PENCERAMAH AGAMA MENGELAK MENYENTUH ISU RASUAH
Hampir
kesemua penceramah agama samada melalui media elektronok atau pun samada di
surau-surau dan masjid jarang sangat menyentuh isu rasuah. Mungkin ada agaknya
mereka berbuat demikian tetapi aku yang tidak berkesempatan mendengar huraian
mengenai isu rasuah sedangkan rasuah merupakan topik yag paling hangat
dibincangkan di negara kita sekarang terutamanya selepas PRU14 yang baryu lalu.
Sepatutnya
para alim ulama dan guru agama seiring dengan pihak kerajaan untuk memerang isu
rasuah yang bermaharajalela yang telah berlaku semenjak beberapa lama.
Seharusnya guru agama yang menunjuk ajar dan menunjuk jalan bagaimana cara dan
jalan membenteras rasuah. Tetapi sebaliknya para cendekiawan agama terus
menerus mendiamkan diri dan tidak mahu langsung
menyentuh isu yang yang amat keji ini.
Amat
diyakini bahawa sekiranya golongan agama yang sentiasa menyampaikan
ceramah-ceramah di masjid dan surau bersungguh untuk membenteras rasuah
dikalangan rakyat negara ini, maka pastinya lambat laun akan berjaya juga.
Dikemukakan kenyataan ini ekoran daripada ceramah yang aku ikuti mengenai alam
Barzakh dan Padang Mahsyar. Begitu berkesan sekali ceramah yang disampaikan
oleh penceramah berkenaan. Dengan itu sekiranyalah bahan ceramah yang
disampaikan itu mengenai pembenterasan rasuah dikalangan rakyat di Malaysia
sedikit sebanyak akan memberi kesan juga di hati pendengar yang mendengarnya.
Suatu
trend yang amat membimbangkan kini ialah perasaan tidak ada malu langsung yang
ditunjukkan oleh setengah pihak yang telah melakukan kesalahan. Rasuah
misalnya. Malah kesalahan dan rasuah yang dilakukan bukanlah kecil tetapi
melibatkan bilion ringgit dan hampir memusnahkan negara. Tokoh-tokoh yang
melakukan perbuatan terkutuk itu ( walaupun belum dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah, tetapi seluruh dunia telah memperkatakan) tidak sedikitpun
menunjukkan rasa segan dan malu di atas perbuatan terkutuk yang dilakukan.
Malah kelihatan berbangga pula meperagakan diri sebagai ‘hero’ dan wira yang
didendang.
Dan
yang amat malang dan membimbangkan pula ialah tokoh yang terpalit dengan rasuah mempunyai peminat (
walau pun tidak ramai) yang fanatik. ‘Kegilaan’ mereka terhadap tokoh-tokoh
tertentu adalah diluar dugaan dan diluar pertimbangan pemikiran manusia. Sudah
dijelas diketahui umum bahawa tokoh yang disanjung oleh mereka adalah tokoh
yang terpalit dengan rasuah namun mereka masih menyokong ‘perjuangannya’. Ini
merupakan satu kelainan yang sungguh jelek yang berlaku ke atas sebahagian
masyarakat Melayu.
Sayup-sayup
kedengaran juga dilaporkan bahawa pernah sorang tokoh yang dikatakan terlibat
dengan rasuah telah dilantik sebagai penasihat untuk menasihati sebuah badan
kerajaan yang mengawasi hal-hal rasuah. Sekiranya betul keadaan ini berlaku
maka sekali lagi berita sebegini merupakan berita malang bagi negara Malaysia.
Pelantikan sedemikian adalah seperti membiarkan musang menjaga reban ayam atau seperti burung
Pegar yang menjaga sawah padi.
Sekiranya
betul keadaan sedemikian berlaku apakah ‘tokoh’ yang dilantik itu tidak sedar
tentang perbuatannya yang terkutuk itu. Apakah begitu tebal muka golongan
sebegini yang terus menerima lantikan berkenaan. Dan siapakah yang
bertanggungjawab melantik dan memilihnya sudah cukup berpuas hati dengan
saringan yang dilakukan. Ataupun mungkinkah saringan yang dilakukan itu
dilakukan sambil lewa sahaja.
Akhir
kata kepada golongan yang masih mendewa-dewakan pemimpin yang sudah terpalit
dengan rasuah supaya mengentikan amalan sedemikian. Jelas sangat kelihatan
tidak bermaruahnya golongan yang mendewa-dewakan golongan sedemikian disamping
meletakkan diri pengikut yang membuta tuli dilembah kehinaan. Malanganya pula
kebanyakan yang berbuat demikian terdiri dari kalangan orang Melayu.
Insaflah.
abuhassanadam
27 Februari 2019
No comments:
Post a Comment