Hangus sememangnya tidak membahayakan kesihatan. Apa tidaknya. Gula tidak diperlukan untuk menghasilkannya. Minyak masak juga tidak digunakan untuk memasak. Keenakannya terletak pada pisang lecek yang dibakar atas daun pisang. Intinya pula ialah kelapa parut. Bayangkan aroma pisang yang dibaluti oleh daun pisang dan dibakar hampir hangus atas kuali. Alangkan enaknya jika dimakan ketika masih panas dan minumannya pula kopi O. Suasana yang amat sesuai untuk menikmati kuih Tuan Puteri Baju Hangus ialah waktu pagi ketika hujan renyai-renyai ataupun pada waktu petang (ketika hujan renyai-renyai juga!)

Aku hairan mengapa kuih Tuan Puteri Baju Hangus tidak terjual di pasar-pasar Ramadhan di sekitar Lembah Kelang. Aku pasti ramai ‘ orang Perak’ ( orang lama ) yang sedang mencari-carinya terutama pada musim bulan puasa. Mungkin ada terjual agaknya di sekitar Kuala Lumpur dan hanya aku yang tidak diketemukan.

Persediaan menyediakan kuih-kuih Melayu sememangnya ‘renyah’ dan ‘leceh’. Jangankan untuk membuat dodol , halua dan  lemang, untuk membuat Dokok-Dokok pun memerlukan masa yang begitu lama. Berbanding dengan membuat ‘Burger’ atau ‘ayam goreng’.  Membuat kuih Puteri Mandi atau Badak Berendam memerlukan ketekunan dan kesabaran yang bukan kepalang. Memang sedap untuk dimakan, namun disebabkan orang Melayu dulu mementingkan seni untuk membuat kuih itu dan juga rasa, maka untuk membuatnya mengambil masa yang agak lama. Berjam-jam.

Tidak ada jalan ringkas untuk menghasilkan kuih Melayu. Untuk menyediakan dodol misalnya ( dodol yang aku fahami yang dimasak oleh orang kampung aku ketika mngadakan sesuatu khenduri)  memerlukan masa sekurang-kurangnya satu hari, tidak termasuk menyediakan bahan dan ramuannya. Terpaksa menunggu separuh hari untuk dimakan. Begitu juga untuk menghasilkan lemang, kuih Bahulu, Kuih Bangkit dll. Malah yang paling rumit untuk menghasilkannya ialah berbagai jenis halua – halua Betik, Selimapt dll. Perlu mengambil masa berhari-hari untuk menghasilkannya untuk mendapatkan hasil yang betul-betul baik dan sedap.

Dengan sendirinya menunjukkan bahawa orang Melayu pada zaman dahulu mempunyai banyak masa lapang. Mereka tidak perlu tergesa-tergesa untuk menghasilkan sesuatu. Dan mereka melakukannya secara bergotong royong. Membuat dodol misalnya memerlukan tenaga yang agak ramai untuk menghasilkannya. Mengacau dodol yang sedang dimasak memerlukan sekurang-kurangnya tiga atau empat orang. Dan ini juga tidak termasuk tenaga yang diperlukan untuk menyediakan ramuan sebelum dodol itu sedia untuk di masak.

Disebabkan ‘kelecehan’ sebeginilah maka lama kelamaan kuih-kuih Melayu akan lenyap. Sekiranya kuih-kuih sebegini masih boleh ‘survive’, maka rasa dan kenikmatannya telah hilang. Di pasar-pasar Ramadhan aku masih bertemu dengan Kuih Koci tetapi rasanya tidak seenak sebagaimana yang dibuat oleh emak aku. Inti kelapa yang menjadi inti Kuih Koci sudah tidak asli lagi. Dan cara Kuih Koci itu dimasak juga terlalu ringkas mungkin. Maka dengan demikian tentulah sudah hilang rasa dan keasliannya.

Kuih-kuih Melayu memang sedap. Ini diakui sendiri oleh ramai rakan-rakan aku yang terdiri dari kaum bukan Melayu – Cina dan India. Malah rakan-rakan ‘mat salleh’ dari luar negara juga mengakui keenakannya. Buktinya. Sekiranya kuih-kuih Melayu itu tidak enak dan lazat, tentu sekali tidak mungkin golongan bukan Melayu di Lembah Kelang berpusu-pusu pergi ke pasar Ramadhan pada setiap menjelangnya bulan puasa. Pasar Ramadhan bukan lagi dikunjungi oleh orang Islam yang membeli belah juadah untuk berbuka puasa tetapi dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat dari berbagai keturunan, lebih-lebih lagi yang tidak berpuasa. Malah mereka menunggu kedatangan bulan Ramadhan. Inilah hebatnya dan uniknya penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama dapat hidup bersatu padu.

Percayalah…..tidak lama lagi Pasar Ramadhan akan menjadi medan selera antarabangsa yang terkenal. Tarikannya tentulah kuih Tuan Puteri Baju Hangus, Dokok-Dokok, Puteri Mandi, Badak Berendam, Ketayap, Lopeh, Limas, Anak Dara Dua Sebilik, Tahi Itik, Cucur Badak dan lain-lain…

Aku berdoa agar resepi kuih-kuih ini akan terus dipertahankan…

abuhassanadam

26 Januari 2025











Saturday, January 25, 2025

 MENYALAHKAN DAP YANG MENYEBABKAN MELAYU MUNDUR?

Tak habis-habis kutukan mereka kepada DAP. Yang dimaksudkan dengan ‘mereka’ ialah segelintir golongan pemimpin di Malaysia yang seringkali meletakkan kesalahan kepada DAP yang menyebabkan orang Melayu mundur. Sikit-sikit DAP. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang ditonjolkan oleh DAP demi kepentingan orang Melayu.Terus terang aku katakan bahawa yang dimaksudkan oleh mereka itu adalah kaum Cina atau orang Cina. Dengan perkataan lain mereka memarahi orang Cina. Dan demi kepentingan politik golongan tertentu maka sasaran mereka adalah orang Cina yang kononnya menyebabkan orang Melayu mundur sebegini. Nasib baiklah golongan yang berfikiran begini tidak ramai. Golongan sebegini masih tidak ramai di Malaysia dan yang masih berfikiran agak 'terkebelakang' dalam menempuh arus baru.

Timbul pula persoalan. Betulkah orang Melayu masih mundur. Jawapnya BETUL dan TAK BETUL jika dibandingkan dengan pencapaian kaum-kaum lain di Malaysia. Orang Melayu tetap terkebelakang. Namun sekiranya dibandingkan orang Melayu pada zaman sebelum merdeka, sememangnya orang Melayu sudah begitu maju sekali. Yang kita mahukan ialah kemajuan orang Melayu yang selari dan seiring dengan perkembangan zaman. Kita teringin sangat melihat orang Melayu maju seperti kemajuan yang dicapai oleh orang lain di Malaysia

Awal Kurun ke 21 orang Melayu masih merintih. Tahun 2019 orang Melayu masih meminta-minta, masih mengemis. Bak kata Aminuddin Baki pada suatu ketika dahulu bahawa orang Melayu masih seperti ayam yang mati di kepuk padi dan itik kehausan di air tenang. Aminuddin Baki melafazkan kata-kata ini pada tahun-tahun 1950an dan pada ketika itu beliau menggambarkan tentang keadaan orang Melayu pada ketika itu. Rupa-rupanya orang Melayu masih dalam keadaan yang hampir serupa pada awal Kurun ke 21.

