Sunday, September 24, 2023

 

BANDINGKAN KETERAMPILAN  PMX DENGAN PM SEBELUMNYA

Kesediaan Perdana Menteri Malaysia (PMX) ditemuramah oleh Christian Amanpour  dari CNN sudah cukup membanggakan rakyat Malaysia (yang boleh faham mengapa kita bangga dengan keadaan sedemikian) me mandangkan bahawa wartawan berkenaan bukan calang-calang tokoh yang sudi menemuramah YAB Saudara Anwar Ibrahim.Walaupun soalan-soalan yang diajukan oleh Christiian amat 'membebankan' PMX namun dengan pengalaman yang beliau ada dapat menangkis apa saja yang datang terutama apabila dikemukakan soalan yang membabitkan hubungan Amerika Syarikat dengan China dan kesan yang mungkin timbul ekoran dari 'pergeseran' UAS dan China itu.  Persoalan yang ingin dicungkil oleh Amanpour adalah sikap kita (Malaysia) terhadap USA dan China. Maksudnya ke manakah Malaysia akan memihak samada ada USA atau China. Jawapan yang diberikan oleh PMX amat sesuai membayangkan tentang kewarasan dan begitu mendalamnya kajian PMX dalam menangani dasar luar Malaysia.

Tidak pula rencana kali ini meninjau pendapat dan pandangan PMX terhadap isu yang dibangkitkan oleh Amanpour itu. Tentunya memerlukan ruangan yang luas untuk membicara hal sedemikian. Cukup sekadar menyatakan bahawa tidak ramai pemimpin dunia yang 'rela' ditemuramah oleh sosok ini di CNN kecuali mereka tentang kewibawaan sesorang pemimpin itu. PMX mendapat perhatian beliau tentunya. Syabas!

Namun yang akan aku sentuh adalah keyakinan PMX terhadap kemampuan Malaysia untuk menjadi sebagai sebuah negara maju pada masa terdekat. Katanya, 'Malaysia has huge potential to rise again as a dynamic economy, said Prime Minister Anwar Ibrahim.He also said Malaysia has the necessary resources and a qualified workforce, in addition to having policies such as the Madani Economy, the National Energy Transition Roadmap (NETR) and the New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) to support this goal.

Sudah diperkatakan oleh beliau dalam sesi dialog dan jamuan makan malam bersama kumpulan rakyat Malaysia yang berada di Amerika berserta dengan para pelajar yang berada di sana. Disamping itu Anwar juga mengesa agar dihapuskan kerenah birokrasi, dan permudahkan urusan perniagaan. Mungkin itu satu cara jalan pintas boleh memajukan ekonomi negara. Mungkin. Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menghapuskan kerenah birokrasi dan menambah baik urusan menjalankan perniagaan ketika semakin banyak syarikat mengembangkan operasi ke Malaysia atau meningkatkan pelaburan sedia ada mereka.

Semacam secara ikhlas dan jujur Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata beliau kecewa kerana dalam beberapa kes, proses membuat keputusan masih lagi lambat dan lewat dan ini memberi kesan kepada syarikat yang merancang untuk melabur di Malaysia."Sesetengah syarikat yang menemui kami berkata masih ada kelewatan dalam memberi kelulusan. Saya sangat kecewa apabila mendengarnya kerana kami telah memberi arahan yang jelas dan kita tidak boleh berlengah," katanya pada sidang media di akhir lawatan empat hari beliau ke New York sempena menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78"Jika anda tangguh enam bulan, negara lain akan memberi kelulusan dalam masa dua bulan. Kita akan terlepas peluang disebabkan oleh sikap itu… tetapi untuk berlaku adil, kita telah melakukan yang terbaik di sini kerana kakitangan bekerja sepanjang masa untuk memastikan semuanya berjalan lancar (pertemuan dengan pelabur,)" katanya.

Perdana Menteri berkata arahan telah diberikan kepada menteri dan agensi yang berkaitan untuk memastikan semua permohonan diputuskan dengan cepat, termasuk kelulusan untuk pelaburan atau pengeluaran visa.

Sementara itu Anwar berkata, syarikat aeroangkasa terbesar dunia, Boeing, yang telahpun memiliki kilang mengeluarkan sayap di Malaysia memaklumkan hasrat untuk mengembangkan pelaburannya dengan mengeluarkan sayap dan bahagian-bahagian bagi semua jenis pesawat."Ini adalah satu keputusan yang sangat besar untuk Malaysia. Dengan keputusan ini, hampir semua sayap dengan bahagian-bahagian akan dikeluarkan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata beberapa syarikat utama Amerika Syarikat (AS) lain seperti ConocoPhillips, AWS, Google, Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, and Kimberly-Clark juga akan mengembangkan operasi mereka atau menyatakan hasrat untuk melebarkan sayap ke Malaysia.Selain itu, ketika lawatannya ke sini, Anwar juga mengumumkan dua syarikat elektrik dan elektronik utama AS bersedia untuk mengembangkan operasi mereka ke Malaysia.

Satu daripadanya, Alton Industry Ltd Group (Alton Group) - pembekal global alatan pengguna dan komersil, perkakas dan penjagaan lantai - akan melabur sekurang-kurangnya RM500 juta untuk membuka kemudahan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor. Menurutnya, kejayaan ini adalah hasil kerja keras oleh pelbagai kementerian dan agensi terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menarik pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan empat hari beliau ke Amerika Syarikat berhasil kerana berjaya mengetengahkan pendirian Malaysia berhubung isu global dan meningkatkan profil negara di persada antarabangsa. Mengikut STAR 22/9/23 PMX telah berjaya mmbawa pelaburan sebanyak lebih RM132Billion. lni bukti PMX saorang pemimpin untuk kita semua.

Rakyat Malaysia yang perihatin pasti akan mendoakan usaha yang sedang berjalan ini akan mendatangkan faedah yang memungkinkan Malaysia menjadi sebuah  negara maju dunia 'mengembalikan' keagungan yang pernah kita kecapi pada tahun-tahun 1990an ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri .

abuhassanadam

25 September 2023

No comments:

Post a Comment