Thursday, December 14, 2023

 

PEMBANGKANG 'SERBA TAK KENA'

Sepintas dapat di lihat bahawa pihak pembangkang semacam 'serba tidak kena' apabila senarai anggota Kabint Malaysia dipersembahkan oleh PMX. Jelas menunjukkan bahawa senarai itu menunjukkan sesuatu yang kredibel yang boleh diharapkan oleh rakyat yang tokoh-tokoh inilah nanti yang akan membawa kemajuan kepada rakyat Malaysia.

Sudah dijelaskan oleh PMX bahawa sekiranya tidak ada halangan yang berat maka senarai pemimpin kabinet inilah yang akan terus menerajui negara ini seingga menjelangnya PRU 16 nanti. Maknanya tidak ada perubahan atau pertukaran ahli kabinet. Itu merupakann sesuatu keadaan yang luar biasa. Dan tidak pernah berlaku lagi (seingat aku!) keadaann semacam itu. Namun memahami tindak tanduk PMX tentu sekali apa saja keadaan memungkinkan berlaku. Keadaan sebeginilah yang amat sukar dimengerti oleh kebanyakan rakyat atau para pemimpin sekali pun.

Kabinet telah dirombak oleh PMX. Tidak banyak perubahan. Hanya V Sivakumar yang digugurkan sementara tokoh-tokoh lain hanya 'perpindahan' dari satu kementerian ke kementerian lain yang bersesuaian dengan tokoh berkenaan yang tentunya difikirkan sesuai oleh PMX. Banyak komen telah didedahkan oleh pengulas politik tentang tokoh mana yang sepatutnya memegang kementerian (mengikut pertimbangan selera mereka - pengulas politik) namun seolah-olah PMX mempunyai cara yang tersendiri dalam menentukan calonnya. Dan mungkin juga ada asas dipertimbangkan oleh beliau cadangan yang dikemukakan oleh pemerhati politik di Malaysia.

Jikalau mahu dikatakan sebagai 'kejutan', maka meletakkan DS Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan Kedua sudah merupakan suatu 'kejutan'. 'Kejutan' yang dimaksudkan itu ialah suatu keadaan yang tidak disangka akan berlaku dan telah berlaku. 'Hampir tidak ada' menteri yang terdahulu yang digugurkan. Yang dilakukannya ialah memindahkan seseorang tokoh dari satu kementerian ke kementerian lain seperti Saudara Gobind Singh Deo, Dr. Dzulkefly Ahmad, and Johari Abdul Ghani. Penyertaan tokoh-tokoh ini hanya semata-mata untuk menguatkan kedudukan pentadbiran PMX dalam mengharungi hari-hari seterusnya.The number of ministers rose by three from 28 to 31, and deputy ministers increased from 27 to 29.

Kewujudan kementerian baru ia itu Kementerian Ekonomi Digital yang dipertanggungjawabkan kepada Saudara Gobind Sing Deo telah mendapat perhatian luar biasa. Walaupun tidak dijelaskannya namun PMX seolah-olah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap pembentukan dan pelaksanaan kementerian ini. Mengapa?

Apakah beberapa contoh ekonomi digital?

Berikut ialah beberapa contoh ketara evolusi ekonomi digital: Permulaan perdagangan digital dan e-dagang. Lonjakan e-dagang -- di mana platform seperti Amazon, Alibaba dan eBay telah mengubah pembelian dan penjualan dalam talian -- telah membentuk semula runcit dan mencipta teknologi dan model perniagaan baharu.

Di Malaysia, untuk mewujudkan ekonomi digital sepenuhnya, beberapa cabaran perlu diatasi. Kekurangan inovasi teknologi baharu, pelanggan baharu, peraturan baharu, ancaman global adalah antara contoh cabaran yang bakal dihadapi dalam mewujudkan ekonomi digital di Malaysia (Leu & Masri, 2019).

Persoalan yang perlu diterokai adalah tentang mengapa PMX seolah-olah begitu menitikberat tentang perkembangan ekonomi digital ini. Perkembangan luar biasa di dunia harus juga dicontohi oleh Malaysia dan Malaysia seharusnya berada bersama, 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negar maju dunia.

Malaysia harus mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dengan mendigitalkan industri dan perniagaan; Membangunkan ekosistem untuk membantu perniagaan kekal bertenaga dan berdaya saing. Itu antara tugas berat dan penting yang harus didepani oleh Saudara Govind Singh Deo.

Apakah mungkin Saudara PMX terpengaruh juga dengan perkembangan di Singapura yang ada kaitanya dengan ekonomi digital? Harus diketahui juga bahawa ekonomi digital Singapura meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 5 tahun.

“Secara keseluruhannya, ekonomi digital Singapura telah berkembang dengan kukuh dan prospek jangka panjangnya kekal positif. Kerajaan Singapura terus komited untuk mengembangkan ekonomi digital yang berdaya saing dan memupuk tenaga kerja berkemahiran teknologi,” kata IMDA.10 Okt 2023

Ekonomi digital Singapura meningkat hampir dua kali ganda dalam 5 tahun - CNBC. Singapura menduduki tempat ketiga dalam ranking global bagi daya saing digital ekonomi, selepas menduduki tempat kelima pada 2021 semasa pandemik Covid-19.1 Dis 2023. Apakah perkembangan di Singapura ini juga mempengaruhi tindakan yang perlu dilakukan oleh Malaysia.

PMX tentu ada jawapannya. 

abuhassanadam

15 Disember 2023



Sunday, November 19, 2023

 


  PMX SEBAGAI 'ANAK JANTAN' MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT PALESTIN

YAB PM merupakan salah seorang dari pemimpin yang lantang menekankan tentang isu di Gaza. Beliau, semasa sesi ini, sekali lagi telah menunjukkan kecaknaan dan pendirian yang teguh terhadap kekejaman dan kezaliman yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestine. Tentulah berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh setengah pemimpin yang semacam ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil takut kesan 'buruk' yang akan menimpa negara mereka. Amat berbeza dengan tindakan yang diambil oleh PMX - "walk the talk'.

Justeru, YAB PM bersama pemimpin-pemimpin dari Brunei Darussalam dan Indonesia telah mengeluarkan kenyataan media bersama untuk memberi gambaran yang lebih tepat dan adil mengenai perbincangan kemanusiaan di Gaza semasa mesyuarat ini. Di negara kita sendiri seolah-olah semacam tidak ada langsung penghargaan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang hususnya tentang apa yang dilakukan oleh PMX itu. Malang sekali!

Ramai pemimpin dunia termasuklah dari Brunaai Darussalam dan Indonesia telah menyatakan kebimbangan tentang penderitaan dan kesan buruk peperangan serta konflik di seluruh dunia. Mereka menyedari bahawa konflik sebegini boleh membawa kesan yang ketara kepada ekonomi global. Mereka juga telah menggesa gencatan senjata segera dan penghentian keganasan di Gaza apabila melihatkan 'keganasan' yang melampau yang dilakukan oleh kumpulan Zionis Israil. Seolah-olah semacamt idak ada hari esok bagi mereka untuh menhapuskan sisa-sisa bangsa Palestin yang mempertahankan tanah air mereka.

PMX tidak lupa akan rakyat Malaysia yang berada di San Francisco bersempena dengan persidangan APEC di sana. Beliau bersama rombongan sempat mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di San Francisco. Itu amat penting agar rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak dilupakan samada mereka sebagai pelajar atau pun sebagai ahli perniagaan dan telah menjadi rakyat di sana. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Saudara Anwar bahawa beliau dan YAB DS Wan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai.

Tanpa ragu-ragu dengan pendirian Malaysia terhadap isu di Palestin kini, dan Semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden pada Jumaat lalu, PMX telah tegaskan betapa penting untuk semua negara untuk berpadu dan dalam satu suara pada saat ini bagi mendesak genjatan senjata di Semenanjung Gaza supaya pembantaian ke atas warga awam termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi oleh rejim ganas Israel ditamatkan. Walaupun itu merupakan 'seruan' yang sukar diterima oleh setengah pemimpin dunia namun Malaysia melalui Perdana Menterinya telah menyampaikan hasrat kebanyakan rakyat Malaysia. Harapan yang meninggi agar dapat ditegakkan keadilan, keamanan dan jamin hak asasi manusia sesegera mungkin!

PMX tidak mengenepikan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan tenaga kesenangan dan kebajikan rakyat Malaysia walaupun berada di perantauan menjalankan tugas yang lain dari sepatutnya yang dilakukan. Lantas beliau telah bertemu dengan ramai pemimpin dunia demi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan demi untuk menjalin kerjasama ekonomi dan hal-hal lain yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kesejahteraan Malaysia yang boleh dianggap sebagai salah satu prinsip yang menerajui kerajaan Madani. Antara yang  ditemui adalah Presiden Indonesia, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Australia dan pimpinan-pimpinan lain. Mereka telah berbicara pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama serta melaungkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat menerusi kerjasama pelbagai bidang.

Berdiri sebagai 'Anak Jantan' semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden pada Jumaat lalu, beliau menegaskan  betapa penting untuk semua negara untuk berpadu dan dalam satu suara pada saat ini bagi mendesak genjatan senjata di Semenanjung Gaza supaya pembantaian ke atas warga awam termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi oleh rejim ganas Israel ditamatkan. Ditambahnya lagi bahawa pemimpin dunia harus menegakkan  keadilan, keamanan dan jamin hak asasi manusia sesegera mungkin.

Menyertai sesi Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC yang berlangsung di Moscone Centre, San Francisco yang telah dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden dengan dihadiri oleh semua pemimpin APEC lain, beliau telah menyuarakan keresahan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di  Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat rejim zionis Israel yang tidak henti-henti.Telah ditegaskannya apa yang berlaku di Gaza jelas menyerlahkan kegilaan menidakkan tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku seterusnya mengakibatkan malapetaka iklim. Dalam majlis sama, beliau turut menegaskan bahawa negara maju perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memikul tanggungjawab dan membantu negara membangun dalam peralihan tenaga.

Usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin negara kita bukan kecil dan telah membuka 'mata dunia' bahawa sudah ada pemimpin khususnya Perdana Menteri dari Malaysia sudah sanggup 'bersepak terajang' di arena antara bangsa yang mempersoalkan tentang kebajikan manusia sejagat. Bangsa kita bukan lagi berjuang ala kekampungan tetapi telah mula mengeluarkan taring demi untuk menunjukkan bahawa bangsa Malaysia juga harus dihormati oleh dunia. Persitiwa di Gaza yang membabitkan rakyat Palestin telah amat menyentuh hati dan perasaan rakyat Malayisia yang cinta damai. Lantas pemimpin ulung PMX bangun menentang dan 'melenting'.

Yang agak menyedihkan kita ialah kemana 'hilang'nya pejuang-pejuang pembangkang yang kononya merupakan pejuang tulin yang sentiasa mendabik dada yang kononya memperjuangkan negara Islam. Mereka juga harus bersikap 'anak jantan' seperti PMX. Ataupun sekuran-kurangnya berikanlah sedikit penghargaan kepada perjuangan PMX berkenaan. 

Fikirkanlah...

abuhassanadam

20 November 2023


Thursday, October 19, 2023

 

ANTARA AHLI PARLIMEN DAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH:

GOLONGAN MANA YANG PATUT DICONTOHI?

Mungkin senang jawapan yang perlu diberikan sekiranya ketidakpedulian kita dalam hal ini diketepikan. Sekiranya rakyat Malaysia memandang enteng terhadap hal sebegini. Sekiranya kita merasakan bahawa keadaan atau isu sebegini tidak perlu diperbesarkan.

Bagi aku tidak begitu. Mungkin aku yang silap mengenengahkan perkara kecil (bagi setengah pihak) dan tentulah banyak isu-isu lain yang perlu difikir dan di perdebatkan. Sebenarnya sudah lama aku perhatikan hal sebegini berlaku dan tidak ada langsung yang cuba mempertikaikan keadaan yang wujud. Ada disentuh tentang keadaan ahli parlimen yang tidak sepatutnya bersikap sedemikian dan sepatutnya dan lebih bersopan ketika berada di dewan yang maha mulia itu.

Sebagai seorang guru (aku masih merasakan bahawa aku masih lagi seorang guru walaupun sudah dua puluh tahun bertaraf guru pencen) aku merasakan tidak begitu senang jika dibandingkan sikap seorang wakil rakyat di parlimen dengan pelajar di sekolah menengah yang terlibat dalam upacara perbahasan. Masih aku ingat lagi tentang suasana disekolah ( bukan di university dan kolej) ketika mana para pelajar bersiap siaga untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. 

Para guru tentunya mempersiapkan anak muridnya dengan fakta-fakta penting sebelum muridnya terlibat dalam perbahasan yang dianggap sangat penting bagi mereka apatah lagi sekiranya perbahasan itu diadakan di peringkat nasional yang mana yang mengambil bahagian terdiri dari pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh. Tentulah lebih hebat lagi persiapan.

Jikalau dibandingkan dengan perbahasan di parlimen oleh wakil rakyat dengan persembahan pelajar-pelajar sekolah menengah tentulah seperti 'jauh panggang dari api. Tidak akan kelihatan para pelajar yang terlibat dalam perbahasan terpekik dan terlolong sepertimana yang dapat diperhatikan dalam perbahasan di parlimen. Para wakil rakyat ( tidak semua ) seolah-olah mahu menunjukkan kejaguhan dalam menyampaikan hujjah agar dapat diperhatikan oleh rakyat Malaysia untuk menunjukkan yang mereka sedang 'bertugas' di parlimen.

Bandingkan sajalahn'tingkah laku' seorang wakil rakyat yang datang ke parlimen hanya sekadar untuk memanaskan kerusi parlimen yang diwakilinya.Rakyat faham bahawa kebanyakan mereka tidak melakukan 'persiapan' yang sepatutnya ketika hadir di parlimen. Dengan sebab itulah mereka sering 'mempamerkan' yang mereka sedang buat 'kerja' dengan menunjukkan kebolehan mereka dengan cara terjerit dan terlolong.

Yang anihnya anak murid di sekolah menengah tidak bersikap sedemikian rupa ketika terlibat dalam perbahasan. Penuh sopan dan sentiasa diawasi oleh para guru.Dan tentulah timbul persoalan yang bermain di kepala kita ia itu mengapa begitu sikap yang perlu ditunjukkan oleh para wakil rakyat kita di parlimen. Apakah para pemimpin kita tidak merasa malu walau sedikitpun kepada pelajar-pelajara di sekolah mennegah yang memerhatikan gelagat mereka.

Persoalannya: Golongan mana yang patut dicontohi: pelajar sekolah menengah atau wakil rakyat di parlimen?

abuhassanadam

20 Oktober 2023

Monday, October 16, 2023

 


MAS KAHWINNYA 'ENAM PULUH-DUA TENGAH TIGA'

Aku tak tahu samada masih lagi terpakai  'Enam Puluh Dua Tengah Tiga' ini sebagai mas kahwin di Perak khususnya di kawasan Padang Rengas. Seingat aku, itulah kenyataan yang perlu diucapkan oleh seseorang ketika menghadiri akad nikah  di kawasan ini. Mesti ikut cara sedemikian.

Tuan Kadhi akan memegang (bersalam) tangan pengantin dan memanggil namanya. Setelah si pengantin menjawab maka Tok Kadhi akan memulakan akad nikah dengan mengatakan, ' Aku nikah akan dikau dengan ( nama pengantin perempuan)  dengan mas kahwinya sebanyak 'enam puluh dua tengah tiga' yang kemudian tok Kadhi akan 'menghenjut' tangan si pengantin. Si pengantin pula akan 'response' sepontan dengan jawaban ,' Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan Mas kahwin sebanayak enam puluh dua tengah tiga'.

Yang 'memeningkan' kepala bakal pengantin pada ketika itu, terutama yang akan melalui istiadat pernikahan ialah maksud 'enam puluh dua tengah tiga' itu. Rupa-rupanya adalah ' enam puluh dua ringgit lima puluh sen' . 'Tengah tiga' itu maknanya 'dua ringgit lima puluh sen'. Maknanya tidak sampai tiga ringgit. Hanya dua ringgit lima puluh sen'. Mengapa 'tak dicukupkan tiga ringgit? Mungkin untuk mengkaji hal sedemikian perlulah dikaji zaman Sultan Alang Iskandar yang menjadi Sultan Perak pada suatu ketika dulu. Mungkin pada zaman itulah keadaan sedemikian berlaku.

Menghadhiri majlis pernikahan tahun 60an ( yang aku pernah lalui sebagai 'pengapit) dan tahun-tahun sebelumnya adalah suatu 'penyiksaan'. Keadaan pada zaman itu merupakan satu keadaan yang agak berbeza dengan zaman ini. Istiadat pernikahan yang sepatutnya boleh dilakukan hanya dalam masa beberapa minit sahaja kadang-kadang mengambil masa begitu lama. Berjam-jam. Kadang-kadang sampai pada keadaan terpaksa ditangguhkan majlis akad nikah berkenaan disebabkan tidak sempurna jawapan si pengantin tentang lafaz nikah. Ada yang terpaksa dimandikan terlebih dahulu sebelum dimulakan 'akad' seterusnya. Itu berlaku dan bukan satu jenaka.

Keadaan sedemikian bukan merupakan keadaan yang luar biasa. Pernah berlaku kepada seorang rakan aku yang kurang bernasib baik yang mana beliau dilahirkan 'gagap'. Beliau dipaksa juga melafazkan akad nikah itu dengan sempurna tanpa memikirkan kelemahan asal yang ada pada dirinya. Dan tidak pula 'ditegur' oleh orang kebanyakan (orang kampung) tentang perangai Tok Kadhi yang tidak berperi kemanusiaan itu. Walaupun akhirnya 'dilepaskan' namun pihak si pengantin sudah merasa amat malu dengan keadaan sedemikian.

Walaupun dengan cara bergurau dan 'direstui' oleh orang kampung sikap setengah Tok Kadhi dengan sikapnya yang suka 'membuli' pengantin di istiadat pernikahan, namun keadaan sebegini harus dihentikan. Dan tentulah diucapkan syabas dan tahniah kepada Dato Dr. Asri Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis yang berani 'memerangi' keadaan yang sudah tidak berapa sesuai dengan keadaan zaman ini.

Diharapkan keadaan sebegini sudah tidak wujud lagi di kampung-kampung sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman suatu ketika dahulu.

abuhassanadam

17 Oktober 2023


Saturday, October 14, 2023

 

KEADAAN PEMBANGKANG

SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT

Biar dikekalkan kenyataan DS Anwar  dalam bentuk asalnya sebagaimana dinyatakan dalam Malaysiakini 13 Oktober 2023. Katanya,

"I urge everyone to return to constructive politics, embrace togetherness to rebuild this country... We are in a strategic position to be an economic leader in Asia that we've always dreamed of.I urge everyone to prioritise the future of the country. Unity should be based on courtesy and mutual respect, which will ensure national stability.After six decades of independence, now it is time for us to right the wrongs to ensure that every rakyat will value happiness and peace in this country without feeling left out.

Ringkasnya dapat dimengerti harapan Perdana Menteri PMX adalah:

  • menggesa semua orang kembali kepada politik yang membina, merangkul kebersamaan untuk membina semula negara ini...
  • Kita berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi peneraju ekonomi di Asia yang sentiasa dimpikan.
  • Menggesa semua agar mengutamakan masa depan negara. Perpaduan harus berlandaskan budi bahasa dan saling menghormati, yang akan menjamin kestabilan negara.
  • Sudah iba masanya untuk kita memperbetulkan kesilapan bagi memastikan setiap rakyat menghargai kebahagiaan dan keamanan di negara ini tanpa rasa tersisih.