Kononnya yang menyebabkan orang Melayu mundur adalah disebabkan oleh DAP. Demikian dikatakan oleh setengah pihak yang agak 'malas' mencari sebab tentang mengapa orang Melayu masih ketinggalan. Sehingga kini masih lagi ‘didendangkan lagu-lagu’ sedemikian. Dan yang malangnya masih ramai lagi rakyat Malaysia berbangsa Melayu percaya dengan kata-kata sedemikian. Mereka masih terus menerus menyalahkan DAP.

Tidak pula aku mahu mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh DAP itu semuanya betul. Begitu juga tidak pula aku mengatakan apa yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan kini semuanya betul belaka. Serupa jugalah yang aku tidak meletakkan kesalahan kepada Barisan Nasional yang menyebabkan orang Melayu mundur. Tetapi yang anihnya segelintir pemimpin  Melayu (pembangkang) yang terus menerus meletakkan kesalahan kepada DAP. Dan ramai pula pengikut yang terus menerus membabi buta menerima kenyataan sedemikian dan menyokongnya. Maknanya bagi mereka yang menyebabkan orang Melayu masih mundur adalah disebabkan oleh orang Cina (DAP).

Kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14 yang lalu seharusnya membuka mata seluruh orang Melayu. Orang Melayu harus sedar bahawa kerajaan BN yang dipimpin oleh sebahagian besar orang Melayu tidak dapat memajukan orang Melayu semenjak 60 tahun yang lampau. Ibarat kata Usman Awang, ‘ perahu sudah di air dan pengayuh berada ditangan – kayuhlah…”Sepatutnya pemimpin Melayu sudah cukup matang untuk memikirkan demi memajukan orang Melayu selama 60 tahun itu. Kuasa sudah berada di tangan.

Apakah ada halangan-halangan yang ditimbulkan oleh kaum Cina yang menyebabkan orang Melayu tidak maju. Apakah orang Cina yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan orang Melayu? Orang Cina seolah-olah membenarkan apa sahaja rancangan kerajaan yang bertujuan untuk memajukan orang Melayu. Beberapa rancangan lima tahun kerajaan tetap disokong oleh orang Cina walaupun jelas menampakkan rancangan kerajaan itu menguntungkan orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru misalnya tetap berusaha untuk memajukan orang Melayu dan disokong oleh orang Cina. Tamat tempohnya pada tahun 1990. Namun disambung lagi demi untuk terus menerus memajukan orang Melayu.

‘Tenggelam’nya Barisan Nasional pada PRU 14 membawa bersamanya ‘menenggelamkan’ beberapa pemimpin Melayu yang menggunakan mandat yang diberi untuk mengkayakan diri dan keluarga masing dan semacam tidak terlintas di hati perut mereka untuk memajukan orang Melayu. Yang tersenarai oleh SPRM hampir tidak kelihatan nama pemimpin Cina. Ada tetapi tidak seramai pemimpin Melayu.

Orang Melayu sudah hampir ‘tenggelam’ dalam arus kehidupan di bumi ini. Orang Melayu sememangnya amat ketinggalan berbanding dengan kaum lain terutamanya orang Cina. Malah jikalau dibandingkan dengan orang India pun, orang Melayu masih ketinggalan. Sudah sampailah masanya orang Melayu (termasuk penulis sendiri) tidak menyalahkan orang lain yang menyebabkan orang Melayu mundur. Sudahlah sikap menyalahkan orang lain. Hentikanlah menuding jari yang satu ke arah lain sedangkan empat jari lagi menuding ke diri sendiri.


abuhassanadam

25 Jaanuari 2025







Friday, January 24, 2025

 MANA PERGINYA BURUNG TEMPUA KU SAYANG

Sebenarnya aku sudah rindu sangat pada kampungku. Sudah terlalu bosan tinggal di luar. Di bandar. Orang kampung walau sejauh mana pun merantau pasti teringatkan kampung. Bak kata pepatah Melayu, “ Tak sudah seluang melaut akhirnya balik ke tepi juga’. Tepat sekali. Aku rindu sangat kapada kampung. Bukan lah pulak aku tak pernah balik ke kampung. Selalu. Tetapi sekejap. Sehari. Kadang-kadang dua hari. Tak pernah sampai seminggu pun tinggal di kampung. Kali ini aku berhasrat nak tinggal sekurang-kurangnya dua minggu. Seorang. Anak isteri tak perlu ikut.

Memang aku merindui kesunyian kampung pada waktu malam yang hening. Aku nak dengar semula bunyi keredik (jengkerik) ‘ menyanyikan’ lagu malam untuk menemani tidurku, sepertimana aku pernah ‘didendangkan’ sewaktu aku masih kecil-kecil dulu. Aku nak merasakan  suasana kesejukan pagi ketika tidur tanpa berhawa dingin. Aku mahukan kesejukan pagi di kampung bukan kesejukan yang diselubungi salji. Aku tak mahu sejuk salji. Aku merindui dingin di kampung.

Aku mahu tidur hanya berpakaian kain sarung tanpa baju dan seluar dalam. Bolin ( kata orang Perak ). Aku tidak memerlukan tilam empuk. Tak perlu. Hanya tikar mengkuang yang masih ada peninggalan arwah ibuku. Cukup untuk melapik tubuhku. Selimut pun kadang-kadang tak perlu kerana kain sarong boleh berperanan ‘ dua dalam satu’.  Boleh dijadikan sarong dan boleh juga dijadikan selimut sekiranya perlu.

Aku sudah lama benar tidak pernah melihat kabus pagi membalut kampung ku. Terus terang aku katakan entah macam mana akhir-akhir ini aku lebih kerap melihat salji daripada melihat kabus pagi di kampung ku. Aku agak bertuah dari satu segi tetapi agak merasa bersalah dari segi yang lain. Aku betul-betul merindui kokok ayam di kampung aku ketika menyambut hari siang. Sudah begitu lama aku tidak menikmati suasana pagi ketika berada di tengah sawah menikmati suasana kabus pagi sambil didendangkan ‘nyanyian’ unggas menyambut ketibaan hari siang.

Aku sudah bertekad benar ia itu sesampai sahaja aku di kampung nanti aku akan terus pergi ke tengah sawah berdekatan dengan rumah aku. Aku akan pergi ‘melawat’ brurung tempua yang bersarang bergantungan di pohon buluh seperti mana yang pernah aku lihat dan lakukan semasa aku kecil-kecil dulu. 

Dijangka aku akan sampai pada waktu petang. Aku jangkakan aku akan sampai di kampungku pada pukul lima petang. Sedang elok dan sesuai. Sedang elok untuk aku menikmati angin petang semlihat keindahan alam disamping menunggu matahari terbenam. “ Tak perlu sampai ke Pantai Kute di Bali semata-mata untuk melihat matahari terbenam pada waktu senja’ kata hati kecilku. Di kampung aku lebih cantik dan indah suasana matahari terbenam pada waktu senja.

Tidak kurang tarikan yang membakar hasratku untuk pulang ke kampung kali ini ialah untuk melihat burung tempua yang bersarang di pohon buluh di tengah bendang, berhampiran dengan rumah Tokki Dahaman Pan Baayah sepertimana yang aku jelaskan itu. Perdu buluh tempat tempua bersarang itu ialah di Kampung Pulau ( kami panggil Kampung Pulau Hawaii kerana kecantikannya, dihiasi pula dengan pohon nyiornya yang melambai). 

Di bawah pohon buluh inilah aku dan adik ku pernah bermain-main sementara menunggu emak dan bapak menuai padi di situ pada suatu ketika dahulu dalam tahun-tahun 1950an. Dan di pohon buluh inilah burung tempua bersarang. Bergayutan sarang-sarang temupa itu. Tetapi tempua-tempua itu tidak bersarang rendah. Pepatah Melayu kata, “ Jikalau tidak ada-ada, takkan tempua bersarang rendah..”. Memang dipucuk pohon buluh lah tempat tempua bersarang. 

