INGATAN KEPADA WAKIL RAKYAT
JIKALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL.....
Sepatutnya sebelum bertanding dalam sesuatu pilihanraya seorang pemimpin sudah mulai menilai diri samada seseorang itu boleh meletakkan dirinya sama taraf dengan pemimpin lain yang akan berentap dalam parlimen nanti. Tentulah tidak mudah untuk mewakili rakyat untuk bercakap di parlimen mewakili rakyat yang diwakili secara langsung dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Di kampung tempat kelahirannya sememang seseorang itu nampak hebat tetapi jika di nilai di peringkat nasional maka jelaslah tidak begitu dapat meletakkan diri sebagai pemimpin peringkat nasional. Ini timbul apa yang selalu dinasihatkan, ' jikalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak di duga.' Maknanya sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Keadaan demikian dapat diperhatikan apa yang berlaku di parlimen Malaysia kini. Berbanding dengan ilmu dan pengethauan dan pengalaman yang dimiliki oleh Saudara Anwar Ibrahim tentulah amat jauh bezanya dengan kecetekan ilmu yang dimliki oleh pemimpin pembangkang atau pemimpin di pihak kerajaan juga. Para wakil parlimen harus menyedari bahawa kedudukan mereka amat jauh bezanya dengan kebolehan dan kemampuan mereka berhujah dan menyampaikan pandangan dan pendapat berbanding dengan Saudara Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri. Itulah jadinya, 'kalau kail panjang sejengkal..."
Tentulah para wakil pembangkang (atau wakil kerajaan juga) tidak harus berlagak sombong di parlimen dengan 'mendabik dada seolah-olah merekalah seorang pemidato yang handal sedangkan 'kail hanya panjang sejengkal'.
Sepatutnya sebelum bertanding dalam sesuatu pilihanraya seorang pemimpin sudah mulai menilai diri samada seseorang itu boleh meletakkan dirinya sama taraf dengan pemimpin lain yang akan beretntap dalam parlimen nanti. Tentulah tidak mudah untuk mewakili rakyat untuk bercakap di parlimen mewakili rakyat yang diwakili secara langsung dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Di kampung tempat kelahirannya sememang seseorang itu nampak hebat tetapi jika di nilai di peringkat nasional maka jelaslah tidak begitu dapat meletakkan diri sebagai pemimpin peringkat nasional. Ini timbul apa yang selalu dinasihatkan, ' jikalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak di duga'. Maknanya sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Keadaan demikian dapat diperhatikan apa yang berlaku di parlimen Malaysia kini. Terdapat wakil rakyat yang amat dangkal tentang pengetahuan am sehinggakan langsung semacam tidak tahu apa yang berlaku di negara jiran Singapura misalnya. Sehingga tidak tahu untuk menyebut nama pemimpin di situ suatu ketika dahulu. Bukankah itu sesuatu yang memalukan.
Berbanding dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh Saudara Anwar Ibrahim tentulah amat jauh bezanya dengan ilmu yang dimliki oleh pemimpin pembangkang atau pemimpin pihak kerajaan.Para wakil parlimen harus menyedari bahawa kedudukan mereka amat jauh bezanya dengan kebolehan dan kemampuan mereka berhujah dan menyampaikan pandangan dan pendapat berbanding dengan Saudara Anwar Ibrahim. Itulah jadinya, 'kalau kail panjang sejengkal..."
Tentulah para wakil pembangkang (atau wakil kerajaan juga) tidak harus berlagak sombong di parlimen dengan 'mendabik dada seolah-olah merekalah seorang pemidato yang handal sedangkan 'kail hanya panjang sejengkal'."Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. " Maksudnya sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Itu juga bermakna bahawa rakyat Malaysia harus sedar bahawa kita terpaksa berhati-hati dalam memilih pemimpin ( kalau sesuai dipanggil pemimpin) dalam pilihanraya yang akan datang. Jangan pula terpilih lagi 'buku tebu' sebagaimana yang kita hadapi kini. Menampakkan semacam Ijazah Phd yang dimiliki seseorang tidak menggambarkan tokoh sebenar disebalik ijazah berkenaan.
abuhassanadam
24 Disember 2024
No comments:
Post a Comment