KENYATAAN YB SALLEH SAID KERUAK MEMALUKAN
Sebenarnya
teralu berat bagi aku untuk memperkatakan sesuatu yang dikira semacam meyentuh
peribadi seseorang, apatah lagi peribadi seorang menteri pusat. Namun apabila
terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Salleh Said Keruak, seorang menteri
dari kabinet DS Najib Tun Razak berkaitan dengan berita yang dipetik dari The
Wall Street Journal mengenai wang IMDB 2.6billion milik akuan 2.6 DS Najib,
telah menyebabkan aku merasa amat bersalah pada diri aku sekiranya aku tidak
memberikan komen dan pendapat peribadi.
Amat
bersalah dan ‘berdosa’ rasanya sekiranya aku tidak ‘terlibat’ dalam usaha untuk
memperkatakan mengenai ‘kepincangan’ yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan
Malaysia kini. Sekurang-kurangnya ‘tercatat’ juga agaknya dalam sejarah
Malaysia nanti bahawa ada jugalah ‘manusia kerdil’ disamping jutaan rakyat
Malaysia lain di negara ini yang merasa amat tidak puas hati dnegan keadaan
pentadbiran negara kini.
Telah
amat jelas kelihatan bahawa sepanjang ingatan aku tidak pernah lagi berlaku
dalam sejarah di negara ini dimana rakyat jelata begitu ‘gelisah’ dalam negara
yang dikatakan aman dan makmur ini. Walaupun kelihatan agak tenang namun kata
peribahasa Inggeris, ‘still water runs deep’. Kata datuk nenek kita dulu, air
tenang jangan disangkakan tiada buaia” Sememangnya kelihatan rakyat agak tenang
dan mungkin sudah begitu agaknya lumrah rakyat Malaysia yang terkenal dengan
sikap penyabar dan sanggup menghadapi kemelut dengan berhemah dan tenang. Bukan
sahaja orang Melayu yang bersikap begitu, tetapi nampaknya golongan bukan
Melayu pun sudah ‘terserap’ dalam budaya orang Melayu yang bersikap sabar dan
tenang.
Apakah
sikap sedemikian akan berubah kepada keadaan sebaliknya pada suatu ketika nanti
tidak dapatlah aku pastikan.
Aku
tertarik dengan kenyataan YB Salleh Said Keruak yang tersiar dalam akhbar The
Star bertarikh 19 Februari 2016 diatas jodol, ‘Salleh said: WSJ making baseless
allegations again’. Selanjutnya beliau menyatakan,
“It was
clearly proven that no offence had taken place. It also shows that the Prime
Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) is clean from all the allegations thrown
at him…Right now, a foreigner is making those allegations based on tampered
documents that came from questionable sources….What is the motive? Why are they
trying to interfere in the country's administration? Of course they have their
own agenda," he said in his speech at a book launch here Friday”
Yang menghairankan aku ialah ‘benang
basah’ yang macam mana yang hendak ditegakkanya?’ Apakah beliau tidak terfikir
bahawa kenyataan beliau itu pasti akan ditertawakan oleh ramai orang,
termasuklah ahli-ahli UMNO dibawah pimpinannya di Sabah. Mungkin. Dan yang
menghairankan aku dan rakyat Malaysia seolah-olah para menteri (terutamanya
yang berasal dari Sabah) sudah hilang malu dan aib apabila bertindak ’membenar
dan menyokong’ apa yang dilakukan oleh DS Najib khususnya yang berkaitan dengan
persoalan IMDB.
Rakyat tahu bahawa mengikut Peguam
Negara Malaysia, tidak ada cacat celanya tindakan DS Najib Tun Razak yang
berkaitan dengan akaun peribadi yang berjumlah RM 2.6 billion itu. Lantas
Peguam Negara “ke hulu ke hilir’ cuba mempertahan kenyataannya itu. Ada yang
percaya tetapi sebahgian besar tidak yakin dengan penjelasan beliau. Dan beliau
tentulah tidak boleh menyalahkan golongan rakyat yang tidak yakin dengan
penjelasan itu. Itu adalah persepsi rakyat terbanyak. Rakyat tak mahu percaya.