Benakku sering bertanya,

Masih ada lagikah pohon buluh di tepi sawah itu?

Masih ada lagikah sarang-sarang burung tempua bergayutan dipohon-pohon buluh itu? 

Jikalau sudah tiada, ke mana perginya tempua-tempua itu.

Merajukkah dia?

Ke mana berkelananya dia?

Masih adakah lagi pohon-pohon buluh tempat tempua bersarang?

Apa yang aku sangkakan tepat sekali. Pohon buluh ditepai sawah sudah tiada lagi. Dan tentulah sudah tiada juga tempua yanng bersarang. Aku pergi ke sungai tempat aku dan adikku dulu bermain. Di bawah pohon buluh berkenaan. Sudah tiada semuanya. Aku dongakkan kepalaku membayangkan yang aku sedang memerhatikan sarang burung tempua yang bergayutan. Telingaku seolah-olah mendengar bunyi  burung tempua ‘ bercengkerama’ dalam sarang-sarang yang mereka anyam sendiri dengan menggunakan paruh mereka.

Sudah tiada rupanya tempuaku sayang.

Sawah yang dahulunya dihiasi padi menguning kini sudah tidak kelihatan lagi. Tanaman padi sudah digantikan dengan tanaman jagung, petola, timun, terung. Orang kampungku sudah berubah ‘selera’. Mereka sudah tidak berminat lagi untuk bersawah padi. Anak-anak muda sudah tidak berminat lagi bertani. Mereka sudah ramai yang berhijrah ke bandar ( seperti aku ) untuk bekerja ekoran dari kelulusan yang mereka perolehi yang membolehkan mereka menjawat jawatan-jawatan dalam kerajaan atau swasta.

Keindahan alam di kampung sebagaimana yang pernah aku alami dulu sudah tidak seindah dulu. Kampung Pulau yang kami panggil  Pulau Hawaii sudah tidak ada serinya. Tidak ada lagi pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai waktu ditiup angin. Tidak nampak lagi cahaya bulan mencelah menyinari melalui daun-daun kelapa diwaktu bulan mengambang. Semuanya sudah tidak ada lagi.

Kesunyian malam tidak seperti suasana hening sepertimana yang aku alami ketika aku masih kanak-kanak dulu. Kesunyian malam sentiasa diganggu oleh bunyi-bunyi enjin kereta dan motosikal penduduk kampungku yang sudah mampu memiliki motosikal atau kereta. Aku amat rindu pada kesunyian seperti zaman dulu supaya dalam suasana kesunyian itu dapatlah aku mendengar melalui corong-corong radio lagu ‘ Selamat Tinggal Bungaku’ nyanyian SM Salim atau lagu ‘ Indahnya Alam’ nyanyian Taufik Haji Ali ataupun apabila menjelang Hari Raya dapatlah aku menikmati suara P.Ramlee mendendangkan lagu “ Dendang Perantau”.

Sayang, kesemua itu sudah tiada lagi seperti hilangnya juga burung tempuaku sayang.


abuhassanadam

24 Januari 2025











Thursday, January 23, 2025

 LAYAKKAH GURU KINI DIPANGGIL ORANG PERJUANGAN

PRK tentunya mengingatkan kita tentang perjuangan pahlawan Pahang ketika menentang penjajah British. Tidak ada tolak bandingnya perjuangan mereka menegakkan keadilan demi untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah British. Itulah merupakan jasa orang perjuangan pada ketika itu. Mereka tidak menggelarkan diri mereka nasionalis atau patriot tetapi perjuangan mereka adalah untuk mempertahankan tanah air dari dicerobohi oleh penjajah British.

Mungkin rakyat Malaysia sudah merasakan bahawa negara ini sudah ketandusan ‘orang perjuangan’ kini dan tidak seperti Tanah Melayu zaman penjajahan yang memiliki ramai ‘orang perjuangan’ seperti Dato’ Maharajalela Perak, Dato Bahaman dan Mat Kilau dari Pahang, Tok Janggut dari Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbung Terengganu. Sumbangan mereka terhadap bangsa dan negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit walaupun bernilai RM2.6 billion.

Pada waktu dan saat ketika lain, orang Melayu ketika itu terus menerus berasa bertuah kerana memiliki ‘orang perjuangan’ seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Haji Yaakub. Mereka sebenar-benarnya pejuang tulin yang sanggup mengabdikan diri kepada perjuangan bangsa tanpa rasa takut dan bimbang dan jauh daripada memikirkan tentang laba dan keuntungan seperti yang terdapat kepada pemimpin hari ini. Matlamat hidup dan perjuangan mereka adalah semata-mata membebaskan tanah air daripada penjajahan walaupun terpaksa ditebus dengan nyawa.

Amat berbeza sekali dengan ‘pemimpin’ (jikalau masih boleh lagi digelar sebagai pemimpin) kini yang matlamat hidup mereka seolah-olah hanya mementingkan wang dan mengenepikan persoalan perjuangan menegakkan bangsa.

Kaum guru pada zaman penjajahan lebih merupakan ‘orang perjuangan’ yang berjuang mendidik anak bangsa disamping memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari belenggu penjajahan. Sumbangan pelatih guru (yang kemudiannya menjadi guru dari Sultan Idris Trainning College –SITC) tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah memperjuangan rakyat khususnya orang Melayu. Golongan guru inilah yang telah menyemaikan benih perjuangan dikalangan anak-anak bangsa yang kemudiannya tumbuh bercambah disegenap pelusuk tanah air. Benih yang ditanam oleh guru inilah yang telah mencetuskan semangat perjuangan menentang penjajahn yang kemudiannya menghasilkan kemerdekaan tanah air.

Malang sekali bagi rakyat Malaysia kini. Walaupun peranan guru sebagai pendidik masih berterusan namun kaum guru kini tidak merupakan ‘orang perjuangan’ seperti peranan yang telah dimainkan oleh guru-guru zaman penjajahan. Mungkin agaknya para guru sudah ‘berpuas hati’ dengan keadaan masyarakat Malaysia kini yang sudah pun dianggap ‘merdeka’ dan maju. Dan seolah-olah kaum guru sudah ‘menyarungkan’ semula segala senjata-senjata yang digunakan dalam zaman penjajahan dulu.

Persatuan guru dan kesatuan guru-guru semacam sudah tidak berperanan lagi selain dari berperanan mendidik anak-anak di sekolah. Kesatuan guru-guru semacam sudah amat berpuas hati dengan perjalanan pentadbiran dalam negara kita. Mereka bukan lagi berperanan semacam ‘mata dan telinga’ masyarakat untuk ‘memerhatikan’ perjalanan jentera kerajaan. Apakah mereka sudah tidak ada ‘taring’ lagi untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku di negara kini. Dan apakah para guru atau khususnya kesatuan guru sudah tidak berani langsung ‘angkat muka’ untuk menyuarakan sesuatu yang benar. Dan apakah pemimpin kesatuan guru kini sudah begitu ‘kekenyangan’ sehinggakan ‘terlelap’ dan tidak dapat bersuara lagi.

Rakyat Malaysia juga ‘merindui’ tokoh-tokoh wartwan seperti ZABA, Abdul Rahim kajai,Usman Awang, Keris Mas, A.Samad Ismail yang seolah-olah seluruh hidup mereka ‘diabdikan’ kepada perjuangan membela bangsa dan negara. Mereka sebenar-benarnya ‘orang perjuangan’ tulin. Mereka tidak takut dimasukkan ke dalam penjara. Mereka berjuang bukan kerana ada agenda-agenda tertentu atau menjadi ‘kuda tunggangan’ golongan politik tertentu. Mereka sanggup ‘berpanas dan berhujan’ demi untuk menyelamatkan bangsa dan negara. 

