KENYATAAN TUN 'MENGUNCI' MULUT PEMBANGKANG
Hasrat kumpulan pembangkang
yang sentiasa menjaga ‘tepi kain orang
lain’ hancur berkecai apabila Tun Mahathir ‘menjatuhkan hukuman’ dengan
menyatakan, ‘“…The one that will determine (me as
prime minister) is the Harapan Presidential Council. We (Harapan's presidential
council) will decide’ sebagai mengulas berbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh
berbagai pihak yang mahukan beliau melanjutkan tempoh perkhidmatanya sebagai
Perdana Menteri sehingga menjelang pilihanraya ke 15.
Tentulah ramai yang terkedu dengan
kenyataan sedemikian terutamanya ‘tokoh-tokoh’ yang sentiasa ‘berjuang’ untuk
meneruskan perkhidmatan Tun mahathir sebagai Perdana Menteri agar mereka dapat
‘menumpang’ tuah yang dilimpahkan. Kini dengan kenyataan sedemikian telah
menghancur-punahkan harapan golongan ‘cari makan’ daripada keadaan sedemikian.
Tentulah anih keadaan apabila
diperhatikan sebelum ini ada ‘tokoh-tokoh’ tertentu yang tidak semena-mena
mengeluarkan kenyataan agar perkhidmatan Tun Mahathir terus dilanjutkan
sehingga tamat. Sedangkan mereka tahu bahawa peralihan kuasa kepada DS Anwar
Ibrahim itu mereka tahu. Dan yang peliknya ‘tokoh’ berkenaan bukannya pemimpin
rakyat atau pun ahli parlimen ataupun tokoh NGO yang dihormati tetapi dengan
cara dan lagaknya mengeluarkan kenyataan sebagai seorang tokoh yang berkeliber
yang terang-terang mahu menyekat DS Anwar Ibrahim menggantikan Tun Mahathir
sebagai Perdana Menteri ke Lapan. Kini dengan kenyataan yang dihamburkan oleh
PM, akan dapat melenyapkan segala tohmahan-tohmahan yang mungkin ‘menyesatkan’
setengah anggota masyarakat di Malaysia.
Yang tambah pelik dan ajaibnya ialah
tentang kemunculan golongan pembangkang (ahli UMNO dan PAS) yang begitu gah dan
megah menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir agar meneruskan perkhidmatan
sebagai Perdana Menteri sehingga selesai. Persoalannya ialah apakah ahli
parlimen sedemikian tidak tahu dan tidak faham prosedur lantikan seorang
Perdana Menteri sehinggakan seolah-olah mereka menentukan pelantikan
sedemikian. Apakah sebagai golongan pembangkang mereka tidak tahu ‘limitations’
yang mereka ada. Dan tidakkah golongan ini sedar dan peka bahawa mereka adalah
golongan pembangkang dan tidak langsung ada kena mengena dengan lantikan dalam
kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Harapan. Apakah bisa yang ada pada mereka
untuk menentukan sebarang lantikan dalam kepimpinan Pakatan Harapan. Tidak ada.
Tidak relevan langsung.
Mengulas lanjut tentang isu begini
ialah DS Anwar Ibrahim yang dipetik dari akhbar ‘The Star’. Anwar also dismissed
as “irrelevant” the Opposition support for Prime Minister Tun Dr Mahathir
Mohamad to serve a full term, saying that leadership transition matters should
be decided by the Pakatan Harapan presidential council’.
Kenyataan DS Anwar Ibrahim dan TS
Muhyiddin Yassin adalah selari dan apatah lagi diperkukuhkan oleh kenyataan
yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir sendiri. Hendaknya tentulah tidak timbul
lagi ‘cakap-cakap’ yang berupa hasut menghasut dan mengadu-domba yang
semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan memecahkan perpaduan dalam Pakatan
Harapan yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dalam
negara ekoran dari ‘bencana’ yang ditinggalkan oleh kepeimpinan kerjaan Barisan
Nasional yang terdahulu.
Kenytaan Tun Mahathir ini tepat dan sesuai dengan masa ketika
negara sedang bersedia mengahadapi pilihanraya di Teluk Piai. Pembangkang
pastinya terkedu dan terdiam dengan isu peralihan kuasa Tun Mahathir- DS Anwar
Ibrahim. Mungkin pihak pembangkang khususnya PAS dan UMNO sudah amat bersedia
‘mengasah’ hujjah untuk ‘menyembelih’ Pakatan Harapan dengan isu peralihan
kuasa. Kini mulut mereka telah tertutup dan rakyat pastinya amat memahami dan
akan terus menyokong Pakatan Harapan dalam pilihanraya itu nanti.
Para pemimpin tertinggi UMNO dan PAS
eloklah tidak usah menjaga ‘tepi kain orang lain’ dengan isu yang kadang tidak
langsung ada kena mengena dengan parti pimpinan mereka. Jagalah ‘persahabatan’
yang telah terbina itu dan elakkan daripada ‘pisang berbuah dua kali’. Keadaan
perpecahan ini pernah berlaku pada tahun 1977.
Majalah ‘ASIAWEEK’ bertarikh
November 18, 1977 menyatakan,
“ The Barisan Nasional. an 11-party
alliance that governs Malaysia at both federal and state levels, is facing its
biggest crisis since its formation nearly five years ago. This week, the
withdrawal of the country’s second biggest Malay party, the P.M.I.P (PAS)
became all but inevitable when five of its six office-holders in the Federal
Government quit their post. They resigned because of a decision to impose
federal rule on Kelantan, which the P.M.I.P (PAS) has run since 1959”.
Para penyokong UMNO dan PAS
seharusnya faham dan mengenang kembali peristiwa berkenaan.
abuhassanadam
28
Oktober 2019
No comments:
Post a Comment