PMX JALAN TERUS...
Dalam usaha beliau untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang betul-betul berjaya dan modern DS Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri seharusnya 'mengenepikan' apa sahaja penghalang yang cuba menyekat 'perjalanannya'. Jelas kelihatan pada umumnya pihak pembangkang dalam kerajaan Malaysia kini berusaha dengan supaya untuk menyekat kelancaran perjalanan pentadbiran Malasyia. Tidak kelihatan usaha jelas dari pihak pembangkang untuk betul-betul memajukan negara dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
Saudara Anwar agak bertuah kerana kedapatan ahli-ahli kabinet yang nampak kelihatan begitu komited dalam bekerjasama memajukan pentadbiran negara. Tidak kelihatan terdapat usaha dari dari ahli kabinet yang curang yang besifat 'musang berbulu ayam' atau pun pihak ahli kabinet yang bersifat 'talam dua muka'. Dalam suasana sedemikian dapat PMX meneruskan pentadbiran negara dengan berkesan dengan dibantu dengan padu oleh ahli kabinet yang jujur dan ikhlas.
Persoalannya pula ialah apakah usaha ini akan pasti berjaya memandangkan asakan yang kuat dari pihak pembangkang yang dengan sejelas-jelasnya menampakan ancaman untuk 'meruntuhkan' usaha yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan kini. Melalui berbagai saluran golongan pembangkang yang tidak senang dengan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan mereka berusaha menggodam dengan berbagai cara.
Ini merupakan keadaan kemelut yang sedang dihadapi oleh PMX. Agak bernasib baik bahawa sehingga kini tidak kelihatan yang jelas dari pihak pimpinan kerajaan yang cuba untuk membelot usaha kerajaan memajukan negara ini. Keyakinan mereka kelihatan teguh berada di belakang PMX dan hendaknya janganlah timbul usaha adanya 'gunting dalam lipatan' yang kesannya akan menggagalkan usaha PMX memajukan Malaysia yang tercinta.
Kita kerapkali mendengar kenyataan jelas dari PMX dalam beberpa ucapannya menyatakan bahawa dalam memertabatkan sistem tatakola yang baik dalam kerajaannya belum ada lagi terdapat ahli kabinetnya yang rasuah sebagaimana yang pernah berlaku dalam sistem pentadbiran negara sebelum ini. Dalam hal sebegini sudah boleh meyakinkan kita bahawa usaha sedemikian telah menampakkan kejayaannya. Namun sebagaimana yang selalu diperkatakan bahawa kita harus juga memikirkan agar 'panas sampai ke petang dan jangan hujan di tengah hari'
Kenyataan PMX yang menyatakan bahawa usaha beliau dan kerajaannya akan berterusan walaupun dalam suasana berhadapan dengan berbagai ancaman terutama dari pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk menggagalkan kerajaan yang ada. Rakyat Malaysia yang sedar dan peka merasakan bahawa amat jelas usaha pembangkang yang semata-mata berusaha untuk membatalkan apa saja usaha pemerintah untuk menggagalkan pentadbiran kerajaan. Belum berhenti lagi usaha pihak tertentu berusaha untuk menggagalkan kerajaan yang ada.
Usaha sedemikian bukan sahaja diusahakan oleh pihak pembangkang yang baru muncul tetapi diusahakan oleh 'pembangkang yang sudah pencen' yang masih berhasrat untuk terus menguasai negara. Masih tidak berpuas hati kerana 'menyerahkan' tugas kepimpinan itu kepada orang baru. Mereka masih mahu terus menguasai dan kononya golongan merekalah yang membawa kemajuan kepada negara. Lantas apabila sudah kelihatan dengan jelas kemajuann yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim, maka mereka begitu 'runsing' dengan kejayaan yang sedemikian dan berlakulah berbagai usaha untuk menggagalaknnya.
Diharapkan PMX tidak akan 'menoleh ke belakang' dan 'terus menuju kehadapan sehingga berjaya mencapai hasrat yang diidamkan'
abuhassanadam
12 Januari 2025
No comments:
Post a Comment