Apakah masih ada sifat kewartawanan sedemikian di Malaysia kini. Aku merasakan mungkin ada tetapi tidak ramai ‘species’ yang sedemikian. Mungkin ramai para wartawan dan penulis tanah air kini yang menulis mengikut rentak dan ‘arahan’ sebagaimana yang diarahkan dari masa kemasa. Lantas apakah mereka layak bergelar ‘orang perjuangan’ sepertimana golongan wartwan zaman penjajahan.

Rakyat Malaysia kini seolah-olah amat kecewa dengan ketiadaan pemimpin yang sebenar-benarnya dapat berjuang untuk negara dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat berlandaskan keihklasan sebenar-benarnya. Semacam sudah betul-betul pupus tokoh yang boleh disandarkan harapan untuk memimpin negara ini.  Dan rakyat juga meletakkan harapan yang begitu tinggi agar PMX  terus memimpin rakyat Malaysia yang tercinta ini untuk mengisi kekosongan 'orang perjuangan'.

Bagi aku tokoh inilah antara tokoh-tokoh yang boleh dianggap sebagai ‘orang perjuangan’ di negara ini yang ‘bermati-matian’ membela bangsa dan negara.


abuhassanadam

24 Januari 2025






Wednesday, January 22, 2025

 

PENYEMAI BENIH PERKAUMAN MESTI DIKUTUK

Di Malaysia, dalam kurun ke 21 masih ada lagi rakyat Malaysia yang berfikiran sempit dan berunsur perkauman. Tiap-tiap kaum menampakkan wujudnya pemikiran sedemikian. Samada Melayu ke, Cina ke atau India ke ternampak wujudnya perasaan dan pemikiran sedemikian. Dan jurang pemisahan antara kaum ini semacam menampakkan mula meluas. Itu pemerhatian rambang. Tidak ada statistik untuk membuktikan andaian aku ini.

Aku sentiasa menyalahkan sistem pendidikan negara yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian. Itu dulu. Aku merasakan bahwa sekiranya unsur perpaduan itu tidak diterap dengan betul, maka kesalahan patut diletakkan dibahu para pendidik di negara ini kerana merekalah yang bertanggungjawab memberikan didikan sempurna kepada anak-anak kita yang bukan sahaja menyampaikan pelajaran untuk lulus peperiksaan tetapi juga untuk membentuk perangai dan syahsiah yang sempurna.

Tentulah ibu bapa juga yang patut dipersalahkan sekiranya wujud keadaan perpaduan kaum yang tidak sempurna di negara ini. Walaupun peranan pendidik itu penting namun sekiranya ibu bapa bersikap bertentangan dengan apa yang diasuh oleh guru maka tentulah akan menelurkan manusia yang dibentuk mengikut acuan pemikiran ibu bapa nya.

Kini aku merasakan bahawa kedua-dua faktor di atas ( pendidik dan ibu bapa) telah ‘ditewaskan’ oleh faktor politik. Maksud aku dalam bahasa yang senang difahami bahawa tindakan setengah parti politik atau ‘orang politik’ telah banyak mempengaruhi tindak tanduk masyarakat di negara ini. Seolah-olah pendidik dan ibu bapa sedang ‘bertarung’ dengan golongan politik dalam usaha untuk mempengaruhi anak-anak muda ke jalan perpaduan kaum yang sebenar-benarnya di Malaysia.

Maksud aku apa yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah dan apa juga pengajaran yang disampaikan oleh guru amat bertentangan dengan apa yang dilihat dan diperhatikan oleh mereka diluar. Dalam hal perpaduan kaum misalnya, aku amat yakin bahawa tidak akan ada para guru yang menyemaikan perasaan perkauman, benci membenci antara satu kaum dengan kaum lain disekolah. Namun apabila dilihat oleh mereka gelagat setengah orang poiltik diluar yang jelas-jelas bersifat perkauman, maka pastinya anak-anak akan keliru melihatkan keadaan sedemikian.

Mungkin golongan sebegini bukan sahaja ‘buta perut’ tetapi juga ‘buta hati’ dan tidak langsung bertanggungjawab terhadap masyarakat di Malaysia khususnya anak-anak. Tindakan mereka itu diperhatkan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia yang merasakan bahawa itu merupakan tindakan yang amat tidak cerdik, tetapi juga oleh anak-anak yang pasti ‘keliru’ dengan keadaan sedemikian. Pastinya golongan yang memainkan isu perkauman ini merasakan dirinya ‘hebat’ tetapi mereka lupa bahawa mereka sebenarnya telah menyemaikan benih perkauman dikalangan anak-anak yang memerhatikan gelagat dan tindakan mereka.

Ini yang aku katakan bahawa para pendidik dan ibu bapa di rumah telah ‘tewas’ mendidik anak-anak kejalan perpaduan sebenar disebabkan oleh adanya anasair-anasir yang sentiasa menyemaikan benih-benih perkauman dikalangan rakyat Malaysia. Diperhatikan bahawa golongan politik yang bersungguh berusaha ke arah itu semata-mata sebenarnya mencari keuntungan diri. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi kepada negara. Yang mereka pentingkan ialah kepentingan diri.

Yang menghairankan kita ialah apa saja yang dilakukan oleh kepimpinan negara khususnya oleh Perdana Menteri pastinya mendapat kutukan dan tidak diterima dengan hati terbuka. Rakyat yang terbuka fikiran pastinya merasa hairan tentang sikap sebilangan kecil rakyat di negara ini yang tidak mahu menerima kenyataan. Walau sebaik manapun usaha yang dilakukan oleh kepimpinan negara untuk kepentingan rakyat pastinya mendapat kutukan dari kumpulan yang bersikap demikian.

Apakah mereka boleh melakukan sebaik itu sekiranya mereka berpeluang memerintah negara. Aku khuatir. Zaman 33 bulan telah membuktikannya.


abuhassanadam

22 Januari 202



Tuesday, January 21, 2025

 MENGENANG PERAYAAN TAHUN BARU CINA DI KAMPUNG KU

Seingat akulah tidak wujud perasaan perkauman yang menebal ketika masih bersekolah dulu. Tahun-tahun 1950an. Zaman baru terlepas darI penjajahan Inggeris. Perasaan perkauman itu wujud tetapi tidak menebal. Tentulah sukar untuk menghilangkan perasaan ‘kekitaan’ dikalangan orang Melayu. Tentulah terdapat perbezaan yang ketara diantara orang Cina dengan orang Melayu, antara orang India dengan orang Melayu. Namun begitu tidaklah pula wujud perbalahan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu. Dan tidaklah merupakan perbincangan umum tentang masalah kaum-kaum seperti yang dicanangkan oleh setengah ahli politik kini.

Perasaan kekitaan tetap ada dan perasaan perbezaan antara kaum itu juga tetap ada. Tak boleh hilang-lenyap begitu sahaja. Orang Cina makan babi sedangkan orang Melayu /Islam tidak. Hari Ahad orang cina pergi ke tokkong Cina dan begitu juga orang India sedangkan orang Islam menunaikan fardu Jumaat pada hari Jumaat. Bulan Ramadan orang Melayu berpuasa dan diikuti dengan Hari Raya sedangkan orang Cina merayakan Tahun Baru Cina dan orang India merayakan Taipusam. Pendek kata terdapat perbezaan, tetapi perbezaan itu tidak pula menghalang perasaan perpaduan dikalangan kaum-kaum ketika itu.