Dan seingat aku juga tidak pernah
lagi berlaku dalam sejarah Malaysia dimana tindakan seorang Peguam Negara dipersoalkan oleh rakyat. Malah rakyat
sentiasa menyanjungi apa saja yang tindakan yang dilakukan oleh pihak yang
bijaksana dalam hal perundangan negara itu. Puas aku ‘menyelongkar’ sejarah
Malaysia, kalau-kalau pernah ada rakyat di negara ini yang mempersoalkan
tentang tindakan Peguam Negara terdahulu. Tidak ada. Baru kali ini kelihatan
yang tindakan Peguam Negara disangsikan. Salahkah rakyat mempersoalkan tindakan
yang dirasakan tidak berapa betul itu? Apakah rakyat akan dikenakan tindakan
undang-undang kerana merasa sangsi terhadap keputusan seorang Peguam Negara?
Aku tidaklah pula menyokong secara
melulu apa yang disuarakan oleh akhbar The Wall Street Journal itu. Aku pun
membaca dan menilai sesuatu laporan kahbar berdasarkan pembacaan yang aku
rasakan agak kritikal juga. Dan dengan berbagai bukti yang dikemukakan oleh WSJ
itu meyakinkan aku (setakat ini) bahawa semacam ada yang tidak kena berlaku
kepada akaun RM 2.6 billion milik DS Najib itu. Laporan itu mengarahkan kepada
wang sedemikian bukan disumbangkan oleh mana-mana penderma dari negara timur
tengah.
Sehingga kini belum lagi ada
tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak peguam DS Najib berkaitan
dengan laporan WSJ itu. Maka sekiranya tidak ada tindakan undang-undang, selagi
itulah rakyat Malaysia meyakini bahawa apa yang diperkatakan oleh akhbar
berkenaan dan akhbar-akhbar luar negara lain adalah betul belaka. Sepatutnya
para peguam di Malaysia sudah mengambil tindakan awal kerana laporan akhbar
luar negara itu amat memalukan negara Malaysia disebabkan ‘arang’ yang
tercontng di muka Perdana Menteri negara ini.
Dan seharus dan sepatutnya para
menteri kabinet ‘mendiamkan diri’ buat seketika. Walaupun ada perasaan simpati
anda terhadap keadaan yang menimpa DS Najib, adalah lebih baik para pemimpin
dari UMNO memerhatikan sahaja keadaan berlaku sepertimana kata peribahasa
Inggeris, ‘ silence is golden’. Tak guna lagi para ‘penyokong tegar’
mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sudah semacam tidak ramai lagi rakyat
Malayisa yang yakin dengan apa saja kenyataan ‘pembelaan’ yang dikeluarkan.
Seingat aku, tidak pernah lagi
berlaku dalam sejarah Malaysia kemelut ‘sehebat’ ini berlaku kepada negara dan
rakyat Malaysia tercinta.
abuhassanadam
20
Februari 2016
Saya sebagai rakyat marhean semakin meluat & bosan dengan polemik 1MDB & RM2.6billion. Secara jujurnya saya dan majority rakyat yang sefrekuensi dengan saya menolak semua hujah pembelaan yang sangat meragukan berdasarkan rentetan-rentetan peristiwa berlaku dalam negara berkaitan isu 1MDB & RM2.6billion. Isu utama sebenarnya adalah berkenaan INTERGRITI & KETELUSAN. Segala kepincangan demi kepincangan yang berlaku tidak boleh berlaku secra KEBETULAN semata-mata. Cukuplah rakyat disogokkan dengan fakta-fakta BODOH!!!
ReplyDeleteKenyataan YB Salleh Keruak, memang sah diperketawakan oleh masyarakat dunia...hahahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete