DS NAJIB SEMACAM KESEORANGAN
Kelihatan seolah-olah DS Najib
keseorangan dalam mepertahankan ‘serangan’ yang bertubi-tubi yang dilancarkan
oleh pihak lawan. Ternampak semacam ‘tokoh-tokoh’ lain mendiamkan diri dan
memerhatikan sahaja ‘drama’ yang sedang berlaku kini. Jikalau pun ada yang cuba
mempertahankan DS Najib atas tindaknya adalah seorang dua ‘tokoh-tokoh’ dari Sabah. itu pun seolah-olah
semacam terpaksa berbuat demikian.
Sekiranya media eletronik dan media
cetak arus perdana tidak memainkan peranan nya melaporkan tentang
kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan, maka suasana di
Malaysia kini seolah-olah ‘dikuasai’ oleh pihak pembangkang. Walaupun media
arus perdana sedaya upaya cuba menengelamkan suara pembangkang namun peranan
yang dimainkan oleh media sosial cukup berkesan, memberikan penjelasan kepada
rakyat bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar dan kawasan
FELDA.
Yang agak malang pula bagi media
arus perdana ialah sudah ramai rakyat Malaysia ‘berpisah’ dengan akhbar atau
media elektronik berkenaan. Ini dapat dilhat di gerai-gerai makan dimana siaran
TV ditayangkan. Seolah-olah ‘TV’ berkenaan bercakap ‘keseorangan’ tanpa
dipedulikan oleh pengunjung kedai makan berkenaan.
Berkenaan dengan media cetak pula,
akan kelihatan suratkhabar yang ‘bertimbun-timbun’ di kedai-kedai mamak tanpa
dipedulikan seolah-olah sudah terdapat suatu budaya di negara ini dimana
masyarkatnya sudah tidak mempedulikan akhbar harian untuk mendapatkan sumber
berita. Seolah-olah masyarakat Malaysia tidak lagi membaca akhbar sebagai
sumber berita.
Pihak pembangkang kini seolah-olah
tidak lagi gundah dan bimbang sekiranya media elektronik dan media cetak milik
kerajaan tidak menyiarkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Media
sosial kini bukan sahaja dapat menyampaikan berita secara ringkas, malah telah
dapat mengadakan siaran terus menerus ( live) bagi memancarkan
kegiatan-kegiatan pembangkan seperti ceramah-ceramah umum yang dilaksanakan
oleh mereka.
Bersandarkan kepada senario di
Malaysia kini, memungkinkan akan berlaku perubahan pemerintahan di negara ini
dalam PRU 14, dengan izin Allah. Berbagai penyelewengan yang telah dilakukan
telah didedahkan kepada umum. Walaupun pada mulanya amat sukar bagi masyarakat
untuk menerima dan mempercayai apa yang didedahkan ( bagi setengah golongan
masyarakat), namun setelah terus menerus dipantakkan ke dalam benak mereka,
masyarakat meyakini apa yang disampaikan kepada mereka.
DS Najib seolah-olah keseorangan
memberikan penjelasan atau sebagaimana yang sentiasa diperkatakan oleh ramai
orang bahawa beliau ceba ‘menegakkan benang basahnya’. Rakyat sudah mula tidak
peduli tentang apa yang disampaikan. Ibarat masuk telinga kiri dan keluar ikut
telinga kanan. Sebahagian dari rakyat terpaksa ‘menerima’ apa saja yang
disogokkan kepada mereka kerana ‘takut’ kepada ‘sesuatu’ yang akan menimpa
sekiranya menunjukkan ‘belang’ yang sebenarnya.
Aku dapat merasakan kini bahawa
sekiranyalah sesuatu peristiwa terjadi kepada negara ini dan DS Najib tidak
lagi berkuasa seperti kini, aku boleh bayangkan bagaimana para ‘sahabat’ yang
‘mencium tangannya’ kini akan ‘lari bertempiaran’ meninggalkan beliau
keseorangan. Mungkin DS Najib sedar bahawa ikatan persahabatan beliau dengan
‘rakan-rakan karib’ disekelilingnya adalah ‘diikat’ dengan ‘dedak’ yang
bertaburan. Beliau pun selalu menyatakan bahawa ‘cash is king’.
DS Najib mungkin sudah dapat
menyedari bahawa ‘rakan-rakan’ yang berada disekeliling ‘pinggang’ kini adalah
disebabkan keadaan beliau yang berkuasa. Beliau tentu ingat bagaimana
‘rakan-rakan karib’ Saudara Anwar Ibrahim ‘berbondong-bondong’ meninggalkan
beliau, pada malam pemecatan beliau pada tahtun 1998 yang lalu. Aku telah dapat
melihat sendiri denga mata kepala aku keadaan demikian. Yang tinggal bersama
beliau mengharungi suasana ‘susah senang’ adalah rakan-rakan karib yang sanggup
menangis dan tertawa ketika susah-senang.
DS Najib tentu tahu yang hal
sedemikian berlaku. DS Najib juga tentu ingat bagaimana Harris Salleh
‘ditinggalkan’ oleh ‘rakan-rakan’nya pada malam pengumuman keputusan
pilihanraya di Sabah ketika PBS pimpinan Pairin Kitingan memenangi pilihan raya
berkenaan.
Dalam keadaan DS Najib ‘nyawa-nyawa
ikan’ kini pun sudah kelihatan sikap dan perangai rakan-rakannya yang ‘karib’
sudah beransur-ansur merenggangkan diri dengan beliau apatah lagi apabila sudah
kelihatan isyarat yang cukup jelas menunjukkan UMNO/ Barisan Nasional akan
tewas dalam PRU 14 nanti. DS Najib harus selalu mengingati kata-kata orang tua,
‘ yang ketawa amat ramai tetapi yang menangis akan keseorangan’.
Hilai ketawa ‘rakan dan taulan ‘
hanya akan terdengar sekiranya ‘perut kekenyangan’ tetapi setelah ‘dedak’ tidak
dapat dibekalkan lagi segala ‘rakan dan taulan’ akan lari bertempiaran
meninggalkan kita.
“Ingat sebelum kena…”
abuhassanadam
24 Mac 2017
apakah kita tidak terfikir yg Najib sudah "bersedia" untuk hadapi situasi ini?Bagaimana, caranya, helahnya, serangannya dan tindakannya...tentu sudah ada dlm plannya bukan? Cuma tak tahu adakah ia kasar, lembut, keras atau ...Tak mungkin dia tak ada plan.Lihat saja banyak "masalah peribadinya" masih boleh di tanganinya dgn kemenangan berpihak kpdnya. Ya air yang tenang jgn diasnghka tiada buaya
ReplyDelete