Orang Cina di Kelantan dan Terengganu pandai berbahasa Melayu menggunakan loghat Kelantan dan Terengganu. Begitu juga orang Cina yang tinggal lama di kedah dan di Perak akan terus menerus menggunakan loghat Kedah dan Perak. Mereka bergaul rapat dengan orang Melayu. Pada majlis Hari Raya mereka berkunjung ke  rumah orang Melayu dan begitu juga pada tahun baru Cina dan Taipusam, orang Melayu meraikan bersama. Sehingga kini amalan sedemikian masih berterusan.

Perbezaan yang paling ketara antara dulu dan sekarang ialah dari segi KEIKHLASAN. Kelihatan begitu ikhlas amalan kunjung mengunjung yang diamalkan oleh kaum-kaum di Malaysia pada zaman dahulu. Tidak ada agenda terselindung ketika menghadiri majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan. Kegiatan kunjung mengunjung antara kaum berlandaskan keikhlasan.

Kisah persahabatan Melayu-Cina  yang dilalui oleh Arwah ibuku menarik dan elok rasanya dikongsi dalam blog ini. Hanya aku yang tahu kisah sebenarnya. Arwah ibu ku sememangnya orang kampung tulin. Zaman remajanya bolehlah digelar sebagai gadis pingitan kampung yang hanya menerima pendidikan sekolah agama / Sekolah Arab. Walaupun dilahirkan di kampung dan pergaulan yang amat terbatas ( di kampung) namun kehidupan yang dilalui oleh ibuku perlu mendapat perhatian anggota masyarakat kini yang pada pandangan aku amat jauh menyimpang dari keadaan yang sepatutnya, khususnya dalam hal pergaulan Melayu-Cina.

Aku amat kagum melihat kemesraan yang terjalin antara ibuku dengan rakan-rakan ‘anak Cina’ di pekan Padang Rengas. Sekali sekala ketika aku ‘mengekori’ ibu ku ke pekan Padang Rengas ( ketika masih bersekolah rendah) untuk membeli barang-barang keperluan harian, hampir separuh pekedai Cina di pekan itu mengenali ibuku. Pada ketika itu aku tidak merasa hairan dengan sikap ibuku dan sikap yang ditunjukkan oleh kawan-kawan Cina ibuku itu kerana semacam kebiasaan pergaulan mereka sedemikian rupa. Mungkin anak-anak kini merasa hairan melihat keadaan sedemikian.

Sehinggalah pada suatu hari aku bertanyakan ibu bagaimana keadaan sedemikian boleh terjalin antara beliau dengan kawan Cinanya itu (lelaki dan perempuan). Ibuku seolah-olah terkejut dengan soalan sedemikian kerana baginya soalan sedemikian tidak perlu dikemukakan kepadanya. Baginya soalan sedemikian tidak perlu dijawab dan dia beranggapan bahawa aku tahu jawapannya. Sejujurnya aku tidak tahu sejarah perhubungan ibuku dengan kawan-kawan Cinanya. Yang aku dapat lihat hubungan mereka begitu rapat sekali semacam tidak nampak perbezaan antara rakan Cinanya dengan Makcik Munah atau Makcik Peah. Rapat dan mesra. Semacam tidak ada batasan perkauman.

Baru aku tahu bahawa renggang dan hampir putusnya persahabatan antara ibuku dengan rakan Cinanya ialah apabila British melaksanakan Rancangan Briggs (The Briggs Plan 1950 ) yang menempatkan penduduk Cina di sebuah kampung Cina yang dinamakan ‘New Village’untuk menyekat bantuan yang mungkin diberikan oleh penduduk Cina kepada pengganas Komunis. Penjajah British merasakan bahawa penduduk Cina memberikan bantuan kepada pihak pengganas, dan lantas mereka perlu dipindahan dari kampung-kampung dan di tempatkan di New Village di Padang Rengas.

Maka itulah punca renggang dan hampir terputusnya hubungan arwah ibu dengan rakan-rakan Cinanya. Mereka hanya berjumpa sekiranya ibuku ke pekan Padang Rengas dan disitu dapatlah dia berjumpa dengan rakan lamanya ataupun apabila tiba musim buah-buahan dan durian berguguran maka datanglah rakan-rakan Cina ibu ke kampung untuk menikmati buah durian sebagaimana yang diamalkan oleh mereka pada suatu ketika dahulu.

Suasana harmoni seperti yang dialami oleh arwah ibuku seolah-olah sudah tidak dapat dinikmati oleh penduduk Malaysia kini. Soalnya mengapa? Mengapa tidak diteruskan amalan yang murni itu. Salah dan berdosakah sekiranya kita berbaik-baik dengan manusia lain yang bukan seagama dengan kita. Apakah begitu ajaran Rasullalah kepada umatnya dahulu. Mengapakah semakin kuat dan lantang seruan para pemimpin Islam kita yang seolah-olah mencegah hubungan baik antara orang Melayu beragama Islam dengan kaum lain yang bukan beragama Islam. 

Apakah golongan tua tidak langsung mahu berusaha untuk membendung keadaan sedemikian? Marilah kita sama-sama menjawabnya.


abuhassanadam

21 Januari 2025




Monday, January 20, 2025

 MENGHADAPI  RAMDHAN

( Aku tuiskan coretan ini semata-mata untuk mengingatkan sejarah lama yang berlakau dalam zaman-zaman yang tidak dilalui oleh ramai orang. Dan aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umurku. Lantas aku coretkan sejarah sosial silam untuk dinikmati oleh anak curu ku yang terkemudian. Dengan sebab itulah ini bukan cerita dongeng tetapi kisah dan sejarah yang betul dengan watak-watak yang dihidangkan ialah watak-watak yang pernah wujud di zaman itu. Nama watak-watak yang dihidangkan adalah nama yang betul – masih ada anak cucu watak berkenaan yang masih tinggal di Kampung Keroh Hilir)

Terus terang aku katakan, aku merasa amat bahagia menulis coretan sebegini dan aku mengharapkan anak cucuku (yang senasib dengan aku) merasa begitu juga.

Aku diizinkan Allah menghadapi Ramdhan bukan sahaja dikampung ku tetapi juga berkesempatan  di Palo Alto, di California, Amerika Syarikat ketika aku menuntut di Stanford University. Tentulahh banyak peristiwa yang berlaku ketika menyambut Ramdhan di sana tetapi yang tidak dapat aku lupakan ialah apabila rakan aku dari Mexico mengatakan 'its killing' apabila aku katakan yang anak aku berumur lapan tahun juga berpuasa. Pada ketika itu musim panas dan terpaksa berpuasa dari pukul 3.30 subuh sehingga 8.45 malam baru berbuka.

Apabila aku berada di London ( bertugas selama tiga tahun) suasana berpuasa amat tidak menyusahkan  kerana waktu berpuasa hanya dari pukul 6.00 pagi (Imsak) sehingga pukul 3.45 petang.

Ramdhan hampir menjelang tiba. Ini bermakna umat Islam akan mula berpuasa. Walaupun merupakan saat berlapar dan dahaga namun bagi umat Islam ia merupakan satu bulan yang membahgiakan. Menyeronokkan dan bagi orang kampung aku ia seperti satu bulan yang penuh pesta. Walaupun mengalami saat kelaparan pada siang hari, namun ia tetap mengembirakan, menyeronokan. Mungkin agak keterlaluan sekiranya aku begitu, tetapi itulah hakikatnya.

Kenyataan sedemikian tentunya menghairankan terutama bagi mereka yang tidak pernah merasakan kenikmatan kehidupan di kampung pada tahun-tahun 1950an, 1960an. Dan yang aku paparkan ialah suasana kehidupan di kampung pada ketika berada pada bulan Ramadhan. Aku beranggapan bahawa bukanlah aku seorang yang berperasaan sedemikian, tetapi rakan-rakan sebaya aku juga merasakan demikian pada ketika itu.

