RAKYAT JOHOR HARUS MEMULAKANYA...REFORMASI PEMIKIRAN
Kesan daripada keputusan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor baru-baru ini bagi aku amat mendalam. Bukan PRK biasa sebagaimana yang pernah diadakan beberapa kali. Namun kali ini (bagi aku) tekanannya luar biasa. Katakanlah Pulai dan Simpang Jeram terlepas dari tangan Pakatan Harapan, kesan yang dapat dilihat tentulah tidak pernah terfikir oleh rakyat Johor tentang kesannya.
Rakyat Johor dikira matang dalam politik kepartian. Rasional dalam membuat perhitungan. Ada juga kesan daripada sejarah perjuangan bapak kemerdekaan yang bermula di sini. Tentulah tidak siapa yang boleh melupakan perjuangan Dato Onn Jaafar dan kini diteruskan perjuangan sedemikian oleh cucu Dato Onn.
Aku melihat peristiwa kemenangan Pakatan Harapan di Johor dari persepektif yang berlainan. Mungkin salah cara pendekatan aku dalam menulis rencana ini.
Mungkin rakyat di Malaysia kini baru sedar ( atau masih tak mahu sedar) bahawa sebenarnya mereka dalam keadaan kemiskinan berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara atau jika dibandingkan dengan negara-negara Afrika pun. Mungkin baru sedar atau pun mungkin pura-pura tak mahu sedar dengan keadaan derita yang mereka hadapi. Keadaan kemiskinan yang aku maksudkan ialah 'kemiskinan' yang bukan kemiskinan tegar namun tetap dianggap sebagai miskin berbanding dengan rakyat negara lain yang sudah jauh lebih maju.
Yang paling menyayat hati kita ialah jika kita mahu bandingkan keadaan negara kita dengan negara jiran, Singapura. Rasa tak terderita hati dan perasaan melihatkan tentang kemajuan dan perkembangan yang dialami oleh Singapura. Kita hanya mampu melihat kemajuan yang dialami oleh negara jiran itu melalui Selat Tebrau. Kita hanya mampu mengenangkan nasib bangsa kita (bangsa Johor) yang pada suatu ketika dahulu adalah pemilik Pulau Temasik yang bernama Singapura kini.
Salah siapa keadaan jadi begini?
Apakah kita mahu menyalahkan ibu yang mengandung?
Separuh abad pemimpin kita (semacam berlagak) berusaha untuk memajukan negara Malaysia sedangkan negara jiran kita hanya mengambil masa yang amat singkat untuk memajukan negara mereka. Kita sentiasa mencemburui apa yang dikecapi oleh negara jiran. Orang Melayu di Malaysia sentiasa marah-marah dengan kejayaan yang dicapai oleh orang Cina (di Malaysia) khususnya. Parti DAP (yang dimonopoli oleh orang Cina) sentiasa dipersalahkan yang menyebabkan orang Melayu gagal dalam lapangan-lapangan yang diceburi. Orang Cina sering dipersalahkan sedangkan orang Cina maju terus dalam apa juga lapangan yang diceburi.
Sepatutnya para pemimpin politik Melayu yang sentiasa menyalahkan orang Cina yang kononnya menjadi punca kegagalan orang Melayu, mengubah paradigma cara berfikir mereka. Sepatutnya para pemimpin yang berfikiran (kolot!) sedemikian menganggap keahdiran orang Cina dan India sebagai satu hikmah yang terselindung. Mungkin pemimpin tradisional Melayu dipersalahkan kerana tidak memanfaatkan kehadiran orang Cina di negara ini. Sepatutnya kehadiran orang Cina dan India sudah boleh membantu memajukan orang Melayu seiring dan standing dengan bangsa lain di dunia.
Hanya disebabkan oleh kepimpinan politik tradisional yang tidak pandai memanfaat keadaa sedemikian menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan.
Difahamkan bahawa orang Melayu di Singapura sudah bertambah maju berbanding dengan kita ( orang Melayu) di Malaysia. Apakah kita tidak mahu mencontohi apa yang sedang dikecapi oleh orang Melayu di Singapura kini. Sebenarnya kita sepatutnya merasa cukup malu dengan pencapaian yang dicapai di Singapura.Punca kejayaan Singapaura bermula daripada kepimpinan yang mantap Lee Kuan Yew. Elok diturunkan petikan yang berkaitan dengan usaha Lee Kuan Yew memajukan Singapura dan membasmi rasuah dikalangan pemimpin politik di Singapura.
"It was clear to Lee that for a nation to beat corruption and build a just society, the cleansing has to start at the very top.In his speech for the ‘Africa Leadership Forum in Singapore’ on November 8th, 1993, he said…
“Once a political system has been corrupted right from the very top leaders to the lowest rungs of the bureaucracy, the problem is very complicated. The cleansing and disinfecting has to start from top and go downwards in a thorough and systematic way. It is a long and laborious process that can be carried out only by a very strong group of leaders with the strength and moral authority derived from unquestioned integrity.”
Furthermore, this group of core leaders right at the top must be determined and united, in addition to possessing a strong sense of social duty.
“Our first goal in Singapore was to shape the government into an effective instrument of policy. This requires strong, fair and just leaders, who would have the moral strength to command the respect of the people. Unity in the core group of leaders helped to send clear signals to the people thus avoiding confusion that would have arisen if the team had bickered and split.Leaders must have the sense of trusteeship… Corruption, which we regarded as a cancer, must be eradicated as soon as detected.”
(Maaf sengaja aku tuliskan dalam Bahasa Inggeris supaya maksud tidak cacat langsung)
PRN negeri Johor yang diadakan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Johor tentang perubahan yang mereka lakarkan. Bangsa Johor harus tahu dan sedar tentang keputusan yang bakal mereka buat. Kita doakan.
Abuhassanadam
12 September 2023
No comments:
Post a Comment