ORANG MELAYU KENA PANDAI CAKAP ‘ORANG PUTIH’!..
Pesan arwah bapak aku,
‘ orang Melayu kena pandai cakap ‘orang putih’. Malah kata-katanya itu
diucapkan ratusan kali semenjak negara sebelum merdeka lagi. Maknanya sebelum
tahun 1957 arwah sudah mula berkempen kepada orang kampung supaya menghantar
anak mereka belajar di sekolah Inggeris. Dan dia ‘kotakan’ apa yang dia kata. Dia
sekolahkan aku dan adik perempuan aku di sekolah orang putih.
Kadang-kadang
bila aku merenung kembali tentang tindakan arwah bapa aku menghantar aku dan
adik aku belajar di sekolah Ingeris, aku merasa hairan. Bapak aku sentiasa
mengatakan bahawa dia lebih yakin kepada sekolah Inggeris. Lantas beliau
bertindak menghantar kami ke sekolah Inggeris walaupun pada ketika itu ( tahun
1950an) tidak ada lagi orang kampung aku yang berbuat demikian. Masing-masing
‘takut’ kalau anak-anak mereka memeluk agama Kristian!
Bapak
aku kelulusan sekolah Arab. Begitu juga arwah ibu ku. Tetapi yang menyebabkan
aku hairan ialah mengapa beliau bertindak sedemikian rupa, sehinggakan saat
beliau hendak ‘meninggalkan’ kami pun, beliau masih berpesan agar anak-anak aku
(cucu-cucunya nanti) dihantar ke sekolah
Inggeris. “Mesti pandai cakap orang putih” pesannya. Ribuan kali diucapkannya
sepanjang hayatnya.
Kini
semacam aku mula menghayati kata-katanya itu ia itu tentang kepentingan Bahasa Inggeris, ia itu
setelah aku terlibat dengan banyak seminar dan berbagai conference yang telah
aku hadiri di luar negara. Barulah aku sedar tentang besarnya sumbangan bapak
aku yang menghantar aku ke sekolah Inggeris dulu yang membolehkan aku
berkomunikasi dengan bangsa lain menggunakan bahasa Inggeris. Sekiranya aku
tidak tahu berbahasa Inggeris maka kehadiran aku di setiap seminar dan
conference yang dihadiri tentulah tidak lebih daripada usaha memanaskan kerusi
dan tentulah tidak ada sumbangan yang dapat diberikan.
Itulah
keadaan yang dialami oleh para pegawai Malaysia yang tidak fasih berbahasa
Inggeris ketika menghadiri persidangan antarabangsa. Pastinya mereka tidak
dapat memberikan sumbangan yang bermakna, dan boleh dikatakan tidak langsung
‘bersuara’ kerana tidak boleh menyampaikan apa saja buah fikiran dalam Bahasa
Inggeris.
Hakikat
bahawa ramai pegawai kerajaan (khususnya pegawai Melayu) yang tidak fasih
berbahasa Inggeris harus diakui. Dan yang paling menyedihkan lagi bagi negara Malaysia
ialah begitu ramai antara para menteri kita yang tidak yakin apabila
menggunakan Bahasa Inggeris walaupun berkelulusan dari University luar negara.
Dan kita ragu-ragu dengan kemampuan mereka menghujjah tentang sesuatu isu yang membabitkan negara sekiranya mereka
tidak dapat menyampaikan buah fikiran mereka dengan berkesan.
Aku
tentulah teringat akan keadaan negara Malaysia ketika dibawah pimpinan para
pemimpin yang berkeliber dan fasih berbahasa Inggeris. Kita dapat lihat
bagaimana pentadbiran negara terdahulu yang dipimpin oleh Tun Mahathir, DS
Anwar Ibrahim, TS Rafidah Aziz dan lain-lain yang sememangnya hebat berbahasa
Inggeris.
Pada
ketika itu negara Malaysia amat dihormati di luar negara. Di mana saja pemimpin
negara kita pergi dan menghadirkan diri sentiasa dihormati dan disanjung
tinggi. Samada di World Economic Forum di Davos Switzerland atau pun di
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun di UNESCO Paris, para pemimpin dan
pegawai kita sentiasa ‘walking tall’. Malah DS Anwar Ibrahim pernah dipilih
sebagai Presiden UNESCO pada tahun 1992.
Aku
mula memberanikan diri memeperkatakan hal yang amat sensitif ini ialah apabila
Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satem terang-terang mahu menitikberatkan
penggunaan Bahasa Inggeris di Sarawak. Aku mula berani apabila TS Rafidah Aziz
menampakkan ‘belangnya’ apabila beliau menyatakan bahawa ‘ speaking in English
doesn’t make me less nationalistic’ (Malay Mail Onlne 18 February 2016). Beliau
seterusnya menceritakan suatu ‘kisah’,
““How do we manage interacting with the
private sector if we can’t converse in English, let alone write? I had people
writing ‘benchmarking’, putting it as ‘benchmaking…We should look at equipping
the young as assets of the country. When they have full command of English,
that can take them anywhere in the world; it doesn’t make them less
nationalistic”
Memberikan
penekanan kepada Bahasa Inggeris bukan bererti kita mengenepikan Bahasa Melayu.
Tidak sekali-kali. Dan telah pun ‘termeteri’ dalam perlembagaan negara bahawa
Bahasa Melayu adalah sebagai Bahasa Kebangsaan. Maknaanya tidak akan hilang
Bahasa Melayu dari bumi Malayisa yang bertuah ini. Tetapi persoalannya ialah
Bahasa Melayu belum lagi dapat dijadikan bahasa antarabangsa seperti Bahasa
Melayu yang menjadi Lingua Franca di kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan 16
dahulu dimana para pedagang dari Arab atau India atau China menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perdaganngan.
Bukan tidak
pernah Bahasa Melayu berada di kedudukan sehebat itu. Tetapi sebagaimana kata
datuk nenek kita, ‘sekali air bah, sekali pasir berubah’. Bahasa Inggeris telah
menjadi bahasa perantaraan di seluurh dunia kini. Puas bangsa Perancis cuba
mengenengahkan Bahasa Perancis di arena antarabangsa, namun Bahasa Inggeris
tetap digunakan. Dan mahu tidak mahu samada Perancis atau Jepun atau orang Cina
terpaksa mempelajari bahasa Inggeri demi untuk kemajuan bangsa mereka.
Menggunakan
Bahasa Inggeris tidak bererti bahawa kita mendewa-dewakan Bahasa Inggeris.
Namun bagi aku Bahasa Inggeris adalah seperti ‘ruyung’ bagi mendapatkan ‘sagu’.
Untuk memperolehi ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang terpaksa tahu
menggunakan bahasa Inggeris kerana kebanyakan buku-buku ilmiah di dunia ini
ditulis dalam bahasa Inggeris. Dan tidak pula aku mengatakan bahawa hanya
menggunakan Bahasa Inggeris saja baru kita memperolehi ilmu pengethuan. Tidak
pula begitu.
Gunalah bahasa apa
pun asalkan ilmu dapat diperolehi. Cuma sehingga kini Bahasa Inggegerislah
sebagai bahasa yang digunakan untuk mengetuk gedung ilmu yang ada.
Dan bangsa
Malaysia, khususnya orang Melayu terpaksa ‘berjalan seiring’ sekiranya kita
mahu terus maju.
abuhassanadam
22 Februari 2016
Assalam,
ReplyDelete"Bahasa Inggerislah sebagai bahasa yang digunakan untuk mengetuk gedung ilmu yang ada" Tidak tepat. Kenapa tidak bahasa al-quran? Ilmu semuanya ada dalam al-quran. Sepatutnya orang Islam telah lama maju kerana Allah telah turunkan al-quran sebagai pedoman hidup.
Pepatah Melayu mengatakan "Bahasa itu jiwa bangsa". Jika tiada bahasanya maka tiada bangsanya. Orang Jepun, Korea, Rusia, Perancis, berapa ramai yang fasih berbahasa inggeris? Kenapa mereka boleh menyumbang kepada dunia? Mereka menyumbang idea mereka di forum antarabangsa dengan bahasa mereka. Kenapa kita tidak boleh buat? Jawapannya, kerana kita malu dengan bahasa kita sendiri. Kita masih lagi menganggap hanya bahasa inggeris sahaja bahasa ilmu. Sampai bila? Kenapa kita tidak letak bahasa kita sendiri sebagai bahasa ilmu? Sudah lebih 50 tahun merdeka, masih lagi fikiran dijajah. Sampai bila-bila pun bangsa kita tidak akan maju selagi kita menganggap bahasa bahasa inggeris untuk maju. Ketahuilah tuan, sejarah menunjukkan sebuah bangsa itu akan maju apabila bahasanya maju.