Biar aku jangan berselindung ketika menceritakan keadaan mengalami saat berpuasa di kampung aku sekitar penghujung 1950an. Sengaja aku pilih ketika itu kerana untuk aku bayangkan keadaan kampung aku selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Aku harapkan juga dengan pendedahan sedemikian dapatlah rakan-rakan aku ( yang masih ada merasa bahagia membaca coretan ini ) dan juga anak-anak yang ingin merasa dan mengetahui suasana pada ketika itu.

Nama kampung aku – Kampung Keroh Hilir. Terletak lebih kurang dua kilometer dari pekan Padang Rengas. Boleh dikategorikan sebagai desa pingitan. Memang ‘kampung’ betul. Dengan sebab itulah aku selalu membahsakan diri ku sebagai ‘Kampung boy – totok’. Dan aku tidak begitu fasih berbahasa Melayu (baku) melainkan aku amat selesa dengan menggunakan loghat Perak. Pekat!!

Berbalik kepada apa yang hendak aku bincangkan. Menyambut kehadiran Ramdhan di kampung aku. Aku terlintas untuk menulis tentang perkara itu disebabkan pada saat beginilah ( empat atau lima hari sebelum berpuasa) orang kampung aku memilih satu hari untuk membersihkan surau di kampung. Tak besar mana pun surau di kampung ku itu.  Dan hanya ada 29 buah keluarga. Maknanya ada 29 buah rumahlah. Kesemua penduduk di kampung itu (kecil-besar-tua-muda ) aku kenal belaka. Dan apabila sampai hari untuk membersihkan surau, semua akan hadir. Anak kecil pun hadir. Ia merupakan satu pesta.Penuh dengan keriangan dan gelak ketawa.

Jikalau di teliti dari segi keperluan tenaga kerja untuk membersihkan surau itu, dua orang pekerja sudah memadai tetapi disebabkan keadaan dan suasana di kampung itu ‘memerlukan’ pekerja seramai itu maka ramailah yang datang. Dan berakhir sampai tengah hari juga yang disempurnakan dengan ‘berkelah’-  jamuan makan.

“Berkelah’ maksudnya jamuan makan yang berselerak. Maknanya bukanlah seperti menghadiri jamuan khenduri. Hanyalah jamuan nasi dengan lauk-lauk yang dimasak di perkarangan surau berkenaan. Dan lauk-lauk yang dihidangkan juga amat sederhana mengikut kemampuan penduduk di sini. Namun begitu lauk yang dihidangkan adalah seperti Gulai pucuk paku, gulai nangka, gulai pucuk rebung, ikan bakar ( seperti Ikan Keli, Haruan, Puyu, Sepat ) yang diperolehi dengan banyaknya di petak sawah berdekatan dengan surau berkenaan.

Aku masih teringat peranan yang dimainkan oleh beberapa orang ‘tokoh’ yang menghidupkan suasana di kampung ku ini. Encik Kontak boleh dikira sebagai tonggak di kampung ini yang berperanan sebagai tuan Imam yang peranan menjadi imam setiap waktu Maghrib dan Isyak. Pak Din Kayat adalah sebagai Pembantu Imam tetapi beliau jarang-jarang ada Bersama disebabkan beliau bertugas di Kuala Kangsar sebagai Tukang Teket Bas. Abang Zaidun adalah sebagai orang muda yang bertanggung jawab dalam hal-hal anak muda di kampung ku. Sedap suaranya apabila mengaji. Agaknya ramai juga anak dara kampung yang menyimpan perasaan terhdap Abng Zaidun. Agaknya! Orang nya handsoome juga!

Pak Ajid ( Aziz) adalah sebagai ‘pillar’ yang bertanggung jawab ‘menegakkan’ surau ini bersama dengan isterinya Wan Timah (Fatimah). Pak Ajid lah yang menghidupkan surau di kampung ini. Pendek kata sekiranya tidak ada Pak Ajid pada hari membersihkan surau berkenaan, maka besar kemungkinan akan ditangguhkan pada hari yang lain. Pak Ajid juga bertanggungjawab untuk memasak bubur lambuk ( kami panggil kanji) untuk berbuka puasa nanti. Dan upah yang diterima oleh Pak Ajid adalah 0.50sen setiap hari. (Aku masih ingat lagi ‘upah’ ini dimana aku sendiri yang bertanya Pak Ajid dan itulah jawapannya). AlFatihah untuk disedekahkan kepada rohnya.

Selesai ‘berkelah’ makan-makan, ramai-ramai kami akan berehat, bersantai di bawah surau sambil menikmati udara segar yang datang dari Gunung Pondok. Aku tidak dapat membayangkan keindahan pada ketika itu tentang kedudukan surau kami yang terletak berhampiran dengan sawah padi yang terbentang ketika padi menguning dan amat sedap mata melemparkan pandangan kearah sawah padi yang terbentang berlatarbelakangkan Gunung Pondok ( yang kini hampir musnah dimakan oleh kemajuan zaman)

Semacam puas hatilah penduduk kampung aku setelah menjalankan tugas membersihkan surau dan hanya menanti sampainya Ramadhan yang ditunggu-tunggu.

Abuhassanadam

20 Januari 2025


Sunday, January 19, 2025

 APAKAH BEGITU SIFAT  ORANG MELAYU?

Beberapa tindakan yang dilakukan oleh beberapa NGO di negara ini pada akhir-akhir ini seolah-olah menampakkan semacam orang Melayu tergugat kedudukannya. Semacam orang Melayu yang beragama Islam terancam kedudukannya. Apakah betul anggapan sedemikian? Dan sekiranya diteliti dan diperinci, tidak menampakkan bahawa orang Melayu di negara ini tergugat. Golongan yang merasakan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam sedang digugat adalah sama seperti takutkan  bayang-bayang yang diciptakan untuk ‘menakutkan’.

Mungkin pihak-pihak tertentu di negara ini mempunyai agenda tertentu yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Agenda mereka yang tersendiri yang direka dan dicipta oleh mereka sendiri.  Tentulah tidak dapat memahami tindakan pihak-pihak tertentu yang terpaksa ‘mencipta’ sesuatu isu demi untuk menonjolkan diri mereka sebagai ‘hero’ memperjuangkan sesuatu isu yang berkaitan dengan agama. Terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hebat bagi menunjukkan bahawa mereka berbuat sesuatu untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Hanya mereka sendiri yang tahu dan faham apa yang mereka lakukan.

Aku tidak faham dengan keadaan dan situasi yang berlaku kini. Semenjak zaman berzaman aku tidak pernah lagi melihat suasana dan ‘kelakuan’ yang sebegini yang dilakukan oleh rakyat Malaysia  berketurunan Melayu dan beragama Islam. Mungkin ada. Hanya aku yang tidak perasan perkara seperti itu berlaku. Semenjak zaman berzaman orang Melayu memang terkenal dengan bangsa yang bersopan santunnya, sehinggakan kita (orang Melayu termasuk aku) sangat dihormati oleh bangsa lain di negara ini. Orang Melayu sememangnya bersifat lemah lembut dan bersopan santun. 

Aku turunkan beberapa baris dari sajak dari sastrawan negara Dato’ Usman Awang berjodol “Melayu”.

