‘NOHIN’
Mungkin
ramai yang tidak tahu atau tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan ‘nohin’.
Ini istilah orang negeri Perak. Dan mungkin ramai juga anak Perak tidak tahu
makna ‘nohin’, terutama golongan muda dan kanak-kanak. Mungkin juga di setengah
kawasan dan daerah di Perak tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘nohin’.
Ini bahasa yang selalu digunakan oleh Opah aku, ‘orang lama’ – golongan zaman
Sultan Alang Iskandar.
Opah
aku selalu gunakan perkataan ini. Dalam bahasa orang sekarang ‘nohin’ itu
bermakna ‘buat tak tahu’. Contoh ayat: ‘ setelah dinasihatkan beberapa kali
supaya jangan mencuri buah Rambutan Pak Alang Berahim, Kulup masih ‘nohin’ dan
tidak mempedulikan nasihat yang diberikan’. Maknanya Kulup terus buat tidak
peduli nasihat yang diberikan oleh sesiapa pun. Kulup buat ‘nohin’ sahaja.
Aku
terpanggil untuk menulis coretan yang tidak sepertinya ini berpunca daripada
situasi dalam negara kini yang mana para pemimpin negara adalah seperti Kulup
yang aku jelaskan sebelum ini. Nohin. Tidak peduli apa yang ditegur oleh
rakyat. Tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu tentang kemarahan dan kebencian
rakyat terhadap tindakan yang mereka lakukan. Sebenarnya rakyat sudah cukup
marah dan cukup benci terhadap tindakan dan perangai kebanyakan pemimpin negara
kini.
Mustahil
para pemipin negara kini (kalau boleh lagi dipanggil pemimpin!! ) tidak tahu dan sedar yang rakyat sudah cukup marah
dan benci terhadap tindakan mereka yang bersifat amat buruhk dan keji di mata
masyarakat Malaysia. Bilangan mereka yang bersifat buruk sudah semakin hari
semakin ramai dan malangnya pula adalah terdiri dari pemimpin yang berbangsa
Melayu (seperti aku ). Mereka tahu dan
sedar yang rakyat amat benci terhadap tindakan mereka namun mereka buat ‘nohin’
dan tdak mempedulikan teguran dan celaan rakyat.
Hampir
seluruh akhbar terkemuka dunia mengkritik tentang IMDB, tentang jumlah wang
yang begitu besar tersimpan dalam akaun DS Mohd Najib, Perdana Menteri kita.
Peguam Negara mengatakan bahawa tidak ada ‘kesalahan’ dari pihak DS Mohd Najib
dalam hal sedemikian. Namun akhbar-akhbar luar negara terus menerus membongkar
dan mendedahkan berbagai perkara ‘buruk’ berkaitan dengan IMDB dan penglibatan
DS Mohd Najib. Aku terpaksa yakin dan percaya tentang pendedahan yang dibuat
oleh akhbar-akhbar berkenaan kerana tidak ada langsung penafian yang dibuat
oleh pihak pemerintah negara kita. Ada kononnya usaha untuk mendakwa Wall
Street Journal tetapi senyap sesepinya selepas itu.
Ada
penjelasan yang diberikan oleh beberapa orang menteri kabinet Malaysia tentang
wang RM 2.6 billion yang dimiliki oleh DS Mohd Najib itu. Ada penjelasan yang
diberikan oleh Peguam Negara tentang wang tersebut. Namun penjelasan yang
diberikan didapati bercanggah pula antara satu penjelasan dengan penjelasan
lain. Ibarat kata orang kampung aku, ‘cakap pagi tak boleh pakai petang’.
Yang
menghairankan rakyat Malaysia kini ialah tentang pemimpin negara yang
mengamalkan sikap ‘nohin’. Mereka tak peduli apa rakyat kata. Rakyat marah ke
atau rakyat benci ke, mereka tidak peduli. Mereka semacam mengamalkan ‘muka
tebal’. Mereka ters menerus mengamalkan apa yang mereka sentiasa ‘amalkan’. Kehidupan
mereka terus menerus amat ‘mewah’. Diukur dari pendapatan yang mereka perolehi,
jelas yang mereka tidak ‘mengukur baju untuk badan sendiri’. Mereka tidak
peduli apa rakyat akan kata. Mereka buat ‘nohin’.
Dalam
keadaan kerajaan menyeru supaya rakyat berjimat cermat, para pemimpin politik
Barisan Nasional terus menerus ‘berpesta’ dan ‘berhibur’. Seolah-olah kelihatan
anak-anak dan kaum keluarga mereka menikmati laba yang begitu besar, hasil dari
wang ‘rompakan’ seperti mana yang digambarkan oleh P.Ramlee dalam ceritanya,
‘Ali Baba Bujang Lapuk’. Rakyat mencerca mereka dan mengutuk tindakan mereka
yang sedemikian. Namun mereka buat ‘nohin’. Mereka tak peduli. Ibaratnya mereka
akan kata, ‘ nak kata, katalah..apa aku peduli..”
Apakah
golongan yang bergelar pemimpin (dari Barisan Nasional) dan seorang dua dari
PAS ini begitu yakin bahawa tidak ada langsung penyelewengan dalam IMDB
sehinggakan mereka tidak langsung menyuarakannya bagi pihak rakyat yang
diwakili oleh mereka. Tidak kedengaran langsung ‘suara’ mereka di parlimen yang
mempersoalkan tentang IMDB semacam mulut mereka sudah ‘tersumbat’ dan tidak
terkeluar langsung suara-suara dari mulut mereka.
Kadang-kadang
aku hairan juga tentang sikap yang ditunjukkan oleh ahli parlimen kerajaan ini.
Apakah mereka tidak membaca dan tidak menganalisis langsung tentang
berita-berita luar negara yang memaparkan tentang penyelewengan IMDB. Apakah
para wakil parlimen kita sudah ‘tersumbat’ juga telinga mereka dari mendengar
dan ‘tertutup’ mata mereka dari membaca hal-hal mengenai IMDB. Ataupun sengaja
mereka buat ‘nohin.
Sampai
bila agaknya pemimpin-pemimpin negara ini bersikap ‘NOHIN’?
abuhassanadam
11 Februari 2016
Salam Pak Abu,
ReplyDeleteSaya agak 'nohin' ni asalnya adalah dari perkataan inggeris - 'No Hint'. Maklumlah, kita dah lama dijajah jadi terdapat banyak istilah asing yang dimelayukan. (Teringat Gerotak Iskandar Bridge..hehe)
Saudara Kamal,
ReplyDeleteSaya setuju. Saya teringat pada perkataan Inggeris ini setelah selesai menyiapkan artikel berkenaan. Walau bagaimana pun terima kasih atas sumbangan demikian.
Pak Abu
Salam Pak Abu,
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan artikel ini. Kalimah yang sering dipalu seperti " Kami mendengar segala denyut nadi dan keluh kesah rakyat" hanyalah retorik semata-mata. Lihatlah realitinya hari ini rintihan rakyat hanya dibuat NOHIN oleh pemimpin-pemimpin ini.