Sunday, November 15, 2015

MENCARI ‘ROH’ MALAYSIA YANG HILANG

            Lapang dan bahagianya perasaan aku apabila keluar sahaja dari Lapangan Terbang Heathrow London. Maksud aku dapat menghirup udara bersih yang tidak berjerubu sepertimana yang dialami oleh negaraku Malaysia (yang tercinta) baru-baru ini. Walaupun musim sejuk sudah mula menjelang tetapi udaranya masih bersih.

            Bukanlah tujuan aku memaparkan tentang hal Heathrow London ini sebagai menunjuk-nunjuk yang aku pernah datang ke London. Tak payah ceriat hal sedemikian. London sememangnya sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutama bagi ‘orang UMNO’ yang disebabkan oleh terlampau mewah dan terlalu banyak wang untuk dibelanjakan, maka kota London itu adalah sebagai tempat ‘berulang mandi’ terutama pada musim cuti sekolah dan selepas berlaunya Persidangan Agung UMNO nanti.

            Ketika berada dalam pesawat MAS MH004 sebentar tadi, isteri aku bertannya aku tentang tidak ramai oranng Melayu yang berada dalam pesawat. Boleh dibilang dengan jari. ‘Mungkin kerana GST’ kut….atau mungkin kerana nilai mata wang Paun yang sudah terlalu tinggi….’ katanya. ‘Mungkin kerana IMDB agaknya!!…’ kata aku bergurau. Dan kebetulan duduk disebelah kami dalam pesawat berkenaan seorang pegawai dari SPRM. Dia memperkenalkan dirinya sebagai ‘Pegawai SPRM’. Aku tak tanya pun. Dan mengikut ceritanya ada beberapa tempat lagi yang akan dikunjung selain dari London. Mungkin nak meneruskan ‘siasatan’ mengenai IMDB agaknya. Mungkin….

            Jikalau nak aku bandingkan antara Lapangan Terbang Heathrow London dengan KLIA memang tak jauh beza. Malah boleh dikatakan setanding. Tak malulah jikalau ada yang membuat perbandingan dari segi bangunan fizikal. Tetapi yang menyebabkan aku gusar dan bersedih ialah apabila  mengenangkan ‘roh’ yang hilang bukan sahaja kepada KLIA tetapi kepada negara Malaysia itu sendiri. Mungkin tanggapan aku tidak betul dan tidak tepat mengikut pandangan setengah pihak tetapi tidak siapa yang boleh ‘memadam’ dan menafikan pandangan dan persepsi aku sebegitu.

            Dengan keizinan Allah dan dengan rezeki halal yang dikurniakannya, anak kampung ini hampir setiap tahun berada di London. Kebetulan ada pula anak aku yang telah menetap di kota ini dan semacam ‘tidak mahu pulang’ ke Malaysia. Dengan demikian disamping ‘bercuti’ dan menhabiskan sisa hidup yang masih berbaki, dapat jugalah aku membandingkan negara aku Malaysia (tercinta) kini dengan negara-negara lain di dunia ini.

            Nama Malaysia sudah tidak ‘gah’ seperti Malaysia dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Semacam tidak ada ‘roh’. Aku membat perbandingan sedemikian kerana detik-detik pengalaman aku ketika berada di negara orang dalam tahun-tahun berkenaan.  Ketika bertugas di London disekitar tahun-tahun 1990an aku dapat rasakan penghormatan, sanjungan, pengiktirafan yang diberikan oleh orang luar terhadap negara kita Malaysia. Pada ketika itu di mana-mana saja kita pergi, samada di Amerika Syarikat atau di Eropah atau di Afrika, nama-nama besar seperti Dr. Mahathir Muhammad atau Saudara Anwar Ibrahim sentiasa ‘meniti’ di bibir para pemimpin dunia.

            Malah aku pernah mengalami suatu keadaan yang luar biasa ketika berada di Paris pada tahun 1997. (ini merupakan cerita benar). Ketika aku menaiki sahaja kereta yang menjemput aku di Lapangan Charles De Gaulle Paris, aku telah disapa dengan ‘how’s Brother Anwar Ibrahim?” Maknanya pada ketika itu pemimpin-pemimpin kita di Malaysia sedang mendapat perhatian dan sanjungan dunia.

            Malangnya keadaan sebagaimana yang aku alami kini sudah tidak berlaku lagi. Malah ketika berbual-bual disebuah ‘kedai lopi’ di Heathrow sementara menunggu, apabila saja menyebut saja nama Malaysia, mereka bertanya, ‘how’s Malaysia?’ dan sambil tersenyum sinis. Dan sememangnya amat berbeza ‘layanan’ yang diberikan kepada negara Malaysia kini berbanding dengan keadaan negara Malaysia pada tahun-tahun 1990an.

            Mungkin ramai lagi anak Malaysia yang mengalami sebagaimana yang aku alami kini. Akhbar-akhbar dan majallah luar negara telah memberikan gambaran yang agak ‘pudar’ dan ‘gelap’ bagi negara kita. Keadaan pudar dan gelap itu terus menerus tidak dijelaskan oleh pemimpin negara kita. Jikalau adapun penjelasan dan pencerahan yang dilakukan oleh pemimpin negara kita, tentulah tidak meyakinkan rakyat luar negara. Dan berkemungkinan juga bahawa kebanyakan pemimpin kita yang berkunjung dan ‘bertugas’ di luar negara, hanya sekadar ‘menghabiskan beras’ dan bukan bertujuan untuk memajukan negara dalam ertikata sebenar-benarnya.

            Dan bagaimanalah agaknya dapat pemimpin kita menjelaskan sesuatu kepada pemimpin luar negara sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan sesuatu isu itu dalam bahasa Inggeris sekiranya ramai pemimpin kita yang masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Mungkin begitulah agaknya. Malang bagi negara Malaysia.

            Yang lebih malang lagi ialah orang Melayu di kampung-kampung dan di kawasan FELDA masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita. Mungkin mata mereka telah dikaburi dengan wang BRIM yang tidak seberapa nilainya berbanding dengan ‘wang rompakan’ yang dimiliki oleh kebanyakan pemimpin di negara kita.

            Untuk membuktikan apa yang diperkatakan hanya menunggu sedikit masa ia itu menunggu selepas sahaja Persidangan Agung UMNO pada bulan November ini. Dan selepas itu akan kelihatanlah ‘orang UMNO’ yang akan berduyun-duyun mengunjungi kota London untuk bercuti dan ‘merehatkan badan’.

abuhassanadam
London
15 November 2015




3 comments:

  1. Saudara
    Jika menurut pendapat sy, kota besar buknlah tempat yg sesuai utk umat akhir zaman yg ingin menyelamatkn iman utk dijadikn tempat mastatutin yg kekal hngga hjg nyawa. Baliklh ke kg cari kehidupn yg ala kadar ... nuclear war, malhamah, khuruj dajjal is just around the corner...fikirkn akhirat yg kekal abadi dari menyelmtkn dunia yg hnya sementara. Maaf sy hnya prihatin dn pesan memesan. Anyway nice reading ur blog...keep writing.

    ReplyDelete
  2. Pak Abu, selamat bercuti di London. Sila berhati-hati sebab kedengaran dari berita taget selepas Paris ialah London. Mungkin orang yang ingin rehatkan badan dan minda akan elakkan tempat ini :)

    ReplyDelete
  3. Saudara Unknown,

    Terima kasih. Saya ke sini bukan bercuti dalam ertikata sebenanya tetapi melawat anak. Akan berhati-hati.

    Pak Abu

    ReplyDelete