Wednesday, November 18, 2015

ISU JAMIL KHIR:  CARA BERFIKIR DITAKUK LAMA

            Aku petik kenyataan YB DS Jamil Khir Baharom mengenai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu ketika lawatan rasminya ke Amerika Syarikat selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014. Yang ingin aku perkatakan ialah tentang kursus-kursus tertentu yang dianjur seperti
·      Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan,
·      Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI
·      Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan
·      menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan
·      pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia
·      acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Kononnya, mengikut kenyataan YB Menteri berkenaan Mid West Game yang dianjurkan itu telah menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan KanadaMenurut Akmal pula, jumlah keseluruhan perbelanjaan sepanjang empat hari itu berjumlah RM410,978 dan kemudiannya beliau membuat semakan semula dengan menganggarkan sebanyak RM590,000 untuk delegasi 100 orang. (Malaysikini 15 November 2015).

            Seingat aku, semenjak tahun-tahun 1980an lagi inilah rupa program yang disediakan oleh pihak tertentu untuk pelajar Malaysia (Melayu) yang berada di luar negara samada di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom. Aku tidak mengatakan yang kursus seperti yang tersenarai di atas tidak penting. Cuma yang ingin aku persoalkan ialah apakah kursus seperti itu perlu diadakan di Amerika Syarikat yang menelan belanja lebih kurang setengah juta ringgit. Dan NOW juga ada menyebut bahawa sejumlah wang RM 490,000 telah dibelanjakan untuk kursus perkahwinan di Paris.

            Dalam Kurun ke 21, rupa-rupanya cara berfikir dan tindakan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia masih tidak berubah dalam hal sebegini. Aku ingin juga mempersoalkan tentang penting benarkah kursus-kursus yang perlu dianjurkan untu para pelajar Malaysia di Amerika Syarikat sehinggakan terpaksa membawa delegasi seramai 100 orang dari Malaysia. Apakah serious benarkah keadaan pelajar di luar negara kini sehinggakan perlu ‘mengimport’ ‘pakar-pakar’ dalam bidang agama dari Malaysia. Apakah peranan pegawai ( ‘attache’) yang bertanggugjawab dalam hal agama sudah tidak dapat menjalankan peranannya.

            Satu perkara lagi yang menghairankan  aku ialah tentang penglibatan pegawai-pegawai agama dalam temasya sukan Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada. Apakah penganjuran sukan sebegini juga perlu disertai oleh pegawai agama dari Malaysia. Apakah tugas Menteri Pendidikan Malaysia sudah diambil alih oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri!!...

            Aku merasakan bahawa dalam mengharungi Kurun ke 21 ini negara meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada para pelajar khususnya  yang berada di luar negara untuk membawa perubahan yang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Sekiranya pemikiran pelajar (Melayu khususnya) masih berada ditakuk lama, berfikiran secara ‘kekampungan’ ( aku tidak menghina orang kampung kerana aku sendiri anak kampung jati), maka kita akan terus menerus melahirkan ‘Jaguh Kampung”.

            Kisah pelajar Melayu yang hanya berinteraksi dengan pelajar Melayu (dan tidak dengan pelajar dari lain negara) di luar negara masih kedengaran lagi dan tidak kelihatan usaha yang bersungguh-sungguh untuk ‘menyelesaikan’ masalah sebegini. Dan kisah pelajar-pelajar luar negara yang tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik juga menjadi topik hangat yang telah diperbincangkan puluhan tahun. Apakah para  pegawai agama Islam yang perlu dihantar ke Amerika Syarikat untuk menyelesaikan masalah sebegini?

            Sehubungan dengan ini juga ingin aku menyorot kembali usaha gigih yang dilancarkan oleh UKEC (United Kingdom Excecutive Council )  yang diterajui oleh Saudara Adlan Benan Omar (arwah) dan Saudara Rafizi Ramli (sudah jadi YB Pandan) mengadakan satu simposium antarabangsa dengan melibatkan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Komanwel, yang diadakan di London pada tahun 1997.

            Amat aku bangga pada ketika itu melihatkan ‘anak-anak’ kita (bangsa Malaysia dari semua keturunan) bekerjasama untuk mengukuhka perpaduan dikalangan rakyat Malysia disamping menebus marwah bangsa agar bangsa Malaysia setanding dengan bangsa-bangsa lain yang maju didunia. Aku tidak tahu samada usaha yang sedemikian berterusan sehingga kini dilakukan oleh anak-anak pelajar di United Kingdom khususnya dan di tempat-tempat lain amnya.

            Seingat aku pelajar-pelajar di United Kingdom pada ketika itu tidak pula mengabaikan tentang kepentingan agama yang harus diokong oleh para pelajar. Dan pada ketika itu mereka mendapat kerjasama yang paling erat daripada Ybhg Dato Harun Din, Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz dan Ustaz Mohd Daud Che’Ngah. Dan perbelanjaan yang diperlukan juga amat minima.

            Diharapkan para pelajar bersedia untuk anjakan paradigma dan janganlah masih berpaut di ‘takuk lama’.

abuhassanadam
18 November 2015

London

5 comments:

  1. Rafizi tu mmg sejuk mata mmndng, sedap telinga mndgr, halus dn baik.budi pekertinya dn yg plg penting bijak dn bergeliga. Mlgnya dia bertapak dgn.PKR..parti yg benderanya mata satu..mata horus..lmbng illuminati..
    Itu yg sy musykilkn..dn bimbngkn..hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bimbang hanya pada lambang...Masih berfikir d takok lama...

      Delete
    2. Bimbang hanya pada lambang...Masih berfikir d takok lama...

      Delete
  2. Pak Abu...Saya rasa pemikiran dan minda saya telah "obselete" dan jauh ketinggalan masa apabila meneliti alkisah YAPEIM yang mempunyai pemikiran yang luarbiasa dan jauh lebih advance serta proactif dengan menganjurkan kursus perkahwinan di washington dan di paris.

    Agak2 Pak Abu bagaimanakah rupa bentuk dan minda generasi yang akan dilahirkan kelak satelah menghadiri kursus2 yang diadakan diluar negeri...

    ReplyDelete
  3. Saudara Four Wire,

    Terima kasih. Saya pun hairan bagaimana pemikiran sedemikian boleh wujud pada Kurun ke 21. Mungkin pemikiran saya juga sudah terkebelakang.

    Pak Abu

    ReplyDelete