KERJASAMA UMNO-PAS-MCA DI TANJUNG PIAI
Awal-awal
lagi sudah menampakkan kerjasama antara UMNO-PAS-MCA terburai dan begitu juga
dengan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional. Tidak mudah menyatukan parti-parti
yang berlainan fahaman dan perjuangan dalam satu wadah untuk memperjuangkan
sesuatu. Di atas kertas memang senang tetapi apabila cuba dilaksanakan akan
menempuh berbagai halangan dan masalah.
Tanjung
Piai akan menguji banyak perkara terutama yang membabitkan parti UMNO dan PAS.
Pada peringkat kepimpinan tertinggi sememangnya kelihatan semuanya OK tetapi di
peringkat bawahan akan terus bercakaran antara satu sama lain. Ibarat itik yang
sedang berenang di air tenang. Di permukaan air sememangnya kelihatan tenang,
diselang seli dengan ‘gelak ketawa’ tetapi dalam air sebenarnya mereka
bercakaran antara satu dengan yang lain.
Begitulah
ibaratnya keadaan yang berlaku di Tanjung Piai kini antara UMNO dan PAS dan
antara UMNO dan MCA. Puncanya ialah ketiadaan pemimpin yang berkeliber seperti
kepimpinan Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim. DS Zahid Hamidi cuba menjadi
pemimpin yang menyatukan UMNO dan PAS tetapi tidak harus dilupakan bahawa
beliau sendiri terpalit dengan berbagai skandal rasuah. Walaupun belum
dibuktikan bersalah tetapi kebiasaanya manusia yang bernama “Melayu’ akan
terpengaruh juga dengan peribahasa yang mengatakan bahawa, ‘takkanlah pokok
bergoyang jikalau tidak ada angin yang meniupnya’. Dan peribahasa orang putih
juga berkata, ‘ there is no smoke without fire’.
Belum
apa-apa lagi sudah menampakkan keretakan dalam kesatuan UMNO-MCA-PAS terutama
dalam menentukan calon yang akan bertanding dalam PRK Parlimen Tanjung Piai.
Dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bahawa ahli UMNO memboikot majlis
pengumuman calon Barisan Nasional PRK Parlimen Tanjung Piai, DS Wee Jeck Seng.
Dari tinjauan oleh Berita Harian mendapat hampir 90 peratus kehadiran di Rumah
UMNO adalah dalam kalangan ahli MCA. Membuktikan ‘tidak sebulu’nya kepimpinan
dalam BN dalam menentukan calon. Belum apa-apa lagi sudah bertelagah dan keadaan
ini diperhatikan oleh pengundi dan memberi impak juga keputusan pilihanraya
nanti.
Itu
baru antara UMNO dan MCA. Bagaimana pula persefahamannya nanti antara MCA dan
PAS. Setelah bertautnya PAS dan UMNO, dan intimnya UMNO dengan MCA, maka PAS secara
naturalnya ‘bertaut’ juga dengan MCA. Apakah ahli PAS diperingkat bawahan
membenarkan keadaan sedemikian berlaku. Sedangkan kerjasama PAS dan UMNO pun
masih ramai ahli UMNO dan PAS peringkat akar umbi yang masih meragui kerjasama
sedemikian, inikan pula kerjasama antara PAS dengan MCA?
Pastinya
akan memeningkan kepala kepimpinan tertinggi parti UMNO, PAS dan MCA. Dan yang
paling merunsingkan mereka pastinya dalam keadaan negara yang diledak oleh
media sosial. Tidak ada satu perkara yang boleh disembunyikan kini berbanding
dengan keadaan zaman lampau sebelum ledakan media sosial dan internet. Paling
merunsingkan kepimpinan kini ialah kenyataan-kenyataan liar yang pernah
dilafazkan oleh pemimpin mereka ketika bermusuhan antara satu dengan lain pada
suatu ketika dulu. Kini mula ‘dikorek’ dan diketengahkan
Paling
merunsingkan sekiranya dikemukakan soalan yang berkaitan dengan persoalan Islam
dan bukan Islam. Apakah hukumnya kerjasama erat antara pemimpin Islam (PAS)
dengan pemimpin yang bukan Islam (MCA). itu persoalan pokok yang mesti
diselesaikan. Pasti ramai akan mengatakan ‘dulu lain kini lain’
Pemimpin
PAS dan UMNO sebenarnya terpengaruh dengan sindrom ‘syok sendiri’. Kepimpinan
tertinggi UMNO-PAS sebenarnya tidak dapat merasakan ‘denyut nadi’ ahli akar
umbi samada dari UMNO mahu pun PAS. Betul lah mereka boleh bergelak ketawa dan
bergurau senda dihadapan camera namun mereka tidak tahu perasaan golongan di
bawah yang masih terasa ‘pahit maung’nya ketika ‘bermusuhan’ suatu ketika
dahulu. Tentlah tidak mudah untuk menghilangkan perasaann dendam kesumat
sedemikian.
Dan
di PRK Tanjung Piai inilah akan teruji kehebatan pemimpin-pemimpin UMNO-PAS-MCA
dalam menangani masalah rumit yang dihadapi. Aku yakin bahawa BN tidak sukar
menghadapi calon PH disebabkan rakyat sudah mula meragui kepimpinan PH kini terutamanya
adanya menteri-menteri yang tidak menampakan kehebatan dalam melaksanakan
tugas. Ada diantaranya yang gairah untuk melaksanakan kereta terbangnya dan ada
juga menteri yang sibuk dengan kasut hitamnya dan ada juga menteri yang
sepatutnya membantu rakyat luar bandar tetapi masih berdiam diri dan ‘berkhayal’.
Rakyat
juga terpengaruh dengan cakap-cakap yang meragui kedudukan DS Anwar Ibrahim
samada berjaya menjadi Perdana Menteri ke Lapan atau sebaliknya. Rakyat
Malaysia memberikan kemenangan dalam PRU 14 kepada Pakatan Harapan disebabkan
untuk menewaskan Barisan Nasional dan untuk memberi laluan kepada DS Anwar
Ibrahim memimpin negara ini setelah negara diselamatkan oleh Tun Mahathir. PH harus
bijak mengatur strategi menghadapi PRK Tanjung Piai ini. Tun Mahthir dan DS
Anwar Ibrahim tentu lebih arif dalam menetukannya.
abuhassanadam
31 Oktober 2019
No comments:
Post a Comment