Saturday, September 2, 2023

 YAB ANWAR: KE ARAH MEREALISASIKAN PERPADUAN MANTAP 

Semenjak dari zaman 'entah bila' Saudara Anwar Ibrahim yang kini bergelar Perdana Menteri Malaysia amat 'merindui' sebuah negara yang aman dimana rakyatnya bersatu padu, bekerjasama antara satu dengan yang lain. Sudah nampak bibit-bibit itu 'bercambah' namun masih ada lagi anasir-anasir yang sentiasa menganggu gugat dalam usaha yang murni ini. 

keadaan yang dimaksudkan ialah wuudnya golongan yang sememang tidak senang dengan usaha yang cuba dilaksanakan itu. Berbagai perkara negatif atau lebihtepat dikatakan 'fitnah' yang dilemparkan semata-mata untuk menggagalkan hasrat murni itu. Negara yang aman amat bimbang dengan perkembangan kegiatan politik yang dimainkan oleh setengah pihak dalam pertandingan PRU yang bakal diadakan. Para pemain politik kepartian seolah-olah sudah melupakan 'peraturan-peraturan' yang sepatutnya mereka patuhi agar apakah yang diertikan sebagai pilihanraya menepati ertikata yang sebenarnya.

DS Anwar Ibrahim bimbang dengan perkembangan itu, namun tidaklah pula mustahil untukdiatasi. Namun keadaan sedemikian disifatkan sebagai 'mengganggu' usaha gigih yangg sedang dilaksanakan. Beliau semacam tidak begitu bimbang  dengan perhubungan antara kaum di Malaysia kini. Keadaan perhubungan sudah boleh dikatakan agak mantap ataupun boleh diertikan sebagai mantap berasaskan pemerhatian melalui mata kasar. Namun apa yang dapat diperhatikan ialah satu keadaan yang agak luar biasa apabila terlibat dalam kempen PRK. Semacam tidak pernah berlaku suasana sedemikian seblum ini.Dan eloklah para pemimpin negara berwaspada dan bertindak sebelum berlakunya peristiwa yang tidak diingini itu. Dengan sebab itulah agaknya kepimpinanan negara kini amat mengambil berat akan keadaan sedemikian tidak berulang.

Sebetulnya perpaduan antara rakyat Malaysia sudah begitu mantap terjalin sekiranya tidak di'api-api'kan oleh setengah pemimpin politik yang dianggap kurang bertanggungjawab.  Ikhlas aku katakan yang aku tidak pernah lagi melihat perpaduan yang sebegitu dikalangan rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India dan jikalau di Sabah dan Sarawak pula tentulah ditambah dengan Iban, Kadazan, Bidayuh dll. Pendek kata ternampak sesuatu yang cukup meyakinkan kita bahawa sebenarnya Bangsa Malaysia telah wujud. Bukanlah hanya cakap-cakap kosong yang selalu kita dengar yang mengatakan tentang eratnya perpaduan antara kaum-kaum di negara ini.

Perayaan menyambut kemerdekaaan yang diadakan baru-baru ini memperlihatkan satu keadaan yang cukup membanggakan ditinjau dari segi perpaduan kaum. Seolah-olah kaum-kaum yang ada di negara ini sudah lupa tentang 'darah keturunan' mereka. Bermakna bahawa semacam orang Melayu sudah lupa bahawa mereka itu orang Melayu totok dari kampung. Begitu juga dengan orang Cina yang semacam melupakan bahawa keturunan mereka berasal dari Cina. Masing-masing berbangga menyatakan bahwa mereka adalah bangsa Malaysia. Satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Apatah lagi melihat gelagat yang ditunjukkkan oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Baginda Permaisuri Agung yang telah mempamirkan satu contok kepimpinan yang  amat terpuji pada perayaan merdeka tempoh hari.

Aku tertarik dengan kenyataan daripada J. Steen dari Blog Anilneeto.com  bertarikh 17 Mei 2013 . Aku sertakan petikannya,

“ I was at the JB rally. The atmosphere was simply incredible. This rally witnessed the true spirit of one Malaysia in action. I have never seen a more rousing rendition of our national anthem than the one sung at the end of this rally. People of all races, young and old, drenched, some perched on rooftops and trees singing loudly in unison. The incessant blare of the vuvuzelas is still ringing in my ears. Blackout tee shirts were being sold like hot cakes from the 25 plus stalls……..”

