IMDB – APAKAH SEJARAH ORANG MELAYU
TERGADAI BERULANG LAGI?
Malaysiakini melaporkan yang PERKASA
amat kecewa dengan tindakan kerajaan menjual 60% kepentingan milik IMDB dalam
Bandar Malaysia SDN Bhd. Tindakan tersebut mengikut Presidennya Dato Ibrahim
Ali telah mengakibatkan maruah Melayu dan kedaulatan rakyat tergadai.
Aku merasakan semua rakyat di negara
ini yang merasakan dirinya Melayu tulin amat kecewa dengan tindakan sedemikian.
Dan mungkin sebahagian kecil orang Melayu yang menjadi pemimpin UMNO peringkat
Pusat, Bahgian dan Cawangan sahaja yang tidak merasakan sebagaimana yang
dirasakan oleh sebahagian besar orang Melayu di negara ini. Mungkin. Dan
mungkin juga ynag tidak merasakan kesedihan di atas tindakan itu adalah
golongan yang tidak mahu mengambil tahu langsung tentang apa yang berlaku kepada negara.
Tepat juga apa yang dikatakan oleh
Presiden PERKASA itu yang mengatakan nasib orang Melayu seperti yang dialami
oleh Pak Kaduk ia itu, ‘menang sorak kampung tergadai’. Maknanya masih ramai
lagi orang Melayu di negara ini yang berperwatakan seperti Pak Kaduk yang
‘bersorak’ di sana sini dan tidak menyedari bahawa maruah bangsa telah
tergadai. Orang Melayu khususnya golongan UMNO merasakan bahawa tindakan mereka
memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dengan tindakan IMDB adalah
merupakan tindakan yang tepat dan tidak langsung merugikan negara dan orang
Melayu. Mungkin juga agaknya.
Terpanggil pula aku untuk menyorot
sejarah Malaysia, mengenangkan peristiwa sejarah yang menyebabkan satu demi satu
negeri Melayu jatuh ke tangan British pada suatu ketika dahulu. Tidak usahlah
kita perincikan satu persatu bagaimana negeri-negeri Melayu itu terlepas ke
tangan British, yang seterusnya menyebakan seluruh Tanah Melayu berada di bawah
penjajahan British.
Cukup agaknya sekiranya dijelaskan
tentang keadaan pulau Singapura yang jelas merupakan milik Kesultanan Johor
pada suatu ketika dahulu telah terlepas dan jatuh ke tangan British atas usaha
bijak Stanford Raffles dan kelemahan pemimpin Melayu pada tahun 1819. Punca
yang membolehkan British campurtangan adalah timbul daripada perbalahan antara dua
orang putera Sultan Johor (Hussein dan Abdul Rahman) untuk merebut takhta
kerajaan negeri Johor. Dengan kebijaksanaan British menyebelahi satu pihak telah
menyebabkan tertandatangannya perjanjian antara Sultan Hussein Shah dengan
Raffles pada 6 Februari 1819. Dengan perjanjian demikian telah membenarkan
Raffles menubuhkan sebuah penempatan British di Singapura yang merupakan
permulaan terlepasnya sebuah kepulauan Melayu kepada bangsa asing. Bermulalah
juga kehilangan maruah dan tergadainya Kesultaan Johor yang merupakan bangsa
Melayu.
Pada tahun 1874 sekali lagi maruah
Melayu tercabar apabila tertandatangannya Perjanjian Pangkor di negeri Perak
ekoran daripada perbalahan dan perselisihan faham antara pembesar-pembesar
negeri Perak. Wikipedia menjelaskan peristiwa berkenaan,
“Surat daripada Raja Abdullah meminta bantuan British untuk
membolehkan dia dilantik menjadi Sultan Perak digunakan sebagai pemunca oleh
Sir Andrew Clarke untuk mencampuri hal ehwal negeri-negeri Melayu itu…….Frank Swettenham pula dihantar untuk memujuk pembesar-pembesar Melayu
untuk hadir di meja Perundingan untuk mencari penyelesaian perubahan kuasa di
Perak. Perjanjian Pangkor ditandatangan pada 20 Januari 1874 di atas sebuah kapal berkuasa wap …Pada hari berkenaan,
pihak British memeterai dua perjanjian
a)
Perjanjian Pangkor di antara pihak British dengan pembesar-pembesar Melayu b)
Persetujuan Cina (Chinese Engagement) di antara pihak British dan 26 orang
pemimpin kumpulan Ghee Hin, Kumpulan Hai San dan lain-lain kumpulan Cina yang terlibat dalam Perang Larut.
Pada 31 Disember 2016 terbuka
lembaran baru dalam sejarah orang Melayu apabila 1MDB menjual
kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah
konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan
China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.Majlis menandatangani
perjanjian itu dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di Royale Chulan
Hotel di Kuala Lumpur, yang dilakukan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul
Kanda Kandasamy.
Apakah tindakan sebegini merupakan
satu lagi tindakan meluntur dan menggadai maruah orang Melayu? Dato Ibrahim Ali
kata begitu.Terserahlah kepada orang Melayu untuk membuat penilaian khususnya
golongan ahli UMNO yang kononnya bermatian mempertahankan maruah bangsa Melayu.
Mungkin belum lagi terlambat.
abuhassanadam
4
Januari 2016
all malaysia marah>
ReplyDeleteall malaysia marah>
ReplyDelete