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan


Beberapa tindakan NGO yang kononnya memperjuangkan agama dan bangsa Melayu seolah-olah amat jauh menyimpang dari cara dan adat orang Melayu. Dengan sebab itulah segala tindakan mereka itu bukan sahaja tidak disukai oleh golongan bukan Melayu tetapi juga tidak langsung direstui oleh kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam. Mungkin yang merestui akan tindakan yang sedemikian adalah golongan yang sudah lupa dan menyimpang agak jauh dari peradaban dan tata susila orang Melayu.Mungkin…

Kata SN Usman Awang, “bahawa Melayu itu orang yang bijaksana” yang membawa erti bahawa segala tindak-tanduknya tentulah menampakkan sebagai seorang yang cerdik dan pandai dan berhemah dalam melakukan sesuatu tindakan. Dan pastinya memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang dilakukan. Lantas berfikir dua kali dan beberapa kali sebelum melakukan apa saja tindakan. Itu yang dimaksudkan dengan bijaksana dan tidak hanya memikirkan tentang mencari ‘sesuap nasi’ untuk menyarai keluarga tercinta.

“Kurang ajarnya tetap santun”Maknanya orang Melayu tidak akan bersikap kurang ajar. Pada pemerhatian aku bahawa sejarah kewujudan orang Melayu jarang sangat disebutkan bahawa orang Melayu sebagai bangsa yang sentiasa kurang ajar. Mungkin mereka bersikap kurang ajar tetapi disebabkan ‘bersantun’nya kurang ajar mereka itu sehinggakan tidak kelihatan dan terjelma sikap kurang ajarnya. Itulah dia orang Melayu.

Ini bermakana bahawa orang Melayu sentiasa memendam kemarahan mereka sekiranya mereka memarahi sesuatu. Orang Melayu akan ‘mengamuk’ sekiranya kemarahan mereka sampai ke kemuncaknya. Amuk atau mengamuk hanya sifat yang dimiliki oleh orang Melayu sahaja di dunia ini walaupun berbagai kamus antarabangsa telah mentafsirkan perkataan amuk dalam situasi yang berlainan dan berlaku kepada bangsa-bangsa lain juga di dunia. Apakah tindakan NGO-NGO yang  ada di Malaysia kini yang  kononnya memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam itu sudah lupa atau melupakan budaya dan adat santun orang Melayu itu?

Dan perlu diingat juga bahawa Islam itu menganjurkan perdamaian bukan sahaja antara penganutnya tetapi juga dengan penganut-penganut agama lain. Dan jikalau ditinjau sejarah perjuangan rakyat Malayisa yang terdiri dari berbilang kaum pun, tetap mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perdamaian ketiga kaum terbesar di Tanah Melayu yang terdiri dari Melayu, Cina dan India berjaya mencapai kemerdekaan negara bertunjangkan pakatan antara kaum yang mereka usahakan sehinggakan British tidak ada alasan lagi untuk menidakkan kemerdekaan negara kita.

Cara pemimpin negara dan Sultan-sultan menyelesaikan masalah kerakyatan di negara ini juga adalah melalui tolak ansur politik. Lantas prinsip yang berasaskan perundingan harus diteruskan bagi menjamin negara Malaysia yang aman damai. Tindakan kekerasan ataupun kurang sopan pastinya tidak mendapat restu rakyat terbanyak. Sebab sifat orang Melayu adalah lemah lembut dan sentiasa memikirkan tentang perdamaian.

Kekalkanlah  cara dan tindakan orang Melayu sepertimana yang pernah diamalkan oleh datuk nenek moyang kita.


abuhassanadam

19 Januari 2025









Saturday, January 18, 2025

 

X COUNTRY RUN - SEKOLAH SRI KUALA LUMPUR

(Sweet memories of a history teacher - Pak Abu)

Coincidentally (March 24, 2016) I passed through the MARDI agricultural area. I don't know how I got 'lost' there. I have never even entered an agricultural area that has existed for ages. Its name sounds familiar. And I also remembered some of my friends who used to work here. When I was young, of course.

I didn't even think that this MARDI area was a beautiful 'village' area. And I want to 'advise' my friends who miss the village atmosphere, to spend their 'sunday' to go to MARDI. There are lush trees, there are blue lakes, and even the workers I met were also like village people. I mean about their 'courtesy'. And the atmosphere in one of the canteens in MARDI (not far from the lake) is also like a village atmosphere. The food items sold there are also at very reasonable prices. That's delicious. Especially the goat goulash!...

What I want to tell is not MARDI's story. The story of the canteen at MARDI isn't either. What caught my attention was the cross-country running that took place there when I passed through the area. I don't know which school ran cross country when I was there. I'm sure it must be a school for the children of the rich. And the school in question is not from the Serdang or Kajang area. They come from far away because there are dozens of buses that bring children here. It means coming from Kuala Lumpur or Subang Jaya. Definitely a private school. The school of the rich.

This kind of atmosphere certainly amuses me, an old man who spent part of my life working with children (regardless of race, religion and skin color). How happy I was and my feelings are to see these children who are in the range of ten years running happily as if nothing is bothering them compared to their parents who have to think about how to get money to finance their schooling which is definitely in quite a large amount.

I sat in a chair near the blue lake while breathing the pleasant air of the quiet morning. In addition to that, I also watched the line of children running. All races. Malays, Chinese, Indians, and there are also other races. They both run and laugh without thinking that they are of different race and religion. Surely they will help each other if in the course of their running later someone has an accident. I am sure that they will help each other.

I feel really happy this morning. There are too many things that make this 'old man' happy. But the most gratifying thing is seeing the understanding and camaraderie of Malaysian 'children' from all races united, having fun in a cross-country run. There may also be a situation where 'children' who behave like this are encouraged by the teachers of this school who encourage their students to behave like this. Something that was clearly 'shown' in front of my eyes was the attitude of the teachers who did not seem to show racism towards one another. The one with the veil seems kind of friendly with the one without the veil. Those with fair skin do not show awkwardness in getting along with those with tanned skin. Perhaps it seems that such a harmonious situation exists because the top leadership of this school wants such a situation. It seems so.

It seems that what the general public always says is true. If you have been a teacher, you will always be a teacher. Very happy to be called a 'Teacher'. The children running in front of me didn't know that I used to run like they ran. And the teachers who were there also did not know that I was also like them once upon a time watching the children run in the cross-country run (X-Country).

I feel really happy that morning. There were too many things that make this old man happy. But the most gratifying thing is seeing the understanding and camaraderie of Malaysian 'children' from all races united, having fun in a cross-country run. There may also be a situation where 'children' who behave like this are encouraged by the teachers of this school who encourage their students to behave like this. Something that was clearly 'shown' in front of my eyes was the attitude of the teachers who did not seem to show racism towards one another. The one with the veil seems to be kind of friendly with the one without the veil. Those with fair skin do not show awkwardness in getting along with those with tanned skin. Perhaps it seems that such a harmonious situation exists because the top leadership of this school wants such a situation. It seems so.

It seems that what the general public always says is true. If you have been a teacher, you will always be a teacher. Very happy to be called 'Teacher'. The children running in front of me didn't know that I used to run like they ran. And the teachers who were there also did not know that I was also like them once upon a time watching the children run in the cross-country run (X-Country).

I can imagine how Chan Siew, Malik, Sahrifuddin, Foo Chor, Krishnan, Subba Singh (all barefoot) around the early 60s ran across the countryside through Malay College, Kuala Kangsar Hospital, straight to the Basong area and back to school (Clifford School, Kuala Kangsar). It's been a long time since this 'episode' happened but it's still vivid in my mind. The only thing that has something in common with the children running in front of my eyes is that our laughter and laughter used to be similar to the laughter and laughter of the children running in front of me. At that time we also did not recognize skin color.

That fine morning I spent time on the shore of MARDI Lake was full of history and nostalgic memories. I'm waiting for the last contestant to pass just to 'satisfy and make happy' my heart and feelings that have been empty for a long time. Until the last participant, I noticed that there was no racial boundary between the students who were Malaysian children.

I only hope that the teachers who educate these children will continue to instill a sense of brotherhood between the races in Malaysia so that the true meaning of the Malaysian nation will exist one day. Demonize the outside elements who try to cloud the race relations in this beloved country.

abuhassanadam

(Pak Abu)

18 January 2025






 APAKAH ADA ‘TANGAN’ YAHUDI YANG MELAGAKAN KITA?

Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir bahawa di negara kita Malaysia pun ada ‘tangan-tangan Yahudi’ yang merancang dan melaga-lagakan bangsa kita supaya berpecah supaya senang ditakluki oleh kuasa asing yang berminat untuk menguasai negara kita. Mungkin kita tidak terfikir kerana kita amat selesa kini dengan keadaan negara kita yang kononnya dalam keadaan aman dan damai. Namun dalam suasana ‘aman dan damai’ itu sedarkan kita bahawa seolah-olah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ ke atas rakyat negara ini, supaya matlamat akhirnya ialah kehancuran kepada negara.

Seingat aku, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah Malaysia wujudnya ‘batu api’ yang sentiasa cuba ‘memanaskan’ isu hubungan kaum antara Melayu dan bukan Melayu dan antara Islam dengan bukan Islam seperti yang berlaku kini. Tidak pernah. Akhir-akhir ini ternampak dengan jelas elemen yang cuba mengadu domba, mengapikan perbalahan antara Melayu dan bukan Melayu ini. Seolah-olah usaha sedemikian nampaknya berterusan, lepas satu, satu.

Walaupun ada wujud perasaan ketidakpuasan antara satu kaum dengan kaum lain itu, namun tidak dinyatakan dengan jelas berbanding dengan sekarang. Sentiasa tersimpan demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum lain yang mungkin terguris dengan kenyataan yang sensitif. Beberapa tahun kebelakangan ini, hal untuk menjaga hati dan perasaan orang lain (kaum lain) semacam tidak dipedulikan. Masing-masing mementingkan diri sendiri.

Ada terdapat dua tiga kerat golongan NGO yang sentiasa mendabik dada, seolah-olah merekalah jaguh yang mewakili kaum Melayu, yang akan sentiasa mempertahankan orang Melayu dan beragama Islam sehingga ke titisan darah terakhir (konon!!). Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka langsung tidak menggambarkan rasa hormat mereka kepada kaum-kaum lain yang ada di negara ini yang juga merupakan rakyat Malaysia sejati mengikut perlembagaan Malaysia.

Sememangnya ditegaskan oleh Perlembagaan Malaysia mengenai hak keistemewaan orang Melayu kerana syarat demikian menjadi tukaran dengan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang ingin bermastautin di Tanah Melayu. Itu merupakan perjanjian kemerdekaan. Dan dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Dan diterima dengan senang hati oleh golongan bukan Melayu ( yang tahu tentang sejarah Malaysia).

Selepas 50 tahun merdeka, senarionya tentulah berubah dan keadaan bangsa Malaysia juga berubah. Peristiwa 13 Mei 1969, walaupun pahit untuk dikenangkan, tetapi telah memberikan berbagai pengajaran dan ingatan kepada rakyat Malaysia. Peristiwa itu telah menjadi ‘sempadan’ bagi bangsa Malaysia untuk terus maju berlandaskan perpaduan yang kukuh dan utuh. Sepatutnya Peristiwa 13 Mei 1969 diwar-warkan sebagai peristiwa yang telah mengubah ‘landskap’ hubungan antara kaum di Malaysia. Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang kukuh. Sepatutnya begitu.

Sememangnya terbukti bahawa bangsa Malaysia telah dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni selepas 1969. Tidak terdapat sebarang pergaduhan kaum ( yang mirip seperti persitiwa 13 Mei 1969). Semua kaum merasa selesa dan selamat berada dalam negara bertuah ini. Semua kaum terasa tentang kenikmatan tinggal di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Tidak ada kaum yang merasa terhina dan tersisih. Malah dapat dikatakan bahawa tidak ada kaum yang merasa ‘menyesal’ hidup dan tinggal di Malaysia. Dan begitulah harapan bangsa Malaysia.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang merasakan bahawa suasana yang sedemikian agak berubah, apatah lagi apabila sudah ada kumpulan-kumpulan tertentu yang sudah tidak segan silu menyatakan sesuatu yang mungkin ‘mengecil dan melukakan’ hati kaum-kaum lain di negara ini.

Aku terpanggil untuk mempersoalkan mengapa terjadi sedemikian? Apakah ada pihak-pihak tertentu yang ‘membiayai’ kumpulan NGO ini yang tugasnya semata-mata untuk menimbulkan perbalahan antara kaum di negara supaya dengan demikian mereka akan dapat ‘menangguk di air keruh’. Aku tidak ada jawapannya. 

Beberapa peristiwa ‘luar biasa’ yang berlaku di negara ini yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelumnya telah membuat aku terfikir bahawa apakah ada kemungkinan pihak Yahudi yang telah berjaya menyusup masuk dan mempengaruhi tindakan segelintir rakyat di Malaysia. Apakah begitu? Aku terpaksa beranggapan sedemikian disebabkan tindakan licik kaum Yahudi di mana-mana saja di dunia ini sehinggakan mereka berjaya dengan apa yang mereka kehendakki. Apakah Malaysia juga tidak terlepas dari perencanaan kaum Yahudi untuk menghancur-luluhkan bangsa Malaysia dan seterusnya meranapkan negara  Malaysia itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah sedikti sebanyak ekoran dari peranan yang dimainkan oleh Alex Josey (Yahudi) yang bertugas di bawah Lee KuanYew. JTA ( The Global Jewish News Source) bertarikh 8 Disember 1986 berjodol “ Flap over Herzog’s Visit to W. Germany’ ada menyatakan, ‘The Straits Times, an English-language daily in Singapore, reported that Mustapha Ali also charged that Singapore policy was influenced by a Jew, Alex Josey, the biographer of Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew, whom he formerly served as press spokesman”

Sekiranya kaum Yahudi berperanan untuk menentukan pemilihan pemimpin-pemimpin dunia yang disukai oleh mereka, dan menjahanamkan puak-puak Islam yang tidak ‘direstui’ oleh mereka, maka apakah ada kekecualiannya kepada negara kita sekiranya mereka mahu berbuat demikian. Kadang-kadang aku terfikir bahawa apakah ada ‘tangan ghaib Yahudi’ yang cuba mengadu domba kaum-kaum di Malaysia yang sedang menikmati hidup secara aman dan damai ini.

Mungkin pihak NGO di Malaysia yang sedang dipergunakan untuk tujuan itu tidak sedar bahawa mereka sedang diperlatkan oleh golongan Yahudi. Dan eloklah pihak-pihak yang tertentu berhati-hati dengan tindakan halus pihak Yahudi ini. Kita mengharapkan janganlah ada ‘pisang yang berbuah dua kali’. Kita kini menangisi tentang nasib rakyat Palestin di Gaza. Takut kalau-kalau kita juga akan menangis, menerima nasib yang agak sama seperti rakyat Palestin.

Tanah milik Palestin semakin ‘mengecut’. Kita bimbang juga kalau-kalau  tanah Melayu milik kita juga akan mengecut satu hari nanti.

Takut jadi Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai.

Takut jadi Mat Jenin yang mati dalam angan-angan.

Takut jadi Lebai Malang yang kelaparan disebabkan kebodohan.


abuhassanadam

18 Januari 2025