Maka pelajarilah bahasa al-quran dan majukan bahasa kita sendiri. InsyaAllah bangsa kita akan maju seperti apa yang ditunjukkan oleh sejarah.
Sdr Azhar
Delete1.Pada era kini kita tidak boleh memandang leceh dengan Bahasa Inggeris kerana kini bahasa ini diguna secara luas dalam bidang :-
a. Diplomasi antarabangsa, contoh isu program nuklear Iran berjaya dicapai melalui bahasa Inggeris.
b. Pencapaian penyelidikan terkini dalam bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa Inggeris
c. Kalu kita fasif dan menguasai bahasa Inggeris perspektif kita terhadap dunia ada sedikit berbeza.
d. Bahasa Inggeris digunakan negara maju seperti di AS, United Kingdom, Australia dan banyak negara lagi di Eropah. Negara Jepun, China, Korea Selatan kini berlumba nak ajak rakyatnya menguasa bahasa ilmu dan juga bahasa kolonial.
2. Sdr mungkin merumus bahawa Al Quran tu bahasa ilmu. Qiran tu adalah kompilasi 6,000 ayat/ surah yg diturunkan 1400 dulu, ia banyak menyaran manusia kendali cara hidup atau adeen. Dalam Quran mungkin sarat menganjurkan manusia itu cari cara hidup adeen yg terbaik. Dalam Quram tiada magna korpus ilmu yg ditulis secara sistematik mengenai apa saja bidang ilmu seperti perubatan, astronomi, pertanian, internet, gelombang graviti, perikanan, seksologi dan sebut saja bidang ilmu yg manusia kini terokai.
Sdr Azhar
Delete1.Pada era kini kita tidak boleh memandang leceh dengan Bahasa Inggeris kerana kini bahasa ini diguna secara luas dalam bidang :-
a. Diplomasi antarabangsa, contoh isu program nuklear Iran berjaya dicapai melalui bahasa Inggeris.
b. Pencapaian penyelidikan terkini dalam bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa Inggeris
c. Kalu kita fasif dan menguasai bahasa Inggeris perspektif kita terhadap dunia ada sedikit berbeza.
d. Bahasa Inggeris digunakan negara maju seperti di AS, United Kingdom, Australia dan banyak negara lagi di Eropah. Negara Jepun, China, Korea Selatan kini berlumba nak ajak rakyatnya menguasa bahasa ilmu dan juga bahasa kolonial.
2. Sdr mungkin merumus bahawa Al Quran tu bahasa ilmu. Qiran tu adalah kompilasi 6,000 ayat/ surah yg diturunkan 1400 dulu, ia banyak menyaran manusia kendali cara hidup atau adeen. Dalam Quran mungkin sarat menganjurkan manusia itu cari cara hidup adeen yg terbaik. Dalam Quram tiada magna korpus ilmu yg ditulis secara sistematik mengenai apa saja bidang ilmu seperti perubatan, astronomi, pertanian, internet, gelombang graviti, perikanan, seksologi dan sebut saja bidang ilmu yg manusia kini terokai.
Saudara Azhar,
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan. Saya pun ada mengatakan,"Gunalah bahasa apa pun asalkan ilmu dapat diperolehi'.
Pak Abu
Setuju dengan penulisan pak abu.
ReplyDeleteBahasa Al Quran ada lah bahasa yang paling agong. Tidak boleh di nafikan.
Isu di sini adalah untuk memperolehi ilmu yang yang dimiliki oleh mat saleh. Mereka lebih maju dari bangsa melayu. Justeru perlu lh mempelajari bahasa mereka jika ingin memperolehi ilmu mereka.
Saudara Uncle Ramly, Four Wire, Azhar,
ReplyDeleteSaya amat bangga dengan kehadiran saudara-saudara semua. Teruskan polemik yang bermakna itu. Berdebat dan berhujahlah dengan hati dan perasaan terbuka. Percambahan fikiran sememangnya digalakan dalam Islam dan dalam budaya masyarakat lain juga.
Pak Abu