YANG SUDAH, SUDAHLAH!!.....
‘Nasihat’ ini aku tujukan kepada
rakan-rakan yang masih ‘berjuang’ dalam UMNO. Aku terpaksa menyatakan hasrat
ini kepada rakan-rakan yang masih gigih kononnya memperjuangkan bangsa dan
negara. Dan lebih bersemangat lagi bunyinya bahawa ‘mereka berjuang demi
kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Tetapi persoalannya ialah apakah
begitu ‘perjuangan’ mereka. Dan apakah perjuangan mereka yang sedemikian lama,
belum juga menampakkan hasil yang membanggakan.
Aku amat yakin bahawa golongan
‘pejuang’ ini kadang-kadang tentu merasakan tidak yakin kepada diri mereka
sendiri bahawa perjuangan UMNO kini untuk membela bangsa dan negara. Apakah ada
terdetik di hati dan perasaan mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu demi
bangsa dan negara sama seperti mana pejuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang
lampau yang berjuang semata-mata untuk menebus kemerdekaan dan memajukan
bangsa. Dan tak kurang dari itu.
Dan seolah-olah perjuangan golongan
‘pejuang UMNO” kini tak ubah seperti untuk kepentingan perut. Aku tak pula
mengatakan kesemua pejuang kini begitu keadaannya. Mungkin masih ada lagi yang
memikirkan tentang orang Melayu, bangsa Malaysia dan negara dan agama
Islam.Tetapi aku yakin golongan pemimpin yang sedemikian tidak ramai. Bak kata
Dramatis Kalam Hamidi suatu ketika dahulu ( artis lama) hanya seperti ‘setitik
embun dihujung rumput di tengah-tengah padang pasir Sahara yang tandus…”
Aku kadang-kadang bertanya juga diri
aku dan kawan-kawan lain yang bukan dari golongan ‘pejuang UMNO’ tentang banyak
perkara. Antaranya aku selalu memikirkan tentang apakah para ‘pejuang UMNO’
kini boleh lelap tidur ditengah-tengah suasana ‘kemelut’ yang menyelubungi
negara Malaysia kini. Apakah golongan ‘pejuang UMNO’ ini boleh selesa duduk
dalam kereta mewah sedangkan kebanyakan rakyat ‘berkira-kira’ untuk membeli seliter
petrol disebabkan kenaikan harga minyak yang kadang-kadang tidak tentu
‘hujung-pangkal’nya.
Kadang-kadang aku juga terfikir
bahawa apakah tidak tepat masa yang diberikan oleh jam tangan yang dibeli
dengan harga RM 300.00 sehinggakan ramai ‘pejuang UMNO’ terpaksa membelanjakan
puluhan ribu ringgit ( malah ada yang mencecah ratusan ribu ringgit) untuk
membeli sebuah jam tangan. Dan tentunya tidak cukup dan tidak selesa pula dengan
sebuah jam yang dibeli. Tentunya memerlukan puluhan jenis jam untukmenyesuaikan
keadaan apabila memakainya.
Mengenai isteri para ‘pejuang UMNO’
pula. Telah terbukti bahawa para isteri menampakkan ‘sikap dan perangai’ yang lebih
‘hebat’ lagi dari sang suami. Terbukti dengan pendedahan yang dibuat oleh SPRM
baru-baru ini apabila terdapat sang isteri ‘pemimpin/pejuang UMNO’ yang
memiliki puluhan jenis beg tangan yang berjenama yang tentunya dibeli dengan
harga puluhan ribu ringgit.
Rakyat tahu dan sedar bahawa wang
yang diperolehi untuk membeli barang-barang yang bernama itu adalah di luar
kemampuan seorang menteri atau wakil parlimen atau ADUN. Rakyat tahu dan rakyat
sedang ‘membaca’ dengan teliti. Masyarakat Malaysia kini bukan lagi masyarakat
Malauysia tahun 1960an yang tidak tahu berapa pendapatan seorang ‘pejuang UMNO’
yang disebutkan itu kerana ramai rakyat Malaysia yang sudah berpendapatan
sedemikian. Oleh itu rakyat tentunya mempersoalkan dari manakah sumber
pendapatan yang begitu lumayan yang dimiliki oleh para ‘pejuang UMNO’ itu.
Tentulah ada jawapannya. Rasuah.
Ataupun dari sumber yang tidak diizinkan. Walaupun tidak dapat dibuktikan,
namun para ‘pejuang UMNO’ tentu dapat merasakan bahawa wang yang dimiliki itu
adalah dari sumber yang tidak halal.
Agak keterlaluan sekiranya aku
mengatakan bahawa isu dan topik yang sedang dibincangkan oleh rakyat terbanyak
kini adalah mengenai kegiatan rasuah yang bermaharajalela di negara ini. Cuma
yang anihnya para ulamak dan guru agama yang memberikan ceramah-ceramah di
masjid dan surau seolah-olah amat takut untuk membincangkan isu rasuah ini. Malah
mereka merasa amat takut untuk menjawab soalan sekiranya ada soalan yang
dikemukakan yang bersangkut paut dengan rasuah. Sepatutnya golongan ulamak yang
sepatutnya berada di barisan hadapan untuk sama-sama dengan rakyat memerangi
rasuah.
Rakyat terbanyak kini sudah merasa
terpanggil untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir dan para pemimpin lain untuk
memerangi gejala rasuah ini. Rakyat terpanggil untuk tampil memandangkan
pengorbanan yang sedang dilakukan oleh Tun Mahathir walaupun sudah menjangkau
usia 90an. Rakyat terpanggil untuk bersama berjuang menentang perbuatan
terkutuk ini apabila melihat kesanggupan TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie
Afdal yang sanggup meninggalkan jawatan menteri demi membetulkan keadaan
kemelut dalam negara.
Kesanggupan Saudara Anwar Ibrahim
‘menyambut tangan’ Tun Mahathir untuk sama-sama berjuang menentang ‘kezaliman’ ,
dan melupakan sengketa yang lepas, adalah sesuatu yang harus dipuji dan
dihormati. Kesediaan Encik Lim Kit Siang, Tuan Haji Mat Sabu ‘berdiri’
bersama-sama dengan ‘musuh lama’ demi membela rakyat yang tertindas adalah
sesuatu yang harus dipuji.
Dan kepada para ‘pejuang UMNO’
jadikanlah diri anda sebagai pejuang sebenar supaya kehadiran anda di bumi bertuah
ini dihomati oleh rakyat dan bukan dikeji dan dikutuk.
Yang sudah, sudahlah!!...
abuhassanadam
25 Mac 2017
No comments:
Post a Comment