Persoalan penyelwengan nampaknya tidak pernah selesai. Kisah IMDB terus menerus menghantui pemikiran rakayat Malaysia yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yang bukan calang-calang orang. Mungkin boleh dapat diredakan sekiranya pemimpin negara ( pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya) mengambil sesuatu tindakan tegas.Tindakan bersepadu seluruh pemimpin ( kerajaan dan pembangkang) yang sedar tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Pepatah Melayu ada mengatakan, kalua tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam hal IMDB bukan sahaja angin sepoi-sepoi Bahasa yang menyebabkan terlintuk dan terliuknya daun kelapa ditepi pantai Terengganu, tetapi ribut dan taufan dari Amerika sendiri yang membawa berita menggemparkan itu. Anwar Ibrahim menyinga di parlimen ketika itu ketika berperanan sebagai pembangkang. Entah berapa kali sudah beliau ‘naik minyak’ mengenangkan kisah rasuah yang tidak menampakkan bila ‘padamnya’ isu berkenaan. Dalam hal sebegini seolah-olah menampakkan hanya segelintir ahli parlimen yang bersungguh-sungguh untuk membenteras penyelwengan sedemikian.

Malaysia sudah ada pengalaman dikejutkan dengan penyelwengan kewangan. Maknanya Malaysia sudah melalui peristiwa perit sedemikian. Rakyat mengharapkan agar pisang tidak akan berbuah dua kali. Diharapkann tidak akan berulang peristiwa seperti skandal Bank Rakyat dan Bumipuetra Finance (BMF). Masyarakat Melayu khususnya sudah begitu perit dengan peristiwa beberapa skandal kewangan yang hampir meruntuhkan keyakinan masyarakat terhadap agensi-agensi kerajaan yang diasaskan oleh orang Melayu. Kesannya terhakislah keyakinan orang Melayu terhdap yang ditubuhkan oleh bangsanya sendiri.

Mujurlah anggapan sedemikian belum meluas atau pun sudah cukup meluas! Mujurlah ada sedikit demi sedikit rekod kejayaan anak-anak Melayu dapat mengikis perasangka sedemikian. Apakah keyakinan positif ini akan terus mekar? Ini yang membimbangkan Saudara Anwar Ibrahim. Sebagai Perdana Menter yang memiliki kuasa yang cukup luas beliau mengharapkan sokongan dari rakyat terbanyak untuk meneruskan perjuangan 'menobatkan' hasrat rakyat agar negara Malaysia ini menjadi sebuah negara yang dihormati, yang akan terus menerus menentang dan membenteras perbuatan yang amat jijik ini. Mungkin bagi beliau kedudukan keyakinan bangsa Melayu sudah sampai ke peringkat yang amat membimbangkann . Tambahan pula ramai para pemimpin (secara diam) seolah-olah bersekongkol dengan kegiatan penyelewengan yang berlaku demikian.

Ketika mennyandang jawatan Menteri Kewangan Malaysia zaman pentadbiran Tun Mahathir ( sekitar 1990an) Anwar Ibrahim dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memerangi sebarang penyelwengan yang berlaku. Katanya,


“Saya akan berhadapan dan menceritakan hal seumpama itu 

          pada orang ramai khususnya ahli UMNO dan berharap mendapat 

          sokongan mereka. Jika usaha saya membenteras penyelewengan 

        dan pembaziran tidak mendapat sokongan saya rela meletakkan 

        jawatan. Jika usaha itu diterima, serahkan saja pada orang yang 

        hendak mengikut cara lama yang pernah mereka amalkan. 

        Hanya melalui kebenaran sahaja satu cabaran baru dan wawasan 

        yang diimpikan akan terlaksana sepenuhnya”

(Berita Harian 12 Oktober 1991)

Persoalan penyelewengan nampaknya tidak pernah selesai. Mungkin boleh dapat direda atau dikurangkan sekiranya ‘orang UMNO’ mengambil tindakan tegas mahu menghapuskan penyelewengan dan rasuah dalam ertikata yang sebenarnya berasaskan keadaan dan suasana negara pada ketika itu. Telah dikatakan bahawa amalan rasuah di Malaysia sudah semacam ‘berakar dan berumbi’ dan tentunya amat sukar untuk dicabut. Tentunya memerlukan satu tindakan bersepadu para pemimpin kerajaan dan pembangkang yang sedar tentang tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Kelihatan juga bahawa pihak pembangkang di Parlimen Malaysia seolah-olah tidak begitu serious untuk bersama dengan kepimpinan negara dalam membawa negara Malaysia  kesuatu era yang dibanggakan. Kelihatan juga bahawa kebanyakan mereka lebih merupakan usaha untuk menukarkan kerajaan yang ada berdasarkan ucapan-ucapan dan tindakan mereka. Namun begitu dengan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, usaha golongan ini hanyalah sebagai seperti yang digambarkan dalam peribahasa Melayu, 'seperti anjing menyalak bukit'.

Setakat mana kejayaan golongan ini dalam usaha 'merobohkan' bukit belum dapat dibuktikan sehingga kini. Namun usaha yang berterusan nampaknya sedang dilakukan dengan berbagai cara.

Hanya rakyat yang akan menentukan.

Abuhassanadam

14 Oktober 2023




Tuesday, October 3, 2023

 MEREKA BELUM 'MENGENALI' ANWAR IBRAHIM SEBENAR!

PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. Jika dibandingkan perjuangan Anwar Ibrahim dengan 'tokoh-tpkoh' muda yang mendabik dada menggelarkann diri sebagai pemimpin adalah ibarat antara 'malam dengan siang'. Mereka tidak mengenali siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar kerana mereka tidak 'hidup' di zaman itu zaman anak muda 'menendang dan menerajang'. Mereka tidak terasa akan kehangatan perjuangan anak muda pada ketika itu. Ringkasnya tahun-tahun 1970an. Itulah zaman yang amat penuh dengan cabaran, zaman anak muda (yang ramai baru sahaja tamat pengajian di university)  yang mahu membuktikan bahawa mereka ( pemuda Melayu) mahu berperanan sebagai pejuang untuk menegakkan bangsa di tanah air sendiri.

Aku perhatikan kebanyakan komen-komen melalui media massa dan media sosial merasakan bahawa 'belum muncul 'Anwar Ibrahim sebenar ( yang tulin) berdasarkan tindakannya menangani serangan bertubi -tubi oleh pihak pembangkang terhadap tindakan pentadbirannya sehinggalah pada tarikh penyampaian ucapan Dasar Presiden bersempena Kongres Nasional Khas Keadilan 2023 yang berlangsung di Shah Alam  pada  18 Mac 2023 yang lalu. Barulah terasa puasnya hati dan perasaan OTAI dan golongan 'the unsung oldies' yang biasanya dihidangkann dengan ucapan Anwar Ibrahim sebenar.

Anwar seolah-olah membiarkan kerajaan pimpinan dicemuh, dikutuk dengan berbagai kutukan yang kadang-kadang tidak masuk akal manusia yang berakal namun beliau masih membiarkan keadaan sedemikiann berbertali arus. Ada jawapan yang diberikannya di Parliament, namun demikian seolah-olah bukan sebenarnya datangnya dari jiwa dan perasaan Anwar. Mungkin para ahli Keadilan (orang muda) merasakan bahawa mereka cukup berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di Parlimen itu. Sebab itulah agaknya tidak kelihatan dan tidak begitu terdengar dan kelihatan jawapan orang muda mempertahankan boss mereka. Ada jawapan yang dikemukakan namun bagi kumpulan OTAI masih tidak berpuas hati kerana itu bukan jawapan 'tulin' mempertahankan Anwar Ibrahim! Jawapannya kepada YB Radzi Jidin di Parlimen baru-baru ini barulah menampakkan sedikit 'percikan api' perjuangan dari Anwar Ibrahim.

Apa yang diperlukan oleh anak muda (yang tidak mengenali Anwar Ibrahim sebenar) kini ialah dengan cara mendampingi golongan OTAI atau 'the silence majority'yang mendapat 'didikan' dari 'The Speakers Corner' dihadapan Perpustakaan University Malaya pada awal-awal 1970an. Kini golongan 'the silence majority' ramai  yang sudah pergi meninggalkan kita tetapi aku pasti yang masih ada tidak mudah meninggalkan perjuangan sedemikian apatah lagi apabila Anwar Ibrahim sudah berada dipuncak. Sampailah masanya untuk beliau 'mengkotakan' apa yang selalu diucapkan dulu sebagai memenuhi 'the conscience of the majority'.

Musuh politik Keadilan seolah-olah 'berpesta dan bergumbira'  apabila kelihatan Anwar seolah-olah mendiamkan diri dan hanya memberikan jawapan yang hambar di parlimen seolah-olah menggambarkan bahawa sudah tidak ada Anwar di Parlimen. Golongan OTAI hampir kecewa dengan kemunculan keadaan sedemikian. Golongan OTAI merasa sungguh kecewa apabila melihat Anwar Ibrahim 'diperlakukan 'sedemikian rupa di parlimen oleh ahli Parlimen Puterajaya yang langsung tidak beradab terhadap seorang Perdana Menteri. Itu merupakan satu sikap amat biadab dan semacam 'kurang ajar'. Apakah yang telah terjadi amat merunsingkan golongan yang merasakan 'cubit peha kiri, maka peha kanan pun terasa sakitnya.. Golongan OTAI saling berhubung antara satu dengan yang lain bertanyakan apa yang telah terjadi.

Perlu juga dijelaskan bahawa golongan 'the silence majority' ini sememangnya telah tidak dapat lagi menyumbang tenaga (fizikal) untuk membantu perjuangan golongan muda kini. OTAI hanya mampu meniupkan semangat anak muda dengan slogan, 'membujur lalu melintang patah'. Tetapi aku yakin bahwa yang mengikuti  ucapan Dasar Presiden bersempena Kongres Nasional Khas Keadilan 2023  pastinya terus bersemangat dan bersedia untuk 'berjuang'

Aku mungkin bersalah apabila mahu rasanya menyalahkan ahli dan pemimpin keadalan yang semacam tidak sederap dengan perjuangan Anwar. Mahu rasanya menyampaikan 'ilmu' yang diwarisi demi penerusan perjuangan yang bertunjangkan REFORMASI. Mahu rasanya meninggalkan kerusi roda demi penerusan perjuangan yang diperjuangkan yang ramai juga yang tidak tahu jerih payah yang dilalui. Anak muda harus mentelaah terlebih dahulu dan bertanyakan selok perjuangan yang telah dilalui oleh pejang-pejuang awal REFORMASI.

Prime Minister Anwar Ibrahim telah memberikan cahaya harapan sebagaimana yang diidam-idam dan dinanti-nantikan oleh golongan REFORMASI apabila Anwar memberikan amaran agar jangan dianggap apa yang dilakukannya sebagai satu kelemahan. "Instead, Anwar said he had chosen to maintain decorum both in and out of Parliament, a stand which he discarded today when speaking as PKR president at the party's special congress in Shah Alam."This is my turf, PKR's turf... for the past four months, I have been guarded in my speeches.Today I speak as the president of PKR, as a part of the reform movements," he said in his keynote address.

Sengaja aku gunakan bahasa Inggeris. Sedap bunyinya. Puas hati benar aku mendengar kenyataan itu.

Sudah berpanjangan kerajaan Harapan  berada ' ' on the defensive'. Seolah-olah tidak ada 'pahlawan' yang berani menyerang ataupun semacam dalam ketakutan. Ini memberi peluang kepada pihak musuh untuk terus berani 'menyerang' walaupun peluru yang mereka gunakan lebih merupakan fitnah dan hujjah yang dangkal.

Lebih menyenang dan meyakinkan golongan kami ( yang sudaah lemah dan tidak berdaya) ialah dengan kenyataan Anwar yang tegas menyatakan“You want to threaten me by (conducting) an assembly? You want to threaten me from acting against corruption? You chose the wrong PM! I will not be influenced. If you want to try to attempt a coup, by all means. But it will not be easy.” - Ini rupa kenyataan yang mirip dengan slogan dan kata-kata yang diucapan samada di Speakers Corner atau pun Dewan Tunku Chancellor sekitar tahun awal 1970an.

Dalam uaha memerangi perasuah Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bertindak zalim dan sentiasa bertindak di atas semua aspek.Telah di tegaskannya banyak kali bahawa kerajaan pimpinannya akan sentiasa berhati-hati menangani masalah rasuah dan namun demikian akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua rakyat dengan tidak mengambil kira kedudukan dan warna kulit. Matlamat akhirnya ialah penghapusan kegiatan rasuah dan melahirkan sebuah negara yang menangani derita rakyat.

Semoga direstui Allah.

abuhassanadam

 4 Oktober 2023




Monday, October 2, 2023

 

KE MANA HILANGNYA ‘ORANG PERJUANGAN’

PRK tentunya mengingatkan kita tentang perjuangan pahlawan Pahang ketika menentang penjajah British. Tidak ada tolak bandingnya perjuangan mereka menegakkan keadilan demi untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah British. Itulah merupakan jasa orang perjuangan pada ketika itu. Mereka tidak menggelarkan diri mereka nasionalis atau patriot tetapi perjuangan mereka adalah untuk mempertahankan tanah air dari dicerobohi oleh penjajah British.

Mungkin rakyat Malaysia sudah merasakan bahawa negara ini sudah ketandusan ‘orang perjuangan’ kini dan tidak seperti Tanah Melayu zaman penjajahan yang memiliki ramai ‘orang perjuangan’ seperti Dato’ Maharajalela Perak, Dato Bahaman dan Mat Kilau dari Pahang, Tok Janggut dari Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbung Terengganu. Sumbangan mereka terhadap bangsa dan negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit walaupun bernilai RM2.6 billion.

Pada waktu dan saat ketika lain, orang Melayu ketika itu terus menerus berasa bertuah kerana memiliki ‘orang perjuangan’ seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Haji Yaakub. Mereka sebenar-benarnya pejuang tulin yang sanggup mengabdikan diri kepada perjuangan bangsa tanpa rasa takut dan bimbang dan jauh daripada memikirkan tentang laba dan keuntungan seperti yang terdapat kepada pemimpin hari ini. Matlamat hidup dan perjuangan mereka adalah semata-mata membebaskan tanah air daripada penjajahan walaupun terpaksa ditebus dengan nyawa.

Amat berbeza sekali dengan ‘pemimpin’ (jikalau masih boleh lagi digelar sebagai pemimpin) kini yang matlamat hidup mereka seolah-olah hanya mementingkan wang dan mengenepikan persoalan perjuangan menegakkan bangsa.

Kaum guru pada zaman penjajahan lebih merupakan ‘orang perjuangan’ yang berjuang mendidik anak bangsa disamping memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari belenggu penjajahan. Sumbangan pelatih guru (yang kemudiannya menjadi guru dari Sultan Idris Trainning College –SITC) tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah memperjuangan rakyat khususnya orang Melayu. Golongan guru inilah yang telah menyemaikan benih perjuangan dikalangan anak-anak bangsa yang kemudiannya tumbuh bercambah disegenap pelusuk tanah air. Benih yang ditanam oleh guru inilah yang telah mencetuskan semangat perjuangan menentang penjajahn yang kemudiannya menghasilkan kemerdekaan tanah air.

Malang sekali bagi rakyat Malaysia kini. Walaupun peranan guru sebagai pendidik masih berterusan namun kaum guru kini tidak merupakan ‘orang perjuangan’ seperti peranan yang telah dimainkan oleh guru-guru zaman penjajahan. Mungkin agaknya para guru sudah ‘berpuas hati’ dengan keadaan masyarakat Malaysia kini yang sudah pun dianggap ‘merdeka’ dan maju. Dan seolah-olah kaum guru sudah ‘menyarungkan’ semula segala senjata-senjata yang digunakan dalam zaman penjajahan dulu.

Persatuan guru dan kesatuan guru-guru semacam sudah tidak berperanan lagi selain dari berperanan mendidik anak-anak di sekolah. Kesatuan guru-guru semacam sudah amat berpuas hati dengan perjalanan pentadbiran dalam negara kita. Mereka bukan lagi berperanan semacam ‘mata dan telinga’ masyarakat untuk ‘memerhatikan’ perjalanan jentera kerajaan. Apakah mereka sudah tidak ada ‘taring’ lagi untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku di negara kini. Dan apakah para guru atau khususnya kesatuan guru sudah tidak berani langsung ‘angkat muka’ untuk menyuarakan sesuatu yang benar. Dan apakah pemimpin kesatuan guru kini sudah begitu ‘kekenyangan’ sehinggakan ‘terlelap’ dan tidak dapat bersuara lagi.

Rakyat Malaysia juga ‘merindui’ tokoh-tokoh wartwan seperti ZABA, Abdul Rahim kajai,Usman Awang, Keris Mas, A.Samad Ismail yang seolah-olah seluruh hidup mereka ‘diabdikan’ kepada perjuangan membela bangsa dan negara. Mereka sebenar-benarnya ‘orang perjuangan’ tulin. Mereka tidak takut dimasukkan ke dalam penjara. Mereka berjuang bukan kerana ada agenda-agenda tertentu atau menjadi ‘kuda tunggangan’ golongan politik tertentu. Mereka sanggup ‘berpanas dan berhujan’ demi untuk menyelamatkan bangsa dan negara. 

Apakah masih ada sifat kewartawanan sedemikian di Malaysia kini. Aku merasakan mungkin ada tetapi tidak ramai ‘species’ yang sedemikian. Mungkin ramai para wartawan dan penulis tanah air kini yang menulis mengikut rentak dan ‘arahan’ sebagaimana yang diarahkan dari masa kemasa. Lantas apakah mereka layak bergelar ‘orang perjuangan’ sepertimana golongan wartwan zaman penjajahan.

Rakyat Malaysia kini seolah-olah amat kecewa dengan ketiadaan pemimpin yang sebenar-benarnya dapat berjuang untuk negara dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat berlandaskan keihklasan sebenar-benarnya. Semacam sudah betul-betul pupus tokoh yang boleh disandarkan harapan untuk memimpin negara ini.  Dan rakyat juga meletakkan harapan yang begitu tinggi agar PMX  terus memimpin rakyat Malaysia yang tercinta ini untuk mengisi kekosongan 'orang perjuangan'.

Bagi aku tokoh inilah antara tokoh-tokoh yang boleh dianggap sebagai ‘orang perjuangan’ di negara ini yang ‘bermati-matian’ membela bangsa dan negara.

abuhassanadam

3 Oktober 2023




Friday, September 29, 2023

 

TH TIDAK PERNAH JUAL ASET PADA BUKAN ISLAM

PMX pastinya tidak akan menyerahkan semula Tabung Haji kepada pentadbiran lama sekiranya didapati yang mereke belum bersedia untuk memikul tugas yang berat ini yang berkaitan dengan 'titik peluh' dan 'keringat' rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di kampung-kampung.

Kerajaan akan menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan daripada Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2018.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia susulan prestasi pengurusan TH yang semakin baik serta pemulangan aset itu akan dilaksanakan secara berperingkat."Masa itu saudara Datuk Seri Mujahid Rawa sebagai menteri (Menteri Agama) beri usul dan MOF ambil alih keadaan TH ketika itu menghadapi masalah kewangan."Sekarang dengan pengurusan baru lebih cekap dan dapat beri keyakinan dan pengurusan lebih mantap jadi MOF sedang berunding memindahkan semula aset dipegang MOF kepada TH," katanya.

Tambah Anwar lagi, tindakan itu sekali gus menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan ketika itu mendakwa aset TH dijual kepada bukan Islam."Semua aset, kita mula dan arah berbincang mungkin diambil secara berperingkat untuk pastikan pulangan itu baik."Ia sendirinya menjawab segala tohmahan dan fitnah sebelum ini bertahun-tahun berbakul-bakul fitnah mengatakan ia dijual, tiada dijual, masih kekal dan sebagai satu amanah dan sekarang sedang berunding dari segi kos dan tanggungan semuanya," katanya lagi.

“Ini juga mematikan fitnah amat tidak bertanggungjawab pada Menteri Kewangan ketika itu (Lim Guan Eng) dan kerajaan ketika itu seolah-olah memindahkannya pada kelompok bukan Islam."Tidak, saya lihat rekodnya, dan di MOF, ia masih dalam pegangan MOF, sekarang saya pegang amanahnya,” kata Anwar.

Sayup-sayup kedengaran pada suatu ketika dahulu tentang kisah Tabung Haji (TH) yang tidak sedap telinga mendengarnya. Tidak lama dulu kisah TH ‘membantu’ untuk menyelamatkan IMDB dengan membeli sebidang tanah yang harganya jauh lebih mahal daripada harga sepatutnya. Dan kononnya harta akan dijual dan kononnya sudah ‘ramai’ pembeli yang ‘teringin’ untuk membeli harta berkenaan. Agaknya sudah terjual pun harta berkenaan dan pastinya TH telah pun membuat ‘keuntungan’ yang lumayan. Agaknya begitu lah…

Kemudian terdengar pula kisah TH tidak mengumumkan lagi dividen yang sepatutnya diumumkan. Penabung yang tahu menahu tentang hal perniagaan tentunya tertanya-tanya tentang mengapa keadaan terjadi demikian. Dilaporkan bahawa TH membuat keuntungan yang berlipat ganda dan tidak akan terjejas langsung simpanan penabung di TH. Dan sampai pada suatu ketika TH belum membuat pengumuman untung- ruginya. Apa dah jadi? 

Apabila menyentuh tentang Tabung Haji pastinya aku merasa sebak mengenangkan penderitaan  emak bapa mengumpulkan wang untuk perbelanjaan ke tanah suci. Jatuh juga setitik dua air mata mengenangkan 'derita' dan 'sengsara' yang mereka tempohi untuk melangkah ke Mekah. Seingat aku, arwah bapak dan emak aku dulu tidak tahu menahu tentang selok – belok dividen-dividen TH. Mereka hanya tahu menyimpan dan apabila sudah cukup wang mereka di TH untuk mereka menunaikan Haji, maka mereka berangkat ke Makkah. Dan begitu jugalah sikap ramai petani miskin di seluruh negara yang menyimpan di TH. Mereka seolah-olah menyerahkan bulat-bulat dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pentadbiran dan penguruan TH untuk menguruskan simpanan mereka. Mereka percaya bulat-bulat sebagaimana yang dijelas dan dirangka oleh Ybhg Professor Diraja Ungku Aziz yang mengasaskan penubuhan Tabung Haji berpuluh tahun yang lalu. Mereka percaya sepnuhnya akan kepimpinan Tabung Haji. Malangnya harapan orang kampung yang menggunung dikecewakan oleh pihak yang tidak beertanggungjawab.

Kini TH telah diuruskan oleh golongan professional yang kononnya amat arif tentang selok belok perniagaan. TH kini diterajui oleh golongan ‘bijak pandai’ yang bukan sahaja ‘bijak’ berpolitik tetapi juga kononnya ‘bijak’ dalam hal ‘jual-beli’ (Tak kiralah jual beli apa pun). TH dipertanggung-jawabkan kepada Menteri yang amat ‘tahu’ tentang selok belok agama Islam yang kadang-kadang seolah-olah kelihatan seperti ‘pakar’ yang tidak ada siapa yang boleh menandingi ‘ilmu’ agamanya.

Tetapi solanya ialah apakah golongan ini sedar bahawa mereka telah mengkhianati harapan dan hasrat golongan petani miskin yang berada di kampung-kampung. Dan apabila disebut golongan petani miskin, maka dengan sendirinya perasaan aku akan terguris disebabkan antara mereka itu termasuklah arwah bapak dan emak aku, Pak Alang, Pak Ngah, Wan Chu, Mak Cik Lamah, Chu Mi, Pak Alang Palit, Pak Lop Godak, Tokki Pandak, Pan Peah dan ramai lagi yang tidak perlu aku sebutkan namanya. Mereka pernah suatu ketika menjadi jiran tetangga aku yang aku amat faham sangat tentang budi pekerti mereka.

Setahu aku mereka adalah penyimpan di TH yang semata-mata bertujuan untuk menunaikan fadhu Haji ke Makkah. Berpuluh tahun mereka berjimat-jimat semata-mata untuk memenuhi matlamat akhir dalam kehidupan mereka – menunaikan Haji ke Makkah. Hasil jualan buah-buahan (pada musim buah-buahan) mereka simpan di TH. Lebihan hasil jualan ayam dan itik mereka simpan di TH. Malah ada orang kampung aku yang hampir setiap hari berbasikal ke bandar demi untuk menyimpan wangnya di TH (setelah menjual getah torehannya pada hari berkenaan).

Tabung Haji adalah seperti keringat dan air mata orang kampung. Dan para pengurusan TH semacam tidak memahami hakikat ini. Ataupun mungkin ( pengurusan sebelum ini) mereka sudah tidak ‘berhati perut’ untuk mengenangkan keadaan sedemikian. Mereka hidup dengan penuh kemewahan adalah berasaskan ‘titik peluh’ petani miskin. Mereka sewenang-wenang seolah-olah lupa tentang tanggungjawab mereka tentang hasrat untuk membela petani miskin di kampung. Mereka hanya ‘menanam tebu di bibir’ ketika bertemu rakyat pada musim pilihanraya. Dan selepas itu semacam tidak langsung mempunyai masa dan waktu untuk memikirkan hal ehwal petani miskin di kampung.

Arwah bapak  dan emak  tidak pernah menyebut tentang dividen TH. Dan begitu jugalah agaknya petani miskin lain di seluruh negara yang menyimpan di TH. Tetapi para pengurusan TH harus sedar bahawa anak petani miskin itu kini sudah menjadi golongan terpelajar yang tahu selok-belok mengenai perniagaan. Dan bukan itu saja anak-anak petani miskin itu tahu tentang ‘sepak-terajang’ yang sedang dilakukan oleh pihak pengurusan di TH. Janganlah pihak pengurusan TH merasakan bahawa para penyimpan di TH kini boleh diperkotak-katikan. Malah anak petani miskin kini boleh bial-bila masa mengambil alih pentadbiran dan pengurusan TH jika diperlukan.

Sepatutnya para peneraju yang diberikan tanggungjawab menguruskan TH adalah terdiri dari golongan yang betul-betul sedar dan peka tentang derita rakyat miskin yang menyumbang kepada TH. Pak Ungku Aziz tentunya telah memikirkan sedalam-dalammnya tentang pengrurusan dan perjalanan TH. Dan secara kasarnya tentu dapat dilihat bahawa TH boleh membuat keuntungan yang besar disamping memberikan perkhidmatan dalam urusan jemaah Haji ke Makah.

Tetapi soalnya mengapa begitu malang nasib yang dilalui oleh Tabung Haji.

Bukan Tabung Haji yang begitu malang nasibnya tetapi pengurusan Tabung Haji ( sebelum ini) yang patut dipersalahkan oleh rakyat, khususnya petani miskin yang memerah keringat dan air mata.

abuhassanadam

29 September 2023


 

TUN M KATA KABINET ANWAR TIDAK HEBAT?

Barisan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini tidak ‘hebat’ dan perlu dirombak semuanya. Begitulah pandangan Tun Mahathir mengenai kabinet PMX. Walau bagaimanapun itu hanyalah pandangan Tun Mahathir. Tentulah tidak semua yang dikatakan oleh Tun Mahathir diterima bulat-bulat oleh rakyat Malaysia dan terus mengakui bahawa benar kabinet DSAI kni tidak hebat. Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebuah barisan Kabinet baharu perlu diwujudkan dan mereka harus menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara dengan baik.

“Seluruh Kabinet perlu dirombak. Mereka perlu tunjuk kebolehan. (Siapa yang tidak boleh buat kerja?) Saya tak berani cakap,” kata Mahathir. Tun Mahathir berkata, beliau mendapati anggota Kabinet yang ada seolah-olah tidak tahu cara untuk mentadbir negara. Beliau turut mendakwa terdapat anggota Kabinet yang takut untuk berjumpa dengan pelabur yang sedia untuk membuat pelaburan di negara ini.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir tentang mengapa PMX hendak menubuhkan kabinet baru adalah:

  • “Komen dalam akhbar ialah pilihlah menteri yang hebat. Bermakna dia (akhbar) mengaku menteri yang ada sekarang ini tidak hebat. Bermakna menteri yang ada sekarang ini tidak mampu jadi menteri. Sebab itu kesalahan berlaku.
  • Kita dapati umpamanya ada permintaan untuk pelaburan, menteri tidak pun hendak berjumpa dengan pelabur walaupun pelabur nak melabur setengah juta ringgit, dia tak jumpa kerana dia tidak tahu apa hendak cakap kerana dia tidak hebat,” kata Mahathir.
Alasan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir agak 'dangkal' dan amat berlawanan dengan apa yang telah dilakukan oleh PMX ketika berada di New York baru-baru ini. Apakah Tun Mahathir ataupun 'penasihat' beliau tidak melihat dengan mata kepala sendiri tentang perjumpaan antara DSAI dengan 'gergasi' perniagaan dunia ketika berada di New York dan telah dapat meyakinkan tokoh-tokoh perniagaan demikian tentang peluang perniagaan di sini. Apakah ini bukan cara yang perlu dilakukan oleh Menteri atau Perdana Menteri?

Mungkin agaknya Tun Mahathir merasa gusar benar apabila melihat kehebatan DS Anwar Ibrahim ketika berada di UNGA yang boleh 'menggerhanakan'  (kononnya) kehebatan beliau ketika berada di tempat yang dilalui oleh PMX kini. Mungkin keadaan ini amat 'merunsingkan' beliau yang mana telah terang-terang menunjukkan bahawa bukan beliau seorang yang boleh melakukan sedemikian sedangkan DSAI boleh melakukan tindakan jauh daripada itu.

Mungkin itu juga yang meyebabkan beliau enggan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada DSAI tempoh hari sebagaimana yang telah dijanjikan. Beliau kerap berdalih dan berdalih sehingga sanggup mengenepikan janjinya menyerahkan jawatan kepada DS Anwar Ibrahim.

Orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya amat berbudi bahasa apabila berhadapan dengan keadaan untuk memilih ‘ditelan mati emak dan diluah mati bapak’. Maksud aku apabila rakyat berhadapan dengan keadaan di mana Tun Mahathir seolah-olah tidak mahu ‘berundur’ dari jawatanya untuk diserahkan kepada DS Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia menunggu penuh kesabaran peralihan kuasa sedemikian. DS Anwar Ibrahim juga menunggu dengan penuh kesabaran walaupun ada terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan yang belliau tidak sabar menanti ‘kata dikotakan’ sebagaimana yang telah diputuskan dalam persidangan Pakatan Harapan sebelum PRU 14 yang lalu.

Rakyat Malaysia semacam tidak ‘ sampai hati’ menyuarakan pandangan agar Tun Mahathir berundur terutama selepas beberapa kali Pakatan Harapan tewas dalam pilihan raya. Walaupun tidak seharusnya kekalahan itu diletakkan sepenuhnya ke atas bahu Tun Mahathir namun sebagai Perdana Menteri dan Presiden Pakatan Harapan sepatutnya lah tanggungjawab berkenaan dipikul oleh beliau. Namun rakyat umumnya tidak sampai hati meletakkan kesalahan itu kepada beliau, walaupun ada suara-suara yang samar-samar merasakan yang beliau sepatutnya bertanggungjawab sebagaimana yang pernah berlaku kepada DS Abdullah Badawi suatu ketika dahulu.

Rakyat Malaysia  sebelum ini terus menerus mendiamkan diri sambil mendoakan akan berlaku perubahan dan peralihan kuasa segera daripada Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim. Rakyat terbanyak tahu bahawa tentulah ada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat perubahan tampuk pemerintahan ini berlaku. Ada juga sebilangan kecil rakyat yang amat tidak ‘berkenan’ DS Anwar menjadi Perdana Menteri dengan mencadangkan agar Tun Mahathir terus menerus memegang tampuk pemerintahan negara sehingga penggal berakhir. Yang anihnya ada juga yang mencadangkan sedemikian dengan melupakan janji-janji dan persetujuan yang telah dibuat menjelangnya PRU ke 14 dahulu. Kumpulan ini seolah-olah mahu melupakan terus janji-janji yang telah termeterai.

 yang menentang perjanjian sedemikian sebenarnya tidak faham keadaan sebenarnya bahawa rakyat sememangnya menunggu dan menanti dengan penuh sabar kehadiran DS Anwar Ibrahim untuk memimpin negara ini.  Rakyat sudah berlaku amat adil dengan ‘membenarkan’ Tun Mahathir memimpin negara ini buat sementara menunggu giliran DS Anwar Ibrahim. Dan mungkin juga Tun Mahathir memahami keadaan sedemikian yang mana rakyat memang sebenarnya menunggu kepimpinan DS Anwar Ibrahim.

Alasannya begini. Dalam usaha Pakatan Harapan untuk memenangi PRU14 dulu, Tun Mahathir sanggup ‘merendah diri’ berjumpa dan berbincang dengan DS Anwar ketika beliau masih dipenjarakan. Tun Mahathir amat sedar tentang pengaruh kuat DS Anwar ke atas rakyat Malaysia. Rakyat sedar tentang peranan ‘penyudah’ Tun Mahathir dalam menyempurnakan kemenangan Pakatan Harapan kemudiannya, namun rakyat juga sedar bahawa peranan DS Anwar juga tidak kurang pentingnya dalam memenangkan Pakatan Harapan. Slogan ‘REFORMASI’ yang sentiasa dilaung-laungkan dalam suasana berkempen dulu banyak membantu kemenangan Pakatan Harapan. Dan tidak keterlaluan sekirannya dikatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mahu melihat ‘air tangan’ DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara ini.

Tak usahlah ada suara-suara sumbang yang mahu menganggu gugat peralihan kuasa ini kerana rakyat Malaysia dari semua banagsa sudah bersatu hati meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada DS Anwar Ibrahim apatah lagi setelah didengar oleh mereka ‘suara hati’ Tun Mahathir yang bertekad untuk menyerahkan negara ini kepada beliau dan tidak ada nama-nama lain untuk dipertanggung-jawabkan. Dan tak payahlah ada lagi ‘tokoh-tokoh’ yang bermimpi untuk menduduki ‘takhta’ berkenaan.

Walau apa pun perencanaan kita namun ketentuan dari Allah juga yang menentukan segala-galanya. Perancangan Allah lebih tepat dan jitu.

abuhassanadam

29 September 2023


Tuesday, September 26, 2023

 

BUILDING A NATION - DO NOT LEAVE PMX ALONE

When there are appointments and changes among high-ranking government officials, it indicates that PMX is very, very serious in its efforts to advance the country's economy and further provide comfort to the common people in accordance with its desire to eradicate poverty among the people. The action taken by PMX really wanted to make those responsible aware of the importance of the 'work' that will be faced and that will be done in the remaining days. It's as if PMX wants to say that there is no time for us to procrastinate anymore. Need to be quick and agile. There is no time.

For Malaysians who love peace, extend a little 'justice' to our PMX in determining the country's direction. It means to Malaysians who are swayed by the incitement of the opposition who always throw insults at PMX, avoid such an impression. Let's not be swayed by the incitement of irresponsible parties to the point of forgetting our real responsibility to the country. There is no other way for Malaysians other than to think rationally and 'dismiss' what is voiced by the irresponsible opposition.

The importance of prioritizing something is very important in a world that requires fast and quick action because there are parties who can speed up a process for the sake of survival. This has to do with the approval of a big project for the country as it is currently facing. We cannot procrastinate an action because there are other concerned parties who feel that an action should be accelerated. Then the administration should be sensitive and move vigorously in that direction. Can't delay anymore.

APEC, established in 1989, is a regional economic forum to take advantage of the growing interdependence in the Asia Pacific. In addition, the 21 members of the APEC economy account for almost 40 percent of the global population or almost 50 percent of global trade and more than 60 percent of US goods exports. This is another of PMX's plans to 'uphold the dignity of the nation' in the hope of being able to 'fight' in the international arena. This is the only way to highlight the concept of Madani that we are chanting so that the people of the world will hear about Malaysia's wishes.

There are already 'bookings' made by several large companies to meet him at the APEC conference later. Datuk Seri Anwar, who is also the Minister of Finance, said several Fortune 500 companies he met in New York, including Google, also asked to meet him at the APEC event later.

The APEC theme this time is Creating a Resilient and Sustainable Future for All. The APEC member countries are Australia, Brunei, Canada, Chile, China, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Japan, Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea , Peru, Philippines, Russia, Singapore, Taipei, Thailand, US and Vietnam.

The response to PMX's speech at the UN  considered 'extraordinary'. "Yet, among those who were present at the UN complex in New York, including foreign representatives and diplomats, the view of Anwar's address was very good. Instead, they praised Malaysia and Anwar. In a press conference at the end of his maiden appearance as prime minister on the UN stage, Malaysian media were told by Malaysian officers that immediately after the National Statement, delegates and officers present at the UN complex had received positive reactions towards the prime minister's address. Foreign Minister secretary-general Datuk Seri Amran Mohamed Zin said there were many who congratulated Malaysian delegates for Anwar's address, including from countries such as Vietnam, Indonesia, Brunei, Singapore and the Maldives.

PMX's departure to the APEC conference later seems like a 'continuation' of what has been done at the UNGA in New York during the day. What was not perfect in New York can hopefully be corrected in APEC later. God willing.

abuhassanadam

September 25, 2023

Monday, September 25, 2023

 

JANGAN BIARKAN PMX KESEORANGAN

Apabila berlaku perlantikan dan pertukaran dikalangan pegawai tinggi kerajaan menandakan bahawa PMX amat, amat serious dalam usahanya untuk memajukan ekonomi negara dan seterusnya memberikan keselesaan kepada rakyat jelata sesuai dengan hasratnya untuk menoktahkan kemiskinan dikalangan rakyat. Tindakan yang dilakukan oleh PMX itu betul-betul mahu menyedarkan pihak yang bertanggungjawab tentang pentingnya 'kerja' yang akan dihadapi dan yang akan dilakukan dalam waktu-waktu yang berbaki. Seolah PMX ingin menyatakan bahawa sudah tidak ada masa bagi kita untuk berlengah-lengah lagi. Perlu cepat dan tangkas. Sudah tidak ada masa.

Bagi rakyat Malaysia yang cinta damai, hulurkanlah sedikit 'keadilan' kepada PMX kita dalam menentukan hala tuju negara. Maksudnya kepada rakyat Malaysia yang terbuai dengan hasutan pihak pembangkang yang sentiasa melemparkan kata nista terhadap PMX, hindarkanlah tanggapan sedemikian. Janganlaah terbuai  dengan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga melupakan tanggungjawab sebenarnya kita kepada negara. Tidak ada jalan lain bagi rakyat Malaysia selain dari berfikiran secara rasioanl dan 'menepis' ke atas apa yang disuarakan oleh pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab.

Kepentingan mengutamakan sesuatu perkara adalah amat penting dalam suasana dunia yang memerlukan tindakan pantas dan cepat disebabkan ada pihak yang boleh mempercepatkan sesuatu proses demi kelangsungan sesuatu. Ini ada kaitan dengan kelulusan sesuatu projek besar untuk negara sepertimana yang sedang dihadapi kini. Kita tidak boleh melengah-lengaahkan sesuatu tindakan disebabkan ada pihak lain yang perihatinn yang merasakan sesuatu tindakan itu dipercepatkaan. Lantas pihak pentadbiran harus peka dan bergerak cergas ke arah itu. Tidak boleh lengah-lengah lagi.

APEC yang ditubuhkan pada 1989, adalah satu forum ekonomi serantau bagi memanfaatkan kebergantungan yang saling meningkat di Asia Pasifik. Selain itu, 21 anggota Ekonomi APEC menyumbang hampir 40 peratus daripada penduduk global atau hampir 50 peratus daripada perdagangan global serta lebih 60 peratus eksport barangan AS.Ini merupakan salah satu lagi rancangan PMX untuk 'menegakkan maruah bangsa' dengan harapan dapatlah 'berpencak dan bersilat' di arena antarabangsa berkenaan. Ini sajalah cara untuk mengenengahkan konsep Madani yang kita laungkan itu agar didengar oleh warga dunia tentang hasrat Malysia itu.