Maknanya suasana yang wujud di Perhimpunan itu 'Black 505' sungguh hebat dari banyak segi. Telah wujud semangat satu Malaysia dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Bukan hanya slogan dan ‘rhetoric’. J.Steen begitu kagum dengan gelagat hadirin pada malam itu apabila melihatkan mereka menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negara ku’. Yang menyebabkan beliau kagum ialah apabila melihatkan hadirin dari berbagai kaum, yang basah kuyup dan yang bukan sahaja berada di jalan-jalan raya tetapi yang berada di atas atap rumah, yang berada di atas pokok ( disebabkan kawasan terlalu padat sehingga ramai yang terpaksa berada di atas pokok untuk bersama-sama di majlis berkenaan) beramai-ramai menyanyikan lagu Negara ku. Menyanyikan dengan kuat dan penuh semangat.

Menyanyikan lagu ‘Negara-ku” dengan cara sedemikian betul-betul menunjukkan penghormatan yang tinggi dan ketaatan yang bukan kepalang terhadap negara ini. Pernah kita melihat rakyat Malaysia menyanyikan Negara-ku di majlis-majlis rasmi. Namun apa yang kita perhataikan ialah mereka yang menyanyikan lagu kebangsaan semacam ‘ hendak tak hendak’ sahaja menyanyikannya. Seolah-olah ‘terpaksa’. Berbanding dengan majlis perhimpunan ‘Black 505’ ini samada di Kelana Jaya atau di Batu Kawan atau di Pahang, ternampak jelas semangat satu Malaysia di hati hadrin. Aku rasa ini satu pencapaian Pakatan Rakyat yang cukup membanggakan. Tercipta Bangsa Malaysia sebenar-benarnya.

Inilah harapan yang membara di hati dan perasaan YAB Saudara Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia kini. Tetapi mengapa semangat perpaduan yang erat antara kaum itu tidak berterusan dan kelihatan semacam luntur?. Mungkin agak keterlaluan aku mempersoalkan hakikat sedemikian. Mungkin perpaduan kaum dalam negara pada keseluruhannya memuaskan. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kita menampakkan ada sesautu yang tidak kena yang berlaku dalam negara kita. Kenyataan DS Anwar Ibrahim yang memberikan sesuatu gambaran yang keadaan negara tidak begitu sebagaimana yang diharapkan, memberikn juga satu gambaran bahawa beliau masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya kini walaupun berbagai cara telah dilakukaan.

Sebenarnya berlakunya sesuatu yang dianggap tidak tenang itu adalah berpunca daripada segelintir manusia yang sentiasa menimbulkan kekacauan dalam negara. Kumpulan sedemikian seolah-olah merupakan ‘profession’ mereka untuk menganggu gugat ketenteraman awam dengan tindakan mereka yang kadang-kadang dilihat sebagai diluar batas manusia yang mempunyai peradaban. Mereka seolah-olah berbangga berbuat demikian. Dan kadang-kadang terfikir juga aku bahawa apakah mereka diberi upah untuk melakukan kegiatan sedemikian rupa. Yang anihnya kumpulan ini tidaklah seramai mana. Boleh dibilang dengan jari.

Tindakan provokasi yang mereka lakukan itu tidak mendapat perhatian kumpulan sasaran mereka. Mungkin ada yang ‘tercuit’ dengan tindakan mereka itu. Namun bagi sebahagian besar masyarakat merasakan bahawa tindakan sedemikian adalah merupakan tindakan kebudak-budakan dan memalukan kaum itu sendiri.Yang malangnya kumpulan ini kebiasaannya menggunakan nama ‘Melayu’ dan 'agama Islam' sedangkan sebahgian besar orang Melayu tulin di negara ini tidak sebegitu sikapnya. Malah sebahagian besar orang Melayu menentang tindakan kumpulan yang menggunakan nama ‘Melayu’ memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu itu. Bukan cara manusia yang bertamadun.

Perjuangan orang yang beradab tidak begitu caranya.

Perkara-perkara yang selalu ditekankan oleh DS Anwar Ibrahim dalam ucapannya adalah seperti,

Anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban adalah anak saya……..anak rakyat Malaysia…..

PR bukan sahaja akan memberikan pertolongan kepada orang Melayu tetapi juga kepada orang Cina, orang India, orang Iban…..tidak kira bangsa dan kaum…..Kita akan bantu siapa sahaja yang memerlukan bantuan…..

Soal Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipertikaikan. Apa saja yang tercatat dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tidak harus dipertikaikan.

Nampaknya rakyat Malaysia boleh terima. Menerimanya dengan sepenuh hati. Buktinya dapat dilihat dalam kempen-kempen PRU dan sambutan-sambutan yang diberikan oleh rakyat apabila diadakan kempen PR dan juga apabila diadakan Perhimpunan ‘BLACK 505’ yang pernah diadakan di merata-rata tempat di seluruh Malaysia.


Abu Hassan Adam

2 September 2023

No comments:

Post a Comment