Wednesday, September 13, 2023

 

TINDAKAN YANG AMAT TIDAK KENA.....

Tanyalah sesiapa pun!

Amat tidak kena bagi seorang ahli parliament tidur ( bukan tertidur) ketika YAB Perdana Meneteri sedang menyampaikan sesuatu dasar yang amat penting kepada negara. Sepatutnya si wakil rakyat mendengar dengan penuh minat akan fakta-fakta yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri dan bersedia untuk memberikan 'input' dan cadangan yang berguna demi untuk menambah baik dan memajukan negara. Itu sepatutnya yang dilakukan oleh wakil parliament yang tidur. 

Amat mengecewakan para pengundi yang mengundi beliau pada PRU yang lalu yang membolehkan beliau berada di parliament yang bukan untuk tidur tetapi untuk mengembelingkan tenaga memajukan bangsa dan negara. Belaiu mungkin merasa selesa di parliament disebabkan tidak ada pengawasan yang rapi di 'rumah bertuah' ini terhadap sesiapa yang tidak mengikuti perbincangan - ringkasnya yang tidur. Lantas digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk berada didalamnya demi untuk bersenang lenang dan menggunakan kesempatan menimba kekayaan yang mungkin dapat diperolehi.

Tidak ada sebab dan alasan yang boleh diterima mengapa 'dia' bersikap demikian. Hanya satu alasan yang boleh diterima kerana 'si polan' berkenaan tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengundi yang diwakilinya dan kepada negara tercinta sebagaimana yang selalu diungkapkannya yang dianggap sebagai suatu pembohongan.

Perdana Menteri membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 12 yang bertujuan untuk melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras aspirasi Malaysia MADANI. Apakah pihak pembangkang khususnya wakil rakyat yang tidur merasakan apa yang bentangkan oleh YAB Perdana Menteri itu tidak penting dan lebih penting bagi mereka mempersoalkan tentang keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi.

Itu pun isu penting juga dan isu sebeginilah yang akan cuba dieksploitasi sehabis mungkin untuk 'menengelamkan' hasrat kerjaa perpaduan demi memajukan bangsa dan negara. Kelihatan ramai pihak pembangkang tidak begitu berminat untuk memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan itu. Ramai yang merasakan bahawa mereka lebih berminat untuk menggagalkan apa saja usaha yang dilakukan oleh kerajaan supaya senang mereka dapat menghasut rakyat dengan menyatakan kegagalan di pihak kerajaan perpaduan Mungkin begitu. Melalui 'Body Language' yang dipamerkan menunjukkan dengan jelas yang mereka tidak begitu berminat dengan isu  sebegini.

Ataupun mungkin mereka merasakan isu Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 12 itu merupakan isu yang hanya diserahkan kepada YAB Perdana Menteri ataupun Menteri Ekonomi (yang diharapkan bertungkus lumus bersama dengan para pegawai di kementeriannya untuk menyiapkan rancangan itu). Ataupun mungkin sebenarnya ramai wakil rakyat pembangkang yang tidak tahu 'biji buah' nya apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 12. Ini sebenarnya satu hakikat jangan disembunyikan. Memang betul bahawa nak bercakap soal pertumbuhan ekonomi, kena faham dulu asas ekonomi.

Orang tua-tua kata, 'jiakalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga. Begitu jugalah (mungkin) keadaan yang dihadapi oleh setengah para wakil parlimen pembangkang yang tidak dapat 'mencampuri' arus perbincangan  kajian berkenaan disebabkan tidak pernah langsung terlibat dalam diskusi atau  perbincangan yang membabitkan hal-hal berkaitann dengan ekonomi. Sudahlah tidak mahu mencari jalan untuk memahami keadaan ekonomi semasa, malu pula bertanya. Orang tua-tua pernah berkata, 'malu bertanya sesat jalan'.

Maka sesat jalanlah mereka (pembangkang) yang tidak mahu bertanya dan 'sesat' lah mereka selama beberapa tahun yang akan datang. Akan seringlah mereka membuat bising mempersoalkan bantuan kewangan yang diharapkan akan disampaikan oleh kerajaan agar dapatlah mereka menggunakan wang berkenaan yang diharapakan akan sampai kepada penerimanya dengan selamat.

Diharapkan begitulah..

13 September 2023



No comments:

Post a Comment