Sudah ada pun 'booking' yang dibuat oleh beberapa syarikat besar untuk bertemu dengan beliau di persidangan APEC nanti. Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beberapa syarikat 500 Fortune yang ditemui di New York antaranya Google turut meminta bertemu beliau pada acara APEC nanti.

Tema APEC kali ini adalah Mencipta Masa Depan Yang Berdaya Tahan dan Mampan Untuk Semua.Negara anggota APEC tersebut adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.

Sambutan terhadap ucapan PMX di UN tempoh hari boleh dianggap sebagai 'luar biasa'. "Yet, among those who were present at the UN complex in New York, including foreign representatives and diplomats, the view of Anwar's address was the complete opposite. Instead, they praised Malaysia and Anwar. In a press conference at the end of his maiden appearance as prime minister on the UN stage, Malaysian media were told by Malaysian officers that immediately after the National Statement, delegates and officers present at the UN complex had received positive reactons towards the prime minister's address. Foreign Minister secretary-general Datuk Seri Amran Mohamed Zin said there were many who congratulated Malaysian delegates for Anwar's address, including from countries such as Vietnam, Indonesia, Brunei, Singapore and the Maldives.

Pemergian PMX ke persidangan APEC nanti seolah-olah seperti satu 'penyambungan' tentang apa yang telah dilakukan di  UNGA di New York tempoh hari. Yang kurang sempurna di New York harap dapat diperbetulkan di APEC nanti. InsyaAllah.

abuhassanadam

25 September 2023




 COMPARE PMX SKILLS WITH PREVIOUS PMs

The willingness of the Prime Minister of Malaysia (PMX) to be interviewed by CNN's Christian Amanpour is enough to make Malaysians proud (who can understand why we are proud of such a situation) considering that the journalist in question is not a typical person who is willing to interview YAB Saudara Anwar Ibrahim. Although the questions- the question asked by Christiian was very 'burdening' to PMX but with the experience he had he was able to fend off anything that came his way, especially when questions were raised involving the United States' relationship with China and the effects that may arise as a result of the 'shift' of USA and China. The question that Amanpour wants to explore is our (Malaysia) attitude towards the USA and China. It means where Malaysia will favor either the USA or China. The answer given by PMX is very suitable to reflect the sanity and depth of PMX's study in dealing with Malaysia's foreign policy.

This article does not review PMX's opinions and views on the issue raised by Amanpour. Of course, it takes a wide space to talk about such things. Suffice it to say that there are not many world leaders who are 'willing' to be interviewed by this person on CNN unless they are about the authority of a leader. PMX got his attention of course. Well done!

But what I will touch on is PMX's confidence in Malaysia's ability to become a developed country in the near future. He said, 'Malaysia has huge potential to rise again as a dynamic economy, said Prime Minister Anwar Ibrahim. He also said Malaysia has the necessary resources and a qualified workforce, in addition to having policies such as the Madani Economy, the National Energy Transition Roadmap (NETR) and the New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) to support this goal.

It has already been said by him in a dialogue session and dinner with a group of Malaysians who are in America together with the students who are there. In addition to that, Anwar also called for the elimination of bureaucratic red tape, and simplifying business affairs. Maybe that's a shortcut way to advance the country's economy. Maybe. Datuk Seri Anwar Ibrahim asked the authorities to eliminate red tape and improve business practices as more and more companies expand their operations to Malaysia or increase their existing investments.

The Prime Minister who is also the Minister of Finance said he was disappointed because in some cases, the decision-making process is still slow and late and this has an impact on companies planning to invest in Malaysia." Some companies who met us said there are still delays in giving approval. I was very disappointed when I heard that because we have given clear instructions and we cannot delay," he said at a press conference at the end of his four-day visit to New York in conjunction with attending the United Nations General Assembly (UNGA) 78"If you delay six months, other countries will give approval in two months. We will miss opportunities because of that attitude… but to be fair, we have done our best here because the staff is working around the clock to make sure everything goes smoothly ( meeting with investors,)" he said.

The Prime Minister said instructions have been given to relevant ministers and agencies to ensure that all applications are decided quickly, including approval for investment or issuance of visas.

Meanwhile, Anwar said, the world's largest aerospace company, Boeing, which already has a wing manufacturing plant in Malaysia, has announced its intention to expand its investment by manufacturing wings and parts for all types of aircraft. "This is a very big decision for Malaysia. With the decision this, almost all wings with parts will be produced in Malaysia," he said.

He said several other major United States (US) companies such as ConocoPhillips, AWS, Google, Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, and Kimberly-Clark will also expand their operations or express their desire to expand their wings to Malaysia. In addition, during his visit to here, Anwar also announced that two major US electrical and electronics companies are ready to expand their operations to Malaysia.

One of them, Alton Industry Ltd Group (Alton Group) - a global supplier of consumer and commercial tools, appliances and floor care - will invest at least RM500 million to open a manufacturing and research and development (R&D) facility in Johor. According to him, this success is the result of hard work by various ministries and agencies, especially the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) and the Malaysian Investment Development Board (MIDA) to attract investment.

The Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim described his four-day visit to the United States as successful because he succeeded in highlighting Malaysia's stance on global issues and raising the country's profile on the international stage. According to STAR 22/9/23 PMX has managed to bring in more than RM132 Billion in investment. This is proof that PMX is a leader for all of us.

Concerned Malaysians will surely pray that this ongoing effort will bring benefits that will enable Malaysia to become a developed country in the world 'returning' the greatness we once enjoyed in the 1990s when he was Deputy Prime Minister.

abuhassanadam

September 25, 2023

Sunday, September 24, 2023

 

BANDINGKAN KETERAMPILAN  PMX DENGAN PM SEBELUMNYA

Kesediaan Perdana Menteri Malaysia (PMX) ditemuramah oleh Christian Amanpour  dari CNN sudah cukup membanggakan rakyat Malaysia (yang boleh faham mengapa kita bangga dengan keadaan sedemikian) me mandangkan bahawa wartawan berkenaan bukan calang-calang tokoh yang sudi menemuramah YAB Saudara Anwar Ibrahim.Walaupun soalan-soalan yang diajukan oleh Christiian amat 'membebankan' PMX namun dengan pengalaman yang beliau ada dapat menangkis apa saja yang datang terutama apabila dikemukakan soalan yang membabitkan hubungan Amerika Syarikat dengan China dan kesan yang mungkin timbul ekoran dari 'pergeseran' UAS dan China itu.  Persoalan yang ingin dicungkil oleh Amanpour adalah sikap kita (Malaysia) terhadap USA dan China. Maksudnya ke manakah Malaysia akan memihak samada ada USA atau China. Jawapan yang diberikan oleh PMX amat sesuai membayangkan tentang kewarasan dan begitu mendalamnya kajian PMX dalam menangani dasar luar Malaysia.

Tidak pula rencana kali ini meninjau pendapat dan pandangan PMX terhadap isu yang dibangkitkan oleh Amanpour itu. Tentunya memerlukan ruangan yang luas untuk membicara hal sedemikian. Cukup sekadar menyatakan bahawa tidak ramai pemimpin dunia yang 'rela' ditemuramah oleh sosok ini di CNN kecuali mereka tentang kewibawaan sesorang pemimpin itu. PMX mendapat perhatian beliau tentunya. Syabas!

Namun yang akan aku sentuh adalah keyakinan PMX terhadap kemampuan Malaysia untuk menjadi sebagai sebuah negara maju pada masa terdekat. Katanya, 'Malaysia has huge potential to rise again as a dynamic economy, said Prime Minister Anwar Ibrahim.He also said Malaysia has the necessary resources and a qualified workforce, in addition to having policies such as the Madani Economy, the National Energy Transition Roadmap (NETR) and the New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) to support this goal.

Sudah diperkatakan oleh beliau dalam sesi dialog dan jamuan makan malam bersama kumpulan rakyat Malaysia yang berada di Amerika berserta dengan para pelajar yang berada di sana. Disamping itu Anwar juga mengesa agar dihapuskan kerenah birokrasi, dan permudahkan urusan perniagaan. Mungkin itu satu cara jalan pintas boleh memajukan ekonomi negara. Mungkin. Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menghapuskan kerenah birokrasi dan menambah baik urusan menjalankan perniagaan ketika semakin banyak syarikat mengembangkan operasi ke Malaysia atau meningkatkan pelaburan sedia ada mereka.

Semacam secara ikhlas dan jujur Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata beliau kecewa kerana dalam beberapa kes, proses membuat keputusan masih lagi lambat dan lewat dan ini memberi kesan kepada syarikat yang merancang untuk melabur di Malaysia."Sesetengah syarikat yang menemui kami berkata masih ada kelewatan dalam memberi kelulusan. Saya sangat kecewa apabila mendengarnya kerana kami telah memberi arahan yang jelas dan kita tidak boleh berlengah," katanya pada sidang media di akhir lawatan empat hari beliau ke New York sempena menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78"Jika anda tangguh enam bulan, negara lain akan memberi kelulusan dalam masa dua bulan. Kita akan terlepas peluang disebabkan oleh sikap itu… tetapi untuk berlaku adil, kita telah melakukan yang terbaik di sini kerana kakitangan bekerja sepanjang masa untuk memastikan semuanya berjalan lancar (pertemuan dengan pelabur,)" katanya.

Perdana Menteri berkata arahan telah diberikan kepada menteri dan agensi yang berkaitan untuk memastikan semua permohonan diputuskan dengan cepat, termasuk kelulusan untuk pelaburan atau pengeluaran visa.

