HAL EHWAL PELAJAR MALAYSIA LUAR NEGARA DIBAWAH YAPIEM / JAWI ???........
Membaca
tentang berbagai laporan mengenai kisah YAPEIM mengadakan berbagai kursus
perkahwinan untuk pelajar di luar negara, terpanggil pula aku untuk
mempersoalkan beberapa perkara yang berbangkit. Sebagai ‘orang tua’ yang pernah
terlibat dalam ‘hal-hal sebegini’ suatu ketika dahulu amat memerlukan
penjelasan. Sekurang-kurangnya untuk dapat dimengertikan oleh rakyat yang agak
dangkal tentang isu-isu yang sebegini.
·
Membaca
tentang laporan-laporan dan kenyataan yang diberikan oleh YB Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (DS Jamil Khir Baharom) dan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi
Yahya menampakkan bahwa seolah-olah hal ehwal pelajar luar negara telah berada
dibawah YAPEIM dan bukan lagi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Atau
apakah aku tidak sedar tentang pertukaran tanggungjawab ini?
·
Dari
laporan-laporan yang dipaparkan menunjukkan bahawa kursus perkahwinan adalah
amat penting diberikan kepada pelajar-pelajar. Aku tidak menafikan hakikat itu
tetapi apakah kursus yang sedemikian menjadi keutamaan sehinggakan sanggup
berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mengadakan kursus sedemikian
rupa.
Izinkan aku memetik kenyataan
Pengarah JAWI, Encik Palmuzi Yayaha yang mengatakan bahawa, "Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di
luar negara untuk kursus perkahwinan……Apabila (kursus) dibuat di luar negara
kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang di mana
belanjanya memang sedikit…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar
negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus),"
Aku tidak menafikan kepentingan
kursus-kursus perkahwinan sedemikian tetapi soalnya hendaklah mengikut
‘tertib’nya. Mengikut keutamaannya. Kita harus faham bahawa keutamaan yang
diberikan tumpuan kepada pelajar ialah untuk lulus dengan cemerlang dalam
bidang-bidang yang diceberu oleh mereka dan bukan memikirkan soal kahwin. Aku
yakin jikalau ditanyakan keutamaan ibu bapa pelajar di Malaysia, pasti mereka
mahukan anak mereka lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang kejuruteraan
(Perancis dan German)
Dan yang ‘memeningkan’ kepala
kebanyakan takyat Malaysia ialah kenyataan ‘Tuan Pengarah Jawi’ yang mengatakan
bahawa, ‘…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa
perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus)”. Apakah sampai begitu sekali
pentingnya kursus perkahwinan sehinggakan sanggup memanggil pulang pelajar
semata-mata untuk mengikuti kursus perkahwinan. Mungkin agaknya pemikiran aku
sudah amat jauh menyimpang dari norma sebenar. Mungkin.
Timbul pula pertanyaan lain yang
‘menendang dan menerajang’ benak aku ia itu tentang apakah JAWI dan YAPEIM juga
mengadakan kursus perkahwinan di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta
di Malaysia. Apakah seluruh pelajar Islam di UITM atau di Taylors College di
Subang Jaya itu telah mengikuti kursus perkahwinan? Dan aku yakin tidak dan
mungkin belum lagi diadakan kursus sedemikain. Dan apakah bezanya pelajar Islam
di pusat pengajian tinggi tempatan dengan pelajar Islam di Paris atau di
Chicago?
Dan yang paling malangnya lagi ialah
perbelanjaan untuk menjalankan kursus berkenaan berjumlah ratusan ribu ringgit.
Lebih menakjubkan lagi kononnya Kursus program yang dinamakan
‘Simposium Perdana Paris membincangkan Isu Perkahwinan, Kekeluargaan,
Keusahwanan dan Pengurusan’. Persoalannya ialah apakah kepakaran YAPEIM dan
JAKIM sudah boleh mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan keushawanan
dan pengurusan dan tidak lagi terbatas dalam hal-hal yang berkaitan dengan
agama Islam sahaja.
Dan dinyatakan juga bahawa tujuan diadakan
program berkenaan di Perancis, “ bagi memastikan pelajar Malaysia di negara
itu tidak terpengaruh dengan LGBT” Aku tidak pula menafikan tentang
kepentingannya untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar. Tetapi soalnya apakah
perlu satu program khas yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris’ untuk
membincangkan isu berkenaan yang mana para peserta simposium perlu didatangkan
dari Malaysia dengan perbelanjaan ratusan ribu ringgit. Apakah pegawai kedutaan
di Paris tidak boleh diminta kerjasama untuk memberi penjelasan yang
sedemikian. Ataupun mungkin boleh diarahkan Attache Agama Islam dari Jabatan
Penuntut Malaysia di London untuk bekerjasama alam hal sedemikian.
Aku merasakan sudah begitu lama
kerajaan Malaysia membelanjakan wang yang begitu banyak untuk perkara-perkara
yang bukan keutamaan. Sudah berbillion ringgit wang negara digunakan untuk
perkara-perkara yang bukan ‘keutamaan’ ( yang semestinya bukan tidak penting).
Para menteri dan pegawai tinggi kerajaan haruslah berhemah dan ‘bertimbang
rasa’ dalam menetukan keutamaan yang perlu dilaksanakan.
Sudah terlalu lama kita membincangkan
isu-isu remeh yang kadang-kadang dirasakan kurang berfaedah dan membuang masa.
abuhassanadam
21
November 2015
London
No comments:
Post a Comment