Sementara itu Anwar berkata, syarikat aeroangkasa terbesar dunia, Boeing, yang telahpun memiliki kilang mengeluarkan sayap di Malaysia memaklumkan hasrat untuk mengembangkan pelaburannya dengan mengeluarkan sayap dan bahagian-bahagian bagi semua jenis pesawat."Ini adalah satu keputusan yang sangat besar untuk Malaysia. Dengan keputusan ini, hampir semua sayap dengan bahagian-bahagian akan dikeluarkan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata beberapa syarikat utama Amerika Syarikat (AS) lain seperti ConocoPhillips, AWS, Google, Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, and Kimberly-Clark juga akan mengembangkan operasi mereka atau menyatakan hasrat untuk melebarkan sayap ke Malaysia.Selain itu, ketika lawatannya ke sini, Anwar juga mengumumkan dua syarikat elektrik dan elektronik utama AS bersedia untuk mengembangkan operasi mereka ke Malaysia.

Satu daripadanya, Alton Industry Ltd Group (Alton Group) - pembekal global alatan pengguna dan komersil, perkakas dan penjagaan lantai - akan melabur sekurang-kurangnya RM500 juta untuk membuka kemudahan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor. Menurutnya, kejayaan ini adalah hasil kerja keras oleh pelbagai kementerian dan agensi terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menarik pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan empat hari beliau ke Amerika Syarikat berhasil kerana berjaya mengetengahkan pendirian Malaysia berhubung isu global dan meningkatkan profil negara di persada antarabangsa. Mengikut STAR 22/9/23 PMX telah berjaya mmbawa pelaburan sebanyak lebih RM132Billion. lni bukti PMX saorang pemimpin untuk kita semua.

Rakyat Malaysia yang perihatin pasti akan mendoakan usaha yang sedang berjalan ini akan mendatangkan faedah yang memungkinkan Malaysia menjadi sebuah  negara maju dunia 'mengembalikan' keagungan yang pernah kita kecapi pada tahun-tahun 1990an ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri .

abuhassanadam

25 September 2023

Saturday, September 23, 2023

 

PMX - MAKING A START TO BE RESPECTED BY WORLD COMMUNITY

PMX said,

"With a sense of humility, I represent the voice of Malaysia taking advantage of the stage of the general assembly by proposing the concept of CIVIL Malaysia to be adopted by the international community in facing the 'democracy deficit' dilemma that is plaguing the world. Like it or not, all countries regardless of whether they are major powers , the group of developing countries should swallow the fact about the role of shaping a better world for tomorrow.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the fact that members of his own party are free to question the government's policies and actions is clear evidence that his administration has not abandoned its promised reform agenda.

Malaysia had to be careful in determining who is friend and foe especially in maintaining relations between America and China. This is where the wisdom of a leader lies. "Malaysia is caught in the rivalry between China and the US'

Anwar Ibrahim told me "they cannot insist that we take sides... China's an important neighbor... US has traditionally been a longtime friend." Malaysia has to "maintain excellent relations with both." Christiana Amanpour

Malaysia is a dwarf country and is just starting to find a way to strengthen its position in the eyes of the world. Being present and giving such a loud speech may be the first step in that direction. "has just brought our voice to the big United Nations audiences. Some say that "Malaysia is roaring back to the world stage! So proud!".

What is quite sad is that there are dissenting voices in our own country who do not appreciate what PMX is doing in order to put Malaysia on the world stage. It seems as if they are trying to 'submerge' whatever is done by PMX and is ridiculed in their own country. Although the world community gave recognition and appreciation (as a result of the speech at the United Nations), it was seen that there was a group of people who were indifferent to the actions taken by PMX. Thankfully, PMX is making a start towards Malaysia being respected by the world community.

Are Malaysians not proud and proud when PMX was given the honor of reading the Friday sermon and being the first foreign leader to deliver the sermon at the New York Mosque. That is no small feat. That is a great recognition of the confidence of the Muslim community between the nations towards PMX's stature as the leader of an Islamic country.

Anwar's advice to world leaders in particular is, "All countries no matter how big or small, rich or poor, strong or weak, have a common responsibility towards creating a better world for tomorrow." Such suggestions are usually only voiced by great world leaders, but in this case, a leader from our country Malaysia named Anwar Ibrahim insisted and dared to express something to the world community. A situation that rarely happens to leaders from our country. No such an action was voiced by the PM before. Can't hear...

PMX took about 16 minutes to speak and summarize his words and suggestions for world leaders to hear about Malaysia's desire to exist and predict the values ​​contained in a civil government.

Among them:

Stronger nations are increasingly casting the UN aside for smaller platforms, while they pay lip services to the imperative of multilateralism, the emergence of mini-lateralism, effectively lead to fragmented configurations of power

📕 Major powers rivalry will lead to a world where the masses are unrepresented, where the few rule over the many and the many resent the few

📕 Condemn unequivocally the Russian invasion of Ukraine - impact of the war in Ukraine has caused food prices to skyrocket, leading to shortages and hunger

📕 Calls on Myanmar to immediately implement ASEAN FIve Point Consensus

📕 Climate change - Malaysia is seeing an increase of the adverse impacts of climate change, urging developed countries to fulfil their commitment of mobilizing $100 billion a year to support climate projects and programs in developing countries

📕 Islamophobia - Malaysia is concerned over the emergence of "new form of racism" in the form of xenophobia, negative profiling and stereotyping of Muslim.

At the end of his speech he urged the world community that "We must unite our faiths in common cause to promote understanding and goodwill among our peoples, and strengthen peace and harmony among nations. "What we need is trust and the conviction to make the world a better place , the will to work together on a platform of consensus and solidarity," he insisted.

Hope fully such wishes are granted by God..

abuhassanadam

September 24, 2023


 

MENGIKTIRAF KEHEBATAN PMX DI NEW YORK

Kata PMX,

"Dengan penuh rasa tawaduk, saya mewakili suara Malaysia memanfaatkan pentas perhimpunan agung dengan mengusulkan konsep Malaysia MADANI untuk diguna pakai masyarakat antarabangsa dalam mendepani dilema ‘defisit demokrasi’ yang sedang melanda dunia. Mahu tidak mahu, semua negara tidak kira sama ada kuasa-kuasa besar, kumpulan negara membangun harus menelan hakikat tentang peranan mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

Malaysia terpaksa berhati-hati dalam menentukan siapa kawan dan lawan terutamanya dalam menjaga hubungan antara Amerika dan China. Di sinilah letaknya kebijaksanaan seseorang pemimpin. "Malaysia is caught in the rivalry between China and the US, 
@anwaribrahim tells me “they cannot insist that we take sides… China’s an important neighbor… US has traditionally been a longtime friend.” Malaysia has to “maintain excellent relations with both.” Christiana Amanpour

Malaysia sebuah negara kerdil dan baru hendak mula untuk mencari jalan bagaimana untuk menguatkan kedudukannya di mata dunia. Kehadiran dan memberikan ucapan yang lantang begitu mungkin merupakan langkah awal ke arah itu. "has just brought our voice to the big United Nations audiences. Ada yang mengatakan bahawa "Malaysia is roaring back to the world stage!  Bangga sangat!".

Yang agak menyedihkan juga ialah adanya suara-suara sumbang di negara sendiri yang langsung tidak menghargai apa yang dilakukan oleh PMX demi untuk meletakkan negara Malaysia di pentas dunia. Kelihatan seolah-olah mereka cuba 'menenggelamkan' apa saja yang dilakukan oleh PMX dan dipersenda di negara sendiri. Walaupun masyarakat dunia memberikan pengikhtirafan dan penghargaan ( ekoran dari ucapan di Pertubuhan Bangsa Bersatu) namun dilihat ada sekumpulan rakyat yang memandang sepi  akan tindakan yang dilakukan oleh PMX.  Syukur PMX sedang melakar permulaan ke arah negara Malaysia untuk dihormati oleh masyarakat dunia. 

Apakah rakyat Malaysia tidak bangga dan megah apabila PMX diberikan penghormatan untuk membaca khutbah Jumaat  dan menjadi pemimpin asing pertama menyampaikan khutbah di Masjid New York. Itu bukannya pencapaian yang kecil. Itu merupakan suatu pengiktirafan yang amat besar tentng keyakinan masyarakat Islam antara bangsa terhadap ketokohan PMX sebagai pemimpin sebuah negara Islam.

Saranan Anwar kepada pemimpin masyarakat dunia khususnya ialah, "All countries no matter how big or small, rich or poor, strong or weak, have a common responsibility towards creating a better world for tomorrow." Saranan sedemikian biasanya hanya disuarakan oleh pemimpin besar dunia, namun dalam hal ini pemimpin dari negara kita Malaysia yang bernama Anwar Ibrahim bertegas dan berani menyatakan sesuatu kepada masyarakat dunia. Suatu keadaan yang jarang-jarang berlaku kepada pemimpin dari negara kita. Jauh panggang dari api akan tindakan sedemikian disuarakan oleh PM sebelum ini. Tidak kedengaran...

PMX mengambil masa selama lebih kuran16 minit untuk melagang dan menyimpulkan kata-kata dan saranannya untuk didengar oleh para pemimpin dunia tentang hasrat Malaysia mewujud dan meramalkan nilai-nilai yang terkandung dalam kerajaan Madani.
Antaranya:

📕Stronger nations are increasingly casting the UN aside for smaller platforms, while they pay lip services to the imperative of multilateralism, the emergence of mini-lateralism, effectively lead to fragmented configurations of power 📕 Major powers rivalry will lead to a world where the masses are unrepresented, where the few rule over the many and the many resent the few 📕 Condemn unequivocally the Russian invasion of Ukraine - impact of the war in Ukraine has caused food prices to skyrocket, leading to shortages and hunger 📕 Calls on Myanmar to immediately implement ASEAN FIve Point Consensus 📕 Climate change - Malaysia is seeing an increase of the adverse impacts of climate change, urging developed countries to fulfil their commitment of mobilizing $100 billion a year to support climate projects and programs in developing countries 📕 Islamophobia - Malaysia is concerned over the emergence of "new form of racism" in the form of xenophobia, negative profiling and stereotyping of Muslim.

Akhir kalam beliau menyersu masyarakat dunia ia itu“We must unite our faiths in common cause to promote understanding and goodwill among our peoples, and strengthen peace and harmony among nations.“What we need is trust and the conviction to make the world a better place, the will to work together on a platform of consensus and solidarity,” Tegasnya.

Didoakan hasrat sedemikian dimakbulkan Tuhan..

abuhassanadam